You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN....

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN

EKONOMI

POLITIK

SIKAP & BUDAYA

KESIMPULAN

RUJUKAN

PENDAHULUAN

KONTRAK SOSIAL Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan. Sebaliknya orang Melayu

mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]

KONSEP KONTRAK SOSIAL Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk 2

menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus di pelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Teori kontrak sosial ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat disesebuah negara. Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya. Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi. Pada umumnya, kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap pentingnya faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur. Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebauah negara yang aman damai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah

semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk dinegara ini. Seperti dalam manamana kontrak atau perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan 3

boleh dipinda mengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luasmaklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

EKONOMI Kesedaran bahawa orang Melayu jauh ketinggalan telah lama dirasai. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, penyertaan dan penglibatan orang Melayu dalam aktiviti ekonomi boleh dikatakan tidak wujud sama sekali. Ketika zaman penjajah, usaha pembangunan penjajah menitikberatkan eksploitasi sumber hasil negara bagi kepentingan mereka tanpa menghiraukan agihan kekayaan ekonomi negara secara adil kepada rakyat berbilang kaum. Penekanannya lebih tertumpu kepada pembangunan infrastruktur untuk memudahkan pengeluaran hasil industri milik penjajah. Bahawa dalam proses ini orang Melayu semakin ketinggalan dalam bidang perniagaan dan perusahaan tidak di anggap sebagai masalah Kerajaan Apabila orang Melayu membantah penubuhan Malayan Union kerana akan melemahkan lagi kedudukan mereka, pihak penjajah cuba menyejukkan perasaan orang Melayu dengan menawarkan sebuah agensi pembangunan desa, iaitu Rural and Industrial Development Authority atau RIDA. Pihak penjajah menganggap lima juta ringgit untuk RIDA memadai bagi mengatasi masalah ekonomi orang Melayu. Sekarang kita telah merdeka 55 tahun dan kita telah membentuk berbagai-bagai dasar, mengadakan peruntukan ribuan juta ringgit, menubuhkan beberapa bank serta agensiagensi khusus, dan mengadakan kongres-kongres ekonomi, konvensyen, woksyop dan lain-lain lagi. Namun masalah penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi masih belum selesai. Betapa besarnya masalah ekonomi Bumiputera ini dapat dilihat daripada peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun peristiwa ini lebih merupakan peristiwa politik, sebenarnya ia menunjukkan kebimbangan orang Melayu khususnya terhadap kedudukan ekonomi mereka jika mereka kehilangan kuasa politik. Jika orang Melayu yakin kedudukan mereka begitu kukuh daripada segi ekonomi, mereka tidak akan mudah bertindak seperti pada 13 Mei, 1969. Oleh itu sebagai satu cara untuk menstabilkan politik di Malaysia, langkah-langkah telah diambil selepas 1969 untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi Bumiputera dengan bukan Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru atau DEB.

Dasar ekonomi baru (deb) merupakan dasar yang sentiasa diselubungi kontroversi sejak ia mula diperkenalkan selepas rusuhan kaum 13 mei 1960. Sesetengah pihak beranggapan is adalah satu polisi diskriminasi terhadap rakyat bukan bumiputera Malaysia. Di bawah rejim DEB, penduduk bukan bumi putera menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik berbanding bumiputera. kontrak sosial 1957 telah memberikan kerakyatan secara sekelip mata kepada satu juta bukan bumiputera hanya dengan satu gurisan pena. Bagaimanapun, tolak ansur dalam aspek itu tidak diikuti dengan perkembangan ekonomi yang seimbang antara kaum dan ini akhirnya membawa kepada keresahan dalam perhubungan etnik. Keseimbangan etnik dalam ekonomi di Malaysia memerlukan perubahan beransur-ansur dalam jangka masa panjang, menjangkaui beberapa generasi. Untuk mengembalikan perspektif kepada suasana dan keperluan yag membawa kepada penggubalan DEB selain memperbetulkan persepsi negatif tentang DEB. DEB bertindak sebagai satu polisi sosioekonomi yang komprehensif bertujuan untuk membina perpaduan nasional selepas perkecaian struktur sosial akibat rusuhan kaum Mei 1969. Rusuhan itu menjadi testimoni ketidaskeimbangan ekonomi antara etnik yang menyedihkan dalam sejarah Negara. Matlamat DEB adalah untuk membina sebuah ekonomi yang seimbang dari segi etnik dengan strategi menggalakkan produktiviti dan permodenan di bawah rejim psaran bebas dan ekonomi terbuka, dan pertambahan hasil pembangunan di kalangan kumpulan etnik di Malaysia. Fokus dasar ini ialah meningkatkan produktivi dan penyertaan aktif bumiputera tanpa menjejaskan hak ekonomi dan sosial bukan bumiputera yang dari segi ekonominya lebuh maju.

