You are on page 1of 7

BAHAGIAN A (20 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1.

Konsep komuniti pembelajaran mula diperkenalkan oleh Peter Senge yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi dan keuntungan organisasi koperat.Dalam institusi pendidikan, khususnya sekolah, melalui komuniti pembelajaran dapat (A) kerjasama ibu bapa (B) belajar bersama-sama dalam persekitaran yang selamat (C) sumber kewangan dan kemudahan (D) membina rangkaian komuniti 2. Anda ingin melaksanakan aktiviti main dalam pengajaran anda. Peranan yang perlu diberi pertimbangan dalam proses pembelajaran kanak-kanak adalah (A) perkembangan persekitaran dan fizikal (B) perkembangan konsep abstrak (C) meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan (D) meningkatkan kemahiran tingkahlaku 3. Berikut adalah jenis-jenis main kognitif kanakkanak kecuali (A) Main Konstruktif (B) Main Fantasi (C) Main Dramatik (D) Main Pemerhati 4. Menurut pandangan Gagne mengenai pembelajaran adalah (A) bersifat sejagat (B) boleh mengakibatkan terhasil pelbagai tingkahlaku (C) membantu menjadikan suasana menyeronokkan

(D) kompleks

membentuk struktur pandangan yang semakin

5. Teori Pembelajaran Behaviourisme memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Antara berikut, manakah merupakan pertimbangan yang perlu diberi perhatian oleh guru? (A) Pemperosesan maklumat (B) Pengukuhan berjadual (C) Maklumbalas berkala (D) Cuba jaya dan sensori 6. Teori Gestalt memberi tumpuan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini boleh dikaitkan dengan (A) Teori Konstruktivisme (B) Teori Behaviorisme (C) Teori Kognitif (D) Teori Humanistik 7. Apabila menggunakan Teori Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip pelaksanaan berikut perlu ditekankan kecuali (A) memupuk keupayan mengawal dan manipulasi diri (self-regulation) (B) memupuk kecekapan meniru dan reproduksi (self-efficacy) (C) memupuk konsep kendiri positif (D) memupuk kemahiran meniru model yang sesuai 8. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja. Antara berikut, siapakah yang telah menyatakan petikan teori di atas? (A) Carl Rogers (B) A.H. Maslow

(C) (D)

Albert Bandura David Ausubel

9. Sebagai seorang guru, apakah tindakan yang paling sesuai untuk membantu pelajar pintar cerdas? (A) Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih mencabar (B) Memberi ujian khas yang mengambilkira keperluan pelajar (C) Meminta pelajar tersebut memimpin kelas (D) Melibatkan murid tersebut secara aktif 10. Antara berikut, yang manakah cara terbaik bagi membantu pelajar yang bermasalah pembelajaran? (A) Mengubah bahan pembelajaran jika didapati sukar difahami (B) Pastikan arahan yang diberi adalah konsisten dan jelas (C) Buat analisis tentang kesalahan yang dilakukan dan ambil tindakan (D) Beri penjelasan dengan suara yang cukup kuat serta lantang 11. Apakah yang dimaksudkan dengan model pemperosesan maklumat? (A) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (B) Guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (C) Pelajar-pelajar berada dalam satu kumpulan dan menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan (D) Pengajaran berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berurutan 12. Salah satu model pengajaran dalam Model Sistem Behavioris ialah pengajaran masteri. Nyatakan proses pengajaran masteri yang betul. I. Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks II. Disampaikan secara individu malalui bahan pengajaran dan pembelajaran

III. Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti IV. Dijalankan ujian V. Selepas ujian dipindahkan ke unit yang baru dan yang tidak menguasai kemahiran ulang semula pada bahagian yang tidak dikuasai (A) I, II, dan III sahaja (B) II, III, dan IV sahaja (C) I, II, IV, dan V sahaja (D) I, III, IV, dan V sahaja 13. Pernahkah anda mendengar mengenai istilah main peranan? Cuba anda nyatakan apa yang anda faham dengan istilah ini (A) Main peranan membantu pelajar untuk berdikari dalam membentuk watak yang diberikan kepadanya (B) Main pernan boleh membantu murid untuk berkenalan antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti dalam kelas (C) Main peranan akan membentuk murid berkolaborasi untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan rakan-rakan dalam satu kumpulan atau kelas. (D) Main peranan membantu murid memahami tingkah laku sosial, dan memahami peranan mereka dalam intraksi sosial, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan 14. Dalam model personal guru-guru mestilah berfokus kepada konsep-konsep yang diutamakan oleh ahli-ahli humanistik. Antara model yang menekankan kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti adalah pengajaran (A) Synetics (B) fasilitatif (C) berkumpulan (D) kesedaran kendiri 15. Semasa mengajar di dalam kelas 3B cikgu Azmi mendapati murid-muridnya tidak begitu memberi perhatian. Sekiranya anda berada di tempat cikgu Azmi apakah langkah terbaik untuk mengatasi masah tersebut? (A) Tegas sewaktu mengajar (B) Kuatkan suara sewaktu mengajar

