You are on page 1of 44

EDISI KHAS

BERNIAGA CARA ISLAM


SECUPAK JADI SEGANTANG

TIRU 5 PRINSIP

NEIL PATEL Jadi Jutawan Internet

FAHRIN AHMAD

7TIP BISNES
EKSKLUSIF Q &A
Azizan Osman

VIRUS SYURGA ATAU NERAKA

DAKWAH FACEBOOK

Kontroversi

Strategi Airasia

Menjual 500,000 Tiket Melalui Facebook

Semenanjung Malaysia: RM0.00 PERCUMA! www.majalahniaga.com

BONUS!
BIOGRAFI
Versi Komik

SIDANG EDITORIAL
semua. Perjuangan kami untuk terus memandaikan bangsa akhirnya menjadi realiti sekali lagi, apabila berjaya menerbitkan edisi yang dinanti-nantikan oleh para pembaca semua. Iaitu ezine Majalah Niaga Edisi Khas. Kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana memberikan peluang untuk menambah saham akhirat, menerusi perkongsian ilmu-ilmu yang bermanfaat. Semoga setiap perkongsian yang diterbitkan dalam ezine kali ini dapat memudahkan perjalanan para pembaca untuk menjadi jutawan dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Amin. Dalam ezine Majalah Niaga edisi khas ini, kami bertungkus lumus untuk membawa seorang ikon usahawan di Malaysia. Beliau adalah jurulatih kejayaan dan pemasaran nombor satu Malaysia iaitu Azizan Osman. Peluang untuk menemubual Azizan Osman berkaitan dengan bidang bisnes dan pemasaran merupakan satu peluang yang jarang diperoleh. Oleh sebab itu, kami ingin hidangkan menu ilmu istimewa menerusi edisi Aidilfitri kali ini. Tuan puan akan belajar sekurang-kurangnya 5 ilmu emas dalam sepanjang perbualan kami bersama beliau. Antaranya adalah bagaimana sebuah bisnes boleh untung RM1 juta, dengan hanya teknik pemasaran berkos rendah. 3 Jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan. Apakah prinsip hidup Azizan Osman yang menyebabkan dirinya dan mentee-menteenya mencapai status jutawan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Bagaimana satu sikap yang dikongsikan beliau dapat menjadikan sesiapa sahaja yang hidup biasa-biasa menjadi lebih luar biasa dan juga strategi-strategi pemasaran berkesan yang mudah dipraktikkan dalam masa kurang 60 saat. Bukan itu sahaja. Sebenarnya terlalu banyak maklumat yang ingin kami kongsikan bersama tuan puan. Namun adalah lebih baik kalian sendiri pengalaman mendengar audio dan transkrip temubual kami bersama dengan Azizan Osman. Bagi tuan puan yang ingin menambahkan saham akhirat, gunakan kesempatan ini untuk menyebarkan maklumat bermanfaat berkenaan dengan pengumuman ezine Majalah Niaga Edisi Khas Aidilfitri ini. Terdapat 5 cara untuk sebarkan virus syurga ini iaitu kongsikan pautan muat turun ezine di Facebook tuan puan, kongsikan pautan muat turun di Twitter tuan puan, kongsi berita baik ini kepada rakan-rakan di kawasan rumah tuan puan tentang kewujudan ezine Majalah Niaga ini, kongsikan kepada rakan-rakan pejabat supaya hidup mereka bertambah baik menerusi maklumat keusahawanan yang disertakan dalam ezine Majalah Niaga dan sentiasa bercerita tentang ezine Majalah Niaga walau di mana jua tuan puan berada. Semoga Allah terus mengurniakan kita semua kekuatan dan istiqamah dalam perjuangan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri, bangsa dan juga agama. Perjuangan kami akan diteruskan. Semuanya adalah untuk memandaikan bangsa, supaya masyarakat lebih cenderung memilih perniagaan sebagai bidang kerjaya. Salam hormat, jumpa kita dalam edisi ezine Majalah Niaga akan datang.

Izin kami berkongsi perasaan seluruh pasukan kami bersama tuan puan

Assalamualaikum & Salam Sejaht era....

Pengarah Urusan Idris Husin Pengarah Eksekutif Hasbul Ariff Editor Hasbul Aqill & Aqif Azizan Penulis Aqif Azizan - Nor Bahiyah Lasim Mazlan Mohamad - Hasbul Ariff Hasryn Hamka Grafik Marlia Muhamad Pengurus Web Ridhwan Razak & Marlia Muhamad Eksekutif Pengiklanan Zairol Affendi Eksekutif Pemasaran Hasbul Aqill Diterbitkan Oleh INNOVATIC SOLUTION (Part Of Flarebiz Network) 18-3-1 Jalan Semarak Api 2, Dimond Square Business Centre, 53000 Setapak Kuala Lumpur. Tel: 603-4023 4641 Email: majalahniaga@gmail.com Website: www.majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga Hak Cipta Terpelihara: Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikkan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

Hasbul Aqill & Aqif Azizan

Pengasas Majalah Niaga www.majalahniaga.com

1 Majalah Niaga Edisi Khas

KANDUNGAN

03

WAWANCARA EKSKLUSIF

Jurulatih Pemasaran No1 Malaysia - Azizan Osman

Apabila kita ada jenama yang baik, orang akan kaitkan kita dengan kredibiliti dan kepercayaan - Azizan Osman

12

Q & A KONTROVERSI
Bersama Azizan Osman - Tim Majalah Niaga

22 24 26 30

16 19 20

TIP PERNIAGAAN

Strategi AirAsia Menjual 500,000 Tiket Melalui Facebook - Mazlan Mohamad

IKAN BAKAR ASYIK

Restoran Ikan Bakar Asyik Memang ASYIK!!! - Mohd Asyik

TIP KOMUNIKASI PERNIAGAAN


Kad Nama Bisnes Etika Memberi & Menerima - Nor Bahiyah Lasim

MOTIVASI & INSPIRASI

Dakwah Facebook Virus Syurga atau Neraka? - Hasbul Ariff

ARAS DESIGN & MULTIMEDIA CENTRE

Strategi dan Tip Kejayaan Yang digunakan oleh ADMC - Diyana Tahir

MOTIVASI & INSPIRASI

Berniaga Cara Islam. Secupak Jadi Segantang - Hasryn Hamka

LIFERICH

Life is Rich Peneraju Teknologi Aura - Haji Mohd Asri

2 Majalah Niaga Edisi Khas

31 33 36 38 40

SISIPAN KHAS

Biografi Komik Azizan Osman - Tim Majalah Niaga

INSPIRASI USAHAWAN

Tiru 5 Prinsip Neil Patel Jadi Jutawan Internet - Aqif Azizan

CERUK KAMPONG

Masakan Kampong Tetap Jadi Pilihan - Zeflin Suzana

TIP PERNIAGAAN

7 Tip Bisnes Fahrin Ahmad - Hasbul Ariff

ANIS CHOC MOIST CAKE

Sentiasa bersifat terbuka untuk belajar dengan individu yang lebih berjaya.. - Junaidy Abu Bakar

Wawancara Eksklusif!

Terima kasih kepada Majalah Niaga. Assalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh. Alhamdulillah, tahun 2011 adalah hampir 12 tahun saya telah menjalankan perniagaan dan saya bersyukur kerana berjaya berada dalam situasi yang sentiasa dapat mengembangkan bisnes saya di seluruh Asia seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Sebenarnya ramai yang tersalah anggap bahawa saya pakar motivasi. Saya bukan pakar motivasi. Sehingga hari ini, saya menjalankan perniagaan yang semuanya berkaitan dengan pengiklanan dan pemasaran. Ini adalah bisnes utama kami dan kami adalah agensi pengiklanan. Bermaksud kami adalah syarikat yang menguruskan strategi pengiklanan dan pemasaran untuk pelanggan. Kami membantu dalam pembentukan kempen dalam bentuk media, pemasaran dalam televisyen, radio, surat khabar, online dan juga offline. Saya terlibat dalam bidang ini sejak tahun 2001. Alhamdulillah, pengalaman saya dengan organisasi sebelum ini iaitu syarikat Cobra Group, beroperasi di United Kingdom yang telah melatih saya daripada kosong sehingga saya dapat menguruskan projek yang pertama. Iaitu projek HSBC pada tahun 2002. Selepas itu saya menguruskan projek Standard Chartered. Di situ saya mula belajar menguruskan projek pengiklanan dan pemasaran. Dari situ juga pengalaman saya berkembang selepas melalui pelbagai kesukaran dan proses jatuh bangun. Sehinggalah saya diarahkan untuk menguruskan projek Celcom. Itu adalah satu-satunya projek yang agak besar sebagai orang baru pada tahun 2003. Pada ketika itu, kita berjaya membuat kempen untuk mengajak orang menjadi pelanggan Celcom.

Azizan Osman

jurulatih pemasaran

Ketika itu juga Celcom mempunyai sedikit masalah pada billing system. Walaubagaimanapun, projek itu berjalan dengan lancar. Disebabkan oleh projek ini, saya dilantik sebagai Pengurus Organisasi Projek untuk Telekom Malaysia. Daripada seorang yang menguruskan projek untuk satu negeri, tiba-tiba saya kena uruskan projek yang melibatkan seluruh Malaysia. Ketika itu saya perlu banyak melatih perunding-perunding yang menguruskan projek Telekom Malaysia. Saya diarahkan untuk melakukan kempen. Katakanlah jika saya ke Johor, saya kena pastikan orang ramai di negeri ini sedar tentang Streamyx. Dalam masa sama, meningkatkan kemahuan mereka untuk menggunakannya. Jadi berdasarkan pengalaman bekerja dengan syarikatsyarikat yang besar dan dilatih oleh syarikat Cobra Group

no 1 malaysia

Dalam organisasi sebelum ini, saya diajar kunci atau formula kejayaan adalah sikap
3 Majalah Niaga Edisi Khas

yang sangat berpengalaman luas dalam bidang pengiklanan dan pemasaran, ia membuatkan saya sangat jelas di mana saya tidak mempunyai ilmu yang betul tentang pemasaran. Saya sudah buat pelbagai bisnes sebelum ini dan semuanya gagal kerana saya tidak tahu tentang pemasaran. Jadi apabila saya berada dalam organisasi sebelum ini, saya mendapat inspirasi untuk berkongsi ilmu ini dengan para usahawan. Kerana saya sedar, usahawan berbangsa Cina sangat mengambil berat tentang pemasaran. Manakala ramai daripada usahawan gagal yang berbangsa sama seperti saya adalah disebabkan oleh tidak ada kekuatan dalam pemasaran. Biasanya kita akan menyalahkan orang lain. Sedangkan yang membeli adalah orang kita sendiri. Kuasa membeli yang kuat di Malaysia adalah orang Melayu sendiri. Saya bukan bangkitkan isu perkauman, tetapi saya menceritakan tentang hakikat sebenar perniagaan. Bermula tahun 2008, apabila saya membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan saya sendiri, saya sangat gembira. Alhamdulillah, Klinik Usahawan yang kita bangunkan ini adalah satu daripada cara untuk kita menambah nilai pada ramai orang. Sebagai usahawan yang berpengalaman lebih 10 tahun, apakah pandangan Tuan Azizan terhadap masalah yang berlaku dalam minda usahawan yang gagal pada masa kini? Dalam masa sama, adakah usahawan yang berjaya membina empayar perniagaan mereka tergolong dalam mereka yang mempunyai minat dalam bisnes semata-mata? 4 Majalah Niaga Edisi Khas

Sebenarnya kejayaan itu bukan bergantung pada dia seorang usahawan atau tidak. Bagi saya permulaan sesuatu perkara adalah ketahanan minda atau sikap (attitude). Dalam organisasi sebelum ini, saya diajar kunci atau formula kejayaan adalah sikap. Kita ada 8 formula penting dan formula nombor satu adalah sikap. Sikap yang positif akan

Kita mudah berputus asa, kita mudah menyalahkan produk dan perkhidmatan, kita menyalah perniagaan, kita menyalahkan kerajaan dan pelbagai lagi. Tetapi kita lupa salahkan diri sendiri. Jadi jika mahu menjadi usahawan yang berjaya, permulaannya adalah sikap. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita masih boleh senyum. Yang kedua, berkenaan dengan usahawan yang berjaya membina empayar perniagaan mereka berdasarkan minat. Pandangan saya, minat itu boleh dipupuk. Ada ramai orang yang membuat perniagaan tetapi mereka tidak sedar yang mereka sedang berniaga. Sebagai contoh, jika kita seorang yang pakar dalam bidang lukisan. Kita melukis kerana kita mempunyai minat yang mendalam, dan kita mahu orang ramai menikmati lukisan itu. Mungkin kita tidak pandai berniaga. Tetapi orang lain pandai berniaga dan tolong memasarkan lukisan kita. Pada akhirnya, kita mempunyai banyak duit. Disebabkan kita minat dalam lukisan, dan orang lain sanggup bayar nilai yang tinggi, sedar atau tidak kita sedang berniaga. Contoh lain adalah potrait Monalisa. Saya rasa pelukisnya ketika itu tidak ingin melakukan perniagaan. Tetapi sikapnya yang suka ingin melukis potrait itu menyebabkan dia telah membina sebuah perniagaan. Ramai usahawan yang berjaya mungkin minat asalnya bukan bisnes. Minatnya berkemungkinan besar adalah ingin membantu orang. Mungkin juga untuk membantu menyelesaikan masalah orang.

