You are on page 1of 21

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

PRESTASI USAHAWAN MELAYU DALAM INDUSTRI KENDERAAN NASIONAL: KES VENDOR PROTON
Mohd. Rosli

1.

Pengenalan

Setelah 20 tahun Malaysia menceburkan diri secara serius dalam projek kenderaan nasional hasilnya memang menarik untuk dibincangkan. Di peringkat nasional, projek kenderaan ini telah berjaya menguasai pasaran kenderaan tempatan; manakala di peringkat antarabangsa pula pembuat kenderaan nasional, iaitu Perusahaan Automobil Sdn. Bhd (PROTON) telah mengambil alih Lotus International, sebuah syarikat pembuat kenderaan yang terkenal di United Kingdom (U.K.). Baru-baru ini kereta keluaran PROTON, Gen-2 clan Wira, masing-masingnya telah mendapat skor 7 clan 13 dalam penarafan yang dibuat di U.K. Turut dilaporkan bahawa Proton Arena (dikenali sebagai Jumbuck di U.K) menguasai 70-80 peratus daripada bahagian kenderaan ringan di U.K (New Straits Times, 22 Julai 2004). Dalam perkembangan terbaru, Proton Waja adalah satu-satunya kereta dalam kelasnya yang diberi penarafan 4.5 bintang (daripada jumlah 5 bintang) oleh Pejabat Rumah Hijau

271

jurnal Pengajian Melayu, jilid 16. 2005

Kerajaan Australia sebagai kereta sedan yang paling ekonomik dan mesra alam di Australia (lihat New Straits Times 3, November 2004). Segala pencapaian sedemikian, memang tidak dinafikan, patut dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Namun persoalan yang timbul: adakah pencapaian kenderaan nasional selama ini diiringi dengan prestasi yang membanggakan di kalangan pembekal (vendor) bahagian dan komponen kenderaan, khususnya vendor Melayu? Persoalan ini perlu dileraikan kerana perkembangan terkini dalam perdagangan antarabangsa mengarahkan kepada persaingan yang semakin sengit di pasaran serantau dan antarabangsa. Ini berlaku ekoran daripada desakan liberalisasi perdagangan di bawah Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Usahawan Melayu perlu menyemak kedudukan diri atau prestasi perniagaan mereka berbanding dengan usahawan bangsa lain supaya mereka mampu bersaing di dunia yang semakin kompetitif, khususnya dalam industri kenderaan. Sayangnya, belum terdapat kajian empirikal dibuat tentang prestasi usahawan Melayu dalam industri kenderaan di Malaysia. Artikel ini cuba menilai perbandingan prestasi antara vendor Melayu dan vendor asing dalam industri kenderaan nasional dengan merujuk kepada kes vendor kepada PROTON.

2.

Pembangunan Industri Kenderaan

Industri kenderaan mengandungi dua kumpulan aktiviti, iaitu kegiatan pengeluaran hiliran (pemasangan kecil komponen dan pemasangan kenderaan) dan kegiatan huluan dalam pembuatan bahagian kenderaan. Pengeluaran kenderaan nasional menjadi kenyataan dengan tertubuhnya PROTON pada tahun 1983. Kereta nasional pertama, Proton Saga, telah dikeluarkan daripada kilang di Batu 3, Shah Alam, Selangor pada tahun 1985. Kini, PROTON mengeluarkan pelbagai model kereta, termasuk Iswara, Perdana, Wira, Sarria, Putra, Waja, dan yang terbaru, GEN-2. Selain daripada PROTON, terdapat tiga lagi pembuat kenderaan nasional, iaitu Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA), Industri Otomotif Komersial (M) Sdn. Bhd (INOKOM) dan Malaysian Truck dan Bus Sdn. Bhd. (MTB); serta 10 pengeluar kenderaan bukan nasional dan tiga pembuat kereta spot komposit yang mengeluarkan kenderaan pelbagai jenama dan model (MIDA 2004). Sebanyak 80

