You are on page 1of 47

Pengenalan Kepada

Kepustakawanan
Undang-Undang
Disediakan oleh
Shaikh Mohamed Noordin

1. Mengenai Perpustakaan Undang-Undang


2. Mengenai Pustakawan Undang-Undang
Mengenai
Perpustakaan
Undang-Undang
Apa itu Perpustakaan
Undang-Undang?
Perpustakaan Undang-Undang adalah sebuah
pusat sumber yang menempatkan segala
sumber undang-undang dan maklumat
mengenai amalan perundangan untuk
disimpan, diatur, dikemaskini dan digunapakai
secara sistematik
“Tidak ada undang-undang yang akan berkuatkuasa
selagi ianya tidak dicetak”
“No Law shall come into force until it is published”
Federal Constitution, Article 66(5)

“Jika ianya adalah undang-undang, ia pasti terdapat di


dalam buku. Jika ia tidak terdapat di dalam buku, ia
bukanlah undang-undang”

" If it is law, it will be found in our books. If it is not to be found there, it is not law.“
Camden, LCJ, Case of Seizure of Papers (1765) 19 How. St. Tr. 1066
“Peguam tanpa buku seperti seorang tukang
tanpa perkakas”
" A lawyer without books would be like a workman without tools"

Thomas Jefferson, Letter to Thomas Turpin, 5


Feb. 1769, in J P Boyd (ed) Papers of
Thomas Jefferson, Princeton:
Princeton University Press, 1950
“Perpustakaan Undang-Undang adalah
sebuah makmal kepada peguam”
“Law library is the lawyer’s laboratory”
By Christopher Columbus Langdell, as quoted in 1887, Dean of Harvard Law School, U.S.A.
Dimanakah lokasi Undang-Undang itu?

Di Perpustakaan Undang-Undang – di bahagian mana?

Dalam buku undang-undang – di bahagian mana?


Apakah Jenis Kategori
Perpustakaan Undang-Undang?
Perpustakaan Undang-Undang dikategorikan sebagai salah
satu cabang Perpustakaan khusus yang berasaskan kepada
pengkhususan dalam subjek undang-undang. Pengguna
utama perpustakaan ini adalah pengamal undang-
undang yang menjadikan perpustakaan ini:

 Sebagai pusat penyelidikan


 Sebagai pusat latihan
 Sebagai pusat perhubungan awam
 Sebagai pusat rekreasi dalaman
Jenis-jenis Perpustakaan Undang-Undang

 Perpustakaan Undang-Undang Akademik


 Perpustakaan Undang-Undang UM
 Perpustakaan Undang-Undang UKM

 Perpustakaan Undang-Undang Kerajaan


 Perpustakaan Peguam Negara
 Perpustakaan Mahkamah Persekutuan

 Perpustakaan Undang-Undang Persendirian


 Perpustakaan Majlis Peguam
 Perpustakaan Firma Guaman
Apakah misi Perpustakaan Undang-
Undang?

Misi Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk


memberi maklumat undang-undang dengan
cepat dan tepat kepada pengguna supaya
dapat membantu mereka membuat keputusan
dengan tepat.
Apakah fungsi Perpustakaan
Undang-Undang?
 Untuk memperolehi dan menyediakan maklumat-
maklumat perundangan yang berkaitan dan yang
diperlukan oleh pengguna-pengguna

 Untuk memudahkan dan membantu pengguna-


pengguna dalam melakukan penyelidikan undang-
undang

 Bertindak sebagai sebuah pusat penyerahan


(depository centre) bagi bahan-bahan perundangan
untuk sesebuah organisasi
Siapakah pengguna-pengguna
Perpustakaan Undang-Undang?

Jenis Perpustakaan
Undang-Undang

Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan


Undang2 Akademik Undang2 Kerajaan Undang2 Persendirian

Kakitangan Peguam-peguam Peguam-peguam


Akademik Kerajaan Persendirian

Pelajar Kaki-tangan
Para hakim
Undang-Undang Firma Guaman

Pelanggan
Pihak Awam
Firma Guaman
Mengenai
Pustakawan
Undang-Undang
Apakah yang dimaksudkan dengan Pustakawan
Undang-Undang?
 Pustakawan Undang-Undang adalah salah satu
cabang pustakawan khusus yang berasaskan subjek
undang-undang. Mereka mempunyai kepakaran dan
kemahiran dalam pengurusan dan penyelidikan
maklumat perundangan dan menjalankan tugas-tugas
ikhtisas di pelbagai jenis perpustakaan undang-
undang termasuk di universiti-universiti, jabatan-
jabatan kerajaan dan firma-firma guaman.