Kita ada 8 formula penting dan formula nombor satu adalah sikap. Sikap yang positif akan membawa hasil yang positif...
membawa hasil yang positif. Jadi untuk membina usahawan yang berjaya, sebenarnya kita perlu bermula dengan pembinaan sikap terlebih dahulu. Jika sikap kita bagus, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan memberikan hasil. Begitu juga sebaliknya. Sikap adalah segala-galanya. Setiap hari saya ditekankan dengan maklumat ini. Setiap pagi kita kena menetapkan gaya fikir, Berapa nilai hidup kita adalah berapa nilai sikap kita. Sebagai contoh, jika ada orang berkata tidak mahu apabila kita ingin menjual produk, kita mempunyai pilihan. Sama ada kita menangis di bawah pokok sepanjang hari atau kita senyum dan mengucapkan terima kasih. Sikap sentiasa membuka peluang untuk mengembangkan diri kita dan mewujudkan rasa sukar hendak mengalah. Kebanyakkan usahawan yang gagal seperti saya sendiri sebelum ini, kita tidak ada sikap yang bagus.

Saya ada terbaca satu kes di India. Ada seorang lelaki biasa yang bekerja di sana. Pada zaman itu, beliau perasan di negaranya tiada tandas. Orang buang air bersepah-sepah. Jadi dia nampak satu masalah dan dia ingin selesaikan masalah itu supaya dapat wujudkan tandas yang lebih bersih. Ketika itu, ramai orang tidak mahu menerima ideanya. Tetapi beliau lakukan juga untuk diri dan keluarganya. Akhirnya, idea dia diterima semula selepas berlaku rombakan pemerintahan. Asalnya tandas itu mempunyai 100 sahaja. Hari ini beliau menjadi jutawan dan mempunyai kilang untuk bekalkan tandas itu. Dia tidak sengaja melakukan bisnes. Kerana pada asalnya beliau cuma mahu menolong orang ramai yang menghadapi masalah. Bagi saya, minat dalam perniagaan semata-mata tidak cukup. Permulaan untuk menjadi usahawan berjaya adalah membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai. Itu lebih penting. Tetapi ada juga usahawan berjaya kerana beliau minat dalam perniagaan. Baru-baru ini, Tuan Azizan diberikan pengiktirafan sebagai Master Trainer Guerilla Marketing International di Asia oleh pakar pemasaran gerila iaitu Jay Conrad Levingson. Pada masa itu, beliau secara tidak sedar mempunyai skil copywriting yang bagus. Beliau tolong tuliskan artikel dan laporan untuk bosnya. Bos beliau mencadangkan supaya beliau bekerja di syarikat pengiklanan yang besar, kerana mutu penulisannya sangat tinggi.

Boleh Tuan Azizan kongsikan perbezaan pemasaran gerila dengan pemasaran yang biasa di- Jay Conrad Levinson akhirnya dibuang kerja. Nalakukan oleh usahawan tempatan? Bagaimana ia mun bosnya mencadangkan nama beliau ke syarikat dapat memberikan hasil yang berbeza? pengiklanan yang lain. Selepas itu beliau dapat bekerja sebagai junior copywriter. Pertama kita perlu faham terma Gerila. Guerilla marketing adalah konsep yang diasaskan oleh Jay Con- Ketika itu beliau aktif menguruskan projek besar seprad Levinson. Beliau adalah bekas askar dan kom- erti Malboro. Dari situ beliau terkenal sebagai Creative ando. Apabila beliau menjadi komando, beliau diajar Director dan mula melakukan reka bentuk strategi bagaimana untuk hidup dalam keadaan tanpa senjata Guerilla Marketing. atau ada senjata. Guerilla Marketing bermaksud kita melakukan pemaJay Conrad Levinson mempunyai latarbelakang dalam saran tanpa mengira kita ada apa jenis alat, modal dan bidang psikologi dan minat menulis. Akibat daripada sebagainya. Iaitu semudah senyuman. minat menulis, beliau mendapat kerja dalam bidang pengiklanan yang kecil sebagai kerani. Pemasaran bukan pengiklanan. Pemasaran adalah keseluruhan. Apa sahaja yang boleh buat orang hendak tahu atau berkenalan dengan kita. Pemasaran adalah cara kita berkomunikasi. Jadi apabila kita menggunakan televisyen, radio dan akhbar, itu semua cara berkomunikasi. Termasuk menulis buku dan blog. Teknik gerila adalah teknik yang kita gunakan semua strategi dari kos rendah sehingga kos tinggi.

5 Majalah Niaga Edisi Khas

Teknik ini sangat bagus khususnya untuk para usa- wanita. Tetapi jangan jual semua. Jangan jadi Mydin. hawan yang baru. Sebab ramai usahawan baru tidak Maksud saya adalah kita belum lagi boleh menjadi mempunyai modal yang banyak untuk melakukan seperti Mydin. pengiklanan besar-besaran. Kerana kita baru sahaja bermula. Jadi lebih baik pilih Jadi, apa yang mereka boleh buat? Pertama, senyum. satu kategori spesifik. Kalau kita hendak jual pakaian Kedua, pakai t-shirt yang mempunyai logo syarikat wanita, kita jual pakaian wanita sahaja. Hakikatnya, mereka. Seterusnya, mereka boleh bercakap atau ada orang yang jual secara spesifik. Dia jual pakaian berkongsi dengan orang atau di Facebook. dalam wanita. Pemasaran bukan menjual. Dialog menjual adalah Malah ada seorang bilionair wanita. Beliau hanya berseperti, Hendak beli? niaga sarung kaki sahaja. Beliau adalah Sarah Blakely dan merupakan pemilik Spanx. Pemasaran adalah kita berkomunikasi dengan orang dan kongsi apa yang kita buat. Jadi ramai orang ber- Biar saya berikan contoh. Polo terkenal dengan konfikiran sempit tentang pemasaran. Guerilla marketing sep polo shirt. Mereka tidak buat batik atau benda lain. adalah menggunakan apa sahaja strategi dari kosong Poinnya adalah kita fokus pada satu benda sebagai sehingga melibatkan kos. permulaan. Kita juga melihat pemasaran ini lebih besar dan holistik (meluas). Seperti komando dalam peperangan. Apa sahaja alat yang kita ada, kita akan gunakan. Janji kita boleh menang dan terus hidup. Cutey World (https://www.facebook.com/cuteyworld) hanya menjual pakaian kanak-kanak sahaja. Beliau lakukan secara online dan tiada kedai. Kenapa pakaian? Kerana manusia memang suka beli baju khususnya wanita.

Pada pendapat Tuan Azizan sendiri, apakah 3 industri yang sesuai diceburi oleh usahawan baru Industri ketiga yang bagus untuk bisnes adalah keyang tidak mempunyai sebarang idea perniagaan? sihatan dan kecantikan. Saya sendiri pun ada bisnes dalam bidang kecantikan dan aktif di luar negara. Yang pertama, makanan dan minuman. Ini sangat- Dalam poin bisnes, kita tahu apa yang orang mahukan sangat senang. Ia adalah semudah membeli keropok dan kita berikan apa yang mereka mahu. ikan yang belum digoreng. Kita beli banyak-banyak dan goreng. Kemudian masuk dalam plastik dan jual Pertama, produk kecantikan itu mesti tidak ada madi tempat kerja. salah jangka masa panjang. Maksudnya tidak menggunakan bahan yang berbahaya. Kemudian mesti ada Satu paket keropok katakanlah dalam RM5. Bayang- bukti atau tidak nama kita senang untuk tercalar. kan berapa banyak keropok yang boleh kita goreng daripada keropok mentah itu. Jadi kos kita adalah Kenapa produk kuruskan badan (slimming) meletup di RM5, kemudian kita jual satu bungkus RM2. pasaran? Kerana orang malas untuk bersenam. Orang mahu cepat. Dan tidak semestinya produk itu kita kena Kalau kita berjaya jual 10, maka untung kita RM20. Di- keluarkan sendiri. Kita boleh jadi agen untuk mulakan tolak dengan kos tadi, untung kita adalah RM15. Kalau perniagaan seperti ini. kita mempunyai 5 orang anak, dan setiap anak itu berjaya jual 10 bungkus, kita sudah jual 50 bungkus. Satu hari kita dapat untung bersih RM15 x = RM75. Siapa mahu bagi RM75 sehari? Ia adalah sebagai permulaan. Ada orang ingat perniagaan perlu ada kedai atau ofis yang besar. Jawapan ini tidak betul. Saya sendiri bermula dari kosong. Sebab saya percaya, untuk berniaga, ofis bukan nombor satu. Tetapi diri sendiri adalah perkara utama, dan juga telefon bimbit. Terdapat percanggahan pendapat tentang bisnes yang berjaya tidak perlu mempunyai modal yang Yang kedua adalah pakaian. Apa sahaja pakaian. besar. Apakah pendapat Tuan Azizan mengenai Pakaian kanak-kanak, pakaian orang dewasa, pakaian isu ini berdasarkan pengalaman peribadi? 6 Majalah Niaga Edisi Khas

Betul. Bisnes yang berjaya memang tidak banyak modal duit sebenarnya. Banyak sangat contoh yang kita boleh lihat. Permulaannya tidak memerlukan modal yang besar. Contoh tadi kita cerita tentang keropok. Mungkin kita perlu ada RM10 atau RM10 untuk beli alatan menggoreng keropok. Maksudnya kalau kita ada RM100, sebenarnya kita sudah boleh berniaga. Dalam sesetengah bisnes, mereka cuma perlukan telefon dengan diri sendiri sahaja. Ini adalah poin permulaan apabila kita mulakan program kita beberapa tahun lalu. Saya kata saya mahu memulakan bisnes dari kosong. Apa yang kita buat adalah memastikan kita ada telefon bimbit. Apabila kita buat kempen pemasaran dan menerima panggilan daripada klien, maka sebenarnya bisnes itu sudah pun bermula. Tidak perlu modal untuk bina ofis dan sebagainya. Itu bukan syarat nombor satu. Saya lebih suka konsep bootstrap. Di mana kita bermula dengan apa yang ada di tangan. Sebab ramai orang tunggu apa yang tidak ada di tangan seperti pinjaman, geran dan sebagainya. Jika kita boleh untung sedikit-sedikit, itu menunjukkan kita boleh untung lagi banyak. Begitu juga sebaliknya. Jika kita tidak berjaya kaut untung kecilkecilan, maka mustahil bisnes kita boleh menjadi besar. Jadi dengan berniaga kecil-kecilan, kita kena belajar simpan duit. Dengan duit simpanan itu kita akan gunakan untuk besarkan perniagaan. Dalam kes saya, syarikat kami tidak mengambil sebarang pinjaman dari mana-mana bank atau individu. 7 Majalah Niaga Edisi Khas

Saya ingat individu pertama yang saya pernah pinjam duit adalah emak saya. Saya pinjam RM2,000 lebih untuk daftar syarikat sendirian berhad. Saya sudah pun bayar balik duit pinjaman itu dalam masa 3 minggu selepas pinjam. Jadi kita perlukan modal. Tetapi bukan modal yang besar. Sebenarnya yang paling penting adalah berapa banyak duit kita bawa masuk. Katakanlah saya membuka satu perniagaan kecil-kecilan di rumah dan tidak mempunyai sebarang modal untuk pemasaran. Berdasarkan kepakaran Tuan Azizan Osman, apakah 3 strategi utama untuk mendapatkan pelanggan pertama?

3 Strategi? Pertama, kongsikan dengan jiran. Cara untuk kongsi dengan jiran ada banyak cara. Paling mudah adalah kita tulis poster di hadapan rumah, Di sini ada jual keropok siap goreng. Tampal di hadapan rumah. Jika kita tidak ada duit untuk fotostat, kita ambil kertas buku anak-anak kita yang tidak dipakai. Koyakkan dan tulis, Rumah makcik ada jual keropok goreng. Tulis 10 keping dan berikan kepada 10 jiran. Yang ketiga, pergi rumah ke rumah dan bawa keropok goreng. Alternatif lain adalah Facebook dan blog. Kita boleh belajar dan lakukan sendiri. Tetapi di Facebook jangan jual keropok goreng. Kita jual keropok mentah.