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

peratus daripada jumlah pengeluaran kenderaan penumpang dan perdagangan pada tahun 2002 adalah disumbangkan oleh empat pembuat kenderaan nasional (47 peratus oleh PROTON dan 29 peratus oleh PERODUA). Namun tanpa mengira status nasional pembuat atau pemasang kenderaan, pengeluaran mereka adalah untuk memenuhi pasaran tempatan. Pembangunan industri kenderaan nasional adalah sangat bergantung kepada sokongan kerajaan. Teras utama dasar kerajaan terhadap industri kenderaan ialah untuk membangunkan keupayaan tempatan dalam pembuatan bahagian dan komponen kenderaan melalui perusahaan kecil dan sederhana (UNIDO 1991). Hasrat ini tidak mudah dilakukan tanpa pelbagai alat polisi dan strategi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Pada tahap awal penubuhan PROTON, kerajaan melalui HICOM Sdn. Bhd., telah memenangi 70 peratus ekuiti; manakala ekuiti selebihnya dipegang oleh dua buah syarikat Jepun, Mitsubishi Corporation (15 peratus) dan Mitsubishi Motor Corporation (15 peratus). Selepas PROTON disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1992, kerajaan melalui HICOM Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad (Malaysia 1998) dan Petronas masih menjadi pemegang saham yang utama dalam PROTON. Pegangan saham oleh syarikat kerajaan juga dapat dilihat dalam syarikat pembuat kenderaan nasional lain. Pelbagai insentif turut disediakan kerajaan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 untuk menarik pelaburan dalam industri pembuatan bahagian dan komponen kenderaan. Taraf Perin tis dan Elaun Cukai Pelaburan adalah antara kemudahan insentif yang disediakan kepada vendor yang menjalankan aktiviti atau mengeluarkan produk bahagian kenderaan yang disenaraikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI). Halangan tarif dan bukan tarif diperkenalkan untuk melindungi industri kenderaan dan pembuatan komponen tempatan. Pada mulanya kadar tarif yang dikenakan kepada kenderaan dan komponen kenderaan yang diimport adalah tersangat tinggi. Namun selaras dengan persetujuan AFTA, kadar tarif telah banyak dikurangkan tetapi masih pada kadar 273

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

yang tinggi. Jadual 1 menunjukkan cukai import dan eksais ke atas kenderaan pemasangan tempatan (CKD). Cukai import dan eksais ke atas kenderaan import siap (CBU) adalah lebih tinggi daripada kadar cukai ke atas CKD ini. Halangan bukan tarif adalah dalam bentuk lesen dan kuota import. Sebarang aktiviti import, pemasangan atau pembuatan kenderaan atau komponen perlu terlebih dahulu mendapat lesen daripada MITI. Jadual 1. Struktur cukai baru ke atas kenderaan CKD (peratus)
ASEAN (CEPT) Jenis/Injin (cc) Duti Import Dulu Kereta 1,800 1,800 - < 2,000 2,000 - < 2,500 2,500 - < 3,000 3,000 dan > MPV/Van < 1,500 1,500 - < 1,800 1,800 - < 2,000 2,000 - < 2,500 2,500 - < 3,000 3,000 dan > 4WD < 1,800 1,800 - < 2,000 2,000 - < 2,500 2,500 - < 3,000 3,000 dan >
No ta:

Bukan-ASEAN (MFN) Duti Import Dulu 42 42 60 70 80 5 10 20 30 40 40 10 20 30 40 40 Kini Duti Eksais Dulu Kini 60 70 80 90 100 30 30 40 70 80 90 50 60 70 80 90

Duti Eksais Dulu Kini 60 70 80 90 100 30 30 40 70 80 90 50 60 70 80 90

Kini 25 25 25 25 25 0 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10

<

42 42 60 70 80 5 10 20 30 40 40 10 20 30 40 40

55 55 55 55 55 30 30 30 30 30 30 45 45 45 45 45

35 35 35 35 35 5 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20

55 55 55 55 55 30 30 30 30 30 30 45 45 45 45 45

CEPT - Tarif Keutamaan Berkesan Sama rata; MFN - Negara Paling Diucamakan. Sumber: New Straits Times, I Januari 2004.

