You are on page 1of 42

1

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
PERBEZAAN FAHAMAN SYIAH IMAMIYYAH DAN
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Mohd Fauzi Hamat


Mohd Sobri Ellias



Pendahuluan
Polemik antara golongan Syiah dan ahli sunnah wal Jamaah(ASWJ) merupakan
suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama terdahulu dalam karya-karya
ilmiah mereka. Sebagai kiasan, mazhab ASWJ yang dipegang oleh majoriti umat
Islam diibaratkan seperti aliran sungai utama yang mempunyai cabang-cabang
sungai kecil yang berbilang, manakala Syiah pula diibaratkan seperti salah satu
daripada aliran-aliran sungai kecil yang menyimpang daripada aliran utama tersebut.
Berkaitan isu Syiah ini, para ulama ASWJ telah pun menyediakan jawapan dalam
menyingkapi golongan ini, khususnya Syiah Imamiyyah yang masih berpengaruh
hingga kini. Dalam melihat polemik yang berlaku di antara golongan Syiah dan Sunni
ini, dunia telahpun menyaksikan bagaimana berlakunya siri kemelut dan
persengketaan yang berpanjangan di seluruh dunia khususnya di Pakistan dan Iraq.
Beberapa usaha dan percubaan untuk mendamaikan atau mendekatkan antara dua
golongan ini nampaknya masih tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.
Berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 5 Mei 1996 yang lalu,
ketika membincangkan isu Syiah di Malaysia, pihak jawatankuasa telah bersetuju
memutuskan bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah
diadakan pada 24-25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] yang
menetapkan Hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyyah dan al-Ja`fariyyah

Mohd Fauzi Hamat, PhD. Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Sobri Ellias, Calon PhD dan Pembantu Penyelidik di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
yang diterima untuk diamalkan di Malaysia dimansuhkan
1
. Berhubung isu ini,
terbaru, ia telah dibincangkan dalam sidang parlimen pada 9 Mac 2011 di mana YB
Senator Mejar Jeneral Dato Jamil Khir b. Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan
Perdana Menteri telah melarang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia tanpa turut
menghalang pengamalan ajaran tersebut di Negara ini
2
. Ini bererti ajaran ini masih
bebas untuk diamalkan di Malaysia oleh pengikutnya dan kesannya; adalah sukar
untuk dijamin sejauh mana ia tidak disebarkan kepada pengikutnya, apatah lagi
wujudnya suara-suara sumbang yang cuba mempertahankan hak golongan ini untuk
menjalankan aktiviti mereka atas dasar hak asasi manusia. Setakat ini, terdapat
sebanyak enam buah negeri yang telah mewartakan larangan terhadap penyebaran
fahaman Syiah iaitu; Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan,
Negeri Sembilan dan Melaka
3
.
Realitinya isu Syiah ini, khususnya Syiah Imamiyyah, merupakan suatu isu
yang sebenarnya berakar umbi daripada permasalahan politik yang berlaku pada
zaman Sayyidina Ali, yang akhirnya telah meresapi permasalahan dasar dalam
agama iaitu akidah. Ia bukan hanya sekadar perbezaan dari aspek amalan seperti
perbezaan yang berlaku antara mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`e dan
Hanbali, namun lebih besar lagi, ia turut melibatkan soal iktikad yang jelas
bertentangan dengan akidah sejati ASWJ. Nampaknya, Islam yang suci dan murni
dengan ajarannya yang dipegang oleh majoriti ummah akan tercemar dengan
kepercayaan dan perlakuan menyimpang tajaan golongan Syiah ini sekiranya isu ini
dipandang ringan oleh masyarakat pada hari ini.
Dalam kaitan ini, kesucian akidah warisan junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. perlu dipertahankan daripada terus diselewengkan oleh golongan-golongan

1
Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia, 6
April 2011.
2
Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-
09032011.pdf, 18 April 2011. Lihat juga Berita Harian Online,
http://www.bharian.com.my/articles/MalaysialarangsebarSyiah/Article/, 6 April 2011.
3
Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa?keys=syiah&tid_2=All, 18 April 2011.

3

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
ahli bid`ah yang terkeluar daripada garis kasar aliran arus perdana ummah seluruh
dunia. Tindakan mengeksploitasi kecintaan terhadap ahl al-bayt demi meraih
kepentingan aliran mereka ini juga tidak sewajarnya diberikan laluan untuk membina
tapak dalam jiwa umat Islam di Negara ini. Atas dasar ini, kertas ini dikemukakan
bagi menggariskan secara jelas perbezaan di antara fahaman Syiah Imamiyyah dan
fahaman ASWJ. Huraian ini kelak akan dijadikan asas kefahaman dalam
menanggapi sejauh mana percanggahan mazhab ini dengan fahaman mazhab arus
perdana di Malaysia.

Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
Dari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu istilah
yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata
ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna
yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut pemaknaan istilah.
Perkataan Ahl jika dilihat dari sudut literal, ia bererti ahli keluarga
4
, pengikut atau
golongan
5
. Dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau
berpegang dengan sesuatu [kalimah] yang disandarkan kepada perkataan Ahl
tersebut, seperti ahl al-madhhab ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan
mazhab tersebut
6
.
Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan
sebanyak 16 kali
7
. Perkataan al-Sunnah pula dari sudut literal bermaksud al-sirah
8
.

4
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram (1952), Lisan al-`Arab, j. 11, Beirut : Dar Sadir li
al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 28; al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus al-
Muhit, j. 3, Kaherah : Muassasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 331; Al-Razi,
Muhammad b. Abu Bakr (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan, hlm. 13.
5
Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 1,
Kaherah : Dar al-Fadilah, hlm. 332.
6
Ibid.
7
Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim Engku Ismail
(terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 7.
8
Al-Razi, Muhammad b. Abu Bakr (1986), op.cit, hlm. 133.

4

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Dari sudut etimologi, perkataan al-sunnah mempunyai pengertian mengalirkan
sesuatu dengan lancar ( )
9
. Ia juga bermaksud al-tariqah
(jalan atau perilaku)
10
, baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak
11
. Sabda
Rasulullah S.A.W. :



Maksudnya:

Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang baik, lalu diamalkan
orang selepasnya maka dia mendapat pahalanya dan pahala seperti
pahala-pahala mereka (yang mengikutinya) tanpa berkurang sedikitpun
pahala-pahala mereka. Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang
buruk lalu diamalkan orang selepasnya maka dia menanggung
dosanya dan dosa-dosa seperti dosa mereka tanpa berkurang
sedikitpun dosa-dosa mereka.

Manakala dari sudut terminologi, al-sunnah mengandungi erti; sesuatu yang
disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada kata-
katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya
12
dan sejarah hidupnya
13
, sama ada
sebelum kenabian mahupun selepas kenabian
14
. Ia juga bermaksud jalan yang

9
Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mujam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir : Syarikah
Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, hlm. 60.
10
Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan : Dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah, hlm. 145; Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-
Misriyyah, hlm. 96.
11
Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith : `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1, Beirut : Dar al-
Fikr, hlm. 13.
12
al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad : Maktabah al-Ma`arif, hlm. 15. Yang
dimaksudkan dengan sifat Nabi ialah sifat-sifat kejadiannya dan sifat-sifat keperibadiannya, lihat Nur
al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadithlm. cet. 3, Beirut & Damsyik : Dar al-Fikr al-
Mu`asir & Dar al-Fikr, hlm. 26.
13
Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri`

al-Islami. Kaherah : Maktabah Wahbah, hlm. 72.
14
Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-Kubra, c. 4,
Kaherah: Dar al-I`lam al-Duwali, hlm. 43.

5

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat
dan hawa nafsu
15
. Di sisi para fuqaha, perkataan al-sunnah bermaksud perkara
yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan
percakapannya. Perkataan al-Sunnah tersebut telah digunakan oleh para fuqaha
bagi menggambarkan perbuatan yang berlandaskan kepada petunjuk Nabi, dan al-
Sunnah dengan maksud ini merupakan antonim bagi bid`ah
16
. Walaupun terdapat di
kalangan para pengkaji yang mengatakan bahawa al-Sunnah dan al-hadith pada
pandangan para ahli hadis membawa maksud yang sama
17
namun penulis lebih
cenderung untuk mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang halus dari sudut
pemaknaan istilahi di antara keduanya di mana ungkapan al-Sunnah sebenarnya
lebih umum daripada ungkapan al-hadith
18
.


15
Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, hlm. 29.
Penulis berpendapat bahawa, perkataan al-sunnah tidak patut diterhadkan maknanya sebagaimana
yang telah dinyatakan di atas, bahkan skopnya perlu diperluaskan mencakup gaya dan pendekatan
Rasulullah dalam menangani sesuatu isu, dan bukan secara literalnya ia difahami dengan semata-
mata merujuk kepada apa yang telah disabdakan, dilaksanakan atau yang ditaqrirkan oleh baginda
secara zahir. Sebagai contoh, dalam memahami Hadith al-Jariah, tindakan baginda yang telah
mentaqrirkan iman al-jariah tersebut, perlu dilihat dalam konteks pendekatan Rasulullah ketika
berhadapan dengan kualiti manusia sedemikian bahkan ia tidak patut difahami secara literal dan
mutlak sepertimana yang telah tergambar pada zahir lafaz ucapan baginda sallahu `alaih wasallam
tersebut. Lihat al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b. al-Husain (1993), Asas al-
Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut: Dar al-Fikr al-Lubnan, hlm. 126.
16
Salih Ahmad al-Khatib (2004), al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, j. 1, c. 1, Oman: al-
Dar al-`Uthmaniyyah, hlm. 22. Dalam konteks penggunaan perkataan al-sunnah ini, sebagai contoh
Ibn Hazm telah mengatakan bahawa ahl al-Sunnah merupakan ahl al-Haq dan selain daripada
mereka adalah ahl al-Bid`ahlm. Lihat Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), al-Fasl
fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, j. 2, c. 2, Beirut: Dar al-Ma`rifah, hlm. 113.
17
Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan dan Metodologi Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, hlm. 17; Mohd Napiah Abdullah (1989), Mukhtasar Sejarah
Perkembangan dan Kaedah Penyusunan Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 20.
18
Hammam `Abd al-Rahim Sa`id (2000), al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, c. 4, Oman: Dar al-Furqan, hlm.
11; Ahl al-Hadith merupakan mereka yang hanya berpegang dengan perkataan-perkataan Rasulullah
sallahu `alaih wasallam, manakala Ahl al-Sunnah adalah mereka yang berpegang dengan perkataan
Rasulullah, perbuatannya, adat kebiasaannya bermula dari bi`thah sehingga kewafatan baginda
S.A.W. Sufyan al-Thawri merupakan imam di dalam sunnah dan bukan Imam dalam hadithlm. Al-
Awzai`e merupakan imam di dalam hadith dan bukan imam dalam sunnah, manakala Anas b. Malik
merupakan imam di dalam kedua-duanya sekali. Rujuk Hasan Ibrahim Hasan (1964), Tarikh al-Islam
al-Siyasi wa al-Dini wa al-Thaqafi wa al-Ijtimai`e, c. 7, j. 2, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah,
hlm. 162.