 Kebanyakan Pustakawan Undang-Undang ini


mempunyai kelayakkan ikhtisas di bidang
kepustakawanan dan undang-undang atau kedua-
duanya sekali. Ada juga yang mendapat kemahiran
melalui pengalaman berkerja dalam bidang ini.
Perbezaan kepakaran antara Pengamal
Undang-Undang dengan Pustakawan
Undang-Undang
 Pengamal undang-undang adalah orang
terlatih dan diberi kuasa untuk mentafsir dan
mengamal undang-undang

 Pustakawan Undang-Undang adalah orang


yang terlatih atau mempunyai kepakaran
dalam pengurusan dan pencarian maklumat
perundangan
"Pengetahuan ada dua jenis, kita sendiri tahu
tentang sesuatu subjek itu, atau kita tahu di
mana kita boleh dapat mencari maklumat
mengenai subjek tersebut”

"Knowledge is of two kinds, we know a subject ourselves, or


we know where we can find information upon it”
By Samuel Johnson

“Anda tidak mampu untuk mengetahui semua


undang-undang itu dalam sesuatu masa….namun
anda mampu mencari apa jua undang-undang itu
pada bila-bila masa !”

“You can’t know all the law on a particular topic at any given point in
time… but you can know how to find it !”
By Beatrice A. Tice
Foreign an Comparative Law Librarian
University of Michigan Law Library
Siapa yang memerlukan perkhidmatan
Pustakawan Undang-Undang?
 Para peguam yang sedang mencari undang-undang
negeri atau Persekutuan atau penghakiman luar
negara bagi penyediaan kes-kes mereka…

 Hakim-hakim yang perlu memeriksa duluan kes


(precedent) sebelum membuat penghakiman…

 Para professor yang terpaksa merujuk berbagai


indek, digests dan data sejarah dalam menulis
komen-komen perundangan…

 Warganegara biasa yang mahu membuat persediaan


sendiri terhadap kes-kes mereka…
Kenapa perkhidmatan Pustakawan
Undang-Undang diperlukan?

Tugas-tugas Utama

Perkhidmatan Teknikal Perkhidmatan Pengguna


Pentadbiran (Pengurusan Maklumat (Penyelidikan Undang-
Perundangan) Undang)

Kemaskini Mencari undang-


Pengurusan
Undang-undang undang
Kewangan
(Updating Law) (Finding law)

Getting new law Within own library

Keeping law in order In other libraries

Keeping law current Within law book


Dimana Pustakawan Undang-Undang itu berkerja?

 Pusat-pusat pengajian tinggi: Universiti yang mempunyai


fakulti undang-undang biasanya mempunyai Pustakawan yang
pakar dalam subjek undang-undang. Koleksi mereka juga
dibuka kepada firma guaman tempatan dan juga kepada pihak
awam.

 Jabatan-jabatan kerajaan: Parlimen, jabatan-jabatan kerajaan


dan Mahkamah juga mempunyai Pustakawan Undang-Undang.
Diantara yang terbesar adalah Jabatan Peguam Negara dan
Mahkamah Persekutuan.

 Firma-firma guaman: Mereka mungkin berkerja bersendirian


atau dalam satu pasukan. Perpustakaan firma guaman
biasanya menyediakan maklumat perdagangan dan
perundangan dan peranan Pustakawan Undang-Undang disini
merangkumi pengurusan pengetahuan (knowledge
management) organisasi dalaman disamping pengurusan
maklumat di perpustakaan.
Jenis-jenis Pustakawan Undang-Undang

Pustakawan
Undang-Undang

Pustakawan Pustakawan Pustakawan


Akademik Kerajaan Persendirian / Sawasta

Berkerja di jabatan-jabatan
Bekerja di perpustakaan- Berkerja di firma-firma guaman
kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara
perpustakaan universiti dan Persendirian
dan Mahkamah Persekutuan
Bidang pengkhususan dalam
Kepustakawanan Undang-Undang
Membina kepakaran
 Pengkhususan berasaskan bidang kerja
 Dalam bidang Rujukan
 Dalam bidang Bahan-bahan Bersiri
 Dalam bidang Perolehan
 Dalam bidang Pengkatalogan