774

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

Dasar kandungan tempatan telah diperkenalkan untuk menggalakkan pengeluar atau pemasang kenderaan menggunakan komponen keluaran tempatan. Antara 30 komponen kenderaan yang mesti digunakan oleh pengeluar kenderaan tempatan ialah penapis udara, bateri, karpet, sistem ekzos, tangki minyak, radiator, tempat duduk, palam pencucuh, dan tayar (MACPMA 1996). Pada tahun 2002, nilai kasar komponen tempatan adalah 50-80 peratus dalam kereta Proton, 35-65 peratus dalam kereta Perodua, dan 35-65 peratus dalam kenderaan lain (MIDA 2004). Selaras dengan perjanjian AFTA, dasar kandungan tempatan telah dihapuskan mulai 1 Januari 2004 (MIDA, 2004). Satu lagi langkah yang berkesan dalam mengembangkan industri kenderaan dan melahirkan vendor tempatan ialah melalui Program Pembangunan Vendor (PPV). Program ini diperkenalkan pada tahun 1988 untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai vendor barangan modal dan perantaraan serta perkhidmatan kepada PROTON. Usaha ini adalah juga selaras dengan keperluan Sistem Keutamaan Am (GSP) negara maju bahawa produk eksport perlu mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus kandungan tempatan. PERODUA turut mengadakan program pembangunan vendor pada awal tahun 1990-an (MIDA, tidak bertarikh). Di bawah Skim Komponen Proton, sebuah skim vendor khas untuk usahawan Bumiputera diadakan. Melaluinya, ramai vendor Melayu mendapat kemudahan kewangan untuk membeli barangan modal dan perantaraan dan mendapatkan teknologi. Mereka turut berpeluang untuk menyertai Program Pembaikan Kualiti yang dianjurkan oleh SIRIM dengan bantuan kewangan daripada Dana Bantuan Teknikal Industri (ITAF). Kejayaan PROTON dalam meningkatkan kandungan tempatan dan bilangan vendor tempatan melalui skim pembangunan vendornya adalah tersangat nyata. Kandungan tempatan dalam kereta Proton meningkat sejak PPV dilancarkan daripada 18 peratus pada tahun 1985 kepada 40 peratus pada tahun 1987 dan 70 peratus pada tahun 1989 (Meyanathan dan Ismail 1994). la terus meningkat kepada 80 peratus pada tahun 1992 (Abdul Aziz 1994). Bilangan vendor PROTON pula meningkat daripada 17 pada tahun 1985 kepada 134 pada tahun 1994 dan 186 pada tahun 1999 dengan membekalkan lebih daripada 3,000 komponen kenderaan 275

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

(MITI 1994). Pada masa kini jumlah vendor tempatan dan asing kepada PROTON ialah 284 (Direktori Vendor Proton 2005). Lebih kurang 50 peratus vendor adalah PKS; dan separuh daripada jumlah PKS adalah kepunyaan Melayu (Mohd Shah 1995). Vendor asing adalah dalam lingkungan 11.5 peratus (dikira berdasarkan jumlah vendor yang mendapat persijilan Pihak Berkuasa Standard Jerman: Business Times, 21 April 2005)

3.

