You are on page 1of 12

1.

PENDAHULUAN Dalam pendidikan sama ada pendidikan formal atau tidak formal, akan timbul beberapa persoalan yang akan ditimbulkan. Ini kerana ia melibatkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan ramai pihak seperti orang yang mengajar iaitu guru dan orang yang diajar iaitu pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran juga sering dipersoalkan tentang kaedah, teknik atau cara bagaimana pendidikan atau pengajaran itu disampaikan. Selain itu, persoalan lain yang timbul ialah apakah yang bakal dipelajari atau diajar dalam pendidikan itu? Tahap pendidikan bagi setiap individu adalah berbeza dari aspek umur. Kurikulum pendidikan di setiap negara telah menggariskan panduan dan penggunaan kurikulum mengikut aspek umur. Sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum adalah berasal daripada perkataan Latin curriculum yang membawa maksud ruang tempat di mana satu pembelajaran itu berlaku. Sejak zaman Plato, perkataan ini telah diguna pakai iaitu kira-kira tahun 400 SM. Kurikulum mempunyai bidang-bidang yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kecelaruan. Bidang kurikulum yang telah ditetapkan ialah kurikulum tafsiran spesifik dan umum, kurikulum dalam dan luar bilik darjah dan kurikulum nyata dan tersembunyi. Menurut Feldman,J.R. (1991) terdapat lima komponen utama bagi membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

1.1

Definisi Kurikulum Pelbagai definisi kurikulum telah ditakrifkan oleh pakar-pakar akademik. Tyler (1950) mendefinikan kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang ditentukan. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah dan ia adalah bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Mengikut Kerr J.K. (2002) konsep kurikulum merupakan semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu.

2.0

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Prasekolah dalam bahasa Inggeris disebut sebagai preschool. Sistem pendidikan di Malaysia telah memperkenalkan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun untuk memulakan persekolahan lebih awal terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. Berdasarkan kepada asas definisi kurikulum itu sendiri iaitu memberi pengalaman kepada pelajar, objektif penubuhan prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Selain itu, matlamat pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan sebelum memasuki alam sekolah rendah. Pendidikan prasekolah berhasrat agar kanak-kanak mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Ini selari dengan dengan kajian oleh Catron dan Allen (1999) yang menjelaskan bahawa terdapat dua jenis kurikulum iaitu kurikulum nyata dan tersembunyi. Kurikulum tersembunyi ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak di mana ianya akan membentuk sifat peribadi dan perwatakan kanak-kanak. Sebenarnya kurikulum pendidikan prasekolah tidak menekankan kepada pendidikan secara formal tetapi lebih kepada memberi pengalaman kepada kanak-kanak. Oleh sebab itu, konsep yang digunakan ialah Belajar Sambil Bermain dengan menekankan Pembelajaran Bertema meliputi aktiviti secara berkumpulan, individu dan aktiviti kelas. Dengan aktiviti yang dijalankan ini kanak-kanak akan dapat meningkatkan keupayaan diri dari aspek kawalan emosi dan intektual. Kurikulum berpusatkan murid menjadi fokus dalam pendidikan prasekolah.

2.1

Teori Kurikulum Terdapat beberapa teori kurikulum yang boleh dijadikan dasar kepada pelaksanaan kurikulum. Model kurikulum menjadi asas program yang menggabungkan beberapa teori seperti teori psikologi, perspektif ekologi dan falsafah untuk dijadikan sebagai rujukan. Dalam pendidikan prasekolah, teori psikologi digunakan untuk membantu
2

para guru atau pendidik memahami tentang cara-cara kanak-kanak itu belajar. Pembentukan model dan program yang digunakan dalam pendidikan prasekolah dipengaruhi oleh tiga teori psikologi, iaitu :

2.1.1

Teori Kematangan (Teori Behavioris)