6

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Maka diketahui bahawa pengistilahan al-sunnah tersebut apabila digunakan,
maka ia merujuk kepada jalan () yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W yang
terdiri daripada ilmu, amalan, keperibadian, akhlak dan adab yang dipraktikkan
dalam segenap urusan kehidupan yang pelbagai. Ibn al-Jawzi telah berpendapat
bahawa istilah ahli sunnah merujuk kepada ahl al-naql wa al-athar yang telah
mengikut Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya. Ini adalah kerana menurutnya,
mereka tidak pernah melakukan perkara-perkara baru dalam agama
19
. Manakala Ibn
Hazm pula telah berpendapat bahawa ahl al-Sunnah adalah mereka yang terdiri
daripada para sahabat dan semua yang mengikut manhaj mereka; yang terdiri
daripada para tabien, ahl al-Hadith dan pengikut mereka dari kalangan para fuqaha
generasi ke generasi sehingga hari ini dan orang awam yang mengikut mereka
(fuqaha) di timur mahupun di barat
20
. Jika dilihat kepada sejarah penggunaan
perkataan ahli sunnah, terdapat beberapa bukti yang mengaitkan penggunaannya
telah digunapakai sejak kurun yang pertama lagi. Ini berdasarkan ucapan yang telah
diungkapkan oleh seorang tokoh muhaddithin yang bernama Sufian al-Thawri iaitu:

- : ....(

(( :

))

Maksudnya:
berwasiatlah dengan ahli sunnah adalah baik kerana mereka adalah
golongan yang dagang

Namun begitu, penggunaan istilah Ahli Sunnah tidak begitu popular
disebabkan golongan yang hidup pada zaman tersebut lebih dikenali dengan
panggilan sahabat, tabien dan tabi tabien. Bahkan, istilah Ahli Sunnah hanya mula
digunakan secara meluas pada awal zaman pemerintahan Khilafah al-`Abbasi (132-
232H/749-847M) iaitu bagi membezakan di antara golongan yang mengikut al -Quran

19
Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj `Abd al-Rahman (t.t), Talbis Iblis, Kaherah: Maktabah al-Mutannabi, hlm.
16.
20
Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), op.cit., hlm. 113.

7

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
dan al-Sunnah yang pada ketika itu dipimpin oleh al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari
dan golongan yang begitu ekstrem menggunakan akal iaitu golongan Mutazilah
21
.

Berdasarkan Ilmu al-Isytiqaq
22
dalam bidang bahasa, didapati bahawa
perkataan al-jama`ah berasal daripada perkataan al-ijtima` () yang
bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kata al-jama`ah adalah al-
firaq () yang bermaksud perpecahan
23
. Jika disorot dari sudut etimologi, ia
merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia
24
dan kumpulan tersebut
mengandungi jumlah yang besar
25
. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan al-
jama`ah di sisi para ulama usul al-din merujuk kepada mereka yang mengikuti
majoriti umat Islam, iaitulah yang terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang
telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda
26
.

Jika diteliti kepada beberapa buah hadis yang mempunyai keterikatan
terhadap pendefinisian perkataan al-jama`ah ini, maka didapati bahawa para ulama
telah berselisih pendapat dalam menetapkan maksud al Jamaah dari sudut
terminologi, di kalangan mereka telah berpendapat bahawa perkataan al-jama`ah
tersebut merujuk kepada para sahabat tanpa selain daripada mereka
27
. Ini adalah
kerana mereka telah mendirikan tiang agama. Selain itu, mereka juga selama-
lamanya tidak akan berhimpun dalam kesesatan
28
. Pemaknaan versi ini adalah selari
dengan riwayat yang lain iaitulah sabda Rasulullah S.A.W. :

21
Hasan Ibrahim Hasan (1964), op.cit., hlm. 162.
22
`Ilm al-Isytiqaq merupakan suatu ilmu yang digunakan untuk menyusurgalurkan (mencari asal)
sesuatu kalimah daripada sesuatu kalimah yang lain berdasarkan kepada kaedah-kaedah sorof (
). Lihat Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, j. 1, Istanbul : al-
Maktabah al-Islamiyyah, hlm. 489.
23
Al-Misri, Muhammad `Abd al-Hadi (1991), op.cit., hlm. 45.
24
Ibn Manzur (1952), Lisan al-`Arab, j. 8, Beirut: Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 53.
25
Jama`ah min Kibar al-Lughawiyyin al-`Arab (t.t), al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, (t.t.p) : Larus, hlm.
262.
26
Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah, c.
3, Beirut : Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 17.
27
Al-Misri, Muhammad `Abd al-Hadi (1991), op.cit., hlm. 46.
28
Ibid.

8

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor


Maksudnya:
Sesiapa yang hidup dari kalangan kamu (wahai sahabatku) selepas
kewafatanku maka akan terlihat perpecahan yang banyak, maka
hendaklah kamu sentiasa dengan sunnahku dan sunnah khalifah-
khalifah yang diberi pedoman, berpeganglah kamu dengannya dan
gigitlah dengan gigi geraham (kinayah ini bermaksud berpegang
dengan teguh). Awaslah kamu daripada perkara-perkara baru yang
diada-adakan, sesungguhnya tiap-tiap yang direka adalah bid`ah dan
setiap bid`ah adalah sesat
29
.

Maka ini juga sekaligus akan memasukkan mereka yang telah melakukan
ijtihad dalam urusan agama selagi mana mereka tidak tergelincir dari garisan yang
telah dilakarkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya
30
. Hal ini adalah,
berdasarkan firman Allah:

,l. >..l-> . !L. ..l , .: _ls _!.l >, `_.l
>,l. .,:
Maksudnya:
dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan
yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)
dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
Surah al-Baqarah (02): 143

Perkataan ummatan wasatan di dalam ayat tersebut telah ditafsirkan oleh al-
Bukhari sebagai ahli ilmu. Manakala Muslim telah mentafsirkannya sebagai mereka

29
Hadis ini elah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi dan beliau telah menilai hadis ini
sebagai hadis hasan sahihlm.
30
Ibid.

9

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
yang merupakan ahli dalam bidang ilmu, fiqh dan hadis. Maka atas pendapat ini,
kata al-jama`ah merujuk kepada golongan ahli sunnah yang terdiri daripada para
ilmuwan (al-`alimun) orang yang arif (al-`arifun) dan orang yang mampu berijtihad (al-
mujtahidun). Maka terkeluar dari pemaknaan tersebut golongan yang melakukan
bid`ah (ahl al-bid`ah)
31
.

Manakala, apabila ketiga-tiga suku kata tersebut digabungkan menjadi satu
istilah, maka istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut [setelah lahirnya Abu al-Hasan
al-Asy`ari (260-330H) dan Abu Mansur al-Maturidi (238-333H)] adalah merujuk
kepada mereka yang telah berada di atas manhaj yang diperkenalkan oleh golongan
al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut akidah. Hal ini adalah suatu yang
masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan
yang dinamakan sebagai ASWJ ini.

Secara asasnya, ajaran akidah yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dan
para sahabat baginda telahpun termaktub kemas di dalam al -Quran dan al-Hadith.
Namun, pada ketika itu, tidak ada suatu metod penyampaian akidah yang tersusun
serta sistematik, berasaskan hujah-hujah tekstual dan akliah
32
. Maka pada zaman
yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini telah disusun dengan cara yang lebih
sistematik oleh dua orang ulama yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu
al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah
difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman
mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan ASWJ sering dikaitkan
dengan kedua-dua ulama ini.

31
Ibid.
32
Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah : Matba`ah Lujnah al-Talif wa al-Tarjamah
wa al-Nasyr, hlm. 361.

10

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Murtada al-Zabidi telah berkata di dalam kitabnya Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin yang
merupakan syarah bagi kitab Ihya `Ulumiddin karangan al-Imam Al-Ghazzali
33
:
"

."

Maksudnya:

"Apabila disebut Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka yang dimaksudkan
dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah)".

Manakala Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi
(W 1252 H) pula telah berkata di dalam kitabnya Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-
Mukhtar
34
:
"

" .
Maksudnya:

"Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-
masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib
beriktiqad oleh setiap mukallaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan
Ahli sunnah wal Jamaah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu
al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-
Maturidi) Dan mereka saling bersepakat (dari sudut pendapat) kecuali
pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka
sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di
tempat perbincangannya".

Sementara itu, Dr. Ali Juma`ah telah menjelaskan mazhab ASWJ sebagaimana
katanya :
35



33
Al-Zabidi, Muhammad b. Muhammad al-Husaini (1989), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, j. 2, c. 1, Beirut
: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 9.
34
Ibn `Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah Radd al-Mukhtar, , j. 1, Beirut : Dar al-Fikr, hlm. 52.
35
`Ali Jum`ah (2005), al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah : al-Muqatam li al-Nasyr wa al-
Tauzi`, hlm. 140.

11

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
"

) .
Maksudnya:

"Mazhab ahli sunnah wal Jamaah al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah-
adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun
ramai orang yang mengingkarinya (iaitulah) orang-orang yang jahil
terhadap hakikat mazhab tersebut pada masalah iman kepada Allah
dan ia berkaitan dengan (al-Idafat/ perkara-perkara yang disandarkan
kepada Allah) atau apa yang dinamakan sebagai (sifat-sifat al-
Khabariyyah)".

Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama salaf al-soleh
adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini adalah
kerana pada hakikatnya kedua-dua tokoh ini tidak melakukan suatu pekerjaan bid`ah
di dalam agama, bahkan mereka hanyalah meneruskan perjuangan para salaf al-
saleh dalam menyebarkan akidah yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.
36

dan menyusun secara sistematik dan menjelaskan akidah tersebut kepada umat
Islam. Aqidah ASWJ adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, dan
telah diijma`kan oleh para pemuka mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta pendokong
utama mazhab Hanbali ( )
37
.

Latar Belakang Kelahiran Syiah Imamiyyah
Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok
manusia (firqah wa jama`ah)
38
. Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada
seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa

36
Al-Zabidi (1989), op.cit., hlm. 9; Ahmad Amin (1955), op.cit., hlm. 99.
37
Ibid.
38
Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, Turki : al-Maktabah al-Islamiyyah, hlm. 503.