Ulasan Karya

Analisis prestasi perniagaan boleh dilihat di peringkat individu usahawan atau firma. Di peringkat firma, prestasi sesebuah firma boleh didefinisikan sebagai keupayaan melahirkan hasil mengikut dimensi yang telah ditetapkan oleh pemilik, pemegang saham atau pengurus untuk mencapai matlamat untung dan strategi (Rantaken, Ukko dan Rehn, tidak bertarikh; Simons 2000). Ukuran prestasi biasanya digunakan untuk mengesan kedudukan, mengkomunisasikan prestasi, mengesahkan keutamaan dan memperbaiki prestasi (Neely 1998); "sebagai rumusan strategi dan komunikasi matlamat, maklumat untuk pembuatan keputusan dan motivasi kepada pekerja" (Schmitz dan Platts 2003: hlm. 719); dan lebih pen ting lagi ia dapat digunakan untuk membandingkan kedudukan dan prestasi semasa sesebuah firma dengan firma yang lain. Ukuran prestasi boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Coplin (2002) menonjolkan tiga ukuran, iaitu pasaran, jualan dan kewangan. Sarder, Ghosh dan Rosa (1997) dalam kajian perusahaan kecil di Bangladesh mengambil empat pengukur prestasi, iaitu pertumbuhan jualan, pertumbuhan guna tenaga, nisbah jualan pekerja dan nisbah nilai di tam bah pekerja. T vorik dan McGivern (1997) dalam kajian prestasi organisasi menggunakan dua ukuran nilai, iaitu ekonomi (pulangan atas jualan) dan petunjuk organisasi (pulangan atas aset dan pulangan atas pelaburan). Garrigos-Simon, Marques dan Narangajavana (2005) dalam kajian firma perkhidmatan di Sepanyol mengambil empat petunjuk prestasi, iaitu keuntungan (pulangan atas aset, pulangan atas pelaburan dan pulangan atas jualan), pertumbuhan (dalam jualan, bahagian pasaran, dan ciptaan kekayaan), kepuasan pemegang saham, dan kedudukan daya saing. 276

Prestasi Usahawan Melayu Dalam hidustri Kender1i.zn Nasional: Kes Vendor Proton

McNamee, Greenan & Mcferran (1999) dalam kajian perniagaan kecil di Ireland menggunakan dua ukuran prestasi; pertumbuhan (dalam volum jualan dan guna tenaga), dan kcuntungan (pulangan atas aset, pulangan atas jualan, nisbah untung pekerja. Powers dan Hahn (2002) dalam kajian perbankan di New England hanya menggunakan satu petunjuk, iaitu pulangan atas aset, untuk membandingkan prestasi 98 buah bank. Abu Kasim, Minai dan Loo (1989) mendapati bahawa firma tempatan dan asing yang beroperasi di Malaysia gemar menggunakan indikator kewangan (jualan, pertumbuhan jualan, sumbangan margin, margin kasar dan aliran kewangan) dan bukan kewangan (kualiti produk, bahagian pasaran, dan produktiviti buruh) dalam mengukur prestasi firm a. Faktor penentu prestasi firma dalam karya juga adalah pelbagai. Rogoff, Lee dan Suh (2004) menegaskan bahawa faktor dalaman dan luaran adalah penentu kejayaan atau prestasi firma. Wijewardena dan Tibbits (1999) dalam ulasan karya mereka mendapati bahawa prestasi firma adalah ditentukan oleh individu usahawan, ciri-ciri khusus firma dan faktor luaran. Kajian pengurusan strategik dewasa ini menekankan bahawa ciri-ciri dalaman firma adalah lebih penting dalam mempengaruhi prestasi fir ma (McGahan dan Porter 1997). Struktur pemilikan adalah salah satu ciri-ciri khusus firma yang sangat mempengaruhi prestasi firma kerana dua alasan. Pertama, perbezaan dalam identiti, tumpuan dan anugerah sumber di kalangan pemilik yang berbeza menentukan kuasa relatif, galakan dan keupayaan untuk mengawal selia pengurus; dan kedua, pemilik berbeza yang mempunyai matlamat berbeza akan membawa pengaruh berlainan ke atas prestasi firma (Douma, George dan Kabir 2003). Faktor luaran yang paling penting mempengaruhi prestasi firma dalam industri kenderaan ialah keupayaan sesebuah firma memperoleh sumber pengurusan termasuk teknologi. Sesebuah firma yang mempunyai teknologi yang lebih maju akan melerakkannya dalam kedudukan yang lebih baik dan lebih berdaya saing (Anazawa 1997) berbanding dengan firma yang tidak berpeluang memperoleh teknologi tersebut. Kajian ke atas hubungan pemilikan mengikut etnik atau kewarganegaraan dan prestasi firma agak terbatas. Kiggundu (2002)

