You are on page 1of 21

ILMU

PENGENALAN

PENGERTIAN & KONSEP ILMU

KEDUDUKAN ILMUAN/CENDIKIAWAN DISISI ISLAM

PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

PENGENALAN

Islam merupakan satu-satunya agama yang amat menekan dan memberatkan ilmu pengetahuan Islam mengajar kita bahawa tiap-tiap satu perkara yang ingin kita laksanakan dengan sempurna mestilah didahului dengan ilmu Ilmu adalah asas kepada kesempurnaan. Contoh: Perlaksanaan solat tidak akan sempurna jika seseorang itu tidak mengetahui tentang cara-cara mengambil wuduk, bersuci, membaca al-Quran dengan betul dan segala rukun solat .

PENGERTIAN

Ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu 'ilm yang bermaksud tahu Menurut Kamus Dewan ilmu membawa maksud pengetahuan, kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain) dan kajian berkenaan sesuatu perkara. Menurut Profesor Syed Naquib al-Attas: - ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia melalui wahyu. - ilmu tentang sains ('ulum) yang lain dan boleh didapati melalui pemerhatian, pengalaman, penyelidikan dan ru-musan. Ulama Islam : - ilmu fardu ain - ilmu fardu kifayah

RUMUSAN

Melalui definisi ini boleh dirumuskan bahawa ilmu bukan sahaja pengetahuan tentang apa yang dilihat ditanggapi oleh pancaindera kita tetapi ia juga turut merangkumi pengetahuan terhadap hal-hal kebenaran dan mengekalkan kebenaran dengan petunjuk dari Allah s.w.t. iaitu al-Quran. Kedua-dua jenis ilmu ini penting kerana ia saling lengkapmelengkapi di antara satu sama lain dan gabungan kedua-dua ilmu ini akan melahirkan insan baik yang akan menjadi model kepada masyarakat keseluruhannya.

MENGIKUT TAMADUN ISLAM

ISLAM meletakkan beberapa ciri istimewa konsep ilmu Islam yang membezakannya dengan konsep ilmu lain.

1. Ketuhanan

2. Terbuka
3. Syumul

Ciri ketuhanan (Rabbaniah)


Sumber - segala ilmu yang diperolehi oleh manusia datangnya daripada Allah, sama ada secara terus (wahyu) atau secara tidak langsung (penelitian & pengkajian) - ilmu yang diperolehi hendaklah dilaksanakan selaras dengan syariat islam tanpa penyelewengan.

Penggunaan

Matlamat ilmu - pencapaian ilmu hendaklah digunakan untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Ilmu bukan bersifat monopoli/ untuk kepentingan individu bagi menjadikan dirinya manusia yang agung, berkuasa dan terkenal.

2. Ciri terbuka
- terbuka dalam memperolehi ilmu dan penggunaan ilmu, tidak membataskan sumber perolehan dari al-Quran/Hadis sahaja.

Dr. Yusuf al-Qaradawi


Ilmu yang berkaitan dengan syariat ( akidah, ibadah, akhlak ) Ilmu yang berkaitan dengan pengurusan pembangunan Tamadun dunia
Hikmah (ilmu yang berguna) adalah barang mukmin yang hilang, maka di mana sahaja ia menjumpainya maka dia adalah berhak mendapatkannya- hadis

3. Ciri syumul
- keseluruhan ilmu yang memberikan manfaat kepada manusia sama ada ilmu syariat/ilmu pengurusan tamadun dunia.

Ibnu Khaldun
naqliyyah ( akidah, ibadah, akhlak )

aqliyyah

( meliputi ilmu yang terhasil daripada pemerhatian, penelitian dan kajian akal tentang alam sekeliling )

DISISI ISLAM

Galakan agama yang terunggul


Menurut Islam Ilmu merupakan pembeza antara manusia daripada haiwan dan menyebabkan manusia itu lebih mulia, mengatasi segala makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini .

Islam merupakan agama wahyu, agama ilmu dan cahaya

Firman Allah : Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah
Surah al-Alaq

Galakan al-Quran
1. Firman Allah: Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat atau kelebihan
al-mujadalah ayat 11

Pematuhan umat Islam kepada perintah Allah dan Rasul dalam menuntut Ilmu membolehkan mereka mencipta tamadun yang unggul dan kuat dengan bersumberkan al-Quran dan Sunah serta berasaskan akidah,syarak dan akhlak. Ilmu telah membina kekuatan kerohanian, akhlak, mental, jasmani, kebendaan, matematik, vokasional, teknik, kemahiran sains dan sebagainya.

Galakan as-Sunnah
Sabda Rasulullah s.a.w: menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap muslimin dan muslimat
riwayat Ibn Majah dan Baihaqi

Siapa yang menginginkan dunia (kebahagian dunia), maka hendaklah Ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) Maka hendaklah belajar dan berilmu dan siapa yang menghendaki keduaDuanya, makadia pun harus berilmu
(al-Hadis)

DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

PEMBENTUKAN KELUARGA 1. Pengenalan


Menurut Islam institusi keluarga merupakan asas kepada pembentukan sesuatu masyarakat. Institusi keluarga berperanan penting dalam pembentukan peribadi individu kerana peribadi yang baik akan membentuk keluarga yang baik, dari keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan seterusnya Akan tertegaklah sebuah negara yang cemerlang. Pengabaian dalam pembentukan institusi keluarga akan membawa kepada keruntuhan dan kehancuran sesebuah masyarakat.

2. Perkahwinan
Perkahwinan merupakan ikatan antara dua individu, lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Dalam pemilihan jodoh, kebiasaannya seseorang akan memilih berdasarkan kepada 4 ciri utama: - berharta - keturunan yang baik - kecantikan - beriman (berakhlak) Undang- undang keluarga islam juga memberi garis panduan mengenai pasangan yang boleh dikahwini dan dan mereka yang haram dikahwini. Yang haram dikahwini hukumnya terbahagi kepada 2: - haram abadi - haram sementara

Menurut mazhab Syafihukum nikah terbahagi kepada 5: 1. Harus 2. Sunat 3. Wajib 4. Haram 5. Makruh Tujuan perkahwinan - Memperolihi zuriat dan mengekalkan baka - Memelihara kehormatan diri - Mencapai ketenangan hati dan jiwa - Menyalurkan naluri cinta dan kasih sayang.

3. Hak dan tanggungjawab dalam keluarga


3.1 Hak dan tanggungjawab suami isteri Dalam institusi keluarga, suami dan isteri memiliki hak dan tanggungjawab sama ada bagi pihak: - suami, - isteri atau - tanggungjawab bersama

3.1 Tanggngjawab keibubapaan Dalam konteks ini, Islam melihat tanggungjawab dua hala iaitu:
- Tanggungjawab ibubapa terhadap anak - Tanggungjawab anak terhadap ibubapa

KONSEP KEMASYARAKATAN ISLAM


Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam iaitu melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. Masyarakat Islam yang pertama terbentuk berdasarkan kepada tamadun islam ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat di Madinah dan menjadi contoh bagi masyarakat selepasnya. Dalam proses pembentukan masyarakat Islam ia didasarkan kepada asasasas ajaran Islam. - Syariah (undang-undang Islam) - Akhlak - Ibadah - Persaudaraan

Hak dan tanggungjawab anggota masyarakat


Dalam kehidupan sesuatu masyarakat Islam, seseorang individu berhak : untuk hidup dengan aman dan tenteram menurut peruntukan undangundang. maruah, peribadi nilai diri dan nama baik setiap anggota masyarakat tidak boleh dihina dengan sesuka hati. Bebas untuk memilih agama yang dianuti dan melahirkan pendapat. Perlindungan politik mestilah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dianiayai tanpa mengira bangsa, pegangan agama,dan warna kulit.

Memilih pemerintah secara bebas


Mengusahakan sesuatu/bekerja untuk mencari rezeki dan kekayaan secara halal.

Islam dan masyarakat berbilang kaum


Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk seperti yang telah dilaksanakan dan dibuktikan di Madinah.

Masyarakat islam wajib tunduk kepada semua peruntukan dalam sistem perundangan islam (agama dan politik).
Bagi masyarakat bukan islam: - mereka yang tinggal dengan aman di bawah pemerintahan islam bertanggungjawab untuk tunduk kepada undang-undang islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab akidah atau Agama.

You might also like