You are on page 1of 6

DEFINISI PEMBUMIAN Pembumian boleh didefinasikan sebagai sambungan yang berkesan di antara punca logam dengan bumi.

TUJUAN PEMBUMIAN sistem pembumian ialah untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan dan kebakaran apabila terjadi arus bocor ke bumi.

Terdapat beberapa sebab mustahaknya pembumian antaranya ialah a). Keseluruhan sistem terikat dengan daya jisim umum bumi dan akan mempunyai keupayaan kosong. b). Mengadakan satu laluan bagi arus bocor ke bumi supaya alat pelindung dapat memutuskan litar .

Pembumian boleh dilakukan dengan cara berikut; Semua bahagian logam yang tidak membawa arus dalam sistem pendawaian. Struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik seperti paip air , rangka rumah dan lain-lain Satu punca belitan sekunder bagi transformer.

Terdapat juga bahagian yang tidak perlu dibumikan seperti; Klip logam untuk memasang kabel Penutup lampu yang diperbuat daripada logam Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat. Rantai logam untuk menggantung lampu dan peralatannya Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai salutan logam selaian daripada kondiut, yang dipanag sebagai penjarak antara banggunan dan kandiut untuk melindungi kabel dalam lampu-lampu nyahcas.

Apabila seseorang tersentuh bahagian logam terdedah yang tidak dibumikan ketika berlaku kerosakan arus bocor ke bumi maka seseorang itu akan mendapat kejutan kerana arus itu akan mengalir menerusi badan dan terus ke bumi. Bagi mengelakkan keadaan ini beberapa perkara hendaklah dilakukan seperti;

Tebatkan sepenuhnya sepanjang pemasangan. Tebatkan dua lapis alat-alat supaya bahagian lampu tidak terdedah. Bumikan logam-logam terdedah supaya arus bocor dapat dialirkan ke bumi. Asingkan logam agar pengguna tidak tersentuh bahagian hidup dan logam yang di bumuikan seperti mengadakan pengadakan pengadang .

You might also like