You are on page 1of 20

Diterbitkan oleh:

Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel : webmaster@inform.gov.my

NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

B.021 (B.M) Januari 2013 (130.)

NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Editor:

Siti Nur Fadzliana Ahmad Fesol Bahagian Penerbitan Dasar Negara

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Pengenalan

Perkara utama dalam NBOS


Penghasilan idea yang kreatif dan inovatif Kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi Melibatkan kos perbelanjaan yang minimum

Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan pendekatan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Penerapan pemikiran budaya kerja NBOS membantu kerajaan mencari idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.
2

Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat Menggunakan sumber sedia ada Hasil berimpak tinggi

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Pelaksanaan Berterusan NBOS


NBOS 7 NBOS 8

NBOS 5 NBOS 3 NBOS 4

NBOS 6

NBOS 1
Penjawat awam mengambil alih tugas di kaunter pentadbiran supaya anggota polis kembali kepada tugas rondaan.

NBOS 2

Kolaborasi antara pihak polis dan tentera untuk memerangi jenayah.

Menggunakan tenaga ATM untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar.

Mengubah kehidupan luar bandar melalui Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Mempercepatkan transformasi luar bandar melalui pengembangan RTC dan miniRTC ke seluruh negara.

Mengubah masyarakat di seluruh negara melalui Program Transformasi Komuniti (CTP).

Meningkatkan kejiranan dan pembentukan komuniti melalui kerjasama yang kreatif.

Meningkatkan keselamatan negara melalui gelombang kedua lautan biru kepolisan melalui Kempen 1AMAN dan pelbagai inisiatif lain.

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

NBOS 2
Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) di kem-kem tentera. Kejayaan:

NBOS 1
Penjawat awam mengambil alih tugas di kaunter pentadbiran supaya anggota polis boleh menjalankan tugas rondaan jalan. Kejayaan: Lebih ramai anggota polis yang menjalankan rondaan jalan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
6

Berjaya mencapai matlamat apabila tiada orang yang diselia (ODS) yang menyertai PPP di bebaskan masuk semula ke penjara. 2,713 ODS yang terlibat dengan PPP sejak ia di perkenalkan sehingga bulan Mei lalu, 1,827 telah dibebaskan. Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan bagi pembinaan penjara dan kesesakan di penjara dapat diatasi serentak.

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kerjasama antara PDRM dan ATM. Kejayaan: Pusat latihan tentera sedia ada dimanfaatkan untuk melatih anggota polis bagi mencapai sasaran kerajaan 150,000 orang anggota akhir tahun 2012. Dengan kos minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar yang lebih pantas. Meningkatkan hubungan kerja rapat sedia ada antara tentera dengan polis.
Malaysia negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara, keempat paling selamat di Asia Pasifik dan ke-19 paling selamat di seluruh dunia. (Indeks Keamanan Global)

PDRM merekrut bekas tentera bagi menambah anggota keselamatan. Kejayaan: Mengatasi kekosongan jawatan dalam pasukan polis dalam tempoh yang singkat. Mengurangkan kos pengeluaran untuk latihan dan kemahiran.
9

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Programme Omnipresence dengan Unit Rondaan Bermotosikal dan pemasangan CCTV. Kejayaan: Kadar jenayah jalanan berjaya dikurangkan sebanyak 39 peratus manakala jenayah keseluruhan berkurangan sebanyak 11 peratus semenjak 2009. Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi 1,000 buah motosikal peronda dan 496 unit CCTV di pasang di 25 pihak berkuasa tempatan.

Rondaan bersama oleh tentera, RELA dan JPAM dengan dikawal selia oleh PDRM. Kejayaan: Lebih 40,000 orang anggota polis menjalankan rondaan di kawasan jenayah berisiko tinggi. 3,391 anggota RELA dan 1,607 anggota JPAM berjaya dilatih sebagai Sukarelawan Polis untuk melakukan rondaan bersepadu.

10

11

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

NBOS 3
Bantuan tenaga kerja dari ATM untuk membina rumah di kawasan luar bandar melalui Projek Jiwa Murni. Kejayaan: Mengurangkan kos perbelanjaan dan dapat disiapkan dalam masa yang cepat. Projek yang telah disiapkan di bawah Projek Jiwa Murni ialah Jalan Long Lopeng ke Ba-Kelalan dan 9 jambatan; Jalan Mendamit ke Kuala Mendalam di Limbang; Jalan Kampung Saeh di Bekenu, Miri; 2 jambatan di Bekenu serta 1 jambatan di Lusong Laku, Miri. Bekalan air bersih kepada penduduk pedalaman luar bandar. Kejayaan: Sebanyak 27,000 isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70,000 lagi isi rumah pula mendapat bekalan air bersih sejak tahun 2009 hingga April 2012.

