You are on page 1of 4

Matapelajaran Kelas Tema / Tajuk Masa

: Dunia Sains dan Teknologi : 3 ANGGUN : Sains Hayat : 11.15 - 12.15

Standard Pembelajaran : 3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu : Litupan badan : bercengkerang, berbulu, berbulu pelepah, bersisik Anggota badan : berkaki, besayap, berekor,bertanduk, berparuh, berkuku tajam, Cara membiak : bertelur, melahirkan anak Habitat : hidup di air, di darat, di darat dan air 3.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih 3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, Penulisan atau lisan. Objektif : Pada akhir seisi Pembelajaran murid-murid dapat : -Menyenaraikan 3 jenis haiwan mengikut ciri-ciri yang sama iaitu litupan badan,anggota badan, cara membiak dan habitat bagi haiwan. - Mengklasifikasikan haiwan mengikut kumpulan haiwan yang mempunyai ciri- ciri sifat semulajadi yang sama. - Menyenaraikan ciri yang membezakan haiwan dengan haiwan lain Pengetahuan sedia ada : Murid faham dan dapat membuat perbandingan perkara yang sama dan tidak sama. murid faham bahawa sesetengah haiwan mempunyai ciri-ciri sifat semulajadi yang sama. Pengenalan Konsep : Mengklasifikasikan haiwan mengikut kumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri sifat semulajadi yang sama. KBKK : Membuat pemerhatian , Mengumpul dan Mengklasifikasi, Membuat banding beza, dan membuat kesimpulan. Penerapan Nilai Murni : Mempunyai perasaan minat dan menjaga alam semulajadi. Merealisasikan bahawa sains adalah untuk belajar memahami alam semulajadi. Bersyukur kepada tuhan. Menjadi insan yang mencintai alam semulajadi Melahirkan sifat penyayang. Bahan-bahan yang diperlukan : Pensil warna , kertas warna, guntinhg dan gam. Peringatan kepada Murid : Jangan mencedera atau membahayakan Haiwan. Guru membimbing murid untuk mengetahui bahawa terdapat banyak lagi haiwan lain yang mempunyai ciri-ciri sifat semulajadi yang sama tetapi tidak ditunjukkan dalam pengajaran dan pemebelajaran ini. BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) : Video, Gambar ,BUKU AKTIVITI, Lembaran Kerja

Strategi Pengajaran Set Induksi 1. Guru berusaha untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan video lawatan sekumpulan murid ke Zoo Negara. Murid ditunjukkan gambar seekor harimau, singa dan cheetah. Berdasarkan kepada gambar yang ditunjukkan guru memberi panduan kepada murid untuk mengetahui tentang ciri-ciri sifat semulajadi haiwan ini. Guru bertanya soalan seperti di bawah : Adakah harimau mempunyai misai dan belang pada badan? Adakah singa mempunyai misai? Adakah cheetah mempunyai misai ? Ya, harimau,singa dan cheetah mempunyai misai, tetapi hanya harimau sahaja yang mempunyai belang. Adakah haiwan lain yang mempunyai belang seperti harimau? Sebenarnya terdapat banyak lagi haiwan yang mempunyai ciri-ciri sifat semulajadi yang sama.Siapakah yang tahu nama-nama haiwan tersebut ?

Catatan

Masa: 5 minit

Video 1 lawatan ke Zoo

Langkah 1 Masa: 10 minit

1.

Guru meneruskan langkah dengan meminta murid memerhatikan soalan yang diberi dan menggalakkan murid untuk menjawab soalan tersebut Di dalam langkah ini, murid dapat melihat perbezaan di antara ketiga-tiga haiwan tersebut. Guru berhenti langkah ini seketika kemudian mengalih perhatian murid kepada ciri-ciri sifat semulajadi haiwan. berkenaan sifat semulajadi kaki haiwan

2.

Contohnya :

Bilangan kaki serangga, Apakah jenis kulit yang melindungi badan dan adakah ia mempunyai persamaan. Haiwan ini mempunyai kaki atau tidak ?

Lembaran Kerja 1

Membimbing murid dengan berbincang berkenaan haiwan tersebut. Guru menyambung semula langkah dengan meminta murid melengkapkan Lembaran Kerja 1 dengan dibimbing oleh guru.

Langkah 2

1. Dalam langkah ini murid diberi Kerja Rumah. Murid diminta menyiapkan kerja rumah dengan melengkapkan Buku Aktiiti M/S 23-25. 2. Guru membimbing murid untuk menyatakan apakah ciri-ciri sifat semulajadi haiwan yang tidak lengkap?. 1. Guru bertanya pada murid apakah ciri-ciri sifat semulajadi haiwan yang mereka lihat.di dalam gambar 2. Guru membimbing murid untuk menyatakan bilangan kaki yang dimiliki setiap haiwan. 2. Murid mengasingkan haiwan mengikut kumpulan haiwan yang memiliki jumlah kaki yang sama. Asingkan/Kumpulkan haiwan dengan mewarna empat warna yang berbeza. Aktiviti ini mesti disiapkan di dalam kelas semasa langkah ini dijalankan. 1. Terdapat tiga soalan di dalam langkah ini. Guru meminta murid melengkapkan Lembaran Kerja 4. Guru membimbing murid dengan menjelaskan jenis perlindungan badan haiwan yang terdapat dalam soalan.Kemudian, minta murid menyiapkan jawapan di dalam kelas dengan segera.

Video 3

Masa: 10 minit Langkah 3

GAMBAR 2

Masa: 15 minit

Langkah 4

Lembaran Kerja 4

Masa: 15 minit Penutup

Masa: 5 minit

1. Guru menunjukkan semula gambar haiwan yang telah dilihat oleh murid dan membuat rumusan dengan meminta murid menyebut semula ciri-ciri sifat semulajadi setiap haiwan yang mereka lihat. Guru menegaskan bahawa setiap haiwan mempunyai persamaan dan berbezaan mengikut kumpulan masing-masing.

LEMBARAN KERJA

You might also like