 Pengkhususan berasaskan bidang subjek


 Dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa
 Dalam bidang Undang-Undang Statut
 Dalam bidang Undang-Undang Perubatan
 Dalam bidang Undang-Undang Perniagaan
Apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan
Undang-Undang Akademik?
 Mendidik pelajar undang-undang dalam penggunaan
sumber bahan-bahan bercetak, pangkalan-pangkalan
data, CD-ROM dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam
talian (online)

 Membantu fakulti dalam mengarahkan pelajar-pelajar


mengikuti perkembangan dan pembangunan dalam hal
ehwal perundangan

 Memberi panduan kepada penyelidik-penyelidik dalam


penggunaan sumber-sumber perpustakaan dan
memperbaiki kaedah-kaedah penyelidikan mereka

 Menyediakan bantuan untuk fakulti undang-undang


dan kakitangan-kakitangan akademik universiti dalam
pencarian maklumat
Apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan
Undang-Undang Kerajaan?
 Memaklumkan kepada para hakim dan peguam mengenai
perkembangan atau pindaan-pindaan perundangan yang
boleh mendatangkan kesan kepada keputusan
perundangan mereka

 Menyediakan arahan-arahan yang sejajar dengan


perkembangan-perkembangan terbaru dalam sumber-
sumber perundangan, samada dari bahan-bahan bercetak
dan juga elektronik

 Membantu menyediakan pengaksesan maklumat-


maklumat dalam talian (online) dan juga rekod-rekod
yang diperlukan kepada mahkamah-mahkamah

 Menyediakan panduan dan arahan yang dapat membantu


penyelidik-penyelidik untuk memperbaiki pencarian
mereka
Apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan
undang-undang firma guaman?
 Menyediakan sokongan penyelidikan kepada mana-
mana peguam yang memerlukan maklumat-
maklumat mengenai pelbagai topik termasuk
perundangan, perdagangan, sains, kejuruteraan dan
perubatan

 Memantau perkembangan maklumat-maklumat


mengenai akta-akta dan perundangan subsidiari

 Menilai kewibawaan dan kesahihan bahan-bahan


perundangan dari sumber Internet tentang
kandungan, mutu maklumat dan kos pengendalian
bahan-bahan tersebut

 Membantu peguam-peguam dalam penggunaan


sumber-sumber perundangan yang terbaru
Tahap Kemahiran Pustakawan Undang-Undang
Tahap kemahiran Pustakawan Undang-Undang itu adalah berbeza antara satu
dengan yang lain mengikut kelayakan akademik, pendedahan kerja dan
pengalaman seseorang itu didalam bidang ini.
 Tahap Permulaan - Syarat-syaratnya termasuk peringkat
siswazah dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat
dan mempunyai pengalaman berkhidmat di perpustakaan
undang-undang antara 0-3 tahun.

 Tahap Pertengahan – Syarat-syaratnya termasuk peringkat


siswazah dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat
dan mempunyai pengalaman ikhtisas dalam mengendali
perpustakaan undang-undang selama 4-8 tahun. Kemampuan
terbukti melalui program-program atau kursus-kursus yang
berkaitan dengan Kepustakawanan Undang-Undang.

 Tahap Tinggi - Syarat-syaratnya termasuk peringkat siswazah


dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat dan
pengalaman Perpustakaan Perundangan selama lebih dari 7
tahun. Mempunyai pembangunan profesional melalui program-
program dan kursus-kursus dalam Kepustakawanan Undang-
Undang.
Apa kelayakan yang diperlukan?
Kelayakkan ikhtisas Pustakawan Undang-Undang

Kelayakan Ikhtisas

Dalam Perpustakaan Dalam Perpustakaan Dalam Perpustakaan


Undang-Undang Akademik Undang-Undang Kerajaan Firma-firma guaman

JD/MLIS MLIS / LIS / LLB LIS / LLB

Latihan dan Pengalaman


MLIS / LLB
Dalam berkerja

MLIS/LIS
Apakah jenis-jenis kemahiran yang diperlukan?
Kelayakan akademik sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan sesaorang
pustakawan itu mahir jika tidak disokong dengan pengetahuan yang sesuai,
kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dan sikap diri yang betul

