You are on page 1of 25

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

1.0

PENDAHULUAN Kebakaran adalah satu malapetaka yang boleh mengakibatkan kerosakan, kecacatan, kemusnahan harta benda, dan kehilangan nyawa akibat daripada malapetaka tersebut. Mangsa kebakaran pada umumnya terperangkap disebabkan laluan dan persekitaran yang memungkinkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri. Hakikat sebenarnya, kebakaran boleh dicegah dan dihindar dengan adanya rekabentuk kejuruteraan yang sesuai pada semua bangunan, terutama bangunan yang tinggi. Ianya mestilah mengikuti peraturan dan kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sejajar dengan British Standard (UK) dan National Fire Production Agency (US) diikuti dengan perancangan dan perlaksanaan aktiviti penyenggaraan yang berkala dan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Fire

Safety Audit.

Penyediaan laluan dan tangga keluar (escape route dan escape staircase), pintu dan dinding rintangan api, natural ventilation, lobi dan laluan asap serta pemilihan bahan binaan yang sesuai adalah penting Selain daripada itu, sistem pencegahan kebakaran saperti hose reel, sprinkler, alat-alat pemadam api, smoke detector, loceng kecemasan mestilah berada dalam keadaan berfungsi dan baik. Keperluan ini amatlah penting bila berlaku kebakaran. Bagi mempastikan ianya berkeadaan baik, maka pemeriksaan berkala perlu diadakan dan ia seharusnya dimasukkan ke dalam PPM.

2.0

REKABENTUK BINAAN Penyediaan laluan dan tangga keluar (escape route dan escape stair case), pelan kebakaran, pintu/dinding rintangan api (fire door), natural ventilation, lobi dan laluan asap (smoke duct) dan pemilihan bahan binaan perlu diambil berat di dalam mempastikan bangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan dan pencegahan kebakaran yang tinggi.

3.0

REKABENTUK KEJURUTERAAN Menyediakan rekabentuk dan pemasangan yang sesuai mengikut peraturan Jabatan BOMBA dan Penyelamat (Malaysia), British Standard (UK) dan National Fire Production Agency (US).

4.0

PENGURUSAN PENYENGGARAAN Merancang dan melaksanakan aktiviti penyenggaraan dan fire safety audit.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

5.0

PENGURUSAN DAN PERANCANGAN KECEMASAN Merancang dan melaksanakan pelan tindakan kecemasan, mengadakan kawad kebakaran bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mempertingkat kemahiran dan pengetahuan semua anggota hospital.

6.0

JAWATANKUASA KESELAMATAN KEBAKARAN (Fire Safety Committee) HOSPITAL KUALA TERENGGANU Rujuk Lampiran A bagi senarai Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Hospital Kuala Terengganu beserta senarai tugas masing-masing.

7.0

PROSEDUR INDUK KESELAMATAN KEBAKARAN Penyenggaraan Dan Kejuruteraan Fasiliti) 7.1 TUJUAN 7.1.1 7.1.2 7.1.3

(Perkhidmatan

Untuk mengambil langkah berkesan bagi mencegah kebakaran. Untuk menyenggara semua pemasangan sistem pengesan kebakaran dan peralatan pencegahan (Otomatik dan manual). Untuk melatih semua kakitangan supaya mengambil tindakan yang sesuai semasa kebakaran atau pengungsian bangunan.

7.2

SKOP Pencegahan dan Pengawalan Kebakaran

7.3

DEFINISI 7.3.1 Fasiliti Pengesan Kebakaran Termasuklah : Manual pecah kaca kebakaran Pengesan haba otomatik Pengesan asap otomatik Sistem Sprinkler

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

7.3.2 Fasiliti Pencegahan Kebakaran Otomatik : Kelengkapan Pencegahan Kebakaran Termasuklah :

Sprinkler automatik jenis air diaktifkan dengan haba dan


asap. Sistem karbon dioksida automatik banjiran 7.3.3 Peralatan Manual Cegah Kebakaran : Peralatan Pencegahan Kebakaran termasuklah : Alat pemadam api mudah alih Gegelung hos Pancur kering/basah Selimut Api Kebakaran

7.4

RUJUKAN 7.4.1 7.4.2 7.4.3 Garis panduan keselamatan kebakaran di Hospital, Jabatan Perkhidmatan BOMBA Malaysia.