Teori ini dikenali sebagai Teori Perkembangan Arnold Gesell yang mementingkan baka dalam perkembangan sesorang individu. Setiap perkembangan berlaku mengikut urutan. Salah satu objektif pendidikan prasekolah adalah agar kanak-kanak mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. Perkembangan diri kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain kerana terbentuk melalui kematangan individu itu sendiri. Kanak-kanak prasekolah yang berumur 2 hingga 6 tahun biasanya akan diajar perkara-perkara berbentuk peraturan yang menunjukkan perasaan. Contohnya, kanak-kanak prasekolah diajar untuk tersenyum dan mengucapkan terima kasih apabila menerima hadiah walaupun hadiah yang dierima tidak disukai. Kanak-kanak prasekolah sering menunjukkan emosi penilaian kendiri seperti bangga dan malu. Kebiasaannya, aspek domain perkembangan ini dipengaruhi oleh keturunan atau genetik individu atau kanak-kanak. Walau bagaimanapun, teori ini menyatakan dalam keadaan tertentu, kematangan manusia masih sama kerana asas keturunan manusia adalah sama walaupun keturunan berbeza. Jadual di bawah menunjukkan perkembangan turutan tingkah laku yang dihasilkan oleh Arnold Lucius Gesell (1925).

PERINGKAT Peringkat pertama (0 1 tahun)

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU 1bulan- menghasilkan tangisan yang berbeza-beza keinginan
3

untuk

menyatakan lapar

seperti

tangisan

berbeza dengan tangisan takut. 4 bulan- mata boleh mengikut objek yang bergrak 6 bulan- boleh menggenggam objek 12 bulan-berdiri dengan bantuan

Peringkat kedua (1 2 tahun)

Mula jalan bertatih/bantuan Mula memahami makna jangan 2 tahun- boleh berjalan Boleh makan sendiri Bercakap dengan ayat mudah Boleh berlari Menunggang basikal roda tiga Boleh menuruti arahan mudah

Peringkat ketiga (2 3 tahun)

Peringkat keempat (3 4 tahun)

daripada ibu bapa Peringkat kelima (4 6 tahun) Mula bersosialisasi Mengemukakan soalan berperingkatperingkat Bersedia untuk ke kelas prasekolah

2.1.2

Teori Tingkah Laku Persekitaran

Kanak-kanak lebih cenderung kepada sesuatu yang baru dan dekat dengan diri mereka. Sebagai contoh alam sekitar yang ada di sekeliling mereka akan dijadikan sebagai bahan pembelajaran dalam diri kanak-kanak. Oleh kerana pendidikan

kurikulum prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti bermain sambil belajar dan meneroka alam sekitar. Menurut Robert Havighurst, beliau menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh alam sekitarnya. Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak akan mula bermain mengikut jantina dan sentiasa didorong oleh naluri ingin tahu terhadap alam sekitarnya. Mereka suka menjelajah merata tempat untuk mencari pengalaman dan pengetahuan baru melalui pancaindera mereka.

2.1.3

Teori Konstruktivis

Pendidikan prasekolah lebih mengambil kira kurikulum berpusatkan pelajar. Pendekatan konstruktivis sememangnya menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada pelajar. Pelajar prasekolah sangat memerlukan tunjuk ajar guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutama semasa aktiviti permainan. Guru-guru prasekolah akan menjadi pemudahcara kepada pelajar
4

prasekolah. Pendekatan konstruktivis yang boleh dilaksanakan adalah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran dan aktiviti interaksi.

3.0

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Usia 4 hingga 6 tahun merupakan tahap perkembangan dan pertumbuhan yang amat baik dalam diri kanak-kanak. Mereka pada usia ini amat berpotensi untuk menguasai banyak perkara baru seperti kemahiran mendengar, bertutur, berimaginasi, berinteraksi serta membaca dan menulis. Justeru itu, Akta Pendidikan 1996 telah memutuskan untuk memasukkan pendidikan prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah dilaksanakan iaitu pada tahun 2003. Pendidikan prasekolah semakin mendapat perhatian apabila kurikulum ini disemak semula untuk memastikan kurikulum pendidikan terhadap kanak-kanak lebih bersifat holistic, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan kanakkanak yang masih dalam proses pembesaran. Kurikulum Standard Prasekolah telah mengubah cara di mana kanak-kanak tidak ditekankan tentang penilaian secara formal contohnya seperti penggredan. Ini disokong oleh kajian Seefeldt (1990) dalam kajian Imran Arif et.al (2010) yang menyatakan kanak-kanak mempunyai repertoire tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa yang tepat dalam menyampaikan maklumat yang ada dalam diri mereka. Oleh sebab itu, guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan berbentuk esei kepada kanak-kanak. Menyedari bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti pada masa akan datang, KSPK telah disemak mengikut keperluan semasa. Kemahiran-kemahiran penting seperti komunikasi, inovasi, kreatif dan kepimpinan mampu diserap dalam jiwa kanak-kanak seawal umur 4 hingga 6 tahun ini. Aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah) diberi penekanan untuk tujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak. Tunjang yang digunakan dalam KSPK juga adalah mengikut tahap kanakkanak yang berumur seawall 4 hingga 6 tahun. Terdapat 6 tunjang yang dijadikan asas iaitu komuniasi, kerohanian sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri. Kesemua tunjang ini mengambil kira keperluan dan kebolehan kanak-kanak prasekolah dan merupakan kesinambungan kepada pendidikan semasa sekolah rendah dan sekolah

menengah. Oleh itu semakan semula kurikulum KSPK adalah selari dengan kurikulum KSSR dan KSSM.