Kemahiran-
Kemahiran Teras

Knowledge Skills Attitude


Ilmu yang besesuaian Skil yang boleh diguna-pakai Sikap yang betul

Pengetahuan tentang Mempunyai skil komunikasi Mempunyai minat yang


kepustakawanan & Dalam Bahasa Inggeris mendalam dalam bidang
undang-undang dan Malaysia kepustakawanan

Mempunyai skil dalam Mempunyai sifat ingin


Pengetahuan tentang sistem
Teknologu Maklumat belajar dan bersedia
& sumber perundangan
dan Komputer berkongsi pengetahuan

Pengetahuan tentang Kesedaran kepada


Skil Pengurusan
Profesion Perundangan keutamaan

Pengetahuan tentang bahasa


Mempunyai komitmen
kepustakawanan &
Yang tinggi
Perundangan
Apakah nilai-nilai keperibadian yang diperlukan?
Kemahiran
Diri

Perkhidmatan Perkhidmatan Perkhidmatan


Pentadbiran Teknikal Pengguna

Bertanggungjawab Teliti (Meticulous) People oriented

Adaptabiliti Detail oriented Interpersonal skills

Beri perhatian
Fleksibiliti Service oriented
(Attentive)

Boleh dipercayai Kreatif Berhati-hati (Cautious)

Perkerja berpasukan Good record keeping Sense of urgency


Apa yang perlu diketahui oleh seorang
Pustakawan Undang-Undang?
 Mengetahui Misi dan Visi anda
 Mengetahui “tentang” hal ehwal perundangan
 Mengetahui tentang Kepustakawanan Undang-Undang
 Mengetahui tentang profesion undang-undang
 Mengetahui tentang pengguna-pengguna perpustakaan anda
 Mengetahui tugas dan tanggungjawab profesion anda
 Mengetahui kemahiran-kemahiran teras anda
 Kemahiran-kemahiran umum
 Kemahiran-kemahiran khusus
 Mengetahui peranan anda
 Mengetahui ertika profesion anda
 Mengetahui apa yang boleh lakukan
 Mengetahui apa yang tidak boleh dilakukan
Mengetahui Misi dan Visi
Pustakawan Undang-Undang
 Menghubungkan undang-undang dengan pengguna

 Percaya bahawa pengaksesan undang-undang itu seharusnya


diberi secara percuma, dan memastikan pengaksessan undang-
undang terbuka untuk semua

 Percaya bahawa keadilan itu dapat ditegak dengan adanya


maklumat yang tepat dan betul

 Penentangan terhadap penapisan maklumat terutama mengenai


undang-undang

 Menentang diskriminasi dalam pemberian perkhidmatan


maklumat
Mengetahui pengguna-pengguna perpustakaan
 Who - Siapa pengguna perpustakaan anda – ketahui siapa
mereka, e.g. samada mereka peguam, hakim, pelajar atau profesor;

 What - Apakah maklumat yang mereka perlukan –


ketahui jenis-jenis undang-undang yang mereka cari, e.g. samada
undang-undang antarabangsa, undang-undang Persekutuan, undang-
undang negeri, undang-undang kerajaan tempatan dsb;

 Where - Dimana maklumat itu boleh dicari – ketahui dibuku


mana undang-undang itu boleh dicari, samada buku itu didalam
perpustakaan anda atau dilain-lain perpustakaan;

 How - Bagaimana anda boleh membantu mencari


maklumat-maklumat tersebut – ketahui format mana yang lebih
mudah dan lebih digemari, samada dari bahan-bahan bercetak
(hardcopy) atau maklumat dalam talian (softcopy)

 When - Bila maklumat itu diperlukan – ketahui bila maklumat-


maklumat itu diperlukan
Mengetahui tugasan & tanggungjawab profesional
Pustakawan Undang-Undang

Fungsi-Fungsi
Utama

Fungsi-Fungsi Fungsi-Fungsi
Fungsi-Fungsi
Perkhidmatan Perkhidmatan
Pentadbiran
Teknikal Pengguna

Bajet Perolehan Kesedaran Semasa

Pengurusan Kewangan Pengurusan Koleksi Perkhidmatan Rujukan

Pengambilan maklumat Penyelidikan


(Retrieval) Undang-Undang

Penyebaran Maklumat Mengajar / Melatih


Mengetahui kemahiran-kemahiran Asas
Pustakawan Undang-Undang
 Kemahiran-kemahiran Umum
 Memahami latarbelakang sejarah perundangan Malaysia
 Memahami sistem perundangan Malaysia
 Memahami jenis-jenis sumber perundangan Malaysia dan
bagaimana undang-undang itu dikategorikan
 Memahami jenis-jenis pekerjaan dalam profesion perundangan
(sebagai pengguna utama perpustakaan undang-undang)