12

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
ansaruh)
39
. Sebagai contoh; Syiah Ali bermaksud pengikut dan penyokong Ali.
Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk
kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak ti ga
orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai
pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah
40
. Ia juga merujuk kepada suatu
kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai
dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka
adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah)
41
.
Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik
yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah al-
islamiyyah)
42
. Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin
Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam
mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah
adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam
mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas
Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam.
Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka
orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah
43
. Secara umumnya, selain
mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling
afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa
Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar)

39
Ibid.; Lihat Ibn Manzur, Lisan al-`Arab di bawah daftar kata Sy-ya-`ain, j. 33, Beirut : Dar Sadir li al-
Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 188-189; Lihat juga Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b.
Khaldun (t.t), Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut : Dar al-Jayl, hlm. 217.
40
Lihat Kamus Dewan di bawah entri syiah, Hajah Noresah bt. Baharom, et.al (2007), Kamus Dewan
Edisi Keempat, c. 2, Selangor : Dawama Sdn., Bhd., hlm. 1560
41
Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), op.cit., hlm. 503.
42
Muhammad Abu Zuhrah (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi,
hlm. 32.
43
Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, j. 2,
Beirut : Dar al-Ma`rifah, hlm. 89-90.

13

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
oleh Nabi Muhammad S.A.W.
44
secara nas
45
. Maka, oleh sebab itu, al-Tusi dan al-
Mufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan
Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah
Ali secara nas
46
. Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat
bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan
golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain.
Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu
Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah,
Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu al-Haitham b.
al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh
Bani Hasyim
47
. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah
secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien
48
.
Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat
disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam
49
.
Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian
cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan
pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman
orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan

44
Ibid. Al-Asy`ari pula telah berpendapat bahawa gelaran Syi`ah ini digunakan bagi merujuk kepada
kelompok Syi`ah adalah disebabkan mereka mengikut Sayyidina `Ali ( ) dan mengutamakan
beliau dalam kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W., bahkan mereka turut beriktikad bahawa
Sayyidina `Ali telah dilantik menjadi khalifah beradasrkan nas daripada Rasulullah sendiri. Lihat al-
Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musallin, Suntingan
Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid, c. 2, j. 1, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm.
65; Al-Qafari, Nasir b. `Abd Allah (1998), Usul Madhhab al-Syi`ah al-Imamiyyah al-Ithna Asyriyyah:
`Ard wa Naqd, j. 1, c. 3, t.t.p. : Dar al-Rida wa al-Tawzi`, hlm. 60.
45
al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), al-Milal wa al-Nihal, j. 1, Suntingan
Muhammad Sayyid Kaylani, Mesir : Syarikah Maktabah wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm.
146.
46
Al-Qafari (1998), op.cit., hlm. 60.
47
Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 32.
48
Perkatan Abu Hanifah tersebut telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi, kemudian dinukilkan oleh Ibn
Hajar al-Haytami di dalam kitab beliau. Rujuk al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd
`ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 68.
49
Ibid., hlm. 68-69.

14

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi
pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang
sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya
Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk
menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali
b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki
50
. Sesiapa
yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman,
maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang
menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang
terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah
51
.
Namun, terdapat juga para ulama yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil
daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh
`Abdullah b. Saba yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat
yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan
Sayyidina Ali
52
. Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul
pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika
zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali
bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan
para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan
kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka
menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya
bersifat mu`tadil
53
.



50
Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah : Madkhal wa Dirasah,
c. 2, Kaherah : Maktabah Wahbah: hlm. 139.
51
Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, c. 12, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 277.
52
Ibid; Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah : Maktabah al-Anjalu
al-Misriyyah, hlm. 153.
53
Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 32.

15

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Pecahan Golongan Syiah
Kelompok Syiah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada
kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap
sederhana, dan kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok
yang awal tersebut
54
. Umumnya, para ulama telah membahagikan Syiah kepada
tiga kelompok yang terbesar
55
. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang
melampau (al-Ghaliyah)
56
, Syiah al-Imamiyyah dan Syiah al-Zaidiyyah
57
. Daripada

54
Ibid., hlm. 37.
55
Walaubagaimanapun, al-Syahrastani dalam hal ini, telah membahagikan Syiah kepada lima
kelompok yang terbesar iaitu : al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyyah, al-Imamiyyah, al-Ghulat dan al-
Isma`iliyyahlm. Rujuk al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), op.cit., hlm.
173.
56
Syiah al-Ghaliyah merupakan golongan Syi`ah yang melampau dalam membesarkan Sayyidina Ali.
Selain mengangkat darjat Sayyidina Ali melebihi darjat kenabian, mereka turut berpegang dengan
iktikad al-hulul dan tanasukh al-arwah dengan mendakwa bahawa Allah menyerap masuk ke dalam
jasad Nabi Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimahlm. Mereka turut mendakwa bahawa
imam-imam mereka adalah tuhan dan menyembahnya, manakala para pengikutnya adalah hamba
bagi tuhan tersebut. Di samping itu, mereka mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan
berkeyakinan bahawa dunia ini tidak akan binasa. Mereka juga telah menghalalkan perkara-perkara
yang diharamkan oleh Allah seperti perempuan-perempuan ajnabi, daging khinzir, arak dan judi.
Menurut al-Asy`ari, kelompok Syiah al-Ghaliyah ini terpecah kepada lima belas kelompok iaitu; al-
Bayaniyyah, al-Janahiyyah, al-Harbiyyah, al-Mughiriyyah, al-Mansuriyyah, al-Khattabiyyah, al-
Ma`mariyyah, al-Bazighiyyah, al-`Umayriyyah, al-Mufaddaliyyah, 11 (tiada nama), 12 (tiada nama), al-
Syari`iyyah, al-Sabaiyyah dan 15 (tiada nama). Untuk keterangan lanjut, rujuk; al-Asy`ari (1969),
op.cit., hlm. 66-88.
57
Golongan Syiah al-Zaidiyyah merupakan pengikut Zaid b. `Ali b. al-Husain b. `Ali b. Abi Talib.
Mereka merupakan golongan Syi`ah yang paling hampir dengan ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan
tidak mengkafirkan para sahabat. Ini adalah kerana, mereka berpegang dengan konsep
. Berdasarkan pegangan ini juga, mereka tidak mengkafirkan dan tidak melaknat
Abu Bakr dan Umar. Selain berpegang dengan konsep al-taqiyyah, mereka tidak mendakwa imam-
imam mereka maksum dan tidak juga mendakwa bahawa imam-imam mereka mampu menghilangkan
diri seperti mana yang telah diiktikadkan oleh golongan Isma`iliyyahlm. Golongan ini terbahagi kepada
tiga kumpulan iaitu; al-Jarudiyyah (pengikut Abi al-Jarud), al-Sulaymaniyyah (pengikut Sulaiman b.
Jarir al-Zaidi) turut dikenali sebagai al-Jaririyyah- dan al-Butriyyah pengikut al-Hasan b. Saleh b.
Hayy). Menurut al-Baghdadi, golongan al-Butriyyah dan al-Sulaimaniyyah menghukum kafir terhadap
golongan al-Jarudiyyah disebabkan golongan al-Jarudiyyah mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan
Sayyidina Umar, manakala al-Jarudiyyah pula telah menghukum kafir terhadap golongan al-
Sulaimaniyyah dan al-Butriyyah disebabkan mereka tidak mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan
Sayyidina Umar. Walau bagaimanapun ketiga-tiga golongan Syiah ini bersepakat dalam mengatakan
bahawa pelaku dosa besar akan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Dalam hal ini, pendapat

16

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
tiga kelompok tersebut, terdapat banyak lagi kelompok Syiah yang terpecah
daripadanya. Dari sudut taburan, kebanyakan penganut Syiah al-Imamiyyah berada
di Iraq, Iran, India, Bahrain, Kuwait, Syria dan Afghanistan
58
. Penganut-penganut
Syiah al-Zaidiyyah pula ramai terdapat di Yaman
59
. Manakala Syiah yang melampau,
golongan ini telah pupus
60
.
Menurut al-Asy`ari, gelaran al-Imamiyyah digunakan bagi merujuk kelompok
Syiah al-Imamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina
Ali merupakan suatu perkara yang telah dinaskan (
). Mereka juga telah dinamakan sebagai Syiah al-Rafidah
kerana mereka menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina
Umar
61
. Selain itu, menurut Ibn Khaldun, perkataan al-Imamiyyah digunakan bagi
merujuk golongan Syiah al-Imamiyyah kerana mereka memasukkan keyakinan
terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat keimanan
62
. Para imam tersebut
di sisi mereka berjumlah seramai 12 orang yang berketurunan Sayyidina Ali b. Abi
Talib
63
. Imam-imam tersebut adalah Ali b. Abi Talib (al-Murtada), al-Hasan b. Ali (al-
Mujtaba), al-Husain b. Ali (al-Syahid), `Ali Zayn al-`Abidin b. al-Husain (al-Sajjad),

mereka tersebut didapati selari dengan golongan Khawarij. Menurut Abu Zuhrah, al-Zaidiyyah
terbahagi kepada dua; aliran al-Mutaqaddimin dan al-Mutaakhkhirin. Golongan Syi`ah aliran al-
Mutaqaddimin tidak termasuk dalam kelompok Rafidah kerana mereka masih mengiktiraf imamah
Abu Bakr dan Umar. Manakala golongan Syiah aliran al-Mutaakhkhirin termasuk dalam kelompok
Rafidah kerana mereka menolak imamah kedua-dua tokoh tersebut. menurutnya lagi, Syiah al-
Zaidiyyah yang kini berada di Yaman lebih hampir kepada Syiah al-Zaidiyyah aliran al-Mutaqaddimin.
Untuk huraian lanjut, rujuk Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, j. 3, c. 12, Kaherah : Maktabah al-
Nahdah al-Misriyyah, hlm. 275-276; al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq
bayn al-Firaq, Mesir : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, hlm. 31; Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit.,
hlm. 46.
58
Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 165, 170.
59
Ibid., hlm. 165.
60
Ibid., hlm. 164.
61
al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit., hlm. 88-89. Hal ini turut dicatatkan oleh Ibn
Khladun dalam Muqaddimahnya. Lihat Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t),
op.cit., hlm. 219; `Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah :
Maktabah al-Anglo al-Misriyyah, hlm. 168.
62
Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 218.
63
Ibid., hlm. 217.