277

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

dalam tinjauan karyanya mendapati bahawa etnik atau status kewarganegaraan penting dalam mempengaruhi prestasi firma. Beliau mendapati bahawa etnik Cina, India Timur, dan Lubnan, serta Korea, Jepun, Cina dan India yang beroperasi di Eropah dan Amerika Utara adalah etnik atau warga asing yang berjaya; manakala golongan yang kurang berjaya ialah etnik berkulit hitam Afrika, Amerika Afrika dan Rusia. Ramachandran dan Shah (1999) dalam kajian perbandingan di Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe mendapati bahawa firma milik Eropah dan India berprestasi lebih baik berbanding dengan firma etnik berkulit hitam Afrika. Amara faktor yang menyebabkan prestasi rendah etnik berkulit hitam Afrika ialah tahap pendidikan formal yang rendah dan kekangan jalinan perniagaan (Ramachandran dan Shah 1999).

4. Kaedah Penyelidikan
Data yang digunakan dalam kajian ini adalah diperoleh daripada Persatuan Pembekal Proton (Direktori 2000/2001 dan Direktori 2005). Terdapat 124 buah firma yang disenaraikan sebagai vendor (pembekal) kepada Proton, tetapi 95 vendor atau 76.6 peratus sahaja daripada jumlah vendor PROTON yang boleh dikesan status pemilikan mereka. Semua vendor ini adalah ahli kepada Persatuan Pembekal Proton. Kebanyakan vendor didapati bukan sahaja menjadi pembekal komponen kenderaan kepada PROTON tetapi juga kepada pembuat atau pemasang kenderaan nasional dan bukan nasional lain demi kelangsungan hidup dalam pasaran kenderaan Malaysia yang agak kecil. Status pemilikan vendor adalah dikira berasaskan kepada majoriti ekuiti yang dipegang oleh mana-mana pemilik dalam sesebuah firma mengikut etnik atau warganegara yang terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu vendor Melayu, vendor bukan Melayu dan vendor asing. Vendor Melayu dan bukan Melayu adalah warga Malaysia. Amara maklumat yang terdapat dalam Direktori tersebut adalah nama dan alamat firma, modal berbayar, jualan tahunan, bilangan pekerja, produk keluaran, dan pasaran. Data untuk keuntungan diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan struktur ekuiti firma daripada Lembaga Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDA). Pemboleh ubah prestasi adalah didefinisikan dan diukur seperti dalam Jadual 2.

278

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Jndustri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

Jadual 2: Pemboleh ubah prestasi, ukuran dan operasi

Pemboleh ubah Prestasi Pulangan Atas As et

Karya Berkaitan Tvorik dan McGivern (1997); McNamee, Greenan & Mcferran (1999); Powers dan Hahn (2002) McNamee, Greenan & Mcferran (1999) Willmore (1986); Abu Kasim, Minai dan Loo (1989) Sarder, Ghosh dan Rosa ( 1997); Garrigos-Simon, Marques dan Narangajavana (2005); McNamee, Greenan & Mcferran ( 1999) Sarder, Ghosh dan Rosa (1997); McNamee, Greenan & Mcferran ( 1999) Tidak ditemui Sarder, Ghosh dan Rosa (1997); Abu Kasim, Minai dan Loo (1989) Garrigos-Simon, Marques dan Narangajavana (2005)

Ukuran dan Operasi+ Unrung Sebelum Cukai/Jumlah As et

Un rung/ Pekerja Jualan Perrumbuhan Jualan

Unrung Sebelum Cukai/Pekerja Jualan tahun 2004 (RM juta) [{(Jualan tahun 2004- Jualan tahun 2000)/Jualan tahun 2000}/Bilangan tahun] x 100