Kalau kita mahu buat sesuatu benda, kita akan buat sampai habis dan jadikan ia sebagai satu sikap
Ramai orang hendak makan keropok asli dari Tereng- masalah untuk menulis? Bagi budak kecil yang tidak ganu. Kita susah hendak jumpa keropok asli di Kuala pandai menulis, itu adalah masalah bagi mereka. Tetapi apabila dia sudah pandai menulis, ia bukan lagi maLumpur. salahnya. Saya percaya jika ada orang jual keropok asli ini di Selepas itu, masalah dia akan bertukar. Mungkin maFacebook, mesti ada permintaan yang tinggi. salah dia mahu menghafal. Tetapi apabila dia sudah Malah kita tidak perlu pandai buat keropok. Kita hanya tahu teknik menghafal, masalah itu selesai. Jadi maperlu tahu di mana mahu ambil dan letakkan label salah adalah masalah jika kita tidak reti uruskan densendiri. Seperti Keropok Mentah Azizan. Ambil gam- gan betul. Sangat penting untuk mempunyai ilmu. bar dan muat naik di Facebook. Kemudian cari pengedar. Secara tidak sedar kita sudah memulakan satu Yang ketiga, sentiasa belajar teknologi atau sistem yang baru. Sebab masa ber perniagaan. jalan sangat pantas. Setiap hari pasti ada benda baru yang di Jika diberikan 5 kriteria lancarkan. Jadi kita kena sen untuk menjadi usahawan tiasa tahu apakah cara terkini kaya & berjaya, apakah dan adaptasi dengan teknologi. kriteria itu berdasarkan pengalaman Tuan Azizan Seperti sekarang, orang mem sendiri? beli belah menggunakan kod QR dan sudah boleh beli Saya tetap akan pegang pada barang. Seperti laman web, kita prinsip MESTI. Yang pertama sekarang ke arah mobile apps. kita mesti kena ada mentor. Sentiasa. Jika kita selesai belajar Nombor empat adalah tidak dengan seorang guru, mesti pernah mengaku kalah. Kalau ada guru lain yang lebih bagus. kita mahu buat sesuatu benda, Macam saya, saya sentiasa kita akan buat sampai habis dan berguru dan belajar. Setiap jadikan ia sebagai satu sikap. beberapa bulan dan tahun, saya akan sentiasa belajar. Malah Kriteria kelima usahawan tahun ini beberapa kali saya berjaya adalah niat. Seperti akan ke Amerika Syarikat dan saya, niat saya berniaga adalah Australia untuk pergi belajar. untuk membantu ramai orang Nombor dua, ilmu. Sentiasa perbaiki ilmu kita. Ilmu dan menambah nilai hidup ramai orang. Sebab itu dari segi minda, pengetahuan tentang diri dan bisnes, saya rasa Malaysia ini seperti tidak ramai. serta ilmu menguruskan diri dan hati kita. Kerana kebanyakan masa, manusia yang sentiasa sibuk kerja Saya ingin pergi ke peringkat yang lebih besar supaya saya boleh membantu ramai orang. Saya tidak hadatau berniaga akan rasa tertekan. kan diri saya untuk berniaga di tahap-tahap tertentu. Itu tandanya ilmu kita hendak habis. Jadi itu tandanya Saya percaya, berapa jauh Tuhan hendak berikan kita kena sentiasa belajar. Supaya kita sentiasa perbaiki rezeki, kita terima sahaja. Rezeki ada di mana-mana. Saya percaya kalau kita bantu dan selesaikan masalah ilmu kita. orang, rezeki itu akan datang kepada kita. Adakah pendengar Majalah Niaga ada mempunyai 8 Majalah Niaga Edisi Khas

Apakah perbezaan penjenamaan dan pemasaran? Adakah jenama yang kuat dapat menjamin keuntungan bisnes? Dalam masa sama, boleh Tuan Azizan kongsikan 1 strategi penting yang mesti diaplikasikan oleh para usahawan untuk memperkuatkan jenama bisnes mereka? Jenama dan pemasaran adalah kembar siam. Ia tidak boleh diasingkan atau dilihat sebagai berasingan. Sebab pemasaran yang bagus sebenarnya sangat bergantung pada jenama. Jenama ini sebenarnya boleh mencipta kepercayaan orang kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Apabila orang sebut Air Asia, bagi sesetengah orang, nama itu boleh dipercayai. Jenama itu memberikan kesan yang lebih pantas ke dalam minda seseorang. Sebab apabila kita ada jenama yang baik, orang akan kaitkan kita dengan kredibiliti dan kepercayaan. Jadi, apabila kita berniaga keropok, semua orang ada berniaga keropok. Jika saya berniaga keropok, saya pastikan keropok Azizan ini mesti penuh dengan ikan. Apabila orang rasa ikan, ikan itu hidup.

Ilmu adalah penting untuk kita meningkatkan taraf hidup kita termasuk dari sudut perniagaan. Adakah syarikat Richworks menyediakan platfom untuk para pembaca Majalah Niaga mempelajari ilmu untuk menguasai bisnes dan pemasaran?

Soalan yang menarik. Salah satu daripada anak syarikat Richworks adalah Richworks Human Capital Development Sdn Bhd. Di mana kita menyediakan latihan berterusan dan ilmu kepada orang yang mahu menApabila kita kita pasarkan dan orang makan, mereka guasai perniagaan dan pemasaran. akan rasa gembira. Mereka akan kongsikan produk kita dengan orang ramai dan mereka akan sebut jen- Jadi sehingga sekarang, kita masih lagi mengekalkan ama keropok Azizan. Ia akan melekat di minda. Suatu fokus kita untuk mengadakan program. Ia adalah prohari nanti, apabila ada orang mahu cari keropok yang gram yang sentiasa membantu atau memberikan ilmu betul-betul rasa ikannya penuh, mereka akan ingat kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar tentang perkeropok Azizan. Kita kena beritahu kelebihan keropok niagaan. Saya percaya dan sangat berpegang dengan kita dan sahkan ia betul. apa yang saya lakukan ini adalah satu bentuk dakwah di mana 9/10 rezeki adalah perniagaan menurut hadis Jenama ini adalah we deliver what we promise. Kalau Nabi. Ini adalah satu cara kita menambah nilai dalam kita boleh kekalkan kualiti, kempen pemasaran kita hidup ramai orang dengan memberikan ilmu. akan berjalan dengan viral. Alhamdulillah, antara contoh lain adalah ramai orang masuk kelas saya hari ini Walaupun ilmu yang kita kongsikan adalah percuma. disebabkan orang lain yang sudah masuk. Tetapi siapa yang hadir akan tahu nilainya sangat tinggi dan sangat terbukti keberkesannya. Hanya yang Mereka akan bercerita tentang kelas ini. Pada awalnya, hadir sahaja akan faham. Insya Allah, Richworks akan mereka ini akan ada persepsi yang tidak benar dan terus menjadi satu daripada platfom penting. Malah salah tentang apa yang kita buat. Apabila kawan mer- kita dalam proses untuk membina anak syarikat yang eka sudah masuk dan beritahu pengalaman, lama-la- memberikan latihan dalam bentuk teknikal kepada ma situasi ini menjadi viral. para usahawan yang ingin berniaga.

Apabila kita ada jenama yang baik, orang akan kaitkan kita dengan kredibiliti dan kepercayaan
9 Majalah Niaga Edisi Khas

Sebagai contoh, antara industri yang kita akan bangunkan adalah industri latihan pembangunan usahawan dalam salon. Di mana kita ambil mereka yang sudah pakar dalam bidang ini, dan berkongsi serta mengajar orang yang ingin menceburi dalam bidang salon. Dari kosong sehingga mereka tahu bagaimana untuk uruskan perniagaan itu. Itu salah satu projek yang kita akan lancarkan tidak lama lagi. Kita akan ajar sampai mereka tahu berniaga. Apakah perancangan Tuan Azizan dan syarikat Richworks dalam masa 5 tahun dari sekarang? Adakah Richworks akan terus berjuang dalam mengendalikan seminar-seminar pembangunan diri dan keusahawanan? Sebenarnya kita mempunyai objektif 2021 di mana Richworks akan berada di lebih 15 buah negara dan kita akan bawa konsep latihan kita dalam bentuk virtual secara perlahan-lahan atau online training. Sebelum ini kita mengorak langkah pertama menerusi live streaming untuk orang ramai. Jadi kita dalam proses untuk menjadikan latihan ini dalam lingkungan yang lebih besar, supaya orang boleh belajar di mana jua mereka berada.

Itu adalah langkah seterusnya yang kita akan lakukan dan kita akan buat secara besar-besaran. Kita juga sedang mencipta portal program atau virtual training hub, di mana orang boleh pilih bahasa apa yang mereka mahu dengar. Sebagai contoh, saya yang bercakap dan ia mempunyai perolehan bahasa. Seperti bahasa Korea, Jepun, Cina dan sebagainya. Kita juga sedang membangunkan sistem hologram yang mana orang boleh belajar dalam kelas saya dalam bentuk digital 5D. Saya akan mengajar di hadapan mereka walaupun pada hakikatnya saya tidak berada di hadapan mereka. Supaya saya boleh jalankan program serentak di seluruh dunia dan saya hanya bercakap di satu tempat sahaja. Mereka akan dapat rasai pengalaman yang sama seperti saya berada betul-betul di hadapan mereka. Itu adalah teknologi yang kita sedang kaji dan mudah-mudahan ia dapat dicapai pada tahun 2017. Jadi apa yang kita buat adalah membangunkan konsep supaya orang boleh belajar di mana-mana. Apakah nasihat Tuan Azizan kepada para usahawan yang baru atau ingin memulakan perniagaan di luar sana? Serta apakah perkara paling penting untuk dikongsikan kepada para usahawan yang sudah berpengala man lebih 5 tahun, tetapi perniagaan mereka masih bertaraf biasabiasa dan tidak berkembang?

Saya rasa perkataan penting yang saya mahu berikan adalah muhasabah. Muhasabah diri atau review. Bahasa Indonesia dipanggil koreksi diri. Sebab ramai yang berniaga bertahun-tahun tidak berani melihat di mana mereka berada. Dalam erti kata lain, berpijak pada bumi yang nyata. Maksudnya tidak ramai yang berani lihat kebenaran dalam perniagaan mereka. Sudah 5 tahun berniaga, tetapi dalam akaun RM5,000 pun tidak ada. Setiap bulan kita bekerja, tetapi jualan tidak banyak. Pemasaran juga tidak jadi. Mereka tidak berani menerima hakikat yang sebenarnya mereka perlukan ilmu.Mereka rasa satu hari nanti mudah-mudahan benda ini boleh berubah. Jadi apa yang mereka buat adalah doa. Ia bagus tetapi ilmu itu penting sebab dengan ilmu kita boleh kuasai dunia dan dengan ilmu kita boleh kuasai akhirat. Jadi saya ingin nasihatkan kepada usahawan baru dan usahawan berpengalaman, supaya sentiasa cari ilmu. Cari ilmu tentang keusahawanan, dan pemasaran. Sebab itu yang akan membuatkan bisnes kita meledak. Jika tiada jualan atau pendapatan dalam bisnes, kita mahu bayar gaji sendiri pun tidak cukup. Jadi saya rasa ilmu pemasaran adalah kunci utama. 90% bisnes gagal kerana tidak bijak dalam pemasaran. Jika anda tanya 10 kali kepada saya sekalipun tentang ilmu penting sebagai usahawan, saya tetap akan jawab pemasaran. Sebab jika kita pandai ilmu pemasaran, apa sahaja produk kita boleh pasarkan. Begitu juga sebaliknya. Jawapan saya tetap pemasaran. Sebab saya pernah gagal banyak kali dan rugi banyak duit sebab saya tidak pandaikan memasarkan produk.