17

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Muhammad al-Baqir (al-Baqir), Ja`far al-Sadiq b. Muhammad al-Baqir (al-Sadiq),
Musa al-Kazim b. Ja`far (al-Kazim), `Ali al-Rida (al-Rida), Muhammad b `Ali al-
Jawwad (al-Taqiy), `Ali al-Hadi (al-Naqiy), al-Hasan al-`Askari (al-Zakiy) dan
Muhammad b. al-Hasan al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (al-Hujjah al-Qaim al-
Muntazar)
64
.
Kelompok Syiah ini menurut al-Isfirayinni telah terpecah kepada lima belas
aliran kecil yang masing-masing menisbahkan gelaran aliran mereka mengikut nama
pengasas aliran masing-masing. Di antaranya adalah; al-Kamiliyyah, al-
Muhammadiyyah, al-Baqiriyyah, al-Nawusiyyah, al-Syumaitiyyah, al-Isma`iliyyah, al-
Musawiyyah, al-Mubarikiyyah, al-Qat`iyyah (al-Ithna `Asyariyyah), al-Hisyamiyyah
(pengikut Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi) , al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. Salim
al-Jawaliqi), al-Zarariyyah, al-Yunusiyyah dan al-Syaitaniyyah
65
.
Walaubagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbincangan di sekitar
Syiah al-Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan Isma`iliyyah sahaja.
Menurut `Abd al-Halim Mahmud, ada di antara aliran Syiah al-Imamiyyah yang
dikenali sebagai aliran al-Ithna `Asyariyah. Ini disebabkan kepimpinan imam-imam
mereka adalah berantaian (tasalsul al-aimmah) bermula daripada Sayyidina Ali b.
Abi Talib sehinggalah imam kedua belas iaitu Muhammad b. al-Hasan b. Ali yang
didakwa oleh mereka sebagai al-Imam al-Mahdi al-Muntazar
66
. Manakala, Syiah al-

64
Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 276; al-Syahrastani (1976), op.cit., hlm. 173.
65
Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p : Matba`ah al-Anwar, hlm. 21-24.
Al-Baghdadi turut membahagikan Syi`ah al-Imamiyyah kepada lima belas pecahan. Rujuk al-
Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad, (t.t), op.cit., hlm. 42. Namun, al- Asy`ari pula telah
membahagikan Syi`ah al-Imamiyyah ini kepada dua puluh empat aliran yang berbeza. Untuk
maklumat lanjut berhubung pengasas dan pegangan bagi setiap aliran tersebut, lihat al-Asy`ari, Abu
al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit., hlm. 88-104.
66
`Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 166. Menurut Abu Zuhrah, mereka dinamakan sebagai
Syi`ah al-Ithna `Asyariah adalah disebabkan mereka berpendapat bahawa kepimpinan umat Islam
adalah milik zuriat Fatimah al-Zahra daripada sesepuh al-Husain. Imam di sisi mereka hanya terhad
kepada dua belas orang sahaja dan kesemua mereka itu dinamakan sebagai al-awsiya (). Ini
adalah kerana setiap imam tersebut dilantik menjadi imam berdasarkan kepada wasiat yang dibuat
oleh imam yang sebelumya, dan wasiat tersebut merupakan suatu yang telah dinaskan oleh Nabi

18

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Isma`iliyyah pula dinamakan sedemikian disebabkan di sisi mereka imam yang
ketujuh setelah al-Imam Ja`far al-Sadiq adalah al-Imam Isma`il yang merupakan
abang kepada al-Imam Musa al-Kazim
67
. Selain itu, mereka turut dinamakan sebagai
golongan al-Batiniyyah
68
kerana mereka percaya bahawa; harus untuk imam
menyembunyikan diri daripada umum ketika mereka tiada kekuatan untuk berdepan
dengan musuh-musuh mereka ( ). Golongan Syiah
Isma`iliyyah ini adalah majoriti kelompok Syiah di India
69
. Mereka juga terdapat di
Pakistan, Selatan dan Timur Afrika
70
.
Menurut Abu Zuhrah, dasar pemikiran golongan Syiah adalah konsep al-
imamah
71
. Menurut mereka, al-Imamah itu bukan suatu perkara yang menjadi
masalah ummah yang diserahkan pemilihannya kepada ummah, bahkan ia
merupakan rukun agama dan pasak kepada Islam. Ia tidak harus dilalaikan oleh
Rasulullah S.A.W dan tidak harus ditinggalkan penentuannya kepada pemilihan yang
dilakukan oleh ummah sendiri. Bahkan Rasulullah S.A.W. wajib menentukan imam-
imam pengganti kepada umat Islam dan imam-imam tersebut adalah maksum
daripada dosa kecil dan besar. Selain itu, antara lain yang menjadi dasar pemikiran
mereka adalah konsep al-wasiyyah di mana berdasarkan konsep ini, mereka
mendakwa Sayyidina Ali adalah khalifah yang sebenar disebabkan beliau telah
diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjadi khalifah
72
. Ibn Khaldun juga telah
merumuskan beberapa dasar pemikiran mereka, antara lain adalah; Imamah
merupakan suatu kewajipan yang perlu ditentukan oleh Rasulullah S.A.W. ke atas
umat Islam. Ia merupakan rukun agama dan bukan berkait dengan masalah ummah

Muhammad sallahu `alayh wasallam kepada mereka. Lihat Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit.,
hlm. 276.
67
Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, c. 9, j. 3, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm.
213.
68
Ibid. Lihat juga Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 222.
69
Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 213.
70
Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 164.
71
Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi, hlm. 119 dan Ibn
Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217.
72
Mahmud Salim `Ubaydat (1998), Tarikh al-Firaq wa `Aqaiduha, t.t.p : Dar al-Furqan, hlm. 39.

19

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
yang boleh ditentukan sendiri oleh ummah. Kedua: imam mestilah maksum daripada
melakukan dosa kecil dan besar. Ketiga: Sayyidina Ali merupakan imam yang telah
dinaskan oleh Rasulullah S.A.W., yang akan memimpin ummah selepas kewafatan
baginda dan beliau merupakan sahabat yang paling afdal
73
.
Menurut al-Isfirayinni, sebahagian daripada pengikut kedua-dua golongan
Syiah al-Imamiyyah dan al-Zaidiyyah, saling mengkafirkan di antara satu sama lain.
Beliau menambah lagi, kesemua aliran Syiah al-Imamiyyah bersepakat mengkafirkan
para sahabat selain bersikap prejudis terhadap al-Quran, kerana bagi mereka
naskah al-Quran yang ada kini telah berlaku tokok tambah dan pengurangan.
Mereka mendakwa, nas perlantikan Sayyidina Ali sebagai imam sebenarnya terdapat
di dalam al-Quran, namun para sahabat telah membuangnya daripada al-Quran.
Mereka juga turut mendakwa bahawa al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W tidak
boleh dijadikan pegangan. Hal ini turut membawa kepada penafian mereka terhadap
syariat yang menjadi pegangan umat Islam keseluruhannya. Natijahnya, mereka
telah melakukan penyelewengan terhadap syariah ( ) dengan
menghalalkan apa yang dihukum haram di sisi syara dan mengharamkan apa yang
dihukum halal menurut syara` seperti perbuatan menghalalkan nikah mut`ah, liwat
isteri dan kanak-kanak, arak, judi, menghalalkan makan bangkai dan sebagainya
74
.


Beberapa Aspek Perbezaan di antara Fahaman Ahli sunnah Wal Jamaah
dengan Fahaman Syiah al-Imamiyyah
Dalam huraian yang selanjutnya, penulis akan cuba menghuraikan beberapa aspek
perbezaan yang ketara di antara fahaman ASWJ dan fahaman Syiah al-Imamiyyah.
Aspek-aspek tersebut merangkumi konsep al-Imamah, rukun iman, relevansi

73
Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217.
74
Al-Isfirayinni (1940), op.cit., hlm. 24-25; al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit.,hlm. 67
& 75.

20

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
pemilihan Abu Bakr, konsep al-`Ismah dan al-Raj`ah. Perbezaan ini akan membawa
implikasi penolakan ASWJ secara total terhadap golongan Syiah al-Imamiyyah
berdasarkan hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh beberapa pemuka aliran al-
Asy`irah seperti al-Asy`ari, al-Amidi, Ghazzali, al-Razi dan Ibn Hajar al-Haytami.
Konsep al-Imamah (al-Wasi)
Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad
golongan Syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi
Muhammad S.A.W. adalah milik Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat
Sayyidatina Fatimah al-Zahra
75
. Ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang
penting sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setel ah menerima
konsep al-imamah ini. Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan
ASWJ dengan golongan Syiah
76
. Hal ini disebabkan, imamah di sisi ASWJ adalah
sabit berdasarkan persetujuan (al-ittifaq) dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan
oleh umat Islam
77
. Sebagai contoh, dalam menjelaskan perbezaan di antara rasul,
imam dan nabi, mereka mengatakan bahawa :


.
Maksudnya :

75
Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqaid al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Quran al-Karim, hlm. 341.
76
Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 213. Dalam hal ini, mereka telah menjadikan ayat al-Quran yang
berbunyi:
.1l !.l. l>. ,>,| !.l-> _ !..`,: :,.l ..l
Maksudnya:
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan
Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan
menerima kitab-kitab ugama
Surah al-Hadid (57): 26
77
al-Syahrastani (1976), op.cit., hlm. 103.

21

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam (adalah) bahawa rasul
merupakan seorang yang bertemu dengan Jibril dan mereka melihat
dan mendengar suara Jibril dan wahyu turun kepadanya dan kadang-
kadang mereka melihat Jibril di dalam mimpi mereka seperti yang
dialami oleh Nabi Ibrahim. Dan Nabi kadang-kadang mendengar suara
(Jibril)] dan kadang-kadang melihatnya tanpa mendengar suara. Dan
imam, mereka adalah orang yang mendengar suara (Jibril) sedangkan
mereka tidak melihat Jibril
78
.

Justeru, daripada petikan di atas, jelas bahawa selain daripada mengangkat
darjat imam sehingga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga telah
mendakwa bahawa imam turut menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul
walaupun cara menerima wahyu tersebut adalah berbeza. Mereka turut menyatakan
bahawa iktikad tentang imam adalah salah satu juzuk daripada keimanan, kata
mereka:
:
.
Maksudnya:
Apakah (maksud) mengenal Allah? : membenarkan Allah `azza
wajalla, membenarkan RasulNya, dan (membenarkan) kepimpinan `Ali
dan mengakui keimamannya dan imam-imam yang mendapat petunjuk
`alayhissalam dan berlepas diri kepada Allah daripada musuh-musuh
mereka, inilah (yang dinamakan sebagai) mengenal Allah
79
.

Hal ini jelas bercanggahan dengan konsep iman yang menjadi pegangan
ASWJ, di mana konsep iman yang sebenar adalah beriman dengan rukun iman yang
enam tanpa turut memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu
perkara yang wajib diimani. Di samping itu, khalifah di sisi ASWJ hanyalah terdiri
daripada orang biasa, kelahiran mereka persis seperti kelahiran manusia biasa dan

78
Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad b. Ya`qub (t.t), Usul al-Kafi, t.t.p. : Intisyarat `Ilmiyyah Islamiyyah,
hlm. 82; Ibid., hlm. 214.
79
Al-Kulayni (t.t), op.cit., hlm. 84.