Perrumbuhan Gunatenaga

[{(Gunatenaga tahun 2004Gunatenaga tahun 2000)/ Gunatenaga tahun 2000}/ Bilangan tahun] x 100 Jualan tahun 2004 per unit aset tetap tahun 2004 (RM)* Jualan tahun 2004 per unit buruh tahun 2004 (RM)* Bahagian pasaran/jualan (%) per vendor daripada jumlah keseluruhan pasaran komponen kenderaan bernilai RM 5.19 bilion, tahun 2004 (www.mida.gov.my) Bilangan firma pelanggan tempatan dan eksport Vendor dibezakan mengikut penarafan 1 = jika mengeksport, 0 = jika tidak mengeksport

Produktiviti Modal Produktiviti Buruh Bahagian Pasaran

Bilangan Pelanggan Eksport

Tidak ditemui Willmore ( 1986)

Nota :

+ Ukuran dan operasi disesuaikan dengan data yang ada; * Jualan dianggap proksi pengeluaran.

279

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16. 2005

Data yang diperoleh bagi maksud kajian telah dimasukkan ke dalam Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 11.0 untuk diproses dan dianalisis dengan menggunakan Analisis Perbezaan (ANOVA) sehala. Teknik ANOVA direka khusus untuk menganalisis perbezaan min di antara kumpulan penduduk yang berbeza dan dianggap sebagai lanjutan daripada ujian perbezaan min serta sesuai digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah nominal atau ordinal dan pemboleh ubah interval (Hair et al. dalam Garrigos-Simon et al. 2005).

5. Dapatan Kajian Dan Perbincangan


Kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar vendor adalah beroperasi di Selangor (72.9 peratus), terutamanya di Shah Alam (28.3 peratus), Klang (15.8 peratus) dan Petaling Jaya (10 peratus). Sebahagian kecil lagi beroperasi di Kuala Lumpur (7.2 peratus), Penang (6.1 peratus), Negeri Sembilan (5.0 peratus), Perak (2.2 peratus), Johor (2.2 peratus), Melaka (1.7 peratus), Terengganu (1.7 peratus) dan Kedah (1.1 peratus). Vendor cenderung menempatkan operasi di Lembah Klang kerana sebahagian besar daripada pelanggan mereka, iaitu pembuat atau pemasang kenderaan (70 peratus) dan kawasan industri adalah terletak di kawasan ini (Mohd. Rosli 2004). 5 .1 Profil Vendor Jadual 3 menunjukkan bahawa sebahagian besar (52.6 peratus) daripada vendor adalah usahawan Melayu, diikuti oleh vendor bukan Melayu (22.1 peratus) dan vendor asing (25.3 peratus). lni menunjukkan bahawa Program Pembangunan Vendor PROTON telah berjaya melahirkan usahawan Melayu dalam industri kenderaan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar-dasar ekonomi selepasnya yang berhasrat untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

280

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

Jadual 3: Taburan vendor rnengikut status pernilikan Pemilikan Melayu Bukan Melayu Asing Jumlah
Sumber: Sampel kajian.

Kekerapan 50 21 24 95

Peratus 52.6 22.1 25.3 100.0

Mengikut definisi guna tenaga yang diterima pakai oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), kebanyakan vendor adalah bersaiz besar (57.3 peratus). Kumpulan yang kedua terbesar ialah vendor bersaiz sederhana, diikuti dengan vendor bersaiz kecil (lihat Jadual 4). Kecenderungan vendor kepada saiz besar dan sederhana mungkin sifat industri pembuatan komponen kenderaan yang memerlukan operasi berskala besar bagi memenuhi permintaan bukan sahaja daripada PROTON tetapi juga daripada pembuat atau pemasang kenderaan lain. Jadual 4: Taburan vendor rnengikut saiz firrna Saiz Firma Kecil Sederhana Besar Jumlah
Sumber: Sampel kajian.