3.1

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Semakan dan penggubalan semula kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibuat berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Jika dilihat dalam FPK, ianya adalah lebih kepada semua kelompok dalam system pendidikan Negara. Oleh itu, matlamat KSPK juga mempunyai hubungkait yang rapat dengan FPK yang bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai perkembangan potensi yang menyeluruh dan bersepadu melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Kemahiran, keyakinan dan pembentukan konsep kendiri yang positif dapat ditingkatkan melalui semakan semula kurikulum KSPK dan kanak-kanak ini secara tidak langsung akan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.

3.2

REKABENTUK KURIKULUM KSPK Kurikulum ini telah direkabentuk mengikut dua cirri utama yang berasaskan kepada kurikulum standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum standard adalah satu standard kandungan dan pembelajaran oleh kanak-kanak prasekolah yang masih berteraskan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang utama pembelajaran prasekolah. Kurikulum berbentuk modular terbahagi kepada dua iaitu modul asas dan modul bertema. Modul asas menekankan kepada aspek bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil serta Pendidikan Islam dan Moral. Berk (2009) dan Essa (2011) dalam Aliza Ali (2012) menegaskan kanak-kanak memerlukan masa yang secukupnya untuk belajar bahasa dan pembelajaran membaca adalah satu proses yang kompleks pada peringkat prasekolah. Usia antara empat hingga enam tahun ialah peringkat yang paling penting kerana pada usia ini, kematangan dan keupayaan kanak-kanak dalam perkembangan motor dan bahasa adalah amat baik. Oleh sebab itu, modul asas dan modul bertema dibuat secara bersama-sama untuk melahirkan kanak-kanak yang lebih kreatif, kritis dan inovasi. Tambahan pula, dalam modul bertema, setiap pendekatan yang digunakan adalah berdasar kepada isu kehidupan seharian kanak-kanak. Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori pembelajaran yang menyatakan
6

kanak-kanak

mampu

belajar

lebih

daripada

satu

bahasa,

maka

KSPK

memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Teori pembelajaran yang membincangkan tentang keupayaan bahasa kanakkanak ialah Teori Pembelajaran Kognitif oleh Jean Piaget. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan bahasa yang bertindak melalui kaedah ujian. Piaget percaya bahasa manusia mempunyai tahap perkembangan kognitif mengikut urutan dan beliau telah membahagikan perkembangan kognitif ini kepada empat tahap. Ketika berusia 2 hingga 7 tahun iaitu semasa kanak-kanak mula memasuki alam prapersekolahan, mereka berada pada tahap praoperasi. Ketika ini komunikasi secara verbal mula dibina dalam minda kanak-kanak kerana mereka semakin aktif dan mengalami pelbagai ujian, objek atau benda yang berada di sekitar mereka. Salah satu tunjang dalam KSPK ialah Tunjang Sains dan Teknologi yang merangkumi awal Sains, awal Matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan menggunakan komputer. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka berupaya menggunakan segala bentuk objek dan bahan yang berada di sekitar mereka. Ini disokong oleh teori Vygotsky yang menekankan peranan persekitaran dalam perkembangan intelek kanak-kanak dan pembelajaran berlaku melalui interaksi kanak-kanak dalam persekitaran di sekeliling mereka. Di tahap perkembangan praoperasi, kanak-kanak ini biasanya sangat aktif untuk belajar dan memerlukan pengalaman yang berterusan. Dengan adanya penglibatan secara langsung ini, proses perkembangan bahasa, kognitif, social dan fizikal menjadi lebih baik. Setiap apa yang ada di sekitar mereka akan ditafsir mengikut pandangan mereka sendiri dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak diperoleh melalui pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, bau, sentuh dan rasa. Ketika inilah kanak-kanak ini akan mendapat pembelajaran melalui pengalaman. Contohnya kanakkanak yang menyentuh cerek panas akan belajar bahawa cerek merupakan benda yang bahaya.

