You are on page 1of 17

Memadam Kebakaran Kecil dan Besar

Pengenalan Kebakaran Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.

Asas Kebakaran Kimia Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsure yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

Rajah menunjukkan Segitiga api

Cara Api Merebak Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan, dan terus menerus. I. Olakan haba Apabila terjadinya kebakaran dalam sesebuah bangunan, asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar dan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran.

II.

Pengaliran Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.

III.

Bahangan Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan.

IV.

Terus menerus Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana apu mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

Kelas-Kelas Api Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Punca-Punca Kebakaran Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:

I. II. III. IV. V.

Pembuangan puntung rokok atau mancis api. Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar. Overloading kepada litar letrik plug atau soket. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera dan peralatan letrik.

Pencegahan Kebakaran Ia merupakan satu tindakan langkah awal yang mestidiambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi (uncontrollable stage). I. Pengurusan Risiko Pembakaran Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran:

Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape). Mengadakan pelan pengunsian bangunan. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan.

Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.

II.

Kelengkapan Amaran Kebakaran Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan system amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secar automatik di bangunan-bangunan. Walaupun begitu, terdapat juga bangunan atau rumah yang menggunakan system manual untuk member amalan kebakaran.

Alat pecah kaca Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada system ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon di mana kaca tersebut dipecahkan.

Alat pengesan haba Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu di peringkat awal kebakaran.

Alat pengesan asap Alat ini beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap tertentu.

III.

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:

Perlindungan aktif Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.

Contoh perlindungan aktif: Sistem pemasangan sprinkler Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon/kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik. Sistem pemasangan pancur (riser) Pancur basah dan Pancur kering. Sistem pili bomba (hyderant) Sistem salur bantu mula (hosereel) Sistem gas CO2 Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Perlindungan pasif Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran.

Contoh perlindungan pasif: Tangga terlindung Koridor terlindung Pintu rintangan api Ruang akses menentang kebakaran Lif Bomba

IV.

Housekeeping Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku.

Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:

Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna. Pembuangan sampah sarap secara tetap. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.

Gambar rajah menunjukkan pengubahsuaian didalam bangunan yang akan mengganggu tugas-tugas jabatan bomba.

Gambar rajah menunjukkan pengubahsuaian premis sedia ada tidak mematuhi syaratsyarat bomba. Contohnya playwood atau papan biasa.

V.

Tubuh pasukan sukarelawan Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya. Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran. Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan tidak terkawal.

VI.

Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut:

tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja. alat-alat pemadam api. struktur bangunan. tempat simpanan bahan mudah terbakar. tahap housekeeping yang sentiasa baik. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan.

Mencegah kebakaran di rumah

1. Padamkan api mancis dan puntung rokok sepenuhnya. 2. Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak. 3. Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan. 4. Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada kanak-kanak. 5. Letakkan bahan mudah terbakar di tempat yang sepatutnya. 6. Jangan membuang bara api ke dalam tong sampah. 7. Kalau boleh pasangkan alat pengesan asap.

Mencegah kebakaran di tempat bekerja atau kilang

1. Jangan berada dalam bangunan yang mempunyai muatan berlebihan. 2. Letakkan alat pemadam api di tempat yang senang diambil apabila berlaku kebakaran. 3. Pastikan alat pemadam api dalam keadaan baik dan elok. 4. Jangan meletakkan barang-barang yang boleh menghalang pintu kecemasan. 5. Jangan mengunci pintu kecemasan.

Cara menghadapi sekiranya berlaku kebakaran kecil atau besar I. Melepaskan diri dari bangunan terbakar

Sekiranya berlaku kebakaran pastikan setiap orang keluar dari kawasan itu.

Tutup pintu, untuk mengelakkan api merebak. Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai seelok-eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari masuk.

Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi Pasukan penyelamat seperti Jabatan Pertahanan Awam atau BOMBA dan Penyelamat. Sekiranya di rumah anda mempunyai alat pemadam api gunakannya untuk kebakaran kecil. Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran sebaik baiknya menghadap jalanraya.

Cara melepaskan diri dari bangunan terbakar: Tutup mulut dan hidung dengan kain basah. Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah hingga jumpa pintu. Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuhsesuatu yang tidak pasti atau halangan. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada berhampiran lantai. Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang agak kuat). Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan. Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun. Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali. Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuknmengurangkan asap. Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa di atas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai. Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

Cara menyelamatkan diri semasa kebakaran Dalam keadaan yang dipenuhi asap, kita boeh menyelamalkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih. Sekiranya terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu kita hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, kita hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif. Sekiranya terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan kita. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik. Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.

II.

Teknik melawan api yang kecil Menggunakan pemadam api. Kenal pasti kelas api yang terlibat serta bersedia dengan alat pemadaman yang sesuai. Membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran. Pastikan anak-anak berada pada jarak dua hingga tiga meter dari tempat kebakaran. Tangga dan laluan kecemasan bebas dari halangan. Pastikan semua penghuni telah meninggalkan bangunan, seterusnya menghubungi pihak bomba.

III.

Menggunakan alat pemadam api

ALAT PEMADAM KEBAKARAN POWDER DRY CHEMICAL ABC PORTABLE


Type
Berat Total Berat Serbuk Tinggi Total Lebar Garis Tengah Tabung Tekanan Kerja Tekanan Uji Lamanya Pancaran Jarak Pancaran AT10P 1.65 Kg 1.0 Kg 335 mm 130 mm 80 mm 12-15 Bar 20 Bar 4 Sec. 3-7 m AT15P AT25P 4.60 Kg 2.5 Kg 515 mm AT35P 6.10 Kg 3.5 Kg 490 m AT60P 10.10 Kg 6.0 kg AT90P 13.70 Kg 9.0 Kg

3.10 Kg
1.5 Kg 385 mm 145 mm 100 mm 12-15 Bar 20 Bar 8 Sec.

580 mm 250 mm
158 mm 12-15 Bar 34 Bar

600 mm

220 mm
100 mm 12-15 Bar 20 Bar 6 Sec.

240 mm
130 mm 12-15 Bar 26.5 Bar 8 Sec.

270 mm 178 mm 12-15 Bar 34 Bar

11 sec 6-10m

16 sec 7-10m

4-7m

3-7m

3-7m

Jenis-jenis alat pemadam api:

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS P-Pull Tarik pin di atas alat pemadam api. A-Aim Halakan muncung alat pemadam ke punca api. S-Squeeze Pusing atau tekan pemegang. S-Sweep Halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

Tatacara Pengunsian Bangunan I. Tujuan latihan pengunsian bangunan Dapat bertindak dengan tenang dan teratur. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas. Routine untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius. Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang telah dirancang. Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan dengan cepat dan teratur.

II.

Arahan / Latihan Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah difahami. Latihan hendaklah kerap diadakan. Tempat diubah-ubah. Mengetahui jalan keluar. Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini. Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang yang mempunyai kawasan luas.

III.

Butiran tugas Routine jika berlaku kebakaran Tindakan / isyarat amaran Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

Tenaga elektrik Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak perlu.

Memanggil pihak bomba Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.

Pengunsian bangunan Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.

Pengumpulan Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian bangunan.

Berbaris (Roll Call) Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada pegawai bomba.

IV.

Kekerapan melakukan latihan Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab.

You might also like