Uniform Building Bylaw (UBBL)


Keperluan teknikal dan petunjuk prestasi perkhidmatan penyenggaraan fasiliti untuk projek pengswastaan (TRPI)

7.5

TANGGUNGJAWAB 7.5.1 Kementerian Kesihatan Membentuk AJK Keselamatan Kebakaran. Membentuk Pelan Keselamatan Kebakaran. Menyelaras latihan evakuasi/pengungsian. Untuk menghadiri sesi keselamatan kebakaran anjuran syarikat konsesi. Menyelaras kawad kebakaran dan kawalan kebakaran dengan pihak BOMBA, Polis dan lain-lain agensi

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

7.5.1 Syarikat Konsesi Untuk menasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap aspek keselamatan sebagai ahli JK Keselamatan Kebakaran. Untuk membantu di keselamatan kebakaran. dalam menyediakan di dalam pelan latihan

Untuk mengambil bahagian evakuasi/pengungsian.

Untuk melatih semua kakitangan tentang keselamatan dan operasi yang betul di dalam mengendalikan peralatan melawan api. Untuk menyenggara fasiliti pengesan pencegahan api dan peralatan-peralatannya. kebakaran,

Untuk menyediakan laporan kepada KKM ke atas keselamatan kebakaran, bahaya evakuasi dan kecacatan. Untuk memberitahu KKM dengan serta merta terhadap bahaya kebakaran apabila dikesan. Untuk menyediakan bahan latihan.

7.6

PROSEDUR 7.6.1 Mengambil Kebakaran Semua Langkah Praktikal Pencegahan

KKM membentuk ahli Mesyuarat Keselamatan Kebakaran. Syarikat konsesi menyertai sebagai ahli mesyuarat dan memberikan nasihat teknikal ke atas isu yang berkaitan terhadap keselamatan kebakaran dan evakuasi. KKM menyediakan pelan keselamatan kebakaran. Syarikat Konsesi membuat semakan tahunan terhadap keselamatan kebakaran pengukuran dan laluan evakuasi seterusnya menyediakan laporan berkala kepada KKM. Semasa waktu kerja biasa, Syarikat Konsesi mengesan risiko kebakaran atau risiko evakuasi dengan serta merta memberitahu KKM.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Dari masa ke semasa, KKM hendaklah menghubungi BOMBA bagi menjalankan audit keselamatan kebakaran. KKM menilai laporan kebakaran dan risiko evakuasi dan mengarahkan tindakan pembaikan seperti yang diperlukan. Syarikat konsesi menjalankan kerja-kerja seperti yang diarahkan oleh KKM. pembaikan