3.2.1

Pendekatan Belajar Melalui Bermain


7

Kanak-kanak secara semulajadi suka bermain kerana ia adalah fitrah atau tingkah laku semula jadi mereka. Oleh itu, pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada kaedah belajar sambil bermain. Jika dilihat dalam modul bertema dalam KSPK, kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan permainan contohnya dalam tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Apabila kanak-kanak bermain, mereka akan membuat beberapa proses seperti penerokaan, penemuan, pembinaan, kepimpinan pengalaman secara natural. Pengalamanpengalaman seumpana ini memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan akan membina penguasaan kemahiran seperti komunikasi, kreativiti dan kendiri. Pendekatan kepada teknik belajar sambil bermain akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih seronok dan menggembirakan dalam diri kanak-kanak terutama apabila mereka bersama dengan kelompok mereka. Selain itu, perkembangan fizikal, social emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum. Duncan dan Lockwood (2008) dalam Aliza Ali (2012) mengatakan keinginan semula jadi kanak-kanak dapat dipenuhi melalui bermain dan semasa bermain kanak-kanak memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan menggembirakan. Miller dan Almon (2009) menegaskan setiap kanak-kanak berhak diberi peluang belajar melalui kurikulum berasaskan bermain di sekolah. Berdasarkan kepada kajian-kajian ini, adalah bersesuaian KSPK digubal melalui pendekatan Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan Murid (ABP). Jika diteliti, setiap pendekatan dan tunjang dalam KSPK adalah mengikut pendekatan ABP kerana amalan ini menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat dan minat murid. Oleh itu, apa yang ingin dicapai dalam pendidikan prasekolah ini lebih kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid. Beberapa orang tokoh dalam kurikulum seperti Froebel, Montessori, Vygotsky dan Imam Al-Ghazali juga memberi penekanan dalam amalan belajar sambil bermain. Dalam KSPK, banyak melihat belajar sambil bermain amat sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti secara bermain yang dicadangkan ialah Main Sosial, Permainan Luar dan Main Kognitif. Aktiviti belajar melalui bermain meningkat dan menyokong proses pembelajaran dan peluang kepada kanak-kanak berjaya dalam kehidupan masa depan mereka.
8

4.0

RUMUSAN Setelah meneliti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang telah banyak mengambil kira pelbagai aspek, Negara mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum baru ini amat sesuai dengan dan relevan dengan keperluan, perubahan dan cabaran pada masa kini yang memerlukan modal insane yang mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri dan berani, daya kepimpinan, semangat patriotic dan pegangan teguh terhadap agama. Setiap standard dan tunjang dalam KSPK menjadi tunjang dalam melahirkan para cendiakawan pada masa hadapan kerana pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak mampu memberi pulangan yang positif kepada pembangunan Negara.

RUJUKAN

Aliza Ali & Sharifah Nor Puteh. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1): 141-159 http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/05/teori-teori-pembelajaran-bahasa.html Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen standard prasekolah: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Bahagian Pembangunan Kurikulum Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah. (2009). PRA3102: Asas Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah. Kuala Lumpur Rozali Rajab. (2011). Teori-teori pembelajaran bahasa. [23 Oktober 2013]. Suppiah, N., Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.

10

11

Analisis satu kurikulum pendidikan/latihan yang sedang dilaksanakan di Malaysia. Bincang dan huraikan model pembentukan kurikulum yang diguna pakai. Panjang esei 8-10 muka surat A4 termasuk gambar rajah, ditaip menggunakan font 12 Times New Roman, 1.5 spacing. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy pada minggu ke 7 untuk dinilai.
Satu perlu kurikulum pendidikan kajian/artikel rujuk beberapa pilihan dibuat dan awal yang artikel yang dari kanak2 baik. (KSPK) segi spt yang Anda Piaget, berkiatan pernah saya Anda yang pengteorian juga perlu analisis kurikulum, perlu pendidikan tulis dan lihat Erikson awal juga Kurikulum pada model dll. 2010. Standard Analisis teori banyak Sla Pusat di pembangunan Ada kanak2. tesis Prasekolah Kebangsaan dilakanakan

sebagainya. ditulis

pengaplikasian

Vygostsky,

Sumber FPend. Rujuk Tesis Kamarul Azman dan Aliza Ali.

12

You might also like