SIKAP 6

Generasi Sekarang Tidak Hargai Kemerdekaan

SIKAP & BUDAYA Antara factor-faktor yang mempengaruhi perpecahan kontrak social atau perpecahan perpaduan adalah bangsa Melayu yang mundur.Kita boleh lihat pelbagai segi di Negara kita sekarang.Bangsa-bangsa lain yang terus maju kehadapan sehingga boleh merampas hak kita orang melayu,contonya.Generasi kini tidak begitu menghargai apa yang dikecapi pada hari ini. Malah setelah merdeka negara masih mencari-cari hala tuju serta berdepan dengan halangan-halangan tertentu. Iaitu semua tiada dalam diari generasi hari ini. Mereka hanya tahu tetapi tidak pernah merasai keperitan masa lalu,sehingga sebahagian negara kita kini diketuai oleh bangsa lain.

Generasi Muda tidak Hargai Jasa Pemimpin. Generasi muda juga didapati cetek dalam pengetahuan sejarah,latar belakang dan sejarah bangsanya.Keadaan ini terjadi disebabkan oleh sejarah sudah tidak menduduki tempat yang istimewa seperti sebelum ini.Ilmu pengetahuan sejarah tidak dianggap suatu perkara penting di pasaran kerja dan tidak mendapat galakan yang sepatutnya daripada golongan dewasa. Kegiatan yang dapat mendidik atau mendedahkan generasi muda kepada akar dan sejarah bangsanya seperti melalui pelbagai kegiatan seni dan budaya contohnya,permainan tradisional,mengamal pemakaian budaya melayu.Ternyata pada masa kini budaya dan adat istiadat orang melayu kini diabaikan dengan zaman yang serba moden.Kekurangan kesedaran dan kefahaman sudah tentu tidak dapat memupuk untuk generasi akan datang. Contoh Keratan Akhbar(Rabu,14 mac 2012,Utusan Malaysia

Bilangan Bangsa Melayu Masuk Universiti. Para remaja merupakan waris kepada kepimpinan negara dan kejayaan bangsa pada masa hadapan,terutamanya bangsa melayu.Usahlah kita membiarkan pintu masa depan kita terbuka luas kepada anasir-anasir jahat menyelinap masuk. Sesungguhnya generasi remaja masa kini adalah pintu kepada kemakmuran negara pada masa hadapan. Remaja perlu meningkatkan kemahiran dan mendalam ilmu pengetahuan agar ia dapat digunakan untuk mencipta kemajuan yang lebih bermakna pada masa hadapan negara.Tiada ertinya menikmati kemerdekaan berpuluh tahun akan tetapi cara dan pemikiran masih dikongkong oleh kekalutan berfikir dan kesempitan idea.Boleh dikatakan nisbah bangsa melayu antara lelaki dan permpuan yang melanjutkan pelajaran ke pringkat universiti adalah 2:8.Untuk menjadi sesebuah negara yang maju,bangsa melayu lelaki hendaklah lebih bijak dalam ape-ape hal untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Masalah Sosial Di kalangan Orang Melayu

Pada masa kini,kita bleh lihat pelbagai masalah sosial di kalangan bangsa-bangsa melayu.Terutamanya golongan remaja yang baru sahaja mengenal erti

kehidupan.Biasanya golongan ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar institut pengajian tinggi.Antara masalah sosial yang berlaku sekarang adalah budaya sumbang mahram,mat rempit,seks bebas dan banyak lagi. Ini melambangkan budaya bangsa melayu yang semakin teruk dan merosakkan nama baik sesebuah negara beragama islam.Malah menjatuhkan maruah sebagai bangsa melayu.

Sikap Orang Melayu Yang Tidak Berusaha

Kejayaan sesebuah bangsa adalah bergantung kepada sistem hidup dan budaya positif.Berbeza pula dengan bangsa-bangsa lain contonya cina,india dan lain-lain.Ini kerana mereka sedar akan bahawa kepayahan dalam mencapai sesuatu kejayaan.Lain pula dengan bangsa melayu,mereka selalu mendapat keistimewaan dalam Negara,ini menyebabkan bangsa melayu selalu lupa dengan kemudahan yang diberikan oleh Negara kepada bangsa melayu. Hal ini menyebabkan bangsa melayu selalu dipandang rendah oleh bangsa lain kerana sikap bangsa melayu yang malas berusaha dan mengharapkan bantuan kerajaan setiap masa.Selain itu,bangsa melayu tidak mengambil kesempatan dalam hal-hal seharian contohnya,mereka tidak menghargai sesebuah peluang yang diberikan kerajaan seperti pendidikan sekolah rendah,menengah dan lain-lain.Lain pula dengan bangsa cina dan

india,mereka mengambil peluang dengan sebaiknya untuk mencapai sesebuah kejayaan.Malah bangsa-bangsa lain mengambil hak kita sebagai bangsa melayu. POLITIK Generasi kita hari ini kurang pendedahan dan pemahaman tentang wujudnya Kontrak Sosial ini atau isu yang timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang. Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk 10

menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama. Pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak. Dalam pilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang. Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai

11

berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu. Teori kontrak sosial tidak pernah membezakan rakyat dari segi kaum, agama dan status sosial. Persamaan ini dianggap oleh pejuang demokrasi sebagai asas membangunkan sistem siasah tulen di sesebuah negara. Ada yang mendakwa bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain setaraf dari segi perlembagaan. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa hak semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan setiap orang berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Bagaimanapun hak istimewa bangsa Melayu yang tercatat pada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukan dianggap sebagai hak tetapi adalah keistimewaan kaum melayu itu sendiri . Jika tafsiran ini dianggap benar, tentunya bangsa Melayu tidak boleh mendabik dada dengan istilah hak istimewa yang dimiliki. Bangsa Melayu perlu sedar nasib bagai telur di hujung tanduk di negara asal usul moyang mereka. Perpecahan dan kurang penguasaan dari segi ekonomi, politik dan sosial menjejaskan masa depan Melayu sendiri.

Isu kontrak sosial bagai menafikan hak keistimewaan Melayu. Sistem merit memberi keutamaan kepada kecemerlangan secara terbuka tanpa membabitkan isu kaum dan agama. Bangsa yang tertinggal bakal dipinggirkan oleh sejarah di negaranya sendiri. Sistem kuota yang dikaitkan dengan hak Melayu tidak lebih daripada slogan politik kepartian.

12

Ada pengamal undang-undang menafsirkan bahawa hak istimewa Melayu bukannya bermaksud hak ketuanan Melayu. Perlembagaan Persekutuan tidak langsung menyebut ketuanan Melayu. Istilah ketuanan Melayu hanya dicipta dalam bentuk siasah hanya untuk mengekalkan kuasa. Ia tidak dicatat dalam mana-mana peraturan, justeru, tindakan mengungkapkan ketuanan Melayu secara terbuka dianggap tidak mematuhi semangat pembentukan Malaysia. Dari segi sejarah, ungkapan ketuanan Melayu muncul pada 1966 apabila seorang timbalan menteri berucap pada satu majlis di Singapura. Ucapannya kurang mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra kerana ia tidak tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya pada 1987 isu ketuanan Melayu dibangkitkan semula apabila ada pihak mempertikaikan hak istimewa Melayu secara terbuka. Kemelut secara terbuka itu menyebabkan suhu politik negara menjadi panas dan akhirnya memaksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987. Seramai 106 ahli politik ditahan dan permit penerbitan akhbar Watan, The Star dan Sin Chew Jit Poh digantung. Bagaimanapun isu kontrak sosial tidak pernah reda daripada diperkatakan. Ia mungkin senyap seketika dan kembali bergema setiap kali ada pihak merasakan Melayu semakin lemah di negaranya sendiri. Pada hari ini kita dapat lihat bahawa kebanyakkan parti politik yg ada sekarang kebanyakkannya berasaskan kaum. Contohnya seperti UMNO, PAS, dan KEADILAN adalah parti politik untuk kaum melayu, MCA, Gerakan, DAP adalah parti politik untuk kaum Cina dan MIC adalah parti politik untuk kaum India. Setiap parti mesti akan memperjuangkan kepentingan ahli masing-masing dan dari situ la boleh muncul pertikaian tentang kontrak sosial apabila kaum selain melayu mula memperkatakan tentang hak kesamarataan. Ini boleh menjejaskan applikasi kontrak social apabila isu ni terus dibangkitkan dan apabila ini terjadi maka hak kita sebagai orang melayu akan jadi sama sahaja dengan kaum-kaum lain.

13

RUJUKAN 1. https://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psyab&q=politik+menyebabkan+masalah+perkauman&oq=politik+menyebabkan +masalah+perkauman&gs_l=hp.3...527505.550417.3.551529.43.37.4.2.2.0.74 1.9785.0j17j11j3j1j2j3.37.0...0.0...1c.1.9.psyab.sX3vtqn8z6g&pbx=1&bav=on.2,or.r_cp.r_qf.&bvm=bv.45175338,d.bmk& fp=d645a1c767a23aee&biw=1366&bih=665 2. http://www.drkhir.com/2008/11/antara-politik-berasaskan-kaum-dan.html 3. http://www.keadilandaily.com/politik-perkauman-bn-punca-srjkc-srjkt-hadapimasalah-william-leong/ 4. http://aliasmohdyusof.blogspot.com/ 5. http://www.kejorasakti.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=50 6. http://wzwh.blogspot.com/2010/08/faktor-faktor-konflik-etnik-dan-ras.html

14

15

You might also like