 Kemahiran-kemahiran Khusus
 Memahami bagaimana undang-undang itu dibuat, diterbit dan
digunakan
 Memahami kaeadah undang-undang itu disimpan dan dicari
 Memahami bagaimana mengurus, mengendali dan mengemas-
kini bahan-bahan perundangan bagi memastikan kesahihan dan
ketepatan undang-undang tersebut terjamin.
Mengetahui kemahiran asas dalam bidang
Kepustakawanan Undang-Undang
 Pengurusan Maklumat Undang-Undang
 Bagaimana menyusunatur maklumat-maklumat perundangan
 Tahu semua jenis sumber perundangan samada dari sumber utama
atau sumber skunder
 Tahu bagaimana sumber-sumber ini digunakan; bagaimana dan
bila menggunakannya dan dimana anda boleh mendapatnya.

 Kaedah Penyelidikan Undang-Undang


 Bagaimana membantu pengguna mencari sesuatu undang-
undang dengan berkesan
 Tahu tentang sistem perundangan kita dan badan-badan yang
mengubal undang-undang itu
 Tahu siapa yang membuat undang-undang dan bagaimana undang-
undang itu dibuat, diterbitkan dan disimpan.
 Tahu samada undang-undang yang dicari itu masih boleh
digunapakai atau berkuatkuasa.
Mengetahui Peranan Pustakawan
Undang-Undang
Undang-Undang Pustakawan
Penyelidik
Maklumat sebagai Broker
pengguna

Pustakawan Undang-Undang mampu:


 Menjimatkan masa
 Mengelakkan kesilapan
 Mendapatkan makna dan
 Menambah nilai (kepada maklumat)
Peranan-peranan Pustakawan Undang-Undang

Peranan-Peranan
Utama

Pustakawan Undang- Pustakawan Undang- Pustakawan Undang-


Undang Akademik Undang Kerajaan Undang Firma Guaman

Sebagai Sebagai Sebagai


Tenaga Pengajar Penyelidik Pelatih

Sebagai
Penyelidik

Sebagai Pengurus
Ilmu
Peranan masa depan Pustakawan
Undang-Undang
 Pustakawan undang-undang diperlukan terutamanya dalam
hal ehwal pengurusan maklumat perundangan dan membantu
para peguam dalam mencari maklumat perundangan.

 Pustakawan undang-undang harus belajar bagaimana


mengurus maklumat yang boleh digunakan untuk memasarkan
organisasi anda ke dunia luar

 Pustakawan undang-undang harus mempromosikan peranan


dan kemampuan mereka lebih daripada seorang “pengurus
maklumat” kepada seorang “pengurus pengetahuan / ilmu”
yang mempunyai tanggungjawab lebih menyeluruh kepada
organisasi mereka

 Pustakawan undang-undang bukan sahaja perlu mengetahui


bagaimana membantu peguam mereka dalam amalan guaman
malah mereka juga perlu tahu bagaimana memasarkan
perkhidmatan guaman ini jika ingin dilihat sebagai 'broker
pengetahuan' yang lebih berjaya dan bermanafaat kepada
peguam.
Mengetahui Ertika Pustakawan Undang-
Undang
Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Pustakawan
Undang-Undang

Adalah menjadi kesalahan kepada sesiapa yang bukan ahli Majlis Peguam
Malaysia (Bar Council) untuk menjalankan amalan guaman seperti
memberi nasihat undang-undang. Pustakawan undang-undang tidak
pernah diberi tauliah untuk memberi nasihat undang-undang walaupun
ada diantara mereka mempunyai ijazah undang-undang, oleh itu mereka
masih perlu mematuhi dan mengikuti peraturan terutama ketika melayani
pertanyaan-pertanyaan yang membabitkan perundangan.
Apakah perkara yang dibenar dilakukan oleh
Pustakawan Undang-Undang:

 Mencadangkan buku undang-undang berkaitan, memberi nasihat bagaimana buku-buku


ini dapat digunakan dengan effisien seperti menerangkan penggunaan indeks-indeks dan
jadual-jadual yang terdapat dalam buku-buku tersebut;

 Membantu mencari definisi umum kata-kata atau ungkapan-ungkapan perundangan,


dengan menggunakan sumber-sumber seperti Law Dictionary, Words and Phrases, dan
sebagainya;

 Membantu pengguna mencari maklumat perundangan dalam talian (online) dengan cara
yang lebih berkesan.