22

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
darjat / kedudukan mereka tidak diangkat sehingga menyamai taraf nabi dan rasul.
Akhlak mulia mereka menyebabkan umat Islam memilih mereka sebagai khalifah dan
mereka tidak menerima wahyu, bahkan penerimaan wahyu merupakan suatu
perkara khusus bagi para anbiya dan rasul yang tidak sama sekali dianugerahkan
oleh Allah kepada selain daripada mereka. Selain itu, khalifah merupakan pelaksana
kepada undang-undang Islam dan sekiranya mereka didapati menyeleweng daripada
landasan wahyu, maka gugurlah kewajipan mentaati mereka. Ini adalah kerana, di
sisi ASWJ, tidak ada ketaatan bagi mereka yang melakukan maksiat terhadap al-
Khaliq
80
. Berhubung masalah ini juga, menurut al-Amidi, para ahl al-Haq yang terdiri
daripada ahli sunnah dan ahl al-Hadith telah beriktikad bahawa penentuan bagi
jawatan imamah (di sisi Syiah) atau khalifah (di sisi ASWJ) tidak sabit dengan nas.
Bahkan penentuannya sabit berdasarkan pemilihan yang dibuat
81
.
Dalam mengukuhkan hujah mereka terhadap iktikad imamah ini, mereka telah
menjadikan Hadis Ghadir Khum sebagai dalil bagi mengesahkan dakwaan mereka
bahawa Sayyidina `Ali merupakan pemimpin yang akan menguruskan umat setelah
kewafatan baginda S.A.W. Hadis tersebut berbunyi:

Maksudnya:
Barangsiapa yang aku pemimpinnya, maka Ali juga pemimpinnya
82
.

Menurut al-Amidi, maksud perkataan mawla di dalam hadis tersebut bukan
bermasud pengganti / pemimpin. Ini adalah kerana menurutnya perkataan mawla
tersebut mengandungi banyak maksud seperti pencinta (al-muhib), pembebas (al-
mu`tiq), yang zahir (al-zahr), pengganti (al-khalf), tempat (al-makan) dan penolong /
pembela (al-nasir). Seperti firman Allah: Sesungguhnya Allah adalah pembelanya;

80
Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 221.
81
Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan Hasan
Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah : al-Majlis al-A`ala li al-Syuun al-Islamiyyah, hlm. 376.
82
Dikeluarkan oleh al-Timidhi di dalam kitab (al-manaqib), bab manaqib `Ali b. Abi Talib, no hadis
3713. Hadis ini dihukum sebagai hasan gharib oleh al-Tirmidhi.

23

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-
orang yang beriman ( )
83
. Maka menurut al-Amidi,
perkataan mawla di dalam hadis di atas ditanggung dengan maksud penolong /
pembela
84
. Di samping hadis di atas, terdapat sebuah hadis lagi yang sering
dijadikan hujah bagi golongan sesat ini bagi menyokong iktikad al-imamah yang
menjadi anutan mereka. Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya:
(Kedudukan) Engkau (Ali) kepadaku seumpama kedudukan Nabi
Harun dibandingkan Nabi Musa
85
.

Hadis di atas juga menurut al-Amidi, ia membawa pengertian pengganti dalam
menguruskan urusan umat Islam sepanjang ketiadaan Rasulullah S.A.W. pada ketika
itu sahaja dan penggantian Sayyidina Ali (istikhlafuhu) tersebut tidak memanjang
sehingga zaman setelah kewafatan Rasulullah S.A.W.
86
. Menurut Ibn Hajar al-
Haytami, hadis Ghadir Khum yang menjadi hujah bagi golongan Syiah ini merupakan
hadis da`if sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Abu Dawud dan Hatim al -Razi
87
.
Maka, hadis ini sudah tentu tidak boleh sama sekali dijadikan hujah lebih-lebih lagi
dalam perkara-perkara yang melibatkan soal iktikad.

Selain itu, al-Dhahabi telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayyidina Ali :
: :


83
Surah al-Tahrim (66): 04.
84
Al-Amidi (1971), op.cit., hlm. 378.
85
Hadis ini muttafaq `alayh, dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab (al-manaqib), bab manaqib `Ali
b. Abi Talib al-Qurasyi al-Hasyimi, no hadis: 3706, dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab (fadail al-
sahabah), bab min fadail `Ali b. Abi Talib, no hadis: 2406,
86
Al-Amidi (1971), op.cit., hlm. 377.
87
Al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut :
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 64.

24

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor

.
Maksudnya:
Daripada Ali radiyallahu `anhu telah berkata dikatakan kepada
Rasulullah wahai Rasulullah S.A.W. : siapakah yang akan kami jadikan
pemimpin? Maka Rasulullah berkata: sekiranya kalian menjadikan Abu
Bakar sebagai pemimpin, kalian akan mendapatinya seorang yang
amanah dan zuhud di dunia dan lebih mengutamakan akhirat,
sekiranya kalian menjadikan Umar sebagai pemimpin, nescaya kalian
akan mendapatinya seorang yang gagah, amanah dan tidak takut
kepada cercaan orang yang memusuhi Allah dan sekiranya kalian
menjadikan Ali sebagai pemimpin, sedangkan aku tidak berpendapat
bahawa kamu akan melakukannya nescaya kalian akan mendapatinya
seorang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk, beliau akan
menunjukkan (memimpin) kepada kamu ke jalan yang lurus
88
.

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad para rijal yang
thiqah. Al-Baihaqi telah berkata bahawa sesungguhnya hadis ini sebagai dalil
bahawa urusan kepimpinan diwakilkan / diserahkan kepada sesiapa yang dijadikan
pemimpin oleh umat Islam secara bai`ah ( ( . Ia turut
membuktikan bahawa imamah itu tidak dinaskan kepada Sayyidina Ali
89
. Manakala
nas yang seringkali disebut oleh golongan Syiah bahawa Rasulullah S.A.W. telah
bersabda kepada Sayyidina Ali :
: .
Maksudnya:
Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Ali : Kamu adalah
saudaraku dan wasiatku dan penggantiku dan Qadi bagi agamaku.



88
Ibid., hlm. 70.
89
Ibid.

25

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Dalam menilai hadis ini, Ibn Hajar telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah
hadis yang direka, palsu dan mengandungi pendustaan terhadap baginda Rasulullah
S.A.W. ( ). Ibn Khaldun juga turut
mengatakan bahawa nas-nas yang digunakan oleh golongan Syiah bagi mengangkat
Sayyidina Ali sebagai imam adalah nas-nas yang tidak ada di dalam nas-nas
syari`ah bahkan ia telah direka dan ditakwilkan agar ia selari dengan pegangan
mazhab mereka
90
. Sekiranya hal ini difikirkan dengan akal yang sejahtera serta
bebas daripada sebarang ketaksuban yang melampau, nescaya dakwaan mereka ini
akan tertolak sama sekali. Sekiranya memang benar hadis tersebut diucapkan oleh
Rasulullah S.A.W. dan didengari oleh para sahabat, maka mengapa tidak tercatat di
dalam sejarah bahawa terdapat dalam kalangan para sahabat yang mengutarakan
hadis tersebut ketika pemilihan khalifah yang pertama diadakan di Saqifah Bani
Sa`idah. Mustahil para sahabat bersepakat sekaliannya dalam kesesatan kerana
mendustakan hadis Nabi S.A.W. Pendapat mereka ini juga jelas tertolak apabila
Sayyidina Ali diriwayatkan turut bersama-sama dengan umat Islam yang lain
membai`ah Sayyidina Abu Bakar sebagaimana yang telah dicatatkan oleh al-Suyuti
di dalam kitabnya Tarikh al-Khulafa
91
. Dalam hal ini, penulis juga berpendapat
bahawa, sekiranya imamah tersebut berlaku berdasarkan nas (bi al-tansis) daripada
Rasulullah S.A.W., maka sudah tentu yang ternyata lebih layak untuk menjadi
khalifah adalah Sayyidina Abu Bakar. Ini kerana, terdapat banyak nas dari hadis
yang sahih, yang secara jelas Rasulullah S.A.W. mengangkat Sayyidina Abu Bakar
dan mengutamakan beliau berbanding sahabat-sahabat yang lain
92
.



90
Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217.
91
Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), Tarikh al-Khulafa, Suntingan Muhamad
Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p : t.p., hlm. 69. Lihat juga Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari
(2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p, hlm. 21.
92
Untuk keterangan lanjut berhubung kelayakan Sayyidina Abu Bakr untuk memegang jawatan
sebagai khalifah lihat, Ibid., hlm. 53-66; al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib (1987), Tamhid
al-Awail wa Talkhis al-Dalail, c. 1, Beirut : Mu`assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, hlm. 477-496.

26

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Rukun Iman
Menurut golongan Syiah al-Imamiyyah, golongan yang sealiran dengan mereka
dalam menyakini iktikad al-imamah, maka orang tersebut adalah orang mukmin.
Adapun mereka yang hanya berpegang dengan rukun Islam yang lima tanpa
meyakini rukun ke-enam yang khusus berkait dengan al-imamah, maka orang
tersebut hanyalah mukmin dalam konteks yang umum (mumin bi al-ma`na al-`am)
dan tidak terkeluar daripada garis daerah Islam. Namun, kedudukan orang tersebut
berada di bawah kedudukan golongan Syiah
93
. Maka, berdasarkan pendapat mereka
ini, bererti setiap orang yang mukmin adalah muslim, tetapi tidak semua orang yang
muslim adalah mukmin
94
. Ini juga menjadi asas munculnya fahaman bahawa Islam
yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. tersebut hanya akan menjadikan
seseorang itu muslim sahaja tidak akan naik ke darjat mukmin, sementara penganut
Syiah pula adalah orang mukmin dan kedudukan mereka lebih tinggi daripada
muslim yang biasa disebabkan iktikad al-imamah yang menjadi pegangan mereka
tersebut. Perkara ini secara jelas bercanggah dengan prinsip pegangan yang
menjadi tunjang keimanan umat Islam yang beraliran ASWJ. Dalam hal ini, mereka
bukan hanya menyeleweng daripada pegangan sejati umat Islam, bahkan mereka
juga telah menokok tambah perkara yang pada asalnya tiada dinaskan oleh baginda
Nabi Muhammad S.A.W.
Di sisi ASWJ, maksud al-iman adalah merujuk kepada pembenaran yang
putus terhadap segala perkara (wahyu) yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad
S.A.W. merangkumi perkara-perkara yang telah diketahui di dalam agama secara
daruri
95
. Ia turut merangkumi membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan

93
Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqaid al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Quran al-Karim, hlm. 341.
94
Dr. HLM. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu : Pustaka Aman Press
Sdn. Bhd., hlm. 616-617.
95
Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p, hlm. 37. Dr.
`Abd al-Fattah al-Bazzam telah menghuraikan maksud perkara-perkara yang diketahui secara daruri
di dalam agama sebagai perkara-perkara agama yang diketahui oleh orang awam mahupun orang
yang berilmu (al-khassah), dan tidak perlu merujuk kepada nas-nas [al-Quran dan al-Hadith] untuk
memahami perkara tersebut seperti kefarduan solat lima waktu, puasa, zakat, haji dan keharaman