12

13

v
NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Jumlah Pengeluaran 704,235 kilogram Nilai pengeluaran RM1,311,242.50 Jumlah pendapatan bersih RM572,062.50 Purata Pendapatan Peserta RM5778.40 Projek pertanian bernilai tinggi - Penanaman tembikai madu atau rock melon di tanah milik ATM. Kejayaan: Mempercepatkan pembangunan luar bandar dan meningkatkan sektor pertanian berteknologi tinggi.
14 15
Nota: Jumlah ini sehingga November 2012. (Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

NBOS 4
Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar / Rural Transformation Centres (RTCs). RTC merupakan pusat sehenti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat setempat. RTC telah ditubuhkan di: Gopeng, Perak Kota Bharu, Kelantan Kuala Linggi, Melaka
Sehingga November 2012.

8 inisiatif dibangunkan oleh kerajaan bagi membantu penduduk luar bandar seperti berikut: Latihan Kemahiran kepada Penduduk Luar Bandar Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia Pertanian Bernilai Tinggi Pemprosesan Produk Agro Makanan Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Makanan Kerjasama Universiti Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal Kemudahan Pembiayaan Kewangan kepada Penduduk Luar Bandar
17

16

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

NBOS 5
Memperkembang RTC ke seluruh negara, mewujudkan mini RTC dan RTC bergerak. 213 Medan Info desa akan di naik taraf pada tahun 2014 menjadi mini RTC. Melahirkan JKKK sebagai agen transformasi luar bandar. Kejayaan: RTC dapat meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar supaya berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka. Agen perubahan dan perantaraan di antara masyarakat dengan pihak kerajaan dalam menggerakkan program berbentuk kemasyarakatan.

18

19

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Mewujudkan sukarelawan IM4U dari semua kaum. Kerajaan berjaya menggembleng tenaga sukarelawan daripada golongan belia bagi melahirkan belia yang sayangkan negara dan program transformasi negara lebih berjaya dengan penglibatan aktif belia. Mendapat penglibatan 541,594 orang belia.
Sehingga 25 Januari 2013.

NBOS 6
Mewujudkan Pusat Transformasi Bandar / Urban Transformation Centre (UTC). Kejayaan: Boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta tanpa perlu ke mana-mana bangunan kerajaan yang lain dalam satu-satu masa, Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan. Memastikan komuniti bandar mendapat perkhidmatan dan berurusan dengan efisien, cepat, selesa dan mudah di dalam satu bangunan. UTC telah ditubuhkan di: Melaka dan Kuala Lumpur
Sehingga November 2012.

Program Duta Universiti atau University Ambassedors Programmes (UAP). Melahirkan para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menabur bakti dan melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat serta bertindak sebagai sumber rujukan dan model kepada masyarakat.
20

21

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Program 1Malaysia Utamakan Keluarga / 1Malaysia Family First. Kejayaan Dapat mencetuskan ikatan kasih sayang yang berpanjangan dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat sebagai asas kestabilan sosial. 1Malaysia Privilege Card. Kejayaan: Meringankan beban kewangan rakyat dengan mendapat diskaun sehingga 25% di syarikatsyarikat terpilih dan keutamaan diberikan kepada keluarga anggota tentera pada fasa pertama dan akan dikembangkan kepada seluruh rakyat Malaysia pada fasa seterusnya.
22

Program Kemahiran dan Kebolehpasaran 1Malaysia / 1Malaysia Skills and Employability Programme. Kejayaan: Meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta dan membuka ruang yang lebih luas untuk para graduan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
23

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

NBOS 7
Kejiranan Indah / My Beautiful Neighbourhood (MyBN) Kejayaan: Dapat menangani isu utama dalam masyarakat dengan memanfaatkan sumber-sumber di segenap peringkat kerajaan dan sektor swasta untuk menngkatkan kualiti hidup rakyat.

Kerajaan Tempatan

Kerajaan Negeri

Kerajaan Persekutuan

Sektor Swasta

Memanfaatkan sumber-sumber di seluruh peringkat kerajaan & swasta Kejiranan Indah


Mewujudkan satu pasukan petugas operasi khas di seluruh peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Menggunakan sepenuhnya sumber-sumber seperti tenaga kerja, peralatan, kemudahan untuk mempercepatkan, mencantikkan dan mengekalkan kawasan dan kemudahan awam. Menggerakkan sukarelawan RELA dan IM4U untuk menangani isu semasa dalam masyarakat. Memberi tumpuan kepada kawasan utama seperti longkang kotor, turapan jalan pecah dan lampu jalan yang rosak. Bekerjasama dengan sektor swasta untuk mencantikkan dan mengekalkan kemudahan awam dan kawasan kejiranan. Syarikat swasta menjaga kemudahan awam sebagai pertukaran untuk pengiklanan. Syarikat swasta memberi sumbangan melalui program CSR dan pekerja sukarela untuk membantu masyarakat.

