You are on page 1of 3

Gerakan Islah

Gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam Bertujuan memajukan umat Islam berdasarkan al-quran dan Hadis Tokoh-tokoh pentingialah SheikhTahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Isu penting yangdiperjuangkan ialah Memajukan ekonomi orang Melayu, sematkan sikap kritik penjajah dan mengkritik raja Akhbar dan majalah utama ialah Al-Imam, Neracha, Edaran Zaman dan Pengasuh. Di Kenali dengan nama Kaum Muda - Kaum Muda telah berusaha untuk menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu. - Antara yang diperjuangkanm oleh golongan kaum Muda ini ialah : a. Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu. b. Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu c. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan

orang Melayu 1. Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi adalah merupakan tokoh gerakan Kaum Muda yang amat aktif pada ketika itu. 2. Sheikh Tahir Jalaluddin adalah merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam dan juga menulis dalam majalah al-Manar. 3. Begitu juga dengan Syed Syeikh al-Hadi yang telah menubuhkan Jelutung Press dan telah menerbitkan majalah Saudara. Beliau juga telah mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan juga terlibat dalam mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum

Gerakan Islah
Merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Pendorong gerakan : Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi & Dr. Burhanuddin al-Helmy(Kaum Muda) . Akhbar & majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah : al-Imam, Neracha, Idaran Zaman & Pengasuh 1. Isu dan perjuangan a.Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia b.Gesaan supaya orang Melayu dapat memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial c.Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu d.Mengkritik raja & pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu 2. Pertentangan Antara Kaum Muda Dengan Kaum Tua a.Gerakan ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada alim ulama b.Golongan ini telah menguasai masyarakat dengan fahaman mereka iaitu: c.Islam adalah tentang akhirat d.Penekanan terhadap fardu ain sahaja e.Kesannya ialah Kaum Muda amat sukar untuk mempengaruhi masyarakat Melayu 3. Tekanan ke atas Kaum Muda a.Hanya dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja Ini kerana undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu bagi menghalang pengaruh mereka b.Tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan c.Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut 4. Kejayaan Kaum Muda a.Menubuhkan beberapa buah madrasah b.Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat spt fardu ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris c.Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan

Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Pendorong gerakan ini antaranya termasuklah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Akhbar dan majalah yang terkenal seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh telah menjadi saluran Gerakan Islah ini. Kaum Muda menyampaikan idea mereka dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu. Golongan ini juga berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam. Mereka turut mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.

Gerakan Kaum Muda ini ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama. Golongan ini telah menguasai masyarakat dengan fahaman mereka bahawa Islam itu adalah tentang akhirat dan mereka juga menekankan fardu ain sahaja sehingga amat sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu. Gerakan Islah oleh Kaum Muda ini dapat bergerak dengan baik di Negeri-negeri Selat sahaja kerana beberapa undang-undang telah dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu bagi menghalang pengaruh Kaum Muda. Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaan Sultan. Undangundang ini juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negerinegeri tersebut. Gerakan Kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah. Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris. Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan. Ternyata tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

You might also like