You are on page 1of 2

PANTOMIN PENGAKAP WATAK ZEK- SYAKIR LAN-ANIQ YING- BATRISYA LING-SARAH IMAM- HAZIQ +IRSYAD +ALYA +PUTRI DINA

+ZALIKHA +RAJA ZIAD PENCERITA DAN SUARA LATAR NADIAH NATASHA SINOPSIS

TOBAT MAKSIAT

Pantomin ini mengisahkan tentang penghijrahan 4 anak muda yang lalai dan alpa terhadap dunia yang serba menipu. Mereka banyak melakukan maksiat dan kejahatan yang banyak mengundang murka dan dosa. Antara kejahatan yang dilakukan oleh mereka ialah mabuk,meninggalkan sembahyang, dan merompak. Kejahatan mereka banyak mengundang kemarahan dan sering menjadi buruan pihak polis. Sehinggalah pada satu ketika mereka dikejar polis selepas merompak dan memeras ugut orang awam untuk mendapatkan duit, mereka lari ke sebuah rumah usang yang tiada penghuni untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak polis. Mereka tertidur di dalam rumah tersebut, sehinggalah mereka bermimpi tentang azab kubur terhadap orang yang melanggar perintah Allah. Akhirnya mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan dan pada akhir cerita mereka semua menyanyikan lagu Tobat Maksiat dan menyesal diatas semua perbuatan mereka. PANTOMIN BABAK 1 (mabuk,rokok) Latar belakang : muzik menari. Pelakon : 4 penjahat yang bakal insaf dalam keadaan mabuk dan menari Pencerita : Zek,Lan,Ying dan Ling ialah sahabat baik yang sentiasa lalai dan alpa. Mereka sering membuat kejahatan dan maksiat bersama. Keluarga mereka sudah tidak kisahkan keadaan mereka. Mereka sering mabuk dengan arak dan sering ke kelab malam (pelakon masuk ke pentas dalam keadaan mabuk dan menari bersama) Pencerita 1 : Pencerita 2 : hoi,jom balik. lepak la dulu broo

4 orang pelakon terus mabuk dan pengsan begitu sahaja

PANTOMIN PENGAKAP BABAK 2 ( Tak sembahyang,menipu sembahyang,curi selipar) LATAR BELAKANG : Surau Pelakon : 4 penjahat yang bakal insaf, Imam, 4 Makmum Pencerita :

TOBAT MAKSIAT

Dalam keadaan pulang kerumah mereka juga sembahyang, tapi menipu. Helah mereka ialah mencuri selipar di surau . Imam : Allahuakbar-sujud (4 pelakon : sujud terus bangun terus keluar surau mencuri selipar) Imam dan makmum : hoi selipar aku. 4 orang pelakon terus berlari keluar dari surau. BABAK 3 ( MEROMPAK) LATAR BELAKANG : BELAKANG BANGUNAN PELAKON : 4 Penjahat yang bakal insaf, 3 Polis, 2 mangsa rompak. PENCERITA : Selain itu, mereka turut merompak dan memeras ugut orang awam untuk mendapatkan wang dan barang kemas. Sehinggalah satu hari, mereka dikejar polis selepas merompak 2 orang di belakang bangunan. Polis : hoi, jangan lari. (4 pelakon berlari dengan laju ,polis tidak dapat mengejar lalu penjahat itu ) BABAK 4 (MIMPI) LATAR BELAKANG : RUMAH BURUK PELAKON : 4 PENJAHAT, IMAM(ORG TUA), 2 BAYANG PUTIH PENCERITA : Mereka menyorok didalam rumah buruk yang tiada penghuni. Disebabkan terlalu takut dan letih, mereka semua tertidur didalam rumah tersebut. Sedang asyik mereka tidur, mereka pun bermimpi.. (imam berbaju putih dan 2 orang perempuan berkain putih keluar mendekati mereka) (music azab kubur di mulakan) Pencerita : Ma Rabbuka Pelakon menjawab : aku tidak tahuuu! (imam pun memukul mereka dengan kuatnya) (bunyi latar belakang guruh dan kilat) BABAK 5 (TERSEDAR INSAF DAN MENYANYI) Latar Belakang : Rumah buruk PELAKON : 4 PENJAHAT, IMAM(ORG TUA), 2 BAYANG PUTIH Pencerita : Mereka semua pun bangun dan sedih serta insaf dengan perbuatan mereka. Mereka berjanji akan menjadi manusia yang berguna kepada agama,keluarga,bangsa dan Negara. (SEMUA PELAKON NAIK KE PENTAS SAMBIL BERNYANYI LAGI TOBAT MAKSIAT ) (LAGU TOBAT MAKSIAT DI MULAKAN YANG DIKETUAI OLEH IMAM(HAZIQ)) Pengajaran : Oleh itu, ingatlah bahawa hidup ini adalah sementara sahaja. Walaupun kita ada rumah besar, kereta besar atau bini besar, semua itu tidak dapat kita bawa masuk kubur. Sama-samalah kita tambah amal ibadat kita. Selamat beramal.

You might also like