10 Majalah Niaga Edisi Khas

TIM MAJALAH NIAGA

Q & A Kontroversi Bersama Azizan Osman


Isu - Gelaran Dr Azizan Osman Satu Penyelewengan Terancang? Soalan: Kami sering mendapati nama Azizan Osman sering dikaitkan dengan isu gelaran Dr. yang membawa kepada berita negatif. Mohon berikan sudut pandang tuan mengenai isu ini. Azizan Osman: PhD atau sewaktu dengannya adalah helaian kertas yang memberikan satu tanda aras dalam pendidikan formal. Ramai yang menyatakan bahawa gelaran Dr. saya adalah satu penyelewengan dan juga penipuan untuk mengambil kesempatan terhadap rakyat tempatan. Sebenarnya Doktor Falsafah Sains (Metafizik) saya ini dibuat sebagai inisiatif saya untuk memahami satu cabang ilmu atau bidang sains metafizik yang tidak ada di Malaysia. Sememangnya Gordon Universiti tidak diiktiraf di Malaysia tetapi saya tidak perlukan pengiktirafan itu, kerana saya tidak bercadang menjadi pegawai kerajaan atau bekerja di mana-mana syarikat swasta. Malah Alhamdulillah, kami di Richworks menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang tanpa mengutamakan kelayakan mereka, tetapi pengalaman serta keupayaan mereka untuk meningkatkan kebolehan dan bakat diri mereka dalam masa yang singkat. Saya percaya dengan prinsip universiti terbesar di dunia adalah University of Life.

kan dari sesuatu kelayakan atau pengajian adalah aplikasi ilmunya dan bukan teorinya. Saya juga sudah buktikan setiap perkongsian ilmu saya adalah bermanfaat dan terbukti berkesan. Hasilnya? Majoriti peserta yang hadir ke program saya bukan sahaja berpuas hati. Namun kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka mengembangkan perniagaan dengan menggunakan ilmu-ilmu yang dikongsikan dalam program keusahawanan anjuran Richworks. Saya percaya apa yang saya sampaikan dapat membantu menambah nilai dalam hidup orang lain. Saya ajar apa yang saya tahu dan yakin ia berkesan. Tony Fernandes tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang formal mengenai kejuruteraan aeronautik untuk membangunkan syarikat Air Asia. Lim Goh Tong tidak dibandingkan dengan kelayakan pendidikan apabila berjaya membangunkan Genting Highlands. Mesej ini bermaksud, saya tidak perlu ada kelayakan bidang formal dalam perniagaan untuk mendidik orang ramai memulakan perniagaan. Tetapi saya berkongsi berdasarkan pengalaman, minat dan kejayaan saya membangunkan perniagaan sendiri dari kosong sehingga berjaya. Dalam masa sama, saya bertanggungjawab di atas penggunaan gelaran Dr. ini sekiranya ia memberikan pandangan negatif kepada orang ramai. Jadi mulai hari ini saya membuat keputusan untuk menggunakan nama Azizan Osman sahaja tanpa perlu ada sebarang gelaran.

Tetapi jika anda ingin tahu sama ada saya selayaknya berkongsi apa yang saya tahu dan strategi saya membina perniagaan saya sehingga 15 buah syarikat dalam masa yang singkat, apa kata anda hadir ke seminar-seminar saya yang peringkat asasnya saya jalankan 100% percuma. Di situ nanti anda buat keputusan samada anda suka atau tidak apa yang saya kongsikan. Kita sibuk mengkaji kejuruteraan kapal-terbang, jentera, bangunan, longkang, tetapi saya dapati tidak ramai orang yang memahami tentang kejuruteraan manusia dan korelasi tingkahlakunya dengan sekeliling. Ia bukan satu subjek yang saya kongsikan di dalam seminar-seminar keusahawanan saya yang berkaitan dengan bagaimana meningkatkan perniagaan, jualan dan keuntungan dalam masa yang pantas menggunakan formula saya yang dipanggil sebagai P.O.W.E.R. Sejak bila anda perlukan kelulusan dan kelayakan untuk membina sesebuah perniagaan? Yang diperlu-

12 Majalah Niaga Edisi Khas

Malah saya sudah buktikan bahawa gelaran ini tidak diperlukan untuk saya maju ke peringkat global. Di mana saya menjenamakan diri sebagai Azizan Osman sahaja. Ini kerana majoriti masyarakat di luar melihat pada hasil yang saya bawa dalam program, bukan tertakluk pada kelayakan pendidikan formal. Saya melihat kritikan golongan yang tidak berpuas hati ini adalah kerana mereka lebih seronok meluangkan masa untuk menjatuhkan orang lain. Namun itu adalah pilihan yang mereka ambil. Isu Harga Program Mahal Bertujuan Ambil Kesempatan? Soalan: Kami dapati harga untuk programprogram anjuran Richworks jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan program anjuran organisasi lain. Apakah jawapan tuan mengenai perkara ini? Azizan Osman: Soalan yang bagus dan ini adalah masa yang terbaik untuk memberikan jawapan. Apabila kita membuat keputusan untuk menuntut ilmu di universiti, kita sanggup membayar sejumlah wang yang besar sehingga ratusan ribu ringgit. Lebih menarik, ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk mendapatkan sekeping ijazah. Situasi ini bagus apabila kita sebagai pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari sepanjang berada di universiti. Namun keadaan biasa berlaku sebaliknya. Kita berjaya mendapat sekeping ijazah yang mahal harganya, tetapi tidak meletakkan ilmu sepanjang tempoh pengajian di universiti sebagai satu nilai yang lebih tinggi. Di Richworks, tujuan kami meletakkan harga yuran yang berbeza

adalah untuk membantu orang ramai sedar tentang nilai ilmu. Saya seorang yang percaya dalam kuasa ilmu. Semakin tinggi ilmu kita, semakin tinggi nilai diri. Dengan meletakkan harga yang tinggi, ia bukan sahaja mencerminkan kualiti program, malah ia meningkatkan komitmen untuk para peserta bertindak selepas belajar. Dalam masa yang sama, ilmu yang dikongsikan dalam program anjuran syarikat saya bukan berdasarkan teori-teori bisnes. Kesemua perkongsian adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menguruskan sebuah perniagaan dari kosong sehingga berjaya.

keusahawanan dan pembangunan insan yang diberikan secara 100% percuma bermula dari awal tahun 2012. Kami merasakan bahawa budaya menuntut ilmu dan memperbaiki diri perlu diteruskan bukan sahaja di sekolah tetapi untuk mereka yang telah lama meninggalkan sekolah. Saya percaya bahawa setiap tahap kehidupan sama ada kerjaya, perniagaan atau kehidupan memerlukan ilmu dan pengalaman yang berbeza untuk kita hadapinya. Saya sendiri pernah tersangkut dengan perniagaan yang hampir bankrap lebih 12 tahun dahulu

Oleh sebab itu program-program anjuran Richworks berjaya membantu orang ramai untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik, khususnya dari sudut perniagaan. Kerana saya berkongsi pengalaman saya yang terbukti berkesan. Jika hendak dibandingkan nilai wang ringgit, ia beratus kali ganda lebih mahal daripada harga yang dicaj. Jadi, harga sebenarnya bukan satu isu. Ramai yang gagal kerana takut untuk melabur dalam ilmu pengetahuan dan belajar daripada orang yang pakar atau berpengalaman. Jika kita percaya nilai ilmu itu dapat mengubah kehidupan menjadi lebih baik, maka kita tetap akan membayarnya. Malah pihak Richworks juga menyediakan program percuma.Ia adalah seminar-seminar berbentuk

disebabkan tidak ada ilmu perniagaan yang terbukti berjaya. Apa yang saya ada hanya kertas yang menunjukkan saya pernah belajar teori subjek pemasaran. Sedangkan teori dan praktikal tidak sama aplikasinya. Saya percaya bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk memberikan ilmu dan pengalaman saya kepada masyarakat, terutamanya anak bangsa saya yang letih berusaha untuk meningkatkan ekonomi kita tetapi tanpa bimbingan dari mereka yang telah berjaya sebelum ini. Maka, saya melalui Richworks telah membuat keputusan untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mengadakan promosi mengajak ramai anak bangsa saya

13 Majalah Niaga Edisi Khas

hadir untuk mendapatkan ilmu secara percuma. Alhamdulillah, tahun ini sahaja, kami telah memberikan lebih 100,000 tempat duduk kepada orang ramai hadir ke dewan-dewan yang kami biayai kosnya untuk belajar bagaimana membina perniagaan mereka, dan bagaimana membina kehidupan yang lebih baik. Projek ini tidak menggunakan mana-mana bajet atau mendapat pembiayaan dari mana-mana pihak melainkan Richworks sendiri yang melaburkannya untuk pembangunan insan. Pada masa yang sama, sebagai syarikat yang menjuarai bidang latihan dan pembangunan sumber manusia yang efektif menggunakan teknologi pembelajaran High-Impact Learning Method dari USA, digabungkan dengan konsep pendekatan sains tingkah laku manusia, kami menyediakan program-program bimbingan dan latihan keusahawanan yang lebih tinggi. Di mana program-program ini diajar hanya oleh usahawan yang telah menjadi jutawan. Jika subjek atau kursus di universiti untuk mendapat kelulusan dan kelayakan ijazah pemasaran yang diajar oleh Profesor atau Doktor, pensyarah yang tidak pernah membina perniagaan atau tidak pernah memasarkan sebarang produk atau perkhidmatan sehingga menjadi syarikat bernilai ratusan juta ringgit, dan kita bersedia membayar yuran atau mengambil pinjaman untuk menyara kos pendidikan tersebut yang mencecah puluhan ribu ringgit. Berapa agaknya Richworks patut kenakan bayaran untuk kami berikan latihan dan bimbingan, pada barisan usahawan-usahawan

yang telah menjadi jutawan serta telah membina ramai orang lain menjadi jutawan? Isu Richworks Kini Berada Di Peringkat Global Soalan: Kami dapati syarikat Richworks akan melebarkan sayap ke peringkat global. Boleh tuan berkongsi sedikit sebanyak dengan para pembaca Majalah Niaga? Azizan Osman: Alhamdulillah, suka untuk saya berkongsi di sini bahawa syarikat Richworks kini bergerak ke satu tahap yang lebih baik. Di mana kami sedang melakukan gerak kerja untuk mengadakan progam di peringkat global. Pada bulan September 2012 juga adalah bulan yang sibuk untuk saya menambah nilai dalam hidup orang ramai. Di mana saya akan berada di London, Paris, Los Angeles, dan banyak lagi untuk berkongsi dan menuntut ilmu. Malah saya juga akan berjumpa dengan tokoh-tokoh luar biasa seperti Tony Robbins, Donald Trump, Robert Kiyosaki, T. Harv Eker dan ramai lagi individu untuk membawa Richworks ke tahap yang lebih tinggi. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada salah seorang mentor bisnes saya di peringkat global iaitu Bill Walsh. Kerana beliau antara orang penting yang membantu Richworks mengembangkan sayapnya di peringkat global.

Isu Buku Inspirasi Kaya & Berjaya Soalan: Adakah tuan mempunyai bahan ilmu seperti buku, e-book, kursus video dan sebagainya untuk rakyat Malaysia terus mengikuti perkembangan Richworks? Azizan Osman: Ya, kami kini sedang dalam perancangan untuk aktif menerbitkan bahan ilmu dalam bentuk pakej seperti buku dan sebagainya. Antara buku yang bakal dilancarkan adalah Inspirasi Kaya & Berjaya. Buku ini menghimpunkan 9 kisah kejayaan mentee-mentee yang menyertai program-program saya dan berjaya mengubah kehidupannya dari pelbagai sudut seperti: Spiritual. Ekonomi. Minda. Malah dalam buku Inspirasi Kaya & Berjaya ini juga mengandungi rahsia-rahsia kejayaan saya yang boleh digunakan, untuk melakukan transformasi hidup luar biasa terhadap kejayaan dan kekayaan. Anda akan belajar daripada orang luar biasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Buku ini akan membantu mewujudkan kebangkitan untuk kita hidup lebih bahagia, kaya dan berjaya. Pelancarannya akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan buku ini, boleh layari Facebook Pages kami di https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan. Malah saya dan tim Richworks akan terus menghasilkan buku-buku berkaitan dengan perniagaan, pembangunan diri dan sewaktu dengannya supaya dapat terus menambah nilai dalam hidup orang ramai.Perjuangan kami tidak berakhir di sini. Kami akan terus maju ke hadapan dan memberikan manfaat kepada masyarakat seluruh dunia.

14 Majalah Niaga Edisi Khas

TIP PERNIAGAAN
MAZLAN MOHAMAD

Strategi
Menjual 500,000 Tiket Melalui Facebook
Penggunaan Facebook sebagai alat pemasaran merupakan trend terkini di dalam dunia perniagaan. Percuma dan mudah untuk digunakan, Facebook turut membolehkan peniagaan berskala kecil turut sama melakukan aktiviti pemasaran seperti mana perniagaan berskala besar. Terdapat banyak buku dan penulisan yang mengulas mengenai teknik dan strategi memasarkan produk dan servis menggunakan Facebook.

500,000 Jualan Tiket - Bagaimana?


Untuk artikel kali ini, penulis berkongsi dengan pembaca Majalah Niaga bagaimana AirAsia berjaya menjual 500,000 tiket penerbangan hanya dalam masa 24 jam melalui Facebook sekaligus menjimatkan sebahagian kos pemasaran mereka. Kandungan artikel ini diolah kembali daripada salah satu bab di dalam buku penulis Magika Facebook untuk Bisnes. AirAsia hanya mula mewujudkan Fan Page (kini dikenali sebagai Facebook Pages) di Facebook pada bulan April 2009. Selain Malaysia, AirAsia juga mewujudkan Fan Page untuk pelanggan-pelanggan di Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, India, Australia dan New Zealand. Kesemua Fan Page AirAsia ini merekodkan jumlah Fan seramai sekitar 1.4 juta orang. Untuk pasaran China pula, AirAsia menggunakan media sosial negara tersebut, Renren, sebagai Fan Pagenya. Ini kerana negara tersebut tidak membenarkan Facebook beroperasi di sana. berjaya mencatat sejarah apabila AirAsia berjaya mencatat jualan tiket sebanyak 538,000. Hanya pada hari pertama kempen tersebut dilancarkan. Jualan ini mengatasi pencapaian jualan tiket AirAsia pada tahun sebelumnya dalam kempen promosi Free Seat yang mencatat jualan sebanyak 390,000 tiket penerbangan pada hari pertama. Bagaimana AirAsia berjaya menggunakan Fan Pagenya dalam pemasaran kempen Mind Blowing Fare?