27

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
melakukan tuntutan iman dengan perbuatan (al-tasdiq bi al-jinan wa al-iqrar bi al-
lisan wa al-`amalbi al-arkan)
96
. Perkara yang dibawa tersebut adalah perkara yang
sabit secara putus menerusi al-Quran dan al-Sunnah serta wajib diyakini tanpa
sebarang zan, syak dan wahm
97
. Ia merangkumi beriman kepada Allah, para
malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, hari kiamat serta qada dan qadar sama ada yang
baik mahupun yang buruk
98
. Inilah yang merupakan simpulan-simpulan iman yang
telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam hadis Jibril. Manakala Islam pula,
ia bermaksud menyerah (al-istislam), tunduk dan patuh serta reda terhadap segala
perkara yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.
99
merangkumi
segala perintah dan tegahan Allah
100
.
Hasan Ayyub sebagai contoh, di dalam kitabnya menyebut bahawa terdapat
dua pendapat ulama dalam menetapkan sama ada seseorang itu Islam atau tidak,
atau Islam namun mereka dikenali dengan muslim yang melakukan maksiat (`asi,
fasiq, mudhnib). Pendapat jumhur menyatakan bahawa, melakukan segala yang
diperintahkan oleh Allah di dalam Islam bukanlah rukun atau syarat dalam
menetapkan seseorang itu sama ada Islam ataupun tidak. Berdasarkan pendapat ini,
mereka yang tidak beramal akan dikenali sebagai muslim yang fasiq atau muslim
yang melakukan maksiat. Namun sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa
melaksanakan segala perintah Allah beserta rukun-rukunnya merupakan syarat
seseorang itu menjadi Islam. Sekiranya mereka hanya tunduk dan patuh semata-
mata kepada Islam, namun tidak beramal, maka orang tersebut tidak dikenali
sebagai Muslim.

perbuatan zina dan meminum arak. Rujuk al- Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab
Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid, Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam (thqq), c. 5, Beirut : Dar Ibn
Kathir, hlm. 130.
96
Nuh `Ali Salman (2003), al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh al-Tawhid, c. 1, Kuala Lumpur : Albayan
Corporation Sdn. Bhd., hlm. 42.
97
Hasan Ayyub (1980), op.cit., hlm. 341.
98
Ibid., hlm. 41.
99
Ibid.
100
Muhammad Rabi (2005), op.cit., hlm. 45.

28

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Firman Allah ta`ala:
| < `-, : ., `-, !. _: l: _.l ',!: ....
Terjemahannya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan
mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa
yang dikehendaki-Nya
Surah al-Nisa (04): 116
Berdasarkan mafhum ayat ini, dapat difahami bahawa Islam itu merangkumi
aspek zahir dan batin seseorang. Ini kerana, ketundukan kepada agama (idh`an bi
al-din) dan reda merupakan aspek batin, manakala tunduk kepada hukum-hakamnya
merupakan aspek yang zahir. Maka, atas dasar ini, Islam lebih umum daripada iman
dan iman lebih khusus daripada Islam
101
. Kedua-duanya juga saling berlaziman di
antara satu sama lain
102
. Ini adalah kerana, orang yang membenarkan di dalam hati
berhubung wahyu yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. mestilah turut tunduk
terhadapnya. Begitu juga orang yang tunduk kepada wahyu yang dibawa oleh
Rasulullah S.A.W. pastinya akan membenarkan wahyu tersebut. Maka oleh sebab
itu, apabila iman dan Islam disebut di dalam al-Quran, kedua-duanya menjurus
kepada makna yang satu
103
. Maka jelaslah bahawa para ulama ASWJ langsung
tidak menyatakan bahawa kepercayaan terhadap imamah itu merupakan syarat
keimanan bagi seseorang. Mereka turut tidak meletakkan kepercayaan terhadap
konsep imamah tersebut sebagai parameter dalam menentukan seseorang itu sama
ada mukmin ataupun tidak bahkan, yang menjadi kayu ukur dalam menentukan
Islam atau tidaknya seseorang di sisi ASWJ adalah berdasarkan kalimah syahadah
yang diucapkannya
104
.

101
Ibid., hlm. 44.
102
Muhammad Rabi` (2005), op.cit., hlm. 45.
103
Ibid., hlm. 45
104
Nuh `Ali Salman (2003), op.cit., hlm. 40.

29

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Pemilihan Abu Bakar
Di antara iktikad sesat yang telah dianuti oleh golongan Syiah Imamiah juga adalah
mendakwa bahawa Sayyidina Abu Bakar telah merampas jawatan khalifah yang
sepatutnya menurut mereka adalah milik Sayyidina Ali. Berdasarkan alasan ini
jugalah mereka telah menyesatkan bahkan mengkafirkan bukan sahaja Sayyidina
Abu Bakar, tetapi juga para sahabat yang lain. Berhubung persoalan ini, penulis
berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah meninggalkan dan menyisihkan
pandangan golongan majoriti umat Islam berhubung pengesahan jawatan khalifah
yang disandang oleh Sayyidina Abu Bakar berdasarkan ijma ulama
105
, lantaran
ketaksuban yang begitu menebal di dalam diri mereka terhadap Sayyidina Ali. Situasi
ini secara tidak langsung telah meletakkan diri mereka pada pihak yang
menyongsang suruhan baginda Nabi Muhammad S.A.W. agar umat Islam berada
bersama golongan majoriti ( )
106
. Al-Ghazzali dalam hal ini, beliau
mengatakan bahawa umat Islam wajib mengingkari perkara yang tidak thabit pada
hak para sahabat r.a. Menurutnya lagi, sepatutnya umat Islam perlulah bersangka
baik terhadap golongan ini, kerana tersalah dalam menyangka baik terhadap
seseorang muslim adalah lebih baik berbanding berada di pihak yang benar, namun
mencerca dan mencela golongan tersebut
107
.
Dalam hal ini, golongan ASWJ berpendapat bahawa terdapat beberapa sebab
yang relevan untuk dikaitkan dengan pemilihan Sayyidina Abu Bakar sebagai
khalifah yang pertama sekaligus melayakkan beliau untuk memimpin urusan umat

105
Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah :
Jami` al-Azhar li al-Talif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr, hlm. 134.
106
Hadis tersebut adalah: ( :
. ) Maksudnya: Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau telah
berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya umat aku tidak akan bersepakat dalam
kesesatan. Oleh kerana itu, apabila kalian melihat terjadinya perselisihan, maka kalian hendaklah
mengikuti kelompok yang majoriti. al-Hafiz al-Suyuti telah menilainya sebagai hadis sahih. Rujuk al-
Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith al-Basyir al-Nadhir,
j. 1, c. 4, t.t.p. : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 88.
107
Al-Ghazzali. Muhammad b. Muhammad (2003), al-Iqtisad fi al-I`tiqad, c. 1, Beirut : Dar Qutaybah,
hlm. 173.

30

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Islam setelah kewafatan baginda S.A.W. Salah satu daripadanya adalah suruhan
baginda supaya Sayyidina Abu Bakar mengimamkan solat kaum muslimin yang
terdiri daripada kaum al-Muhajirin dan kaum al-Ansar dengan sabda baginda; Kamu
suruhlah Abu Bakar supaya beliau mengimamkan solat orang ramai (umat Islam)
( )
108
. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda bahawa umat
Islam akan diimamkan oleh orang yang paling banyak membaca al-Quran dalam
kalangan mereka (iaitulah yang paling luas pengetahuannya tentang al-Quran) (
). Menurut al-Asy`ari, ini merupakan dalil yang terkuat yang
menunjukkan bahawa Sayyidina Abu Bakar merupakan sahabat yang paling afdal
dan paling berhak menggalas jawatan sebagai khalifah
109
. Para sahabat juga telah
menjadikan peristiwa ini sebagai dalil bagi melantik Sayyidina Abu Bakar sebagai
Khalifah. Salah seorang daripada mereka adalah Sayyidina Umar al-Khattab
110
.
Selain itu, al-Suyuti telah meriwayatkan bahawa; ketika Hasan al-Basri
membaca firman Allah S.W.T. :
!!., _ `.., _. .., >.. _s ..,: . . _.!, < ,1, ',>
..',>
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang
murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan
suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun
mencintaiNya.
Surah al-Maidah (05) :54

beliau telah berkata bahawa kaum di dalam ayat tersebut merujuk kepada Abu Bakar
dan para sahabat beliau. Ini kerana, tatkala murtadnya sebilangan umat Islam

108
Al-Suyuti (t.t), op.cit., hlm. 62.
109
Ibid., hlm. 63.
110
Ibid

31

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
setelah kewafatan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sayyidina Abu Bakar dan para
sahabatnya telah berjaya menguasai mereka dan mengembalikan mereka kepada
Islam
111
. al-Asy`ari juga telah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Abu al -
`Abbas b. Syuraih telah berkata bahawa, khilafah al-siddiq terkandung di dalam ayat
tersebut. Ini kerana, menurutnya para ahli ilmu telah bersepakat bahawa tidak ada
peperangan yang berlaku setelah turunnya ayat tersebut melainkan peperangan
yang melibatkan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabatnya menentang orang-orang
yang murtad dan orang yang enggan mengeluarkan zakat
112
.
Dalam pada itu, ketika membahaskan dalil-dalil yang menunjukkan kelayakan
Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah, al-Suyuti dan al-Amidi telah menyebutkan
sebuah hadith berikut :
: :


.

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Hudhaifah R.A. beliau telah berkata : Rasulullah
S.A.W. telah bersabda : Hendaklah kalian mengikut mereka berdua
yang hidup setelahku, (iaitulah) Abu Bakr dan Umar
113
.


Al-Tabrani telah mengeluarkan hadith ini menerusi riwayat Abu al -Darda, manakala
al-Hakim pula telah mengeluarkan hadith ini menerusi riwayat Ibn Mas`ud
114
. Hadith
ini merupakan salah satu daripada lapan nas yang dikemukakan oleh al -Amidi di
dalam Ghayat al-Maram dalam membuktikan keutamaan Sayyidina Abu Bakar dan
kelayakan beliau menjadi khalifah umat Islam
115
.



111
Ibid., hlm. 65.
112
Ibid.
113
Hadis ini dinilai hasan oleh al-Tirmidhi dan dihukum sahih oleh al-Hakim. Lihat, Ibid., hlm. 61.
114
Ibid.
115
Rujuk al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), op.cit., hlm. 379-380.

