You are on page 1of 3

KENAF BERPOTENSI BESAR JADI KOMODITI PENTING RAMAI yang tidak tahu atau mengenali kenaf walaupun tanaman

itu sudah diusahakan lebih 10 tahun di negara ini, terutama di pantai timur bagi menggantikan tanaman tembakau dalam usaha kerajaan membendung tabiat merokok di kalangan rakyat. Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus adalah sejenis tanaman jangka pendek berserat dan bukan berkayu yang berasal dari Afrika (barat Sudan) dengan sejarahnya melebihi 4,000 tahun. Tanaman ini tergolong dalam keluarga Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman kacang bendi dan kapas. Secara morfologinya, kenaf mempunyai kaitan rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus Sabdariffa). Kenaf juga dikenali tanaman herba jangka pendek musim panas yang mampu menghasilkan serat panjang (25-30 peratus) pada bahagian kulit luar batang yang dinamakan bast dan juga serat pendek yang lebih dikenali sebagai core (70- 75peratus) dan bahagian dalam batang. Ia mampu mencapai ketinggian lapan hingga lima meter dan biasanya dituai dalam tempoh 120 hingga 150 tan selepas ditanam. Hasil berat batang kering bagi kenaf adalah antara 15 hingga 20 tan metrik bagi setiap hektar tanaman. Kenaf juga boleh dituai dalam tempoh antara 45 hingga 60 tan untuk dijadikan makanan ternakan memandangkan dalam usia itu, kandungan protin kasar dalam daunnya melebihi 20 peratus. Kebiasaannya, selepas 80 tan kadar protein dalam kenaf akan menurun disebabkan penurunan kadar nisbah daun kepada batang dan juga pembentukan serat dalam bahagian batang. Pemilihan jenis kenaf bergantung kepada persekitaran dan agroiklim yang berbeza iaitu dan segi pertumbuhan pokok, keperluan fotokala, bentuk daun, bunga, biji benih dan liitan batang, manakala penyaringan jenis bergantung kepada nisbah kulit luar bahagian dalam dan jumlah berat hasil sehektar. Di Malaysia, antara jenis kenaf yang sesuai ditanam ialah V36, G4, KB6, Tainung, Quiping dan Khon Kaen 60. Jenis V36 diusahakan secara meluas di Malaysia kerana mempunyai ciri-ciri sesuai dengan iklim negara ini selain mernpunyai serat bermutu tinggi.

Kini, kenaf ditanam secara skala komersial di China, Myammar, India, Bangladesh dan Thailand, namun di Malaysia, industri itu mula mendapat perhatian serius disebabkan keperluan sektor industri sebagai alternatif menggantikan bekalan bahan mentah tertentu, terutama kayu yang semakin sukar diperoleh. Kenaf mempunyai pelbagai kegunaan dan secara tradisinya, ia sering dijadikan tali atau beg guni. Namun, dengan perkembangan industri serat dan gentian yang semakin meluas, kenaf mula mendapat perhatian untuk dijadikan bahan mentah bagi kegunaan lain. Antara kegunaannya ialah dijadikan bahan mentah dalam industri bio komposit sebagai bahan pembuatan untuk dek, permukaan meja, atap gentian, tingkap, pintu dan lantai serta perkakasan bagi produk elektronik dan komponen automotif termasuk pelapik utama pintu. Ia juga boleh dijadikan bahan pembungkusan, kertas tulis dan cetak serta kertas keselamatan selain makanan ternakan dalam bentuk silaj, foder, palet dan kiub serta kegunaan industri tekstil seperti kemeja-T, baju dan tuala mandi. Penanaman kenaf yang diusahakan secara perladangan berskala besar dalam pembangunan ECER dijangka memberi peluang pekerjaan kepada lebih 10,000 petani di Kelantan dan Terengganu dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan menerusi tuaian kenaf. Usaha kerajaan memberi tumpuan dalam penanaman kenaf berikutan menjaga kepentingan petani yang sebelum ini mengusahakan tanaman tembakau. Langkah itu akibat penstrukturan semula industri tembakau dalam usaha Malaysia memenuhi komitmennya terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta) dan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC). Keyakinan Perdana Menteri itu juga membawa harapan negara iaitu berpotensi menjadi pengeluar kenaf terkemuka dunia dalam jangka masa panjang berdasarkan kekuatan yang ada, khususnya pengalaman dalam pengurusan ladang berskala besar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta jalinan antarabangsa yang kukuh. Sehubungan itu, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) diberikan tanggungjawab sebagai pengendali untuk mengeluarkan sumber penting negara itu.

Dalam usaha itu juga kerajaan memberi peruntukan kepada Lembaga Tembakau Negara (LTN) RM25 juta di bawah RMK-9 untuk membantu penanam tembakau menanam tanaman sampingan dengan matlamat menggantikannya dengan kenaf. Sebahagian dana itu disalurkan dalam bentuk pinjaman mudah untuk membantu penanam tembakau memulakan penanaman kenaf dan bantuan modal membeli input pertanian kerana tumpuan kepada kaedah pertanian moden. Pelbagai insentif dan geran ditawarkan untuk menggalakkan lagi industri kenaf di samping dorongan kepada usahawan atau syarikat menubuhkan pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran kenaf. Setakat ini, LTN sudah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan empat syarikat peneraju untuk menubuhkan pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran kenaf di ECER yang menjadi tumpuan utama projek penanaman kenaf.

You might also like