 Mencadangkan terma-terma pencarian ketika menggunakan indek-indek dan lain-lain


bantuan pencarian

 Membantu mencari akta-akta atau kes- kes yang dirujuk kepada pengguna yang tidak
tahu membaca citation atau tidak pasti nama-nama pihak yang terlibat didalam kes –kes
itu;

 Mengajar teknik-teknik penyelidikan undang-undang seperti penggunaan digests dan


citators;
Apakah perkara yang tidak dibenar oleh Pustakawan
Undang-Undang:
 Membantu menterjemahkan maksud sesuatu undang-undang atau memberi pandangan
perundangan, hanya peguam yang bertauliah saja yang dibenarkan untuk berbuat
demikian.

 Pustakawan mungkin mahir dalam mencari maklumat perundangan, namun mereka tidak
dilatih dan ditauliahkan sebagai pegamal undang-undang seperti mana seorang peguam.

 Oleh yang demikian, terpulanglah kepada penguna itu sendiri untuk menyelidik dan
mengenal-pasti undang-undang yang sesuai dengan masalah perundangan mereka.

 Mencadangkan pengunaan borang-borang perundangan tertentu atau menjelaskan


bagaimana hendak mengisi borang-borang tersebut (bagaimanapun, tidak menjadi
kesalahan jika anda hanya merujuk contoh-contoh borang yang terdapat didalam
sesebuah buku yang berkaitan dengan masalah perundangan mereka. Pengguna
seharusnya dibiarkan untuk membuat pilihan mereka sendiri)

 Menulis sesuatu arahan (brief), menyediakan sesuatu wasiat (wills) atau mengubal
sesuatu kontrak;

 Mentafsir apa jua dokumen perundangan dari mahkamah atau dari seorang peguam.
Pembangunan Profesional untuk semua kategori
Pustakawan Undang-Undang
 Menawarkan latihan-latihan praktikal atau mengambil sukarelawan dari pelajar-
pelajar perpustakaan.

 Menyertai Persatuan Perpustakaan atau kumpulan Pustakawan-Pustakawan


Undang-Undang. Misalnya menyertai mailing lists Pustakawan Undang-Undang
seperti MalLawLib

 Menunjukkan sikap mudah mesra dengan pengguna.

 Llibatkan diri dengan kursus-kursus pengajian kepustakawanan undang-nndang


dan memberi ceramah tentang kerjaya dalam bidang ini.

 Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan kepustakawanan undang-undang

 Kerap membaca artikel-artikel dan buku-buku yang berkaitan dengan


Kepustakawanan Undang-Undang

 Menulis artikel-artikel dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sejawatan

 Menghadiri aktiviti-aktiviti Persatuan Perpustakaan dan mana-mana majlis yang


berkaitan.
Pembangunan Profesional khusus untuk
Pustakawan Undang-Undang Akademik
 Mengenali pelajar undang-undang dengan menyertai majlis perjumpaan
mereka. Ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkenalan
dengan anda dan mengetahui tugas-tugas anda secara lebih dekat. Anda
juga dapat berpeluang bercakap tentang kerjaya dalam kepustakawanan
undang-undang kepada mereka dan bagaimana ijazah undang-undang itu
dapat mencerahkan peluang mereka menceburi dalam bidang ini.

 Jika anda mempunyai LLB, beritahu pelajar undang-undang tentang


kelayakkan akademik anda itu. Kelayakkan LLB itu sudah cukup untuk
menunjukkan kredibiliti anda kepada mereka. Beritahu mereka mengapa
anda memilih untuk menjadi seorang pustakawan undang-undang dari
memilih untuk menjadi sebagai pengamal undang-undang.

 Mengajar tentang penyelidikan undang-undang dan sesi-sesi orientasi


perpustakaan kepada pelajar undang-undang. Ini adalah satu cara yang
terbaik untuk menggalakkan pelajar-pelajar melihat sendiri bagaimana
cara anda mengajar dan memberi pendedahan tentang peranan dan
kemampuan seoarang pustakawan undang-undang sebagai satu kerjaya
yang menarik.
Pembangunan Profesional khusus untuk
Pustakawan Undang-Undang Kerajaan
 Membina hubungan baik dengan semua jabatan-jabatan yang munkin memerlukan
perkhidmatan anda dan menyokong anda dimasa depan.