32

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Konsep `Ismah
Selain itu, golongan Syiah Imamiah juga turut mendakwa bahawa para imam mereka
bermula daripada Sayyidina `Ali sehinggalah imam-imam yang dilantik selepas
kematian beliau wajib bersifat maksum daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa
besar
116
sepertimana para anbiya, cuma tinggal lagi mereka tidak diturunkan wahyu
sepertimana para anbiya
117
. Tidak terbit daripada mereka melainkan perkara-
perkara yang baik dan mereka sama sekali tidak akan melakukan kesalahan
118
.
Menurut Ahmad Amin, disebabkan fahaman sesat inilah para ulama mutakallimin
telah mengarang bab khusus berhubung `ismah al-anbiya dalam siri wacana
mutakallimin
119
. Pada dasarnya, konsep `ismah yang menjadi pegangan mereka ini
secara jelas bercanggahan dengan iktikad ASWJ. Ini kerana, di sisi ASWJ, konsep
`ismah hanya sah berlaku terhadap para Nabi dan Rasul, adapun manusia biasa,
mereka tidak sama sekali terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa
disebabkan adanya kecenderungan hawa nafsu dalam diri manusia yang sering
mendorong mereka secara fizikal mahupun batin untuk memenuhi tuntutannya.
Disebabkan para anbiya merupakan ikutan kepada umat manusia, maka Allah
S.W.T. telah menganugerahkan `ismah kepada mereka selain turut memperkuatkan
pengutusan mereka dengan penganugerahan mukjizat yang pelbagai bagi
membuktikan kesahihan risalah yang dibawa oleh mereka. Selain itu,
penganugerahan `ismah juga kepada mereka, sama ada sebelum mahupun selepas
kenabian dan kerasulan adalah untuk memuliakan mereka
120
.

Para Nabi dan Rasul telah diutus kepada umat manusia sebagai pemimpin
dan pemberi petunjuk dalam membimbing manusia ke jalan yang lurus. Logiknya,

116
Al-Razi, Muhammad b. `Umar b. al-Husayn (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah :
Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah, hlm. 263; Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 221; al-Syahrastani
(1976), op.cit., hlm. 146.
117
Al-Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fadaih al-Batiniyyah, Kaherah : Dar al-Far al-
Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah, hlm. 64.
118
Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, op.cit., hlm. 268.
119
Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 228.
120
Nuh `Ali Salman (2003), op.cit., hlm. 127.

33

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
jika mereka tidak terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan, maka sudah
tentu umat manusia tidak akan mempercayai kata-kata mereka. Hal ini seterusnya
akan membawa implikasi yang lebih besar di mana matlamat kenabian dan
kerasulan mereka akan terbatal. Maka oleh sebab itu, konsep `ismah adalah wajib
121

bagi memastikan tanggungjawab kerasulan terlaksana. Selain itu, kesucian dan
kekudusan yang terzahir menerusi konsep `ismah yang wujud pada mereka tersebut
akan menjelaskan lagi kedudukan mereka. Dalam mempertahankan konsep ini pada
hak para anbiya, al-Razi telah berpendapat bahawa sekiranya mereka tidak
terpelihara daripada maksiat, maka sudah tentu mereka akan termasuk dalam
golongan yang mendapat kebencian Allah disebabkan mereka tidak melakukan apa
yang mereka telah katakan
122
; iaitulah menyeru manusia supaya melakukan taat
kepada Allah dan menjauhi segala larangan Allah. Maka, hal tersebut tertolak secara
ijma
123
.

Walaubagaimanapun, konsep ini tidak boleh digunakan bagi pihak para imam
mahupun khalifah. Iktikad ini bukan hanya menyalahi ijma, bahkan turut jauh
tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana, imam atau khalifah yang
dilantik adalah manusia biasa dan peranan mereka tidak lebih daripada
menguruskan urusan umat Islam mengikut al-qanun al-islami yang dibawa oleh
Rasulullah S.A.W.
124
. al-Razi menyebut bahawa, golongan Syiah berkeyakinan
bahawa imam-imam mereka maksum berdasarkan ayat ke 124 dalam Surah al -
Baqarah yang menyatakan bahawa orang yang zalim tidak akan menjadi imam
125
.

121
al- Sawi (2007), op.cit., hlm. 300.
122
Rujuk al-Quran, Surah al-Saff (61), 2-3 dan al-Baqarah (02) : 44.
123
Al-Razi (1986), op.cit., hlm. 119.
124
Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, op.cit., hlm. 20-21.
125
Allah S.W.T berfirman:
:| _l., .>,| ., .,l>, _..! _! _.| ,l.l> _!.ll !.!.| _! _. _.`,: _! `_!.,
_.s _,.l.Ll
Maksudnya:

34

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Justeru, berdasarkan premis ini, di sisi mereka, setiap orang yang melakukan
dosa sama ada yang zahir mahupun yang batin, maka ia tidak layak untuk menjadi
imam. Dakwaan ini tertolak kerana menurut al-Razi ayat tersebut hanya
menunjukkan bahawa syarat untuk menjadi imam, hendaklah imam tersebut tidak
banyak melakukan dosa ( ) dan ia sama sekali
tidak mengandungi dilalah ke atas wajibnya maksum pada diri mereka
126
. Selain itu,
sekiranya benar individu yang akan menggantikan Rasulullah S.A.W. mestilah
maksum, maka mengapakah Sayyidina Abu Bakr berkata taatlah aku selagi mana
aku taat kepada Allah, sekiranya aku menderhakai Allah, maka tidak ada lagi
ketaatan terhadapku
127
. Maka cukuplah kenyataan ini sebagai dalil bahawa konsep
`ismah ternafi daripada hak para imam.

Teori al-Raj`ah
Selain itu, ramai daripada golongan Syiah Imamiah berpendapat bahawa Allah
S.W.T. akan mengembalikan Nabi Muhammad S.A.W., Sayyidina `Ali, al-Hasan, al-
Husain dan beberapa imam-imam mereka yang lain dan musuh-musuh mereka
seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar, Uthman, Mu`awiyah dan Yazid ke dunia setelah
kedatangan al-Mahdi. Mereka akan menuntut keadilan terhadap perampasan
jawatan imamah (menurut mereka) yang sepatutnya diberikan kepada ahl al-Bayt
Rasulullah S.A.W. Bahkan, al-Murtadha telah berkata bahawa Sayyidina Abu Bakr

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah
(suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu)
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan)
bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!)
Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)".
Allah berfirman: "(permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh
orang-orang yang zalim."
Surah al-Baqarah (02): 124
126
Dalam hal ini, al-Razi telah mengemukakan sekurang-kurangnya lima hujah dalam membatalkan
dakwaan golongan Syiah berhubung kemaksuman imam-imam mereka tersebut. Rujuk; Ibid., hlm.
267-268. Al-Ghazzali juga ada menyatakan bantahan terhadap konsep `ismah menurut golongan
sesat ini. Untuk keterangan lanjut, rujuk al-Ghazzali, Fadaih al-Batiniyyah, op.cit., hlm. 168-170.
127
al-Baqillani (1987), op.cit., hlm. 476.

35

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
dan Umar akan disalib pada zaman pemerintahan al-Mahdi
128
. Pendapat mereka
dalam hal ini didapati bercanggah secara jelas dengan nas al -Quran dan al-Hadith.
Menurut ASWJ, setiap manusia yang telah mati, maka manusia tersebut tidak akan
kembali ke dunia sehinggalah berlakunya kiamat
129
. Hal ini selaras dengan firman
Allah S.W.T. :
`l , !.>l> l, _. `1l . ,l| `->, _
Maksudnya:

Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah
Kami binasakan sebelum mereka? umat-umat yang telah binasa itu
tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada kami, untuk
menerima balasan).
Surah Yaasin (36): 31

Selain itu, Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda; tidak ada negeri setelah
kematian melainkan syurga dan neraka ( ). Maka
berdasarkan hadith ini, jelaslah bahawa setiap manusia yang telah menemui ajal
tidak akan kembali ke dunia
130
. Ini kerana, roh manusia yang telah meninggal dunia
dipisahkan daripada kehidupan manusia di dunia dengan alam barzakh. Oleh yang
demikian, maka tertolaklah iktikad al-raj`ah yang menjadi pegangan sebahagian
besar daripada golongan Syiah Imamiah tersebut. Manakala tentang Imam al-
Mahdi
131
, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :

128
Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, op.cit., hlm. 246.
129
Al-Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, Suntingan: al-Sayyid Yusuf Ahmad, c. 1,
Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 188.
130
Ibid.
131
Secara dasarnya, hadis berhubung al-Mahdi memang tidak terdapat di dalam al-Sahihayn secara
lafzi dan terperinci, namun ia ada disebutkan di dalam kedua-dua kitab tersebut secara makna ().
Terdapat beberapa orang tokoh muhaddis yang telah mengeluarkan hadis-hadis berhubung al-Mahdi
di dalam kitab-kitab mereka, antaranya; Abu Dawud dan Ibn Majah dalam Sunan mereka, Imam
Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam Mustadraknya dan Ibn Hibban dalam Sahihnya. Di sisi
ASWJ, al-Mahdi merupakan keturunan Nabi Muhammad S.A.W dari sesepuh Sayyidina Husain, dan
bukan daripada sesepuh Sayyidina Hasan sebagaimana yang telah didakwa oleh golongan Syi`ahlm.
Selain itu, nama beliau mirip nama Rasulullah S.A.W iaitulah Muhammad b Abdullah, dan bukannya
Muhammad b. al-Hasan al-`Askari (imam ke sebelas bagi golongan Syiah al-Ithna `Asyriyyah). Beliau

36

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
:

Maksudnya :
Daripada abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah telah bersabda:
Bagaimanakah kamu apabila turun Isa b. Maryam dalam kalangan
kamu sedangkan pemimpin kamu adalah daripada kalangan kamu.
132



: :


Maksudnya :
Daripada Umm Salamah, beliau telah berkata: Aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda: al-Mahdi daripada keturunanku, daripada
keturunan Fatimah.
133


Dalam akidah ASWJ, hanya Nabi Isa A.S. yang akan diturunkan semula oleh
Allah S.W.T. ke dunia ini ketika hampir berlakunya kiamat, tetapi hal ini bukan

juga akan dilahirkan pada akhir zaman kelak untuk memerintah dunia dan akan dizahirkan
kemunculannya kepada umat Islam secara terang-terangan oleh Allah S.W.T. ketika beliau
dibai`ahkan oleh umat Islam di antara rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim. Hal ini
berlainan dengan dakwaan golongan Syi`ah Imamiah yang mengatakan bahawa al-Mahdi telah ghaib
dalam usia kanak-kanak dan akan dizahirkan semula kepada manusia oleh Allah pada akhir zaman
kelak. Berhubung dengan persoalan al-Mahdi ini, ia bukan merupakan suatu perkara khilafiyyah,
bahkan ia merupakan suatu perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama ASWJ. Untuk keterangan
lanjut, rujuk Mohd Zaidi Abdullah (2000), Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jamaah : Suatu Keluhuran
dan Kemurnian Pegangan Hidup, c. 1, Kuala Lumpur : Syathariah Niaga Jaya Sdn. Bhd., hlm. 269-
273; Ahmad Amin (1987), Duha al-Islam, op.cit., hlm. 237.
132
Abu `Abdullah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim b. al-Mughirah b. Bardizbah al-Bukhari (2000),
Sahih al-Bukhari dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 3449 dalam
Bab Nuzul `Isa Ibn Maryam `alayhima al-salam, hlm. 282; al-Naysaburi, Abi al-Husayn Muslim b. al-
Hajjaj b. Muslim (2000), Sahih Muslim dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3,
hadis no. 244 dalam Bab Nuzul `Isa Ibn Maryam Hakiman bi Syari`ati Nabiyyina Muhammad S.A.W,
hlm. 703.
133
Abi Dawud Sulayman b. al-Asy`ath b. Ishaq al-Azdi al-Sajistani (2000), Sunan Abi Dawud dalam
Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 4284 dalam Bab Awwalu Kitab al-
Mahdi, hlm. 1535.