Membuatkan Fan Teruja


Empat hari sebelum hari pelancaran kempen tersebut pada 10 Ogos 2010, pasukan media sosial AirAsia memasukkan mesej di Fan Page, Renren dan juga Twitter untuk memaklumkan mengenai pelancaran tersebut. Mereka turut menggalakkan Fan untuk turut menyebarkan maklumat pelancaran tesebut di kalangan rakan-rakan. Mesej pertama ini bertujuan menimbulkan rasa ingin tahu tahu Fan, dan bagi pengunjung yang belum menjadi Fan pula dijemput menyertai Fan Page AirAsia, untuk mendapat kemaskini secara eksklusif kempen tersebut. Tiga hari selepas itu, atau sehari sebelum hari pelancaran, AirAsia memasukkan mesej yang mendedahkan harga tiket untuk beberapa destinasi yang terlibat dalam promosi tersebut. Ini meningkatkan keterujaan Fan yang menjadi semakin tidak sabar dan mesej ini berjaya menarik 960 Like dan 274 komen.

Kempen Mind Blowing Fare


Dengan menggunakan kelebihan jumlah Fan Page yang ramai, AirAsia melancarkan promosi kempen Mind Blowing Fare melalui Fan Pagenya pada tahun 2010. Kempen ini menawarkan harga tiket penerbangan hanya pada RM1 bagi penerbangan antara 1 April 2011 hingga 11 Ogos 2011. Promosi kempen tersebut berjalan selama 6 hari bermula dari 10 Ogos 2010 hingga 15 Ogos 2010, dan

16 Majalah Niaga Edisi Khas

Pada waktu yang sama AirAsia turut meletakkan di laman sesawangnya panduan yang dinamakan Bargain Hunter 101, yang mengandungi langkah-langkah untuk membuat pembelian tiket di laman sesawang mereka. Ini bertujuan untuk mengurangkan sebarang masalah yang dihadapi pelanggan semasa hari pelancaran. Promosi kempen ini bukan sahaja berjaya meningkatkan jualan tiket AirAsia , malah dari 9 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2010, AirAsia berjaya menambah 13,000 Fan baru di Facebook dan 1,100 Fan di Renren.

kempen jualannya akan melibatkan penggunaan media sosial, dan AirAsia juga ada mengadakan kempen jualan secara eksklusif untuk Fannya sebagai tanda penghargaan.

Bukan Pengganti, Tetapi Pelengkap


AirAsia tidak menjadikan pemasaran melalui media sosial sebagai pengganti kepada alat pemasaran melalui media lain. Sebaliknya ia berfungsi sebagai pelengkap kepada aktiviti pemasaran tradisional AirAsia seperti melalui pengiklanan akhbar dan televisyen. Pemasaran melalui media sosial ini bertujuan memastikan pengiklanan AirAsia mencakupi lingkup pasaran yang lebih luas. Kerana tidak semua pelanggan AirAsia dan pelancong mempunyai akaun Facebook ataupun Twitter, dan terdapat juga antara mereka yang jarang membaca akhbar dan menonton televisyen. AirAsia masih memperuntukkan bajet sebanyak satu peratus dari pendapatan tahunan syarikat bagi pengiklanan secara tradisional, walaupun mereka semakin meningkatkan usaha pemasaran dan pembinaan jenama melalui media sosial.

Memahami Pelanggan dan Peranan Media Sosial


Asas utama kejayaan pemasaran melalui Fan Page ini bertitik tolak daripada pemahaman AirAsia terhadap ciri-ciri pelanggannya, serta pelancong masa kini yang kerap menggunakan teknologi dalam kehidupan. Kebanyakan dari mereka ini terdiri dari golongan muda dan sentiasa mencari tawaran-tawaran hebat di Internet. Sehingga kini, lebih dari separuh atau 65% pelanggan AirAsia berumur 35 tahun ke bawah dan 80% jualan tiket dilakukan di laman sesawang AirAsia. Oleh kerana itu bagi mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian tiket, kempen Mind Blowing Fare dianjurkan dengan matlamat untuk menawarkan kadar tambang istimewa ke destinasi-destinasi di negara-negara ASEAN.

Jimat RM3.8 Juta


Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kos pemasaran AirAsia berjaya dijimatkan semenjak ia menggunakan media sosial. Dalam kempen promosi Mind Blowing Fare, mereka membelanjakan hanya sebanyak RM1.2 juta untuk pengiklanan di suratkhabar, televisyen dan sebagainya. Pada tahun-tahun sebelumnya, AirAsia membelanjakan RM5 juta untuk pengiklanan kempen tawaran yang sama. Ini bermakna AirAsia bukan sahaja meningkatan pendapatan melalui kenaikan jualan tiket malah melalui penjimatan sebanyak RM3.8 juta dalam perbelanjaan iklan.

Mewujudkan Pasukan Media Sosial


Kesemua kandungan dan pengiklanan melalui media sosial dihasilkan sendiri oleh AirAsia, menerusi perbincangan antara pasukan media sosial dan pasukan pemasaran. AirAsia lebih selesa menggunakan pekerjanya sendiri atas dua sebab. Pertama, ianya lebih menjimatkan dan kedua, pekerjapekerja AirAsia lebih memahami ciri-ciri jenama AirAsia itu sendiri berbanding jika mereka menggunakan agensi luar untuk melakukannya. Dalam menghasilkan kempen menerusi media sosial seperti di Facebook, AirAsia menumpukan kepada kandungan yang menarik dan relevan dengan Fan. Kerana AirAsia percaya kandungan yang berguna akan disebarkan oleh Fan (word of mouth marketing). Semenjak AirAsia menubuhkan pasukan untuk mengurus komunikasi melalui media sosial, kesemua

17 Majalah Niaga Edisi Khas

IKAN BAKAR ASYIK


MOHD ASYIK -Pengasas

www.ikanbakarasyik.com

Mohd Asyik Pengasas Ikan Bakar Asyik


Antara hidangan popular di Restoran Ikan Bakar Asyik Sos Ikan Bakar Asyik Pengasas Restoran Ikan Bakar Asyik & Azizan Osman

ebanyakkan masa, tekanan hidup yang dialami oleh seseorang adalah penyebab mereka merasakan bahawa tiada lagi jalan keluar dalam hidup ini. Hakikatnya, setiap manusia mempunyai pilihan untuk berubah. Ramai yang tersalah anggap tentang takdir. Bagi mereka, sekiranya hidup ini dipenuhi dengan duri, kesesakan dan kesempitan, maka kita perlu menerima keadaan yang seadanya tanpa perlu berusaha untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Pendapat ini tidak benar. Setiap manusia diberikan pilihan oleh Allah untuk memilih jalan kehidupan yang diingini. Seperti saya sendiri yang hidup dalam tekanan sehinggakan tidak mampu membeli lampin anak. Namun itu tidak menghalang diri ini untuk mencari alternatif dan ilmu supaya berubah. Hari ini, saya sendiri seperti tidak percaya perniagaan Ikan Bakar Asyik telah mengubah kehidupan seluruh keluarga saya menjadi lebih baik dan bahagia.

Semangat The Dark Knight Rises

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan filem Batman, dalam adengan filem terbarunya iaitu The Dark Knight Rises, kita dapat lihat bagaimana Bruce Wayne bangkit kembali mengubah hidupnya. Walaupun ketika itu beliau menghadapi kesukaran dari pelbagai sudut. Sehinggakan kita lihat seperti ia akan berakhir dengan jalan kegelapan. Dalam kehidupan juga sama. Apabila kita berada dalam kesukaran, hanya semangat untuk berjuang yang menentukan sama ada hidup kita boleh berubah atau sebaliknya.
Dari Satu Tangga Ke Satu Tangga Kekayaan

Ikan Bakar Asyik bermula dari kosong, dan kami bermula berdasarkan kemampuan yang ada. Antara teknik pemasaran terawal yang kami gunakan adalah mengedar risalah di tempat-tempat awam. Dari situ, jualan perlahan-lahan datang dan kami perbaiki strategi pemasaran untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Data Adalah Kuasa Jutawan

Kenapa mencari pelanggan baru sedangkan kita boleh menjemput lebih banyak duit daripada pelanggan sedia ada? Di sini pentingnya untuk kita mempunyai senarai data atau database pelanggan. Sebaik sahaja mulakan perniagaan, kumpul nama, nombor telefon, alamat dan segala maklumat pelanggan. Sentiasa berhubung dengan mereka menggunakan pelbagai alat seperti sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook dan pelbagai lagi.

Berfikir seperti Donald Trump iaitu mempunyai impian yang besar. Namun bermula dengan sekecil-kecil tindakan. Iaitu melompat dari satu tangga ke satu tangga kekayaan.

19 Majalah Niaga Edisi Khas

TIP KOMUNIKASI PERNIAGAAN


NOR BAHIYAH LASIM

Kad Nama Etika Memberi & Menerima


merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mencerminkan siapa diri anda. Kad nama yang cantik, kemas, berkualiti adalah penting. Namun anda juga perlu memberikan perhatian terhadap etika memberi dan menerima kad nama tersebut. Ini memberikan kenyataan yang jelas mengenai siapa diri anda samada sebagai individu mahupun sebagai seorang usahawan. Sebab-sebab Anda Memberikan Kad Nama Perniagaan Supaya orang lain mengingati anda. Supaya orang lain tahu perniagaan yang anda jalankan dan jawatan yang anda sandang. Supaya mudah untuk orang lain berhubungan dengan anda pada masa hadapan. Kenapa Bawa Kad Bisnes Di majlis sosial Kerana anda tidak tahu bila peluang untuk menjalinkan urusan perniagaan akan berlaku, maka selalulah bersedia.

Bisnes

Etika Memberi Kad Nama


1- Berhemah dan Bergaya
Kad nama anda mewakili diri anda. Hulurkan menggunakan kedua tangan sebagai tanda hormat kepada orang yang anda telah berkomunkasi, atau memperkenalkan diri. Kesilapan yang banyak berlaku ialah ramai diantara usahawan yang memberikan kad nama mereka kepada sesiapa sahaja termasuk yang tidak dikenali. Kad nama anda bukan flyers. Jika anda memberikan kad nama anda kepada sesiapa sahaja, anda dilihat seperti cuba menjual kepada seramai orang yang mungkin, dan bukannya untuk menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih kukuh dan berpanjangan di masa hadapan.

Kad nama sebagaimana berjabat tangan

2- Hulur Kad Tepat Pada Masa


Jangan memberikan kad anda terlalu awal. Contohnya di awal pertemuan atau perbualan. Anda mungkin dilihat seperti terdesak atau mendesak. Ini tidak elok untuk imej anda sebagai usahawan. Pelanggan suka kepada mereka yang yakin pada diri dan perniagaan yang anda wakili. Selain itu, elakkan daripada memberikan kad nama anda ketika orang lain sedang sibuk menjamu selera. Ini kerana pada ketika ini biasanya mereka sibuk memegang pinggan atau minuman. Ini menyukarkan si penerima kerana mereka mungkin perlu membersihkan tangan, meletak minuman atau pinggan dan sebagainya. Pilih waktu dimana mereka agak santai dan selesa.

3- Pastikan Kad Anda Di dalam Keadaan Elok


Sebelum anda memberikan kad nama anda, pastikan ianya di dalam keadaan yang elok, dan yang paling utama ianya tertera nama anda dan bukan milik orang lain. Selalu asingkan kad nama anda di ruang yang berlainan dengan kad nama yang bakal anda terima bagi mengelakkan anda memberi kad yang salah.