 Menawarkan sesi-sesi latihan penyelidikan untuk kakitangan-kakitangan yang


memerlukan.

 Iklankan jika ada kekosongan jawatan di jabatan anda melalui mailing-list atau
menghubungi terus ke pusat-pusat pengajian kepustakawanan. Graduan-graduan yang
baru hendak memulakan kerjaya bersikap lebih terbuka untuk merebut peluang-
peluang pekerjaan. Pastikan bahawa anda dapat menerangkan dengan baik dan
menarik tentang bidang tugas dan peluang-peluang peningkatan diri di perpustakaan
anda.

 Beri ceramah / taklimat untuk pustakawan-pustakawan kerajaan dari lain-lain jabatan


mengenai kerja anda sebagai seorang pustakawan undang-undang, mereka mungkin
telah lama meminati kerjaya dalam bidang kepustakawanan undang-undang ini.

 Menerima pelawat perpustakaan, terutama pelawat-pelawat yang berminat dan ingin


mempelajari tentang perpustakaan anda.
Pembangunan Profesional khusus untuk
Pustakawan Undang-Undang Firma Guaman
 Menawarkan orientasi perpustakaan secara persaorangan dan berkumpulan kepada
kakitangan-kakitangan baru. Sesi-sesi ini akan memberi peluang untuk anda
mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan dan membantu mereka
memahami tugas dan peranan anda, sekali gus dapat menaikkan imej profesion dan
status anda dalam organisasi.

 Menjadikan perpustakaan sebagai pusat latihan kepada pelajar-pelajar perundangan


(chambering students). Sediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-
perkhidmatan yang dibuat khusus untuk membantu pengguna-pengguna menjalankan
penyelidikan perundangan di perpustakaan anda.

 Menggalakkan peguam-peguam di firma anda menghadiri sesi-sesi latihan. Sesi-sesi


latihan ini baik untuk tujuan perhubungan awam kerana ia dapat memberi peluang
untuk menunjukkan kemahiran profesional anda kepada para peguam. Pilih waktu-
waktu latihan yang sesuai dengan jadual-jadual ketat mereka, seperti waktu makan
tengah hari, disamping menyediakan makanan ringan jika mampu.

 Menjadi mentor kepada bakal pustakawan undang-undang atau mereka yang baru
menceburi dalam bidang ini. Galakkan mereka untuk menghadiri aktiviti-aktiviti
Kumpulan Pustakawan Undang-Undang dengan menemani anda dalam perjumpaan-
perjumpaan kumpulan-kumpulan tersebut.

 Berurusan dengan wakil-wakil penerbit. Ramai pustakawan firma guaman mempunyai


berbagai pertanyaan yang hendak dikemukakan seperti mengenai produk penerbitan
baru, kaedah mengemaskini bahan-bahan terbitan yang boleh diperjelaskan secara
langgsung dari wakil-wakil penerbit itu sendiri. Ini mengiktirafkan kedudukkan
Pustakawan Undang-Undang itu sebagai wakil kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Kesimpulan
 Kemunculan Internet di era pendigitalan maklumat ini telah mengubah
dan mengalihkan sumber-sumber perundangan ke dalam format
elektronik. Buku-buku percetakan yang dahulunya menjadi satu-
satunya sumber rujukan sekarang tidak lagi menjadi sumber rujukan
utama perundangan.

 Perpustakaan undang-undang tradisional kini menjadi pilihan kedua


berbanding dengan perpustakaan undang-undang maya untuk
kegunaan penyelidik-penyelidik undang-undang sekarang.

 Peranan pustakawan undang-undang juga semangkin meningkat,


daripada pengurusan maklumat-maklumat yang datang dari luar
organisasi kini meliputi pengurusan maklumat dalaman organisasi,
duhulunya hanya terhad kepada maklumat-maklumat dalam
perpustakaan sahaja kini merangkumi maklumat-maklumat dari
seluruh oraganisasi, dahulunya dikenali sebagai pengurus maklumat
(information manager) dan kini lebih kerap dikenali sebagai pengurus
pengetahuan/ilmu (knowledge manager).
Soal & Jawab
Perbincangan

You might also like