You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARK

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI


BIL 1/2014
Tarikh : 31 Disember 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik 37
KEHADIRAN
1.
Pn Siti Kartina bt Najimudin
2.
Pn Rufeah bt Salleh
3.
En. Chander Segar Pillay
4.
Pn Suriya bt Lebai Husain
5.
Pn Noor Asikin bt Busu
6.
Pn Noryusnida bt Mohd Yusop
7.
Pn Siti Nazira Bt Samsudin

( Pengerusi)
( Guru Kanan Kemanusiaan)

TIDAK HADIR
1.
2.

Pn Chang Choo Ling


En Muhammad Shahabudin bin Hassan

( Bersebab)
( Bersebab)

AGENDA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ucapan aluan Pengerusi


Pengesahan Minit Mesyuarat
Perkara perkara berbangkit
Analisis keputusan PMR 2013
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Hal-hal lain
Penutup

1.0

UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalukan kehadiran
semua ahli mesyuarat.

2.0

3.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mi nit mesyuarat yang lalu


dan melakukan pengesahan minit.

2.2

En Chander Segar Pillay mencadangkan minit mesyuarat kali kedua


disahkan dan disokong oleh Pn Norasikin Bt Busu.

PERKARA PERKARA BERBANGKIT


3.1

Mesyuarat memutuskan buku pintas peta tidak lagi diwajibkan kepada


pelajar memandangkan pelajar akan membuat banyak latihan
berasaskan PBS, tetapi terpulang kepada guru jika mahu pelajar
membelinya di Koperasi memandangkan masih ada stok (20 buah).

3.2

Pengerusi memaklumkan bahawa lawatan pada tahun ini belum


ditentukan lagi kerana banyak masalah yang timbul terutamanya
kewangan. Walau bagaimanapun Pn Rufeah mencadangkan lawatan
ke Ladang Tasek Beris,Sik dan mencadangkan ke kawasan sungai
untuk meningkatkan pengetahuan pelajar. Perbincangan akan
dibincangkan kemudian.

3.3

Pengerusi memaklumkan Peta Malaysia masih belum di letakkan


dalam kelas kerana arahan PK HEM agar dinding kelas tidak ditampal
atau dilubangkan. Beliau mencadangkan peta tersebut dilekatkan
pada papan kenyataan setiap kelas. Pn Suriya menyarankan peta
tersebut dibingkaikan. Pn. Rufeah mencadangkan peta tersebut
diletakkan dihadapan kelas supaya pelajar boleh sentiasa melihatnya.

3.4

Tahun ini beliau akan cuba membincangkan sekali lagi dengan PK


HEM kerana majority pelajar sangat lemah dengan soalan
berdasarkan peta Malaysia.

3.5

Pn Asikin mencadangkan supaya peta diframekan dan didrill. Ini akan


membuatkan ianya lebih kemas. Pn Norashikin akan cuba
menanyakan harga membingkaikan peta tersebut..

4.0 ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2013


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peratus kelulusan PMR 2013 adalah
sebanyak 74.25%.Penurunan sebayak 9.2% berbanding PMR 2012
( 83.40%).
4.2 Faktor-faktor penurunan dalam keputusan PMR adalah disebabkan :
4.2.1 Tiga kelas Geografi adalah pada waktu akhir ( 3B,3K dan 3R),
manakala 3M dua waktu selepas perhimpunan. Pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian di waktu akhir dan masa untuk P &
P akan terganggu.
4.2.2 Masalah disiplin pelajar, kehadiran untuk kelas tambahan adalah
kurang memuaskan.
5.0 STRATEGI PENINGKATAN
5.1

Memulakan kelas tambahan lebih awal.

5.2

Pengerusi akan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan dan


akan menjemput Guru Cemerlang atau Jurulatih Utama ke bengkel
tersebut.

6.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


6.1 Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Geografi Tingkatan 3
akan disampaikan oleh Pengerusi pada 3 Januari 2014 kepada guruguru tingkatan 3 sahaja..
6.2

Guru-guru petang memutuskan untuk terus menggunakan Buku


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai evidens untuk
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1 dan 2 .

6.3

Pn Norashikin mencadangkan semua eviden Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS) adalah berdasarkan setiap deskriptor yang tertinggi.

6.4

Pengerusi memaklumkan bahawa penggunaan nota mesti diteruskan


untuk kelas PBS

6.5

Pn Norashikin mencadangkan satu waktu P & P digunakan untuk


mengajar dan dua waktu digunakan untuk membuat mengajar dan
membuat PBS. Untuk Band 5 dan 6, pelajar boleh membuatnya di rumah.
Selain itu, soalan PBS adalah hendaklah dibuat bersesuaian dengan tahap
pelajar. Untuk kelas belakang dicadangkan diberi pilihan jawapan
manakala untuk kelas hadapan, band 1 , 2 dan 3 pelajar boleh
membuatnya di rumah.

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Rumah Kaji Cuaca tidak boleh
dipasang lagi kerana belum ada pagar.
7.2 Pengerusi memaklumkan alatan , marker, pen dan jangka sudut, jangka
lukis boleh didapati dari almari panitia dan semua guru boleh
menggunakannya. ABM iaitu Graph Chart boleh didapati di PSS.,
7.3 Buku Rekod Mengajar perlu dilengkapkan dan dibalut dengan plastik serta
aku janji perlu ditandatangani.
8.0

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh:
Pn Siti Nazira Binti Samsudin
Tarikh : 7 Januari 2014

You might also like