You are on page 1of 5

Ujian-T (T-Test) 1 GB6323-Analisis Data ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test) Dependent Variable (DV) Data diskret (nominal/ ordinal)

1 DV (2 kategori/ kumpulan; cth. Lelaki/Perempuan, Bandar/ Luar Bandar) 1 DV (3 kategori/kumpulan: cth.Aliran Sains tulen/sains social/sains kesihatan) 2 DV 1 DV 2 atau Lebih DV Independent Variable (IV) Data continuous (Interval/ ratio) 1 IV (cth. Pencapaian, selfesteem)

Jenis Ujian

Ujian-t

Perbezaan Min

1 IV

One-way ANOVA

1 IV 2 atau Lebih IV 2 atau Lebih IV

2-way ANOVA One-way MANOVA MANOVA

Jenis-jenis Data Nominal 2. Sela Aras paling rendah Nombor menunjukkan kuantiti Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan Jarak sekata antara nombor. Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod Suhu, markah ujian, IQ buku Nilai sifar arbitrari 3. Ordinal 4. Nisbah Pengkelasan mengikut pemeringkatan Nombor menunjukkan kuantiti Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak Jarak sekata antara nombor. sekata Berat, tinggi, pendapatan Kedudukan dalam kelas, penarafan, Nilai sifar menunjukkan tiada kemahiran bertutur, ranking 1.

Muhammad Amirul Abdullah

Ujian-T (T-Test) 2 GB6323-Analisis Data Menguji/melaporkan perbezaan min Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-t sampel bersandar Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan: sampel tak bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza). Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan selepas rawatan/intervensi (post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama diuji/member skor secara pre-post test). Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi menguji kehomogenan varians F = S2 Besar / S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul
diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.) Dalam satu lengkungan normal, terdapat 3 s.d (standard deviation).

Normal Curve
Areas Under the Curve

.3413

.3413

.1359

.1359

68%
.0214 95%

.0214

.0013
99%
-3s -2s -1s +1s +2s

.0013
+3s

Merujuk kepada ujian-t, pengiraan min adalah mengambil kira varians dan saiz sampel. Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar. Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan perbezaan/Menolak Ho): i. Perbezaan min yang besar

Muhammad Amirul Abdullah

Ujian-T (T-Test) 3 GB6323-Analisis Data ii. Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar (peluang menolak hipotesis turut besar). n yang besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error (menolak hipotesis yang benar). Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan menjadi besar (kemungkinan menolak Ho adalah tinggi).

iii.

NOTA: Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan wujud, meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak betul menolak sesuatu hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul. Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia bermaksud menerima hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut salah . Andaian ujian-t; Data (IV) mestilah continuous bersifat interval Taburan data adalah normal Cerapan yang dilakukan adalah bebas Kehomogenan varians

CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua kanan mengikut jantina? untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian tersebut telah d compute * (b01+b02+bn)/n ]. Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut: Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test Pilih minkualitiperibadi utk dimasukan ke dalam Test Variable(s); dan Jantina Pengetua diletakkan dalam Grouping Variable. Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,

Muhammad Amirul Abdullah

Ujian-T (T-Test) 4 GB6323-Analisis Data

Catatan: - Std.Error Mean yg besar = ralat besar - Perhatikan keputusan Levenes Test = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error (menolak Ho yang benar) adalah 5%. Jadual di atas (Levenes test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka Ho diterima (tidak signifikan). Ini membuktikan bahawa data adalah homogenus. Oleh yang demikian, baca nilai t bagi Equal variances assumed (pooled). [Kaedah mudah utk ingat baca nilai t yang mana satu!...nilai p>0.05(p besar), baca nilai ATAS. Nilai p<0.05 (p kecil), baca BAWAH] F=ujian varians 2 kumpulan T=perbandingan mean 2 kumpulan ***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi antara pengetua lelaki dan perempuan.

Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam laporan kajian. Contohnya seperti berikut:

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan? Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan. Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina Jantina Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Lelaki Perempuan 549 662 4.264 4.290 0.581 0.554 0.801

Tahap Signifikan 0.423

Muhammad Amirul Abdullah

Ujian-T (T-Test) 5 GB6323-Analisis Data

Laporan 1: Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan. Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama. Laporan 2: Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).

Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.

Alhamdulillahbegitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas Analisis Data pada minggu yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil Ahmad.

Muhammad Amirul Abdullah

You might also like