Penambahan, pengubahsuaian atau pelupusan kepada permukaan bumi, bangunan-bangunan, loji loji atau peralatan hendaklah dikendalikan sebagai kerja-kerja berbayar balik (Reimbursable Work). 7.6.2 Menyenggara Semua Pemasangan Automatik Dan Manual Peralatan Pengesan Dan Cegah Kebakaran Syarikat Konsesi mengenal pasti semua pengesan api dan kelengkapan cegah kebakaran dan merekodkan di dalam pendaftaran aset. Syarikat Konsesi menyenggara dan menguji semua pengesan dan kelengkapan cegah kebakaran sesuai dengan garispanduan pengeluar, KKM, BOMBA dan piawai perundangan. Syarikat Konsesi merekodkan maklumat secara bertulis penyenggaraan dan pengujian di dalam buku rekod dan di dalam komputer berasaskan pengurusan penyenggaraan dan sistem informasi. Syarikat Konsesi menyediakan laporan berkala ke atas penyenggaraan pengesan kebakaran dan kelengkapan pencegahan dan peralatan kepada KKM. 7.6.3 Melatih Semua Kakitangan Untuk Mengambil Langkah Yang Sesuai Semasa Berlaku Kebakaran Dan Evakuasi Semasa KKM menyelaras latihan pengungsian/evakuasi. Syarikat Konsesi mengambil bahagian di dalam latihan tersebut. KKM menasihatkan Syarikat Konsesi ke atas keperluan latihan kebakaran perseorangan.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Syarikat Konsesi merancang dan menjadualkan sesi latihan kebakaran dan menasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap masa bagi latihan. KKM menetapkan masa dan mengarahkan kakitangan untuk menghadiri latihan kebakaran yang dijadualkan. Kakitangan KKM perlu mengikuti latihan kebakaran. Syarikat konsesi mengadakan latihan pencegahan kebakaran, penggunaan alat-alat pengesan kebakaran dan alat-alat pencegah kebakaran serta cara menggunakannya dengan betul. Syarikat konsesi merekodkan kehadiran kakitangan KKM. Syarikat konsesi menyediakan bahan-bahan dan peralatan bagi latihan. 7.7 REKOD Merekod penyenggaraan sistem pencegahan kebakaran (oleh Syarikat Konsesi).

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.0

SISTEM PENCEGAHAN DAN PENGESANAN KEBAKARAN DI HOSPITAL KUALA TERENGGANU 8.1 KATEGORI SISTEM/ALAT Terdapat 3 kategori sistem / alat : Pemasangan statik - Sistem CO2 / Sprinkler Pemasangan mudah alih - ABC dry powder / CO2 Pengesan asap dan haba 8.2 LOKASI PEMASANGAN ALAT Alat-alat ini dipasang di lokasi-lokasi tertentu mengikut kesesuaian fungsi seperti yang digariskan oleh badan profesional tertentu. Terdapat 3 Zon pemasangan.

ZON A (BANGUNAN INDUK) Terdiri daripada bangunan utama merangkumi Blok A,B,C,D dan E. Sistem pencegahan kebakaran yang dipasang di Zon ini ialah :Alat Pancur Basah (Wet Riser)

Hydrant Sprinkler
Gegelung Hos CO2 Alat Pemadam Mudah Alih Alat Penggera (Pengesan asap, pengesan haba, pecah kaca dan suis aliran)

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

ZON B (HOSPITAL LAMA) Terdiri daripada bangunan Kolej Kejururawatan, asrama, dewan syarahan dan bangunan lain yang berdekatan. Jenis alat pencegahan kebakaran yang ada ialah :-

Hydrant
Gegelung Hos Alat Pemadam Mudah Alih Pecah Kaca

ZON C (HOSPITAL LAMA) Terdiri daripada Wad Psikiatri, Makmal Mutu Makanan, Setor Farmasi, Klinik Psikiatri, Pejabat Kesihatan, Klinik Dada dan bangunan lain yang berdekatan. Alat Pencegahan yang ada ialah :-

Hydrant
Alat Pemadam Mudah Alih Pecah Kaca

ZON D (BANGUNAN KOMPLEKS RAWATAN HARIAN) Alat Pancur Basah (Wet Riser)

Hydrant Sprinkler
Gegelung Hos CO2 Alat Pemadam Mudah Alih Alat Penggera (Pengesan asap, pengesan haba, pecah kaca dan suis aliran).

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.3

JENIS-JENIS ALAT PENCEGAHAN KEBAKARAN 8.3.1 SISTEM HYDRANT Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi seperti yang terdapat pada sistem pancur basah. Cara Guna : Hanya boleh digunakan oleh anggota BOMBA. Cara guna sistem ini sama dengan sistem pancur basah (Rujuk 8.3.2). Lokasi Alat : Sistem ini biasanya terdapat di tepi bangunan atau laluan utama (jalan). Sila lihat pelan lokasi di bawah.