37

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
dinamakan sebagai al-raj`ah kerana baginda A.S. belum lagi wafat. Baginda bukan
dihidupkan semula pada akhir zaman kelak, sebaliknya baginda akan diturunkan ke
dunia setelah baginda diangkat ke langit dengan jasad dan roh baginda untuk
tempoh masa yang tertentu tanpa mengalami kematian. Penurunan baginda juga
bukan membawa syariat yang baru, tetapi baginda akan melaksanakan keadilan
berpaksikan syariat Nabi Muhammad S.A.W., selain akan turut membunuh khinzir,
memusnahkan salib dan mengutip jizyah
134
. Peristiwa penurunan Nabi Isa A.S. pada
akhir zaman kelak adalah sabit di dalam al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :
| _. _> ..>l | _..`,l ., _, ... , ..,1l `>, ,ls
.,:
Terjemahannya:
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli kitab melainkan ia akan
beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak
Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
Surah al-Nisa (04): 159


Menurut al-Buti, kata ganti diri (dhamir) pada perkataan di dalam ayat di atas
adalah jelas merujuk kepada Nabi Isa A.S. Hal ini sekaligus membuktikan bahwa
baginda masih hidup dan tidak pernah mati ( ). Ayat ini juga telah membatalkan
dakwaan golongan Yahudi yang mendakwa bahawa Nabi Isa a.s telah mati disalib
oleh kaumnya. Ayat ini menjadi dalil yang jelas dalam menyatakan perbezaan di
antara iktikad ASWJ dan iktikad Syiah Imamiah khususnya dalam masalah al-raj`ah
ini.
Demikianlah beberapa aspek yang telah cuba digarapkan oleh penulis dalam
melihat perbezaan di antara golongan Syiah ini dengan golongan ASWJ. Secara
dasarnya, mereka bukan hanya menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, bahkan mereka
turut menyalahi ijma para ulama yang merupakan salah satu daripada usul al-tasyri`

134
Al-Musayyar, Muhammad Sayyid Ahmad (2007), Fatawa al-`Aqidah al-Islamiyyah, c. 1, Kaherah :
Maktabah al-Iman, hlm. 230-231.

38

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
yang turut menjadi rujukan majoriti umat Islam zaman berzaman. Dalam aspek
syariat, perselisihan terbesar mereka dengan kelompok ASWJ berlaku dalam
masalah memahami nas al-Quran dan sikap mereka yang menolak sejumlah hadis
yang diriwayatkan oleh individu selain daripada imam-imam mereka
135
. Tindakan ini
bukan hanya merugikan kelompok mereka, bahkan turut memudahkan mereka untuk
tergelincir daripada landasan hak disebabkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh
imam-imam mereka adalah bukan berdasarkan kepada wahyu, namun ia
berlandaskan kepada hawa nafsu semata-mata.

Kesimpulan
Berbicara mengenai perbezaan fahaman Syiah Imamiah dan fahaman ASWJ, maka
perbincangan ini merumuskan bahawasanya akidah yang menjadi anutan golongan
Syiah Imamiah tersebut secara jelas telah bercanggah dengan akidah yang didokong
oleh ASWJ. Ia bukan hanya menyalahi ijma para ulama, bahkan lebih parah, ia telah
menyongsang nas-nas yang telah ditanzilkan oleh Allah sebagaimana yang difahami
oleh jumhur ulama kepada umat manusia. Dalam hal ini, tidak ada perisai yang lebih
kuat dalam mendepani cabaran gerakan ini dengan berkesan melainkan umat Islam
perlu kembali berpegang teguh dengan ilmu akidah yang sahih warisan Nabi S.A.W.
dan para sahabat R.A.

Dalam mendepani gerakan ini juga, pastinya umat Islam wajib
mempertahankan kesucian ajaran Islam yang sebenar daripada terus dinodai oleh
anasir-anasir sesat golongan tersebut, selain turut perlu menyatakan pendirian
mereka dengan lebih tegas demi memastikan gerakan ini dapat dibendung daripada
ia terus disebarkan secara zahir ataupun tersembunyi dalam iklim dan komuniti
muslim yang beraliran ASWJ khususnya di Malaysia ini. Gerakan ini juga perlulah
dipantau agar ia tidak disebarluaskan kerana ia mampu menatijahkan perpecahan
yang menyulitkan penyatuan antara umat Islam di Malaysia.

135
Ahmad Amin (1987), op.cit., hlm. 267.

39

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Selain itu, pihak yang berwajib seperti pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlulah
menggandakan usaha supaya lebih peka terhadap perkembangan dan gerakan
golongan Syiah Imamiah ini demi membendung penularan pemikiran mereka agar
gerakan ini mampu ditangani sehingga ke peringkat akar umbi. Tindakan yang
diambil juga perlulah bersifat rasional dan bijaksana agar permasalahan ini dapat
diselesaikan dalam suasana yang terbaik tanpa menatijahkan perpecahan yang
besar dalam komuniti masyarakat Islam dalam negara tercinta. Sebaran am
berhubung penyelewengan aliran ini daripada akidah ASWJ perlulah diwar-warkan
kepada masyarakat umum agar mereka dapat menghindarkan diri daripada turut
terjebak dalam penyebaran ajaran songsang tajaan kelompok ini. Saranan-saranan
ini diharapkan agar ia dapat diberi perhatian demi mewujudkan masyarakat satu
akidah yang akhirnya akan menatijahkan sa`adah di dunia mahupun di akhirat.














40

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Bibliografi
Rujukan Buku
`Ali Jum`ah (2005), al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah : al-Muqatam li al-
Nasyr wa al-Tauzi`
Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah : Maktabah
al-Anjalu al-Misriyyah
Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mujam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir:
Syarikah Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih
Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa wa
al-Nihal, j. 2, Beirut : Dar al-Ma`rifah
Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah : Matba`ah Lujnah al-Talif wa
al-Tarjamah wa al-Nasyr
Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-
Misriyyah
Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan :
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
al- Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab Syarh al-Sawi `ala Jawharah
al-Tawhid, Suntingan Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam, c. 5, Beirut : Dar Ibn
Kathir
Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam,
Suntingan Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah : al-Majlis al-A`ala li al-
Syuun al-Islamiyyah
Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al-
Bida`, Kaherah : Jami` al-Azhar li al-Talif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr
al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-
Musallin, Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid (tqq), c. 2, j. 1, Kaherah :
Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Mesir :
al-Maktabah al-Tawfiqiyyah
al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib (1987), Tamhid al-Awail wa Talkhis
al-Dalail, c. 1, Beirut : Mu`assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah
al-Buti, Muhammad Sa`id Ramadan (1997), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah, Beirut
: Dar al-Fikr al-Mu`asir
al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus al-Muhit, j. 3,
Kaherah : Muassasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`
Al-Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fadaih al-Batiniyyah, Kaherah : Dar
al-Far al-Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah

41

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah
al-Nasafiyyah, c. 3, Beirut : Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-
Tawzi`
al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-
Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p : Matba`ah al-
Anwar
Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: Madkhal
wa Dirasah, c. 2, Kaherah : Maktabah Wahbah
Al-Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, al-Sayyid Yusuf Ahmad
(thqq), c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b. al-Husain (1993), Asas al-
Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut : Dar al-Fikr al-Lubnan
___________________ (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah : Maktabah al-
Kulliyyat al-Azhariyyah
___________________ (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan
al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith
al-Basyir al-Nadhir, j. 1, c. 4, t.t.p. : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
___________________ (t.t), Tarikh al-Khulafa, Suntingan Muhamad Muhy al-Din
`Abd al-Hamid, t.t.p : t.p.
al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad: Maktabah al-Ma`arif
Al-Zabidi, Muhammad b. Muhammad al-Husaini (1989), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin,
j. 2, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), al-Fasl fi al-Milal wa al-
Ahwa wa al-Nihal, j. 2, c. 2, Beirut : Dar al-Ma`rifah
Dr. H. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu : Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.
Hajah Noresah bt. Baharom, et.al (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, c. 2,
Selangor : Dawama Sdn., Bhd.
Hammam `Abd al-Rahim Sa`id (2000), al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, c. 4, Oman : Dar
al-Furqan
Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqaid al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Quran al-Karim
Hasan Ibrahim Hasan (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi wa al-Dini wa al-Thaqafi wa
al-Ijtimai`e, c. 7, j. 2, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
Ibn `Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah Radd al-Mukhtar, j. 1, Beirut : Dar al-
Fikr
Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj `Abd al-Rahman (t.t), Talbis Iblis, Kaherah : Maktabah al-
Mutannabi
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram (1952), Lisan al-`Arab, j. 11,
Beirut : Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr
Jama`ah min Kibar al-Lughawiyyin al-`Arab (t.t), al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, (t.t.p) :
Larus

42

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jabatan Agama Islam Selangor
Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-
Fiqhiyyah, j. 1, Kaherah : Dar al-Fadilah
Mahmud Salim `Ubaydat (1998), Tarikh al-Firaq wa `Aqaiduha, t.t.p : Dar al-Furqan
Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri`

al-Islami. Kaherah : Maktabah Wahbah
Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan dan Metodologi Hadith, c. 1, Kuala Lumpur :
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri
___________________ (1989), Mukhtasar Sejarah Perkembangan dan Kaedah
Penyusunan Hadith, c. 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahli sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-
Kubra, c. 4, Kaherah : Dar al-I`lam al-Duwali
Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith : `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1,
Beirut : Dar al-Fikr
Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi
___________________ (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah : Dar al-
Fikr al-`Arabi
Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p
Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim
Engku Ismail (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nur al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadith. cet. 3, Beirut &
Damsyik : Dar al-Fikr al-Mu`asir & Dar al-Fikr
Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik : Dar al-
Fikr
Salih Ahmad al-Khatib (2004), al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, j. 1, c.
1, Oman : al-Dar al-`Uthmaniyyah

Rujukan Laman Web

Berita Harian Online,
http://www.bharian.com.my/articles/MalaysialarangsebarSyiah/Article/, 6 April
2011.
Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-
malaysia, 6 April 2011.

You might also like