24

25

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Penjagaan Keluarga 1Malaysia / 1Malaysia Family Care Kejayaan: Dapat mengenalpasti keperluan asas kumpulan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak miskin.

Warga Emas

Ibu Tunggal

Kanak-Kanak

Memberi tumpuan kepada keperluan asas kumpulan yang memerlukan

Penjagaan Keluarga 1Malaysia / 1Malaysia Family Care

Melibatkan kepakaran veteran yang berpengalaman dalam pembentukan komuniti dan memberi sumbangan dalam bentuk kewangan sebagai penghargaan kepada usaha tersebut. Pelancaran 1Malaysia Mobile Healthcare kepada warga emas yang berpendapatan rendah untuk menerima perkhidmatan kesihatan di rumah. Mengintegrasikan pelbagai pusat yang dikendalikan oleh kerajaan dalam Pusat Keluarga 1Malaysia atau 1Malaysia Family Centres.

26

27

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia / 1Malaysia Veterans Recognition Programme


Melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada anggota tentera yang bersara.

NBOS 8
a) Perkongsian sumber dan tanggungjawab di antara ATM dan PDRM. Pencapaian sehingga 26 Disember 2012: Pampasan tekstil, beras dan daun ketum bernilai RM164,266.00. b) Pengembangan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Expansion of Community Rehabilitation Programme (CRP). c) Mewujudkan Komuniti Perkongsian Ketenteraan antara ATM, PDRM dan Rukun Tetangga. d) Program pembentukan sahsiah khusus untuk belia lepasan persekolahan untuk membantu belia berisiko.

Latihan dan Penggantian Kerja


Menyelaraskan latihan dengan peluang-peluang pekerjaan yang ada. Memanfaatkan program pekerjaan dan latihan yang sedia ada.

Peluang Perniagaan
Peluang perniagaan dalam bidang pelancongan dan nilai tambah yang tinggi dalam sektor pertanian di kawasan luar bandar. Menyediakan pembiayaan mikro untuk peluang perniagaan.

Sokongan Keluarga
1Malaysia Privilege Card Peruntukan perumahan kos rendah.

28

29

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

e) Kempen 1AMAN Menggerakkan penglibatan veteran dan RELA melalui perkongsian awam dan swasta untuk meningkatkan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.

Menetapkan teksi dan kedai serbaneka sebagai kawasan keselamatan. Bekas polis berkhidmat sebagai ketua keselamatan kejiranan dan sekolah.
f) 1Malaysia Komuniti PERWANI Peranan wanita yang menjadi tulang belakang dan pembangunan negara selama ini tidak boleh dinafikan, begitu juga dengan sumbangan wanita dalam mewujudkan keharmonian negara. Melalui inisiatif kerajaan, 1Malaysia Komuniti PERWANI diwujudkan.

30

31

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

g) Military Community Transformation Centres (MCTCs) Dalam program MCTCs, kerajaan telah mengenal pasti beberapa inisiatif baru yang boleh dijalankan dalam program MCTCs.

Menjadikan MCTs dan PERNAMA sebahagian rangkaian UTC-RTC.

Menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan aktiviti-aktiviti sosial.

Menggunakan tanah terbiar untuk melakukan aktiviti pertanian berimpak tinggi.

Menawarkan sokongan keusahawanan secara menyeluruh kepada ahli keluarga. Menggalakan aktiviti sukarelawan.

32

33

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

h) University Community Transformation Centres (UCTCs)

Membantu fakulti menyediakan bidang pratikal. Melibatkan fakulti dan pelajar dalam aktiviti transformasi di bandar dan luar bandar. Melibatkan pakar-pakar yang berkelayakan untuk mengajar kursus jangka pendek.

Terdapat beberapa inisiatif yang boleh dijalankan. Antaranya:

Membolehkan komuniti tempatan untuk mengakses kursus universiti dan kemudahan yang tidak digunakan sepenuhnya.

Menggunakan infrastruktur intelektual dan fizikal universiti untuk menggalakan keusahawanan.

34

35

NBOS

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Penutup
Kesimpulannya, NBOS ini digarap bersesuaian bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu: Mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia, Mmbentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat, Mengeluarkan Malaysia daripada perangkap gejala negara berpendapatan sederhana. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bersatu hati dalam menjayakan matlamat ini. Semoga Malaysia terus maju mengorak langkah ke hadapan menuju Wawasan 2020 berbekalkan semangat dan iltizam yang utuh di dalam jiwa setiap rakyatnya.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

36

You might also like