PELAN LOKASI Bangunan Utama

A C
X X

E
X

PETUNJUK :
X

Sistem Hydrant

A B C D E

Bangunan Bangunan Bangunan Bangunan Bangunan

Utama Utama Utama Utama Utama

8 8 1 1 1

Tingkat Tingkat Tingkat Tingkat Tingkat

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.3.2 SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER) Sistem ini menggunakan air bertekanan sebagai bahan pemadam. Air yang bertekanan tinggi ini dipancut melalui hos dan nozzle kearah kebakaran. Cara Guna : Hanya boleh digunakan oleh anggota anggota-anggota lain yang dilatih khas. i) ii) iii) iv) BOMBA dan

Gelung Hos dibentang menghala ke tempat kebakaran. Pasang Jet Air (Nozzle) di hujung Gelung Hos. Buka Injap Air. Halakan pancutan ke tempat kebakaran.

Lokasi Alat : Alat ini biasanya terdapat di bahagian jalan keluar atau tangga keselamatan di bangunan. PELAN LOKASI . Bangunan Utama

B
X X

A C
X

E D

PETUNJUK :
X

Sistem Pancur Basah

A B C D E

Bangunan Bangunan Bangunan Bangunan Bangunan

Utama Utama Utama Utama Utama

8 8 1 1 1

Tingkat Tingkat Tingkat Tingkat Tingkat


10

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.3.3 SISTEM GEGELUNG HOS (HOSE REEL) Alat bantu mula memadam kebakaran. Boleh dikendalikan oleh orang ramai tanpa memerlukan latihan khas. Binaan : i. ii. iii. iv. Tangki Air (2400 gal) di paras 9 Blok A. Pam Elektrik bersama suis tekanan. Panel kawalan elektrik. Gegelung hos dan nozzle (jarak pancutan sehingga 20 kaki).

Operasi : i. ii. iii. iv. v. Tekanan air sentiasa ada dalam paip . Tekanan ini di kawal oleh pam yang dikawal oleh suis tekanan masing-masing. Suis tekanan dihubungkan ke stater panel membolehkan pam dijalankan secara otomatik. Jika elektrik pam utama gagal berfungsi, seterusnya akan diambil alih oleh standby pam. Pam boleh beroperasi secara otomatik / manual. bagi

operasi

Tatacara Guna : i. ii. iii. Buka gate valve sepenuhnya. Tarik hos dari gelungan dan hala ke api. Pusing nozzle sepenuhya untuk mendapatkan semburan atau pusing sebahagian untuk bentuk jet.

AWAS !!!!

ELAKKAN DARI MEMADAMKAN API

YANG BERPUNCA DARIPADA ELEKTRIK.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

11

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Lokasi Alat : Di tempatkan di laluan atau koridor bangunan. Sila lihat pelan lakaran di bawah. PELAN LOKASI Bangunan Utama

X X X

A C
X X

E D
X X X X

PETUNJUK :
X

Sistem Gegelung Hos

A B C D E

Bangunan Bangunan Bangunan Bangunan Bangunan

Utama Utama Utama Utama Utama

8 8 1 1 1

Tingkat Tingkat Tingkat Tingkat Tingkat

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

12

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.3.4 SISTEM SPRINKLER Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi. Air bertekanan disalurkan melalui paip yang dipasang siap dengan nozzle. Jumlah nozzle yang dipasang mengikut luas kawasan. Biasanya jarak antara satu nozzle dengan yang lain ialah 8 kaki. Tatacara Guna : Alat ini berfungsi secara otomatik. Sekiranya berlaku kebakaran, bahang panas kebakaran akan menyebabkan kaca yang terdapat pada nozzle akan pecah, lalu pancutan air akan keluar dalam bentuk semburan (spray). Lokasi Alat : Sistem ini dipasang pada kebanyakan bangunan tinggi, ianya terletak di siling-siling bangunan. Di HKT sistem ini terdapat di Bangunan Utama dan Kompleks Rawatan Harian.