20 Majalah Niaga Edisi Khas

Etika Menerima Kad Nama


Apabila anda menerima kad nama, pegang dan baca seketika apa yang tertera di kad tersebut. Anda mungkin boleh menyebut nama si pemberi untuk memastikan sebutan yang betul, bertanyakan jawatan atau tugas beliau. Ini bukan sahaja mencerminkan anda menghormati si pemberi, tetapi mencerminkan kesungguhan anda untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi. Tindakan anda mungkin berakhir dengan menjadi pilihan utama untuk mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit. Elakkan sama sekali menyimpan kad nama si pemberi di dalam kocek seluar, baju atau diselitkan di dalam buku, suratkhabar dan sebagainya. Ini mencerminkan anda tidak begitu menghargai pemberian dan tidak berminat dengan si pemberi. Bagi sesetengah budaya seperti masyarakat Jepun, menyimpan kad nama yang diberi di tempat sebarangan mencerminkan tanda tidak menghormati mereka. Ibarat pengganti diri si pemberinya. Ini kerana kad nama ibarat pengganti diri si pemberinya. Maka berikan perhatian di mana anda menyimpannya dengan elok dan hormat. Jika anda berurusan untuk mendapatkan kontrak dengan mereka, anda mungkin telah berjaya separuh jalan untuk menawan hati mereka. Apa yang dibentangkan di atas adalah sebagai panduan bagi memudahkan kita berurusan dengan orang lain. Sekiranya anda membuat kesilapan atau menyinggung perasaan si pemberi, permohonan maaf yang datang daripada hati yang ikhlas akan melenyapkan ketidak sempurnaan yang dilakukan. Yang paling utama adalah menghormati orang lain sebagaimana anda ingin dihormati.

MOTIVASI & INSPIRASI


HASBUL ARIFF

Dakwah
Virus Syurga atau Neraka?
Jika dilihat dari mata kasar, laman sosial yang mengandungi lebih 900 juta pengguna di seluruh dunia ini, iaitu Facebook ibarat diari mee segera oleh para penggunanya. Hampir setiap saat, pasti akan ada status baru yang dikemaskini. Dari sudut kajian minda, betapa bahayanya virus-virus maklumat yang diserap oleh para pengguna. Sekiranya tidak ditapis, kelak binasa diri. Bayangkan setiap hari kita ditonjolkan dengan maklumat-maklumat negatif oleh rakan-rakan Facebook. Lama kelamaan, kita akan rasa dunia ini serba gelap dan tidak indah seperti yang dilihat sebelum ini. Begitu besarnya impak status di Facebook. Maklumat Positif, Minda Positif Satu daripada sebab para pengguna Facebook ragu-ragu untuk menaip status yang baik-baik adalah risau dengan tingkah laku pengguna yang lain. Mereka khuatir, status yang baik akan dianggap seperti mereka konon-kononnya ingin menunjuk pandai dan sebagainya. Dalam teori pemberian maklumat, setiap jenis maklumat akan dikritik. Tidak kira maklumat itu betul atau salah. Nabi Muhammad sendiri menyampaikan maklumat yang benar, namun baginda dicaci hebat oleh sebahagian masyarakat. Begitu juga dalam penulisan di Facebook. Ada orang menyatakan, Status dia belum tentu ikhlas, mungkin tujuannya mahu Like yang banyak sahaja daripada pengguna lain. Untuk kenyataan ini, pertama-tama sedarkan diri sendiri. Kita bukan Tuhan dan tidak akan menjadi Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apakah isi hati yang bermain dalam diri si penulis status di Facebook yang menulis maklumat-maklumat yang baik. Ikhlas atau tidak, itu bukan soalnya. Adakah kita meniru perbuatan yang sama? Yakni perbuatan yang dapat mendekatkan diri ke syurga. Pilih Derita atau Bahagia Fikir positif. Biarkan sahaja orang yang suka mengutuk kita atau membenci usaha kita, sekurangkurangnya mereka tidak akan pinjam duit daripada kita. Kutukan mereka juga tidak menyebabkan jumlah duit dalam akaun bank kita makin berkurangan. Setiap perkataan yang kita tulis di status Facebook akan dicatit oleh malaikat dan di angkat ke akhirat kelak. Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk menyebarkan virus syurga menerusi status Facebook kita: 1. Fikir sebelum tulis - Bayangkan manfaat yang bakal diterima oleh rakan-rakan Facebook kita yang lain. Jika ia bermanfaat, tulis. Jika tidak, fikirkan status lain. 2. Indahnya syurga - Bayangkan setiap ayat-ayat yang ditulis berjaya membuatkan orang ramai bersemangat, positif dan suka pada kita. Kelak apabila kita sudah tiada, status ini akan jadi saksinya bahawa kita menambah nilai dalam hidup orang lain. 3. Jangan takut pada manusia Manusia akan mencaci walau apa jua yang kita lakukan. Teruskan usaha menaiktaraf dakwah agama menerusi Facebook. Semoga maklumat ini bermanfaat buat para pembaca Majalah Niaga. Selamat menyebarkan virus syurga di Facebook dan sentiasa berfikiran positif. Berfikir positif, hasilnya juga dijamin positif.

22 Majalah Niaga Edisi Khas

ARAS DESIGN & MULTIMEDIA CENTRE


DIYANA TAHIR - Pengasas

admc

www.arasdesigns.com

aras design & multimedia centre

Diyana tahir Pengasas arasdesign

Hidup ini indah. Kerana Allah maha adil. Setiap manusia yang dilahirkan dalam muka bumi ini mempunyai bakat dan potensi diri yang luar biasa. Namun hanya segelintir manusia sahaja yang berani untuk melaburkan masa, wang dan tenaga bagi menggilap bakatnya. Golongan manusia seperti ini yang biasanya mencapai status jutawan dalam perniagaan, serta menikmati kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Untuk usahawan dan bakal usahawan yang mempunyai matlamat untuk mengubah kehidupan, berikut adalah strategi dan tip yang boleh digunakan serta merta mulai hari ini. Percaya dan Yakin Kuasa Tuhan Sebahagian daripada kita mungkin menghadapi situasi sukar dalam hidup. Malah isu kritikal yang sentiasa menjadikan kehidupan penuh dengan kegelapan adalah kesempitan wang. Namun begitu, kita mempunyai satu pusat untuk meminta pertolongan. Pusat itu adalah kuasa Tuhan. Bagi yang beragama Islam, sentiasa percaya dengan kuasa Allah. Minta doa agar Allah permudahkan usaha kita untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Semakin kita minta, semakin cepat Allah permudahkan urusan. Kerana Allah sentiasa suka pada hambaNya yang meletakkan 100% pergantungan kepada Tuhan yang satu. Kaya Dengan Kumpulan, Bukan Seorang Diri Saya mahu kita berjaya bersama-sama. Ini adalah dialog yang saya ucapkan kepada suami saya semasa menghadiri seminar anjuran Tuan Azizan Osman dan Richworks. Mencapai kekayaan secara berkumpulan adalah lebih indah.

Kita berkongsi saat duka dan gembira bersama. Secara tidak langsung, dalam hubungan suami dan isteri, kita lebih menghargai di antara satu sama lain. Kerana kita sentiasa bersama menempuhi kehidupan. Sehingga kini, kami menjalankan perniagaan bersama. Keuntungan yang kita peroleh adalah hasil kerjasama di antara kami berdua. Ia menjadikan duit yang hadir itu lebih nikmat dan diberkati. Facebook Senjata Promosi Tanpa Modal Dari sudut perniagaan, senjata pemasaran terawal yang menjadi pilihan kami adalah laman sosial yang mempunyai 800 juta pengguna di seluruh dunia. Lebih spesifik, ia adalah Facebook. Di Facebook sahaja, kami berjaya menghuru-harakan perniagaan dalam masa yang singkat. Sebaik sahaja kami menerbitkan satu post di ruangan Facebook berkenaan dengan seminar yang kami anjurkan, respon peserta yang kami peroleh terlalu ramai. Sehinggakan kami tidak mempunyai kemampuan untuk menjawab semua panggilan pelanggan yang berminat untuk mendaftarkan diri dalam seminar kami. Justeru itu, jika diberikan pilihan untuk memulakan strategi pemasaran tanpa modal yang besar, pemasaran Facebook adalah pilihan saya.

24 Majalah Niaga Edisi Khas

MOTIVASI & INSPIRASI


HASRYN HAMKA

Allah SWT sejak azali lagi, atau sejak mula manusia itu diciptakan. Sehinggalah manusia itu menghembuskan nafas yang terakhir. Ketahuilah bahawa setiap butir rezeki yang ditakdirkan Allah kepada kita telah disusun aturkan oleh Allah dengan sangat teliti. Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya, harus sentiasa bersyukur atas apa jua kurniaan dan rezeki yang Allah SWT limpahkan kepada kita. Ini sesuai dengan Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Assalamualaikum dan salam kejay-

Konsep Berniaga Cara Islam Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang beberapa isi penting konsep perniagaan cara Islam (yang menitikberatkan soal halal haram), yang boleh kita jadikan sebagai tanda aras kita dalam menguruskan bisnes kita.

aan para usahawan yang dihormati sekalian. Dalam pada kita menempuh liku-liku kehidupan menggali rezeki Allah dimuka bumi ini, mahu tidak mahu, sebuah perniagaan yang berjaya serta berpengaruh sentiasa menjadi dambaan setiap orang yang bergelar usahawan dan juga peniaga. Terlalu banyak teoriteori bisnes yang menjadi rujukan para usahawan dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Namun begitu, berapa peratus sahaja antara kita yang menjadikan teori perniagaan cara Islam sebagai garis panduan, dan batu asas ukuran kita dalam menjalankan urusan perniagaan.

Janganlah kamu merasa, bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir Rezeki secupak tidak akan jadi (yang telah ditentukan) untuknya, segantang maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan Frasa ini adalah pepatah Melayu mengambil yang halal dan meninglama. Dalam pepatah ini ada galkan yang haram. kebenarannya dan ada juga (HR. Ibnu Majah, Abdurrazzaq, kesalahannya. Seperti Ibnu Hibban, dan al-Hakim, serta yang kita sedia dishahihkan oleh al-Albani)
maklum, rezeki setiap manusia itu sudah ditentukan oleh

26 Majalah Niaga Edisi Khas

Namun begitu, timbul persoalan yang sentiasa bermain dihati, Kalau sudah ditakdirkan secupak, buat apa perlu kita ikhtiar lagi untuk mendapatkan segantang? Pendapat ini yang menjadi fahaman yang salah. Siapakah yang tahu tentang secupak atau segantangnya rezeki seseorang. Tidak ada sesiapa yang tahu, melainkan Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Kita sebagai umat Islam tidak dibenarkan berfahaman sedemikian. Sebaliknya kita digalakkan untuk berusaha menggali rezeki semampunya. Kemudian bertawakkal selepas berusaha. Menurut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Kepentingan Berkat Dalam Mencari Rezeki Keberkatan dalam kita memperoleh rezeki sangat dititikberatkan dalam Islam. Setiap secupak yang kita perolehi dan bagaimana kita membelanjakannya akan ditanya kelak. Hanya Allah SWT yang berhak dan layak mencukupkan keperluan manusia. Pernahkah anda membaca Sirah Nabi yang menceritakan tentang seperiuk makanan yang mampu mengenyangkan sebatalion angkatan tentera? Ada juga kisah Raja yang mati kekenyangan dalam mahligai besar yang tersergam indah dipenuhi harta dan kemewahan dunia. Semua ini kerja Allah, Rezeki, ajal dan jodoh semuanya hanya Allah yang berhak menentukannya, dan ianya menjadi rahsia Allah Yang Maha Agung. Sekiranya kita berniaga, berniagalah dengan jujur dan amanah. Ikutlah cara Rasulullah SAW berniaga. Baginda Rasulullah sangat terkenal dengan sifat amanahnya. Sehinggakan Baginda Rasulullah SAW digelar Al-Amin yang bermaksud Yang Amanah. Banyak terdapat dalam kalangan peniaga yang tidak jujur dalam urusannya, dan mengurangkan timbangan malahan yang lebih teruk lagi tertanam sifat dengki serta hasad terhadap pesaingnya dalam perniagaan. Seperti menyantau atau menggunakan ilmu hitam semata-mata mahu menjatuhkan perniagaan pesaing. Persaingan dalam perniagaan itu biasa, dan sebagai peniaga yang kreatif, kita perlu memikirkan cara untuk mengatasi persaingan dengan cara yang sihat. Seperti mengubah 5% daripada konsep persaingan tersebut. KFC dan Kenny Rogers Saya berikan Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Kenny Rogers sebagai contoh. Kedua-duanya bersaing dalam menyediakan hidangan berasaskan ayam. Namun yang membezakan mereka adalah KFC menyediakan hidangan ayam goreng. Manakala Kenny Rogers menyediakan ayam panggang. Maka, tidak timbul persaingan di situ, jika ada sekalipun ia adalah persaingan yang mudah diterima oleh pelanggan. Malahan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ada diantara pelanggan yang menyukai kedua-duanya sekali. Ramai orang yang tidak belajar dengan betul tentang mengurus perniagaan, namun perniagaannya tetap utuh bertahun-tahun lamanya. Berapa banyak restoran yang makanannya tidak sedap dan suasananya tidak sehebat mana, namun pemiliknya tetap terus memperolehi rezeki dan keuntungan dari pelanggan. Mungkin inilah yang dinamakan berkat dalam mencari rezeki. Jika halal sumber dan caranya, maka berkatlah hasilnya. Rezeki yang diperolehi setiap orang berbeza-beza. Ada yang memperolehinya dengan cara yang mudah, ada yang memperolehinya dengan dengan cara yang sangat susah. Begitulah ketentuan Allah dalam pemberian rezeki. Suka untuk saya kongsikan disini, kisah benar dalam perniagaan. Sebuah syarikat telah diminta untuk memberi rasuah supaya mendapatkan kemudahan bagi memudahkan urusan perniagaannya.

Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)
Rezeki Allah itu adalah satu ketentuan dan tidak perlu untuk kita takut kelaparan. Kerana Allah SWT telah menjanjikan rezeki buat setiap hamba-Nya. Umpama seekor burung yang langsung tidak mengetahui di pohon manakah rezekinya akan ditemui, atau ulat manakah yang akan menjadi santapan keluarganya pada hari itu. Yang paling penting, setiap pagi ia keluar mengepakkan sayapnya hinggap dari satu pohon ke satu pohon yang lain berusaha mencari rezeki.

27 Majalah Niaga Edisi Khas

Demi menjaga amanah dan keberkatan, pemilik syarikat ini memilih untuk tidak menikmati kemudahan itu dengan tidak memberi rasuah. Agak sukar pada mulanya untuk beliau bersaing mendapatkan tender tersebut. Namun, berkat tindakan beliau, akhirnya Allah telah mentakdirkan bahawa kemudahan itu tetap akan menjadi miliknya. Tidak berapa lama selepas itu, pegawai yang mengurus kemudahan itu bertukar, dan pengurus yang baharu membuat pertimbangan semula. Akhirnya bisnesnya menerima kemudahan itu dengan cara yang tidak melibatkan rasuah. Subhanallah! 3 Etika Penting Dalam Perniagaan Islam. Perniagaan cara Islam memerlukan beberapa etika dan garis panduan. Antaranya ialah: #1 Faham Konsep Rezeki Dalam Islam Peniaga harus memahami konsep rezeki menurut Islam. Saya agak tertarik dengan kata-kata seorang pendakwah dari Indonesia, Manusia berlumba-lumba mencari rezeki, namun tidak berlumba-lumba mendapatkan Sang Pemberi Rezeki yakni Allah. (Rujuk kuliah Zainal Abidin Syamsudin). Konsep ini mudah, namun tidak ramai peniaga yang menyedari kepentingannya. Kita haruslah meyakini dan bergantung sepenuhnya kepada Allah, yang memberi rezeki bukannya bergantung kepada selain dari-Nya seperti tangkal dan lain-lain yang boleh mendatangkan Syirik. #2 Integriti dan Jujur Aset Utama Peniaga harus menjadikan integriti dan kejujuran sebagai modal awal dalam perniagaan. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh yang baik tentang kepentingan sifat jujur dalam menguruskan perniagaan. Kesan daripada sifat jujur Baginda menguruskan perniagaan, Baginda telah menarik minat seorang peniaga yang kaya-raya ketika itu Saiyidatina Khadijah, untuk berurusan dengan Baginda sebelum Baginda dilamar oleh Saiyidatina Khadijah

#3 Jaga Halal dan Haram Menjaga batas halal dan haram dalam perniagaan. Yang paling jelas, Allah telah berfirman dalam AlQuran yang menunjukkan bahawa Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Allah juga mengharamkan rasuah. Islam dan Bisnes Berdasarkan fakta, sejarah telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah peniaga yang hebat dan cemerlang. Begitu juga dengan sebahagian sahabat-sahabat Baginda, adalah peniaga yang berjaya dan kaya-raya. Antara nama-nama masyhur termasuklah: 1. Abu Bakar as-Siddiq 2. Uthman al-Affan 3. Abdurrahman bin Auf R.A. Manakala contoh anak didik Baginda yang pernah direkodkan sebagai orang paling kaya di bumi Madinah adalah Anas bin Malik R.A. Islam tidak melarang umatnya untuk mencari kekayaan dalam hidupnya. Malahan memberi kedudukan yang tinggi kepada hartawan yang dermawan. Namun, jangan sekali-kali alpa tentang tanggungjawab yang telah Allah berikan iaitu menjaga amanah dan membayar zakat. Serta memperbanyakkan bersedekah supaya harta yang diperolehi sentiasa berkat dan subur. Dalam satu hadith yang lain menceritakan tentang hasad kepada orang yang mempunyai harta banyak :

Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim)

28 Majalah Niaga Edisi Khas

LIFERICH

www.liferich.com.my HJ MOHD ASRI BIN HJ AHMAD - Pengasas

Hj Mohd Asri Pengasas Liferich

Dalam perniagaan, tiada jalan pintas. Usahawan berjaya adalah mereka yang sentiasa bertindak pantas dan belajar daripada kesilapan. Kesilapan itu yang akan mempercepatkan proses menjadi jutawan dan membina empayar perniagaan. Belajar Dengan Orang Pandai Mentor atau guru adalah penting supaya kita sentiasa berada di landasan perniagaan yang betul. Di sekolah, kita diajar untuk belajar dengan guru subjek Sains jika mahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek itu. Dalam perniagaan, prinsipnya bermain dalam bulatan yang sama. Jika kita mahu menjadi jutawan, belajar dengan jutawan yang sudah berjaya. Jika kita ingin dapatkan 1,000 pelanggan, belajar dengan pakar pemasaran yang telah berjaya menarik lebih daripada 10,000 pelanggan. Belajar daripada mentor, kita terpaksa berjaya. Jangan Jadi Peniaga Jiwa Kosong Berniaga tanpa mempunyai niat yang betul akan menyebabkan kita ditenggelami dengan perasaan riak, takbur dan pentingkan diri sendiri. Apabila membangunkan perniagaan, niatkan dalam diri kita untuk membantu dan menyelesaikan masalah orang lain. Sebagai contoh, di LifeRich, fokus kami adalah membantu orang ramai menyelesaikan masalah kelesuan, hidup dalam keadaan suram dan situasi negatif menerusi produkproduk penyembuhan aura yang dikeluarkan oleh syarikat kami. Secara tidak langsung, kita telah menarik kekayaan.Kerana Allah menjanjikan pembukaan rezeki yang luas kepada hambaNya yang memberikan manfaat kepada orang lain.

Menjadi usahawan dan membina empayar perniagaan adalah satu daripada cara untuk mencapai tahap kekayaan yang diidamkanidamkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Namun begitu, perspektif perniagaan sebenarnya lebih luas daripada menjadi seorang jutawan. Perniagaan adalah satu perjuangan yang mulia, dan ia bergantung pada niat pengusahanya. Apabila kita mempunyai niat semata-mata untuk mengejar wang dan harta, maka ia adalah satu perjuangan yang sia-sia. Perniagaan yang ditekankan dari sudut Islamik adalah memberikan produk atau perkhidmatan yang memenuhi dua perkara penting iaitu menambah nilai dalam hidup orang ramai dan juga menyelesaikan masalah orang ramai. Apabila kita memiliki gaya fikir untuk memulakan perniagaan berdasarkan dua poin di atas, secara automatik kita akan berhenti mengejar kekayaan. Di sebalik mengejar kekayaan, kita akan menarik kekayaan tanpa perlu bersusah payah mengejar duit dan harta. Selain daripada itu, terdapat beberapa 3 poin penting sepanjang saya menjalani kehidupan sebagai pemilik perniagaan.

Impian Jelas Lebih Cepat Berjaya Pada usia saya 28 tahun, saya hampir muflis dan kehilangan segala harta benda. Bagi kebanyakan orang, situasi ini adalah jalan mati untuk mereka meneruskan kehidupan. Ada yang sanggup membunuh diri akibat daripada kesesakan wang. Untuk menghadapi situasi ini dengan penuh optimistik, pentingnya untuk mempunyai matlamat yang jelas. Ketika itu, saya menetapkan matlamat untuk bangkit semula dan berusaha keras untuk mencapai tahap kewangan bernilai RM1,000,000 sebelum usia 30 tahun. Dengan adanya matlamat ini, impian saya tercapai pada usia 30 tahun. Di sini jelas betapa pentingnya untuk mempunyai impian yang fokus dan spesifik. Lebih jelas impian, lebih cepat kita akan mencapai kejayaan. Tiada Jalan Pintas Masyarakat kita cukup gemar disogokkan dengan skim-skim cepat kaya. Kita lebih teruja memilih untuk membayar RM10,000 untuk menyertai skim seperti ini, berbanding melaburkan amaun yang sama untuk menuntut ilmu kekayaan.

30 Majalah Niaga Edisi Khas

INSPIRASI USAHAWAN
AQIF AZIZAN

Tiru 5 Prinsip Neil Patel Jadi Jutawan Internet


Kejadian ini berlaku akibat daripada 3 poin penting ini: Saya Rasa Saya Sudah Tahu Semua Ilmu tidak pernah habis dan tidak sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Sebelum ini, pemasaran forum mungkin menjadi senjata utama pemasaran.

Namun kewujudan laman sosial telah membuatkan orang ramai beralih arah ke pemasaran Dalam Seminar SEO anjuran tim Majalah Niaga, Facebook, Twitter dan banyak lagi. kami ada menyebut tentang seorang ikon usahawan Internet dan juga pakar dalam pemasa- Bagaimana untuk kita tahu perkembangan ini? ran SEO. Beliau adalah pengasas dua laman web Sertai mana-mana seminar yang dianjurkan oleh usahawan Internet lain. Bisnes kita mungiaitu CrazyEgg dan KissMetrics. kin lebih menguntungkan jika dibandingkan Di mana kedua-dua laman web ini menyediakan mereka. Tetapi ilmu yang mereka ada mungkin servis untuk membantu perniagaan lain mem- dapat memberikan idea baru kepada kita untuk bawa lebih banyak keuntungan dan pelawat. Ya, meningkatkan keuntungan perniagaan. Neil Patel juga adalah seorang jutawan Internet. Saya Terlalu Sibuk Sebelum berbicara mengenai rahsia dalam diri Neil Patel, kita dapat lihat mereka yang bergelar Sibuk menjalankan bisnes merupakan satu dariusahawan Internet di Malaysia wujud dengan pada sebab para usahawan Internet tidak membegitu pantas. Ini adalah signal yang baik dari punyai masa untuk menuntut ilmu. sudut ekonomi. Apa yang boleh dilakukan di sini adalah menyusun semula jadual perniagaan kita. Ketepikan alasan sibuk dan mula mencari masa yang sesuai untuk belajar dengan usahawan Internet yang lebih maju daripada kita. Saya Malu Bertanya Pepatah Melayu ada menyebut, Malu bertanya sesat jalan.

3 Poin Bunuh Kekayaan Usahawan Internet

Sesat jalan bisnes kerugian. Bagi usahawan Internet yang masih baru, jadikan soalan sebagai satu peluang untuk kita mendapatkan jawapanNamun begitu, golongan usahawan Internet jawapan yang bernas daripada usahawan Interyang baru bertapak ini kebanyakannya tidak net di sekeliling kita. Setiap soalan berkemungmempunyai idea bagaimana untuk membawa kinan besar dapat memberikan jawapan yang perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. kita cari.

33 Majalah Niaga Edisi Khas

Tiru Cara Neil Patel Bangunkan Bisnes Internet


Berbalik semula kepada pengasas CrazyEggs dan KissMetrics ini. Berikut adalah 5 prinsip perniagaan Neil Patel yang boleh kita tiru. Tiru dan jadi jutawan Internet seperti beliau dalam masa beberapa tahun dari sekarang. Buat Duit Secepat Mungkin

Berani Untuk Keluar Duit Keluar duit untuk pengiklanan. Kelebihan pengiklanan adalah kita dapat memperkenalkan produk kita kepada ramai orang. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam golongan pasaran tentang kewujudan bisnes kita.