(C) Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik (D) Mengaplikasikan modul-modul pengajran yang bersesuaian dengan topik pengajaran

kepada pelajar.Sebagai seorang guru bagaimanakah cara untuk anda menerapkan motivasi intrinsik ini? (A) Berikan pengalaman mencabar kebolehan mereka (B) Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik (C) Berikan ganjaran setiap perubahan tingkah laku yang diingini (D) Nyatakan matlamat yang ingin dicapai sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula 20. Cikgu Hanif sentiasa memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Kebanyakan pelajar kelas 2D tidak suka apabila cikgu Hanif masu ke kelas. Keadan ini menyebabkan prestasi mata pelajaran matematik yang diajar oleh cikgu Hanif merosot setiap kali peperiksaan. Jika anda adalah rakan cikgu Hanif apa yang akan anda cadangkan kepada cikgu Hanif? (A) Mengajar secara kaedah berkumpulan (B) Berikan tumpuan kepada setiap individu (C) Membina hubungan yang baik dengan pelajar (D) Membentuk sifat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar

16 Apakah pendekatan X (A) Personal (B) Integratif (C) Naturalistik (D) mediatif 17. Pernyataan di bawah merupakan tujuan guru menggunakan kaedah sumbangsaran, kecuali (A) menarik perhatian murid terhadap satu-satu topik yang khusus (B) memberi peluang murid menjana idea mengenai topik tersebut (C) mengajar mereka supaya dapat bersosial dalam satu kumpulan (D) mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu 18. Apakah kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai kecerdasan Verbal-Linguistik? (A) Artisan (B) Pemberita (C) Ahli teologi (D) Pegawai Kebajikan Sosial 19. Motivasi intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman diri individu. Oleh itu motivasi ini amat sukar untuk diterapkan

BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1. Pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiential. (a) Nyatakan dua kaedah yang boleh dilaksanakan melalui pengalaman langsung. (i) ___________________________________________________ (ii) ___________________________________________________ (4 markah)

(b) Senaraikan tiga kriteria utama dalam pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum. (i) ___________________________________________________ (ii) ___________________________________________________ (iii) ___________________________________________________ (6 markah) 2. Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. (a) Senaraikan dua jenis main kognitif. (i) _________________________________________ (ii) _________________________________________ (4 markah) (b) Nyatakan tiga ciri-ciri main. (i) ___________________________________________________ (ii) ___________________________________________________ (iii) ___________________________________________________

(iii)______________________________________________________ (iv)______________________________________________________ (V)______________________________________________________ (5 markah) (b) Nyatakan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. (i)_______________________________________________________ (ii)______________________________________________________ (iii)______________________________________________________ (iv)______________________________________________________ (v)______________________________________________________ (5 markah) 4. Teori Atribusi Weiner merupakan salah satu teori motivasi yang menggunakan pendekatan kognitif. Teori ini mempunyai beberapa andaian asas. (a) Berikan dua andaian tersebut (i)_______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (ii)______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ (4 markah) (b) Menurut Weiner atribut boleh wujud dalam tiga dimensi iaitu (i)_______________________________________________________

(6 markah) 3. Apabila guru menyedari kebolehan setip pelajarnya yang mempunyai pelbagai kebolehan maka mudah baginya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga dapat merancang jenis-jenis penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan murid. (a) ialah Antara contoh contoh penilaian yang boleh diberikan

(i)_______________________________________________________ (ii)______________________________________________________

(ii)____________________________________________________ __ (iii)______________________________________________________ (6 markah) BAHAGIAN C(40 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1. Guru Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya. (a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? (sintesis) (b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? (penilaian) 2. SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar. (a) Sebagai guru kelas Tahun 6, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? (aplikasi) (b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? (analisis) 3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, murid-murid memberi respons bola besi lebih berat. (a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? (sintesis) (b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? (Penilaian)