Kekerapan 19 34 71 124

Peratus 15.3 27.4 57.3 100.0

Lebih menarik perhatian adalah dapatan yang dipaparkan oleh Jadual 5. Didapati vendor Melayu membentuk kumpulan majoriti dalam kesemua kategori saiz firma. Dalam kumpulan firma besar, vendor 281

furnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

Melayu menguasai 50.9 peratus daripada kesemua firma dalam kategori ini. Dalam kategori sederhana dan kecil, 51.9 peratus dan 61.5 peratus daripada jumlah vendor adalah masing-masingnya dimiliki oleh usahawan Melayu. Kewujudan vendor Melayu yang ketara dalam industri kenderaan PROTON memang tidak menakjubkan kerana penubuhan syarikat ini sendiri adalah selaras dengan matlamat melahirkan MPPB di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional (Abbot 2003).

Jadual 5: Taburan vendor mengikut pemilikan clan saiz firma Pemilikan Melayu Bukan Melayu Asing Kecil 8 (61.5) 2 (15.4) 3 (23.1) 13 (100.0) Sederhana 14 (51.9) 4 (14.8) 9 (33.3) 27 (100.0) Besar 28 (50.9) 15 (27.3) 12 (21.8) 55 (100.0)

Jumlah

Nota: Angka dalam kurungan adalah peratus Sumber: Sampel kajian.

5.2 Prestasi Vendor Terlebih dahulu, satu ujian telah dibuat untuk mengenal pasti perbezaan prestasi antara vendor Melayu dan bukan Melayu warga Malaysia. Namun tidak ada bukti bahawa terdapat perbezaan secara bererti dalam prestasi mereka. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh sifat industri pembuatan komponen kenderaan yang merupakan industri bukan berasaskan sumber dan memerlukan kepakaran dan teknologi di luar kemampuan usahawan tempatan; maka usahawan

282

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

tempatan tanpa mengira etnik tidak mempunyai perbezaan ciri yang ketara dari sudut sumber dalaman. Sebaliknya, mereka sama-sama bergantung kepada teknologi asing dalam reka bentuk, kejuruteraan dan penyelidikan dan pembangunan (lihat UNIDO 1991) untuk beroperasi dan mengeluarkan produk. Memandangkan pentingnya usahawan mengambil kira penanda aras di peringkat antarabangsa unruk bersaing dalam dunia sejagat, prestasi vendor Melayu perlu dibandingkan secara langsung dengan usahawan asing. Tambahan pula di dalam dunia persaingan sejagat, vendor Melayu tidak lagi semata-mata berdepan dengan rakan bukan Melayu tetapi juga dengan pesaing warga asing. Bahagian ini akan melaporkan dan membincangkan prestasi vendor Melayu dan vendor asing. Jadual 6 memaparkan dapatan daripada analisis ANOVA yang dilakukan ke atas setiap ukuran prestasi bagi menentukan perbezaan di antara dua kumpulan vendor, iaitu vendor Melayu dan asing. Ujian keertian dibuat bagi menentukan sama ada min kumpulan adalah sama (hipotesis nu!). Terbukti bahawa terdapat perbezaan yang bererti dalam Japan daripada sepuluh petunjuk prestasi bagi dua kumpulan vendor yang dikaji. Ini bermakna bahawa hipotesis nul dirolak dan mengesahkan perbezaan bererti dalam prestasi di antara vendor Melayu dan vendor as mg. Dari sudut jualan dan eksport, perbezaan antara vendor Melayu dan asing ridak bererti secara statistik. Ini memberi isyarat bahawa vendor asing yang beroperasi di sini adalah sama dengan vendor tempatan yang hanya sekadar untuk memenuhi jurang perminraan komponen tempatan. Penemuan ini dikuatkan lagi oleh kenyataan Anazawa ( 1997) bahawa firma asing dijemput menjadi vendor kepada PROTON selaras dengan keperluan 60 peratus kandungan tempatan di bawah Skim Keutamaan Am (GSP), sebelum kenderaan layak dieksport ke United Kingdom. Dengan kata lain, vendor asing dijemput semata-mata unruk memenuhi permintaan komponen daripada pembuat kereta nasional, PROTON dan bukannya untuk dieksport. Dari aspek pertumbuhan guna tenaga, prestasi vendor Melayu (min