8.3.5 SISTEM CO2 Sistem ini menggunakan gas CO2 dalam balang bertekanan. Tatacara Penggunaan : Semasa berlaku kebakaran, signal akan dihantar ke Unit kawalan melalui alat pengesan asap dan haba bagi membolehkan plunger menghentak kepala pada balang gas. Semburan gas akan keluar dan menutupi kawasan atau bilik yang terbakar. Lokasi Alat : Sistem ini kebanyakannya terdapat pada bilik-bilik terhad yang menggunakan bahan api atau punca bekalan eletrik. Misalnya dapur, loji dandang (boiler) dan Bilik Suis.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

13

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.3.6 ALAT MUDAH ALIH ( Fire Extinguisher) Terdapat beberapa jenis alat mudah alih dalam pasaran. Bagi kegunaan hospital, debu kering (dry powder), karbon dioksida (CO2) dan jenis B.C.F yang paling popular. Dari segi kegunaan, sila rujuk jadual di bawah. JADUAL ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH, KELAS DAN JENIS API

KELAS API
A (API PEPEJAL)

JENIS API
API KERTAS API KAIN API KAYU

ALAT YANG SESUAI


1. JENIS AIR 2. DEBU KERING 3. KARBON DIOKSIDA 1. JENIS BUIH 2. DEBU KERING 3. BCF

B (API CECAIR)

API MINYAK API LEMAK API PETROL API CAT API VARNISH

C (API GAS)

L.P.G ACETYLENE METHANE BUTANE PROPANE ALCOHOL

1. KARBON DIOKSIDA 2. BCF 3. METHYL BROMIDE 4. DEBU KERING 5. PURPLE K 6. MONNIEX 1. TEC 2. BORON TRIOXIDE 3. METAL X-POWDER 4. G.I.POWDER 5. TEF

D (API LOGAM)

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

14

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Tatacara Guna : i. ii. iii. iv. Bawa alat pemadam api ke tempat kebakaran Buka pin keselamatan. Halakan muncung nozzle ke tempat yang terbakar. Tekan plunger.

Lokasi Alat Terdapat di laluan utama, koridor dan juga laluan keluar.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

15

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.4

SISTEM PENGGERA KEBAKARAN Definisi : Pemasangan tetap kebombaan yang berkemampuan memberi amaran kebakaran melalui peralatan yang boleh dilihat, didengar dan berkemampuan menggerakkan lain-lain tindakan dan arahan. Fungsi : i. Membunyikan penggera dan menyalakan lampu penunjuk (Flashing Light) bagi membolehkan penghuni mengosongkan premis. Mengurangkan kemusnahan hartabenda dan kehilangan nyawa melalui pengesanan awal kebakaran dan tindakan pencegahan yang berkaitan.

ii.

Ciri-ciri : i. ii. iii. iv. Boleh menyedikan amaran awal kebakaran. Boleh menunjukkan dengan jelas tempat yang terbakar. Boleh mengawal semua peralatan kebakaran, mekanikal dan eletrikal di dalam premis. Perlu sentiasa ada bekalan elektrik.

Kompenan Utama : i. ii. iii. iv. v. Pengesan asap Pengesan haba Manual break glass Panel penggera Pendawaian elektrik

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

16

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.4.1 Pengesan Asap Alat penggera dapat mengesan kewujudan asap di sekitar 50 meter persegi. Isyarat (signal) akan dihantar ke panel penggera untuk membunyikan alarm. Terdapat 2 jenis iaitu :8.4.1.1

Ionization Type
Mempunyai chamber yang diionized oleh punca radioactive. Bila partikel asap melepasi chamber, arus elektrik akan terganggu dan mengeluarkan isyarat. Terlalu sensitif dan kerap mengeluarkan isyarat yang salah.