EDU BAHAGIAN C 1. Guru Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya. (a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? Jawapan i. Bahan tidak selaras dengan keperluan pelajar. ii. Terlalu banyak aktiviti dan bahan dijalankan serentak iii. Gaya kepimpinan guru yang tidak menarik iv. Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru v. Tidak mengambil kira perbezaan individu. vii. Aktiviti yang tidak setimpal dengan pengetahuan sedia ada murid viii. Tiada pemeringkatan isi secara teratur ix. Guru baru yang kurang pengalaman. (b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? Jawapan i. Pengajaran dan pembelajaran perlu berpusatkan murid ii. Memastikan bahan yang disediakan setimpal dengan pengetahuan sedia ada, minat, kebolehan dan potensi murid. iii. Memastikan tidak terlalu banyak aktiviti dan bahan dalam sesuatu masa. iv. Memastikan bahan dan aktiviti yang bermakna sahaja dilaksanakan. v. Menyediakan bahan yang menarik minat dan mampu merangsang pembelajaran. vii. Gaya kepimpinan guru yang lebih demokratik agar senang didekati murid. viii. Pemeringkatan isi dilakukan secara sistematik ix. Mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan kemahiran baru yang diajar. x. Setiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada murid.

2. SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar. (a) Sebagai guru kelas tahun enam, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? Jawapan i. Membantu pelajar memahami objektif sesuatu pelajaran dengan jelas. ii. Menggalakkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran iii. Menyediakan suasana bilik darjah yang mesra pengguna, teratur, dan kemas akan mendorong pengajaran dan pembelajaran. iv. Mengelakkan tekanan yang boleh menimbulkan kekeliruan. Kekeliruan boleh menurunkan motivasi. v. Membimbing pelajar menetapkan matlamat yang jelas dan realistik. vi. Memberikan ganjaran yang sesuai dengan minat dan kehendak murid. vii. Mengadakan kursus-kursus atau ceramah motivasi kepada murid-murid yang kurang motivasi. viii. Memberikan pujian dan galakan dengan konsisten. (b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? Jawapan i. Untuk meningkatkan kesediaan murid belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. ii. Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas murid dengan mengadakan aktiviti latihan , ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. iii. Ganjaran atau peneguhan perlu diberikan kepada murid apabila respon atau gerakbalas yang betul diberikan. iv. Memberikan peluang kepada murid untuk menikmati

kejayaan dalam pembelajaran mereka. v. Maklumbalas yang diberi dengan kerap, secepat mungkin, spesifik akan menghasilkan gerakbalas yang lebih tepat. vi. Hukum kesan menekankan bahawa ganjaran merupakan satu alat yang mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas. 3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, muridmurid memberi respons bola besi lebih berat. (a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? Jawapan i. Perbezaan Individu Pengalaman, latar belakang, kebolehan, kecerdasan. ii. Kanak-kanak masih belum matang untuk membezakan transformasi yang berlaku antara besi dengan plastik. iii. Perkembangan pemikiran logik murid tersebut belum bersedia dan tidak nyata. iv. Kanak-kanak masih menumpukan perhatian hanya pada satu ciri objek dan tidak dapat menimbangkan semua ciri-ciri objek ketika menyelesaikan masalah secara logik. v. Pengekalan isipadu belum dapat dikuasai. vi. Konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab musabab belum dapat dikuasai. vii. Murid boleh menyelesaikan masalah yang konkrit tetapi belum mampu untuk menyelesaikan masalah yang abstrak (b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? Jawapan i. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambilkira aspek aspek kebolehan, pengetahuan sedia ada, minat, potensi dan bakat.

ii. Pemeringkatan isi pelajaran secara sistematik konkrit ke abstrak, senang ke susah, dan daripada tahu ke belum tahu. iii. Mempelbagaikan kedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah bermain, bercerita, dan kaedah demontrasi. iv. Kaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru murid. v. Penglibatn murid secara aktif mealui kaedah-kaedah seperti inkuiri penemuan, Pengetauan secara langsung. vi. Wujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. vii. Memberikan galakkan kepada pelajar dengan memberi pujian dan ganjaran yang sesuai.

You might also like