= 5.96) adalah lebih baik berbanding dengan vendor asing (min= 1.12) dengan perbezaan statistik yang bererti (p < 0.039). lni menunjukkan
283

Jurnal Pengajian Me!ayu, ji!id 16, 2005

Jadual 6: Ujian prestasi vendor Proton mengikut pemilikan

95% Aras Keyakinan Petunjuk Prestasi Pemilikan N Min Sum her

Dr

Jumlah
Ku as a

Dua Pulangan AtasAset Melayu Asing Jumlah Melayu Asing Jumlah Melayu Asing Jumlah 31 20 51 31 20 51 49 24 0.1061
Faktor Ralat Jcu11L1h

Min Kuasa Dua 0.435 0.034

Sig.

o.nsJ
0.1803 0.0140 0 0506 0.0283

.j(j

)0

0.435 1.677 2.1) 2 0.016 0.074 0.090

12.714 0.001

Un tung/ Pekerja

Faktor R.tb.r Jumlah

49 50

0.016 0.002

10.828 0.002

Jualan

73
42 20 62 42 20 62 49 24 73 49 24 73 49 24 73 50 24 74 50 24 74

62.820 Faktor 121.050 Ralat 81.964 Ju ml ah 11.0440 faktor 4.9929 Ralat 9.0920 Jumlah 5.9551 1.1182 4.3948 Faktor Ralat Jumlah

71 72

54624.248 54624.248 3.087 1256185.210 17692.749 1310809.458 496.081 13858.773 14354.855 316.968 4285.450 4602.419 15451.367 228934.714 244586.081 5.295 43.264 48.559 19.950 467.817 487.767 47.603 1035.113 1082.716 0.131 11.220 11.351 496.081 230.980 2.148

0.083

Pertumbuhan Melayu Jualan Asing Jumlah Pertumbuhan Melayu Guna tenaga Asing Jumlah Produktiviti Modal Melayu Asing Jumlah Melayu Asing

0.148

GO 61 1 GO 61

316.968 71.424

4.438

0.039**

12.2462 Faktor 43.2162 Ralat 22.4281 Jumlah 0.2157 0.7890 0.4042 1.2163 2.3292 l.5822 G.62 8.33 7.18 0.16 0.25 0 19 Faktor Ralat Jumlah Faktor Ralat Jumlah Faktor Ralat Jumlah Faktor Ralat Jumlah

71 72

15451.367 4.792 3224.433

0.032**

Produkciviti Buruh

71 72

5.295 0.609

8.689

0.004***

Bahagian Pasaran

Melayu Asing Jumlah Melayu A.sing Jumlah Melayu A.sing Jumlah

71
72

19.950 6.589

3.028

0.086

Bilangan Pelanggan

1 72 73

47.603 14.377

3.311

0,073

Eksport

72

0.131 0.156

0.843

0.362

73

Nata: sangat signifiken pada aras keerrian p, 0.0 I; dan signifiken pada aras kcertian p, 0.05.

284

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

bahawa vendor Melayu lebih berintensif buruh dalam pengeluaran komponen, iaitu dengan menambahkan bilangan pekerja apabila permintaan pasaran meningkat. Tambahan pula kesukaran terpaksa dihadapi oleh firma tempatan untuk mendapatkan teknologi pengeluaran baru yang berupaya menjimatkan tenaga buruh daripada pihak asing melalui perjanjian bantuan teknikal kerana kos yang terlibat adalah terlalu besar dan membebankan (Anazawa, 1997). Sebaliknya, vendor asing didapati mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi berbanding dengan usahawan Melayu dengan perbezaan statisrik yang bererti dalam aspek pulangan atas aset (p < 0.001), untung per pekerja (p < 0.002), produktiviti modal (p < 0.032) dan produktiviti buruh (p < 0.004). Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas berasaskan kepada min pulangan atas aset (0.295), untung per pekerja (0.051), produktiviti modal (43.216) dan produktiviti buruh (0. 789) yang lebih tinggi bagi