You are on page 1of 2

Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim

Pengarang: Mohammad Nidzam Abd. Kadir Imprin: Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd., 2009 Mukasurat: 186 Lokasi Buku: Pusat Sumber KPKK (Angkasapuri)

Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri dari


masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, orang Islam perlu bergaul dan berhubung dengan golongan bukan Islam dalam banyak urusan.

Memahami

batas dan adab pergaulan serta

sensitiviti kaum penting agar masyarakat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni terutama dalam usaha kerajaan merealisasikan konsep 1 Malaysia yang berdasarkan Perlembagaan Negara di mana agama Islam adalah landasannya.

Fiqah Berinterskasi Dengan Non-Muslim: Kaedah Bergaul Dengan Rakan,


Jiran Dan Keluarga Bukan Islam Tanpa Mengabaikan Syariat. Melihat pada judul utamanya yang menggunakan bahasa rojak, pengulas teringat pada teguran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB. Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim tentang pentingnya penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan sepenuhnya apabila bertutur dan menulis. Pengarang buku ini tentu mempunyai alasannya tersendiri kerana memilih judul sedemikian. Walau apapun judulnya, yang menarik minat pengulas ialah isi kandungannya dan cara gaya ia dipersembahkan kepada pembaca adalah sungguh menarik dan santai dibaca. Pengarang Ustaz. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir mendapat didikan awal di Alor Setar, Kedah. Beliau berkelulusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar, Kaherah dan menyambung kursus ke peringkat Sarjana di American Open University dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di UIAM di samping aktif dalam penulisan agama dan juga terlibat dengan program-program TV dan radio.

Buku ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia di samping memberi ilmu pengetahuan dan panduan dalam menjalankan kehidupan seharian. Pelbagai masalah dan situasi dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Penulis merungkai masalah melalui perbahasan-perbahasan serta membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah dan disokong dengan firman Allah serta hadis sahih. Penulis mengutarakan 12 bab iaitu berkaitan dengan arak; khinzir; iman dan agama; aurat; makanan; perubatan; perkahwinan; fiqah bersaudara, berjiran dan berkawan; kenajisan anjing; berjualbeli; siasah dan menganut agama Islam. Beberapa contoh isu atau permasalahan diperbahaskan dalam buku ini. Antara contohnya ialah hukum berkongsi menyambut perayaan dengan golongan bukan Islam atau non-muslim (menggunakan istilah pengarang), orang Islam memasuki rumah ibadah agama lain atau non-muslim memasuki masjid, ikan jualan nonmuslim, ayam diberi makanan yang diperbuat daripada khinzir, kelapa yang dipecahkan sempena Deepavali, rumah muslim atau premis milik muslim disewa kepada non-muslim, tinggal serumah dengan non-muslim, mengangkat nonmuslim sebagai wakil rakyat, menerima darah dari non-muslim, produk makanan keluaran syarikat non-muslim dan banyak lagi. Buku ini disasarkan kepada semua peringkat usia samada di sekolah, di rumah dan di pejabat., samada orang Islam, saudara baru atau bukan Islam. Ditulis dalam bahasa yang mudah dengan penerangan yang lengkap, format dan ilustrasi menarik serta harga yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan ilmu yang diperolehi dari buku ini. Sekiranya anda ada keraguan tentang hukum sesuatu isu yang berkaitan dengan tatacara pergaulan dengan masyarakat bukan Islam samada di Malaysia atau di mana sahaja, buku ini adalah rujukan dan panduan terbaik untuk anda. Bacalah.

You might also like