You are on page 1of 6

Bab 11

A) Maksud Jerebu : Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

B) Punca Jerebu : Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu negara.

C) Maksud Indeks Pencemaran Udara (IPU) : IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.

D) Kesan Jerebu Dan Langkah Pencegahannya : terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ialah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, pnemonia dan penyakit-penyakit

yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Sekian,terima kasih.

You might also like