8.4.1.2

Optical Type
Mempunyai photocell yang akan mengesan kewujudan partikel asap dan mengeluarkan isyarat.

8.4.2 Pengesan Haba Mempunyai elemen yang sensitif dengan haba dan akan mengeluarkan isyarat bila haba dikesan dalam lingkungan 100 meter persegi. Terdapat 2 jenis iaitu :-

8.4.2.1 8.4.2.2

Fixed Temperature Rate Of Rise Temperature

8.4.3 Manual Breakglass Dan Bell Merupakan manual alarm call point yang direkabentuk untuk membolehkan penghuni premis membunyikan penggera bila ada kebakaran dengan memecahkan kaca. Litar elektrik akan tertutup dan mengeluarkan isyarat loceng. 8.4.4 Panel Penggera Kebakaran 8.4.4.1 8.4.4.2 Merupakan nadi kepada pergerakan sistem kebakaran. Melalui panel ini dapat diketahui di bahagian/tingkat mana berlakunya kebakaran. Dengan ini rancangan ujian bangunan dapat diuruskan dengan sempurna.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

17

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.4.4.3

Semua alatan kebakaran lain dihubungi ke panel ini yang bertindak sebagai penyampai maklumat (Pengesan asap, panas dan flow switch). Panel penggera akan memberikan amaran kepada penghuni/penyelamat secara menyembunyikan loceng dan menyalakan lampu penunjuk. Panel juga akan memberikan arahan kepada peralatan lain bagi mengurangkan merebak api/asap seperti menutup pintu rintangan api, motorise/fire damper/shutter, lif, AHU dan Intercom Bomba.

8.4.4.4

8.4.4.5

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

18

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

9.0

PANDUAN KAWAD KEBAKARAN DI HOSPITAL Caracara kawad dijalankan di hospital adalah tertakluk kepada jenis dan luasnya kawasan wad di mana kawad kebakaran ini hendak dilakukan. Ada di antara hospitalhospital berada di bangunan tinggi. Oleh itu kawad kebakaran ini hendaklah disesuaikan. Semasa merancang kawad kebakaran, faktor seperti jenis pesakit yang akan terlibat dan juga kedudukan anggota perlulah dikaji. Hospital selalunya menghadapi kekurangan anggota dan dengan itu kawad hendaklah disesuaikan supaya seramai mungkin anggota boleh menghadiri kawad itu. Perlu juga diingatkan bahawa sesetengah pesakit tidak boleh bergerak dan terkejut. Bunyi loceng isyarat boleh mendatangkan mudarat kepada mereka. 9.1 TUJUAN KAWAD Memberi latihan menghadapi bencana kebakaran. Menentukan semua jalan keluar dapat digunakan. Menjalankan tugas menyelamat dengan berkesan. 9.2 PERSIAPAN KAWAD Sebelum mengadakan kawad, perbincangan bersama dengan pegawai bomba dan AJK Keselamatan Kebakaran HKT patut diadakan. Sebaik-baiknya Pegawai Bomba atau Pegawai Keselamatan & Kesihatan pekerjaan memberi ceramah mengenai aspek-aspek kawad dan penggunaan peralatan pemadam api yang ada di situ. Tentukan terlebih dahulu jenis alat pemadam api, sistem kecemasan kebakaran dan lain-lain yang telah dipasang di hospital tersebut. 9.2.1 Perkara-perkara Yang Mesti Ditentukan Menentukan Buku daftar pesakit dan kedatangan kakitangan. Ketua Jabatan/Unit dan Penyelaras Kebakaran setiap lokasi. Sebelum Kawad diadakan, hubungi Pengarah Hospital dan semua Ketua Jabatan/Unit untuk bertindak semasa berlaku kebakaran .