Jangan takut untuk melaburkan duit ke saluran pengiklanan. Walaupun ia mahal, tetapi Dalam perniagaan, duit adalah udara untuk pengiklanan membawa keuntungan jangka mengizinkan perniagaan kita terus bernafas. masa panjang. Pentingnya untuk memperoleh duit dalam masa yang singkat selepas kita membuat keputusan Bina Pasukan, Maju Ke Hadapan untuk membangunkan sebuah perniagaan. Jangan buat duit dan bina bisnes seorang diri. Dalam kes KissMetrics, Neil Patel berjaya mem- Rezeki dikurniakan Tuhan adalah untuk hak bawa keuntungan pada hari pertama ia mula orang ramai. Bina pasukan perniagaan apaberoperasi. bila berkemampuan. Pasukan yang hebat juga mampu meledakkan perniagaan kita ke satu taBlog Sebagai Pemikat Pelanggan hap yang lebih baik dalam masa yang singkat. Kenapa perlu bangunkan perniagaan seorang Apabila bercakap mengenai blog, ia adalah blog diri sedangkan kita berpeluang untuk menyatuberbayar iaitu menggunakan domain (dot) com kan 10 orang ke dalam bisnes? sendiri. Blog adalah senjata jualan yang dipraktis oleh Neil Patel untuk kedua-dua bisnesnya. Menurut beliau, dengan hanya fokus pada blogging, keuntungannya berlipat kali ganda. Blog adalah alat pemasaran berkos rendah. Maklumat yang boleh diterbitkan di blog adalah seperti berikut: Cara penggunaan produk kita. Diari semasa perniagaan. Penerbitan testimonial-testimonial pelanggan. Elemen Personal Kepada Pelanggan

Saya sendiri menjawab e-mel pelanggan walaupun mereka minta nasihat perniagaan. Semuanya percuma dan semuanya mempunyai elemen personal. Neil Patel
Buat pelanggan jatuh cinta dengan bisnes kita. Cara paling mudah adalah menjawab setiap soalan mereka dari pelbagai medium. Antaranya adalah e-mel atau Facebook. Bantu mereka tanpa perlu caj. Aktiviti ini bukan sahaja baik untuk keuntungan bisnes. Malah ia mengukuhkan jenama kita di mata pelanggan.

34 Majalah Niaga Edisi Khas

PENGASAS CERUK KAMPONG


ZEFLIN SUZANA - Pengasas

www.cerukkampong.com

CERUK KAMPONG
Memartabatkan Masakan Tradisi Melayu

etiap usahawan berjaya mempunyai cerita yang berbeza. Steve Jobs bermula dengan sebuah impian untuk mencipta sebuah komputer yang berbeza dengan pembangun yang lain.menjadi lebih baik dan bahagia. Richard Branson bercita-cita untuk menjadi usahawan yang mempunyai penampilan yang simpel seperti tidak memakai kot dan kemeja eksklusif, walaupun menjalankan perniagaan yang bernilai bilion ringgit. Setiap usahawan punya jalan cerita yang berbeza. Jalan cerita itu yang mencorakkan maklumat untuk dihadam oleh golongan yang inginkan inspirasi dan motivasi untuk memperoleh kejayaan perniagaan yang sama. Sebagai seorang usahawan, tugas kita adalah mengharungi pelbagai cabaran, onak duri dan kegagalan sepanjang perjalanan. Berikut adalah beberapa maklumat penting sepanjang kami membangunkan perniagaan Ceruk Kampong.

36 Majalah Niaga Edisi Khas

Optimis Penarik Kekayaan Sikap adalah faktor utama menentukan individu itu berjaya atau terus gagal, pesan Tuan Azizan Osman. Apabila kita membuka gerai makanan, sentiasa bersikap optimis. Tanamkan impian dalam minda kita, supaya suatu hari ini pelanggan akan berkerumun untuk rasa masakan di kedai kita. Bermula dengan sikap optimis ini setiap hari, kini Ceruk Kampong berjaya melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Ke satu tahap yang kami tidak pernah bayangkan ia boleh dicapai sebelum ini. Jaga Orang Media Media adalah alat yang memberikan maklumat kepada orang ramai, dan ia mempunyai pengaruh yang kuat. Sedangkan ada bisnes yang trauma apabila pihak media menceritakan perkara yang negatif terhadap mereka. Dari sudut kelebihan, media adalah individu yang mempunyai potensi untuk menjimatkan kos pemasaran kita sehingga ratusan ribu ringgit. Jaga hubungan baik dengan orang media. Kerana suatu hari ini, kita tidak akan tahu bagaimana mereka membalas jasa dengan menghebahkan berita mengenai bisnes kita kepada puluhan juta rakyat Malaysia. Dari situ, perniagaan kita terpaksa terima keuntungan berganda dan menjadi lebih kaya. Jangan Bergantung Pada Orang Lain Kenapa perlu bergantung pada manusia sedangkan kita mempunyai Tuhan yang satu? Ini adalah kata-kata hikmat mentor Tuan Azizan Osman kepada kami. Apabila ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi, kita tidak perlu bergantung pada orang lain. Tadahkan tangan, pancarkan wajah ke langit, dan minta doa kepada Tuhan iaitu Allah yang maha esa. Minta pertolongan daripadaNya, nescaya kejayaan dan kekayaan perniagaan itu sentiasa menjadi milik kita.

Zeflin Suzana Pengasas Ceruk Kampong

37 Majalah Niaga Edisi Khas

TIP PERNIAGAAN
HASBUL ARIFF

Belajar Bisnes Cara Fahrin Ahmad 1. Beri Masa 3 Bulan


Beri saya masa tiga bulan. Kata-kata ini diluahkan oleh Fahrin Ahmad supaya dapat memujuk ibunya untuk menerima kerjaya beliau dalam bidang lakonan. Dengan menetapkan tarikh spesifik, beliau berjaya mencipta banyak kejayaan besar dalam masa yang singkat. Fahrin Ahmad juga menjadikan 3 bulan ini sebagai lonjakan tekanan yang positif. Di mana setiap hari tarikh ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi, supaya beliau dapat membuktikan kepada ibunya.

TIP BISNES Fahrin Ahmad


(Pelakon & Selebriti)
Fahrin Ahmad adalah pelakon yang tidak pernah memenangi anugerah pelakon terbaik, pelakon paling popular dan tiada satu filemnya pun yang meletup. Beliau adalah artis yang fokus kepada reputasi, bukan populariti. Reputasi beliau menyebabkan dirinya mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Uniqlo, Garner MEN, dan Shell. Ini adalah maklumat yang diperoleh daripada Majalah Rezeki bulan Jun 2012. Dalam perniagaan, pentingnya adaptasi. Adaptasi bermaksud kita menggunakan idea-idea daripada keadaan sekeliling, untuk dimuatkan dalam perniagaan kita. Cara ini menampakkan perniagaan kita sentiasa segar dan berinovasi. Daripada perkongsian temuramah yang dilakukan oleh tim Majalah Rezeki bersama Fahrin Ahmad, terdapat 7 tip perniagaan yang jelas boleh digunakan oleh setiap usahawan.

2. Reputasi Adalah Duit Masuk


Fahrin Ahmad tidak popular seperti artis-artis lain. Bahkan beberapa kali sahaja kita boleh lihat beliau muncul ruangan artis-artis menerusi akhbar, majalah atau blog hiburan. Populariti bukan jaminan untuk menarik lebih banyak duit. Wang masuk adalah reputasi. Fahrin Ahmad begitu menjaga nilai dirinya di hadapan khalayak ramai dan juga media. Beliau percaya, reputasi adalah wang masuk. Perniagaan yang popular bukan jaminan perniagaan itu buat banyak duit. Manakala perniagaan yang mempunyai reputasi terhadap klien-klien tertentu adalah salah satu faktor mengapa perniagaan itu mempunyai aliran tunai yang masuk lebih banyak.

3. Popular Bukan Gambaran Kredibel


Artis popular boleh datang dari pelbagai sudut populariti. Antara yang jelas adalah kontroversi. Kontroversi yang tidak baik bukan gambaran si artis itu berkredibel. Ia memusnahkan nilai artis itu sendiri. Perniagaan mempunyai prinsip yang sama. Kredibiliti perniagaan lebih penting untuk memastikan pelanggan suka untuk berurusan dengan bisnes kita. Antara cara meningkatkan kredibiliti dalam perniagaan, adalah menerusi hubungan yang baik dengan pelanggan.

38 Majalah Niaga Edisi Khas

4. Imej Adalah Jenama


Apala sebut nama Fahrin Ahmad, imej yang dibawanya cukup mudah diingati orang ramai. Gayanya yang sentiasa mengenakan pakaian yang segak dan bergaya, serta tidak lokek dengan senyuman, itu yang menjadikan imejnya bernilai tinggi. Dari sudut bisnes, imej yang baik adalah jenama yang berkuasa. Lihat bagaimana Apple mementingkan penampilan visualnya. Mereka melaburkan jutaan ringgit, semata-mata untuk menghasilkan produk yang mempunyai imej luar biasa. Paparan imej yang baik dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan. Kepercayaan ini bertukar menjadi wang besar dalam perniagaan.

6. Jadi Bisnesman Sihat


Aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad melibatkan aktiviti yang menyihatkan badan. Oleh sebab itu tubuh badannya sasa, sentiasa ceria dan bertenaga sepanjang hari. Antara amalan-amalan yang boleh diambil oleh orang bisnes, berdasarkan aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad adalah seperti berikut bersenam, perkasakan otot badan di gimnasium dan berlari di sekitar kawasan rumah.

7. Fokus Aktiviti Utama Bisnes


Fokus adalah tindakan penting untuk memajukan perniagaan. Dalam dunia selebriti Fahrin Ahmad, fokus utama beliau adalah pengambaran. Aktiviti ini yang akan memberikan aliran tunai terhadap kerjayanya. Setiap perniagaan ada aktiviti utama setiap hari. Sebagai contoh, aktiviti utama perniagaan berasaskan penerbitan adalah menerbit artikel baru setiap hari. Manakala aktiviti utama perniagaan tudung adalah memberitahu kewujudan produk tudungnya, kepada golongan wanita di Malaysia. Pilih satu aktiviti utama bisnes. Letakkan fokus dan jadikan ia sebagai aktiviti wajib setiap hari.

5. Jujur Itu Emas Berharga


Apa sahaja yang dipaparkan secara jujur di dalam media, atau apabila berjumpa dengan orang, perkara yang baik akan datang kepada kita. Bagi Fahrin Ahmad, kejujuran itu adalah kredibiliti. Penaja yang datang kepada beliau melihat nilai dirinya secara keseluruhan. Walaupun beliau tidak popular, syarikat besar seperti Uniqlo dan Celcom masih tetap mahu menjadikan beliau ikon.

ANIS CHOC MOIST CAKE

www.anisfood.com.my JUNAIDY ABU BAKAR - Ketua Pegawai Eksekutif

anusia adalah makhluk yang mempunyai ego. Orang yang rasa dirinya bijak pandai, akan sentiasa cuba untuk melindungi dirinya supaya tidak kalah. Situasi ini biasanya berlaku dalam diri usahawan yang kononnya tahu semua perkara, tanpa merasakan diri mereka perlu belajar daripada usahawan yang telah berjaya. Ia secara tidak langsung mewujudkan dinding kebodohan dalam diri. Kebodohan yang akan membuatkan usahawan itu terduduk dan menghadapi kegagalan yang menekan emosi. Untuk memulakan perniagaan dengan landasan yang betul, syarat pertama adalah meruntuhkan ego. Buang segala perasaan yang kononnya kita lebih pandai daripada orang lain. Sentiasa bersifat terbuka untuk belajar dengan individu yang lebih berjaya daripada kita. Dari situ, kita akan lihat betapa besarnya ruang kejayaan yang boleh dikecapi apabila dididik oleh guru yang betul.

Junaidy Abu Bakar Ketua Pegawai Eksekutif Anis Choc Moist Cake

Jadi Bodoh Cepat Pandai Runtuhkan ego kita supaya dapat belajar ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada guru yang lebih bijak. Lebih cepat kita dapat meruntuhkan ego, lebih cepat proses kejayaan. Dalam perniagaan, pentingnya untuk kita sentiasa menuntut ilmu. Kerana strategi sering berubah selaras dengan perkembangan semasa. Jika kita berada di takuk lama, dikhuatiri perniagaan kita lebih cepat bungkus. Justeru itu, buang ego untuk terus belajar dengan ahli perniagaan yang sudah berjaya mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Kita akan dapat rasakan perbezaannya apabila kita menganggap diri kita jahil dalam ilmu. Kerana ia adalah cara paling pantas untuk menjadi pandai dalam masa yang singkat. Pantas Buat Keputusan Apabila berazam mahu membuka kedai, lakukan segera. Kerana peluang, idea dan lubuk emas hanya akan muncul sekali sahaja dalam seumur hidup kita. Cari jalan untuk merealisasikan keputusan yang telah dibuat. Menurut Tuan Azizan Osman, Sebaik sahaja kita membuat keputusan, itu bermakna kita sudah meletakkan komitmen. Berjaya atau tidak, itu bukan soalnya. Yang penting, kita buat sehabis baik.

Ikut Paksaan Isteri Saya mula mengikuti kelas anjuran Richworks setelah menerima desakan daripada isteri. Walaupun dari sudut paksaan, namun sebagai suami, tugas kita adalah mempercayai pasangan kita. Jika si dia benar-benar serius mahu kita lakukan sesuatu yang baik seperti menghadiri majlis ilmu, ambil ia dari sudut yang positif. Hadirkan diri dan alaminya sendiri. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kerana rezeki itu sentiasa terbentang luas.

40 Majalah Niaga Edisi Khas

Boleh

nampak saya ke?

Bagus!
Bermakna iklan di sini berkesan!
Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com
INOVATTIC SOLUTION (PART OF FLAREBIZ NETWORK SDN BHD)

You might also like