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

19

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Menentukan bahawa tiap-tiap kakitangan hospital hendaklah menghadiri kawad kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 9.2.2 Mengetahui Jalan-jalan, Tempat Menggunakan Alat Pemadam Api Dan Cara-cara

Anggota hospital hendaklah mengetahui kedudukan jalanjalan keluar, tempat di mana alat-alat pemadam api diletakkan dan juga mengetahui cara-cara membunyikan loceng kecemasan yang dilengkapkan di tempat kerja mereka dan juga di tempat rehat. Perkara ini perlu dititik beratkan kepada kakitangan supaya mereka sentiasa mengetahui kedudukan tanggatangga kecemasan dan memahami peranan mereka semasa kebakaran.

9.3

TINDAKAN-TINDAKAN SEMASA KECEMASAN 9.3.1 Penyelarasan Tugas Dan Tindakan

i. ii. iii. iv.

Tanggungjawab semasa keselamatan hendaklah difahami oleh setiap anggota. Sebarang tindakan hendaklah berpandukan penyelarasan tugas yang telah ditetapkan. kepada

Perkara ini adalah penting supaya tindakan yang diambil tidak bercelaru (panik). Semua kakitangan hendaklah memahami tugas : a. b. c. d. Panduan melepaskan diri. Menyelamat pesakit-pesakit yang hampir kepada bahaya. Menyelamat dokumen dan rekod. Berpengetahuan dalam cara melawan kebakaran.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

20

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

9.3.2 Pengendalian Ujian Alat Isyarat Pihak yang bertanggunjawab terhadap premis (khususnya di tempat kritikal seperti OT, ICU, Wad) perlu dimaklumkan sebelum sebarang pengujian sistem isyarat atau bunyi loceng kecemasan kebakaran dilaksanakan. Ini penting untuk mengelakkan gangguan operasi harian hospital. 9.3.3 Pengungsian (Evacuation) a. Definisi Pengungsian adalah proses pemindahan dari tempat bencana ke tempat yang lebih selamat dengan cara teratur dan selamat. Dalam kes kebakaran di hospital, pengungsian adalah bermaksud memindahkan pesakit, pelawat dan anggota hospital dari wad ke tempat yang lebih selamat. Mengeluarkan dan menyelamatkan pesakit-pesakit dari bangunan bolehlah dilakukan dengan cara seperti berikut :i) ii) iii) iv) v) Memapah Pikulan Menggunakan selimut atau cadar Mengalihkan katil-katil ke tempat selamat Menggunakan stretcher

Hendaklah berhati-hati melakukan tugas ini. Semua cara-cara menyelamat ini hendaklah diberi menerusi latihan bagi mengekalkan kemahiran dan pengalaman.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

21

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

b.

Cara Pengungsian Pengungsian harus dilakukan mengikut terbahagi kepada tiga peringkat :Peringkat 1 Peringkat 2 : : keadaan dan

Bertindak menjauhkan diri sendiri dan pesakit dari tempat berlaku kebakaran. Bertindak memindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat samada di tingkat yang sama atau ke tingkat bawah. Bertindak memindahkan pesakit ke tempat yang selamat iaitu keluar mengosongkan bangunan.

Peringkat 3

Ketiga-ketiga peringkat yang dinyatakan di atas adalah proses yang melibatkan pesakit. Justeru itu cara pemindahan yang dibuat hendaklah betul (rujuk Lampiran E - Teknik Pemindahan Pesakit). c. Faktor Yang Pengungsian Perlu Diambilkira Semasa Proses

Bagi memudahkan dan melicinkan lagi proses pengungsian bangunan, unit yang terlibat dengan kebakaran hendaklah mengambilkira fakta berikut sebelum bertindak mengungsi bangunan : i. ii. iii. iv. Adanya bahan-bahan yang mudah terbakar seperti gas oksigen, LPG, alkohol dan lain-lain. Keadaan pesakit, jumlah yang perlu bantuan. Jumlah anggota yang bertugas. Keadaan api yang merebak.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

22

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

d.

Kategori Pesakit/Mangsa Bagi memudahkan proses pengungsian penyelaras lokasi hendaklah sentiasa sedar akan keadaan pesakit yang dirawat dalam wad-wad di hospital. Dengan ini kerja-kerja pemindahan lebih mudah dan cepat dilakukan. Kategori 1 : Keadaan pesakit yang tak boleh bergerak tanpa bantuan petugas. Kategori 2 : Keadaan pesakit yang tak berupaya bergerak tanpa bantuan petugas. Kategori 3 : Keadaan pesakit yang mampu menyelamatkan diri dengan bantuan alat misalnya kerusi roda, tongkat dan lain-lain. Kategori 4 : Keadaan pesakit yang mampu bergerak sendiri.

e.

Masa Pengungsian Pengungsian bangunan hendaklah dilakukan serta merta tanpa berlengah sekiranya keadaan terpaksa. Walaubagaimanapun peraturan berikut haruslah dipatuhi agar proses pengungsian dapat dilaksanakan dengan sempurna. i. Arahan pengungsian peringkat 1 boleh dilaksanakan oleh Penyelaras lokasi. Sila rujuk lampiran A (senarai penyelaras). Arahan peringkat II iaitu memindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat boleh juga dilakukan oleh Ketua Penyelaras lokasi dengan nasihat daripada Ketua Penyelaras atau Timbalan Ketua Penyelaras atau Ketua Operasi. Arahan penyelaras peringkat III iaitu pengungsian keseluruhan bangunan hendaklah dilakukan oleh Ketua

ii.

iii.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

23

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Penyelaras atau Timbalan Ketua Penyelaras atau Ketua Operasi dengan nasihat pegawai BOMBA negeri. f. Tempat Perhimpunan Tempat perhimpunan yang dimaksudkan di sini ialah tempat berhimpunan bila proses pengungsian peringkat III dilakukan iaitu pengungsian keseluruhan bangunan. Tempat yang dicadangkan adalah di PADANG BOLA atau kawasan tempat letak kenderaan, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang. Semasa proses pengungsian dibuat semua penghuni hendaklah keluar dengan cepat dan teratur melalui jalan atau laluan yang mempunyai tanda keluar. Kebiasaanya tanda ini terdapat pada pintu kecemasan. Lapor diri ke tempat perhimpunan dan tentukan anda dipanggil (Panggil Baris). Penyelaras Lokasi dikehendaki memeriksa anggota yang ada dan lapor kepada Ketua Penyelaras Perhubungan. Ketua Penyelaras Perhubungan akan melaporkan kepada Ketua Operasi dan Ketua Operasi seterusnya akan melaporkan kepada Pegawai Bomba Perhubungan. PERINGATAN : Jangan lari ke tandas atau mana-

mana balik.

bilik.

Jangan

berpatah

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

24

HOSPITAL KUALA TERENGGANU

9.4

TINDAKAN KEBAKARAN Tindakan kebakaran yang dimaksudkan ialah tindakan yang harus diambil oleh Penyelaras tingkat atau kakitangan yang dipertanggungjawabkan. Tindakan ini dibahagikan kepada tiga bahagian:9.4.1 Tindakan Sebelum Kebakaran a. Memahami selok belok bangunan termasuk tangga kecemasan dan peralatan yang berkaitan dengan bangunan. Mengadakan check list terhadap sistem yang ada dalam unit/wad jagaan sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (Lihat Lampiran D).

b.

9.4.2 Tindakan Semasa Berlaku Kebakaran Sila rujuk Lampiran B dan Lampiran C. 9.4.3 Tindakan Selepas Kebakaran a. b. Mendapat pengesahan bangunan selamat diguna dengan pihak BOMBA. Penempatan semula pesakit ke wad-wad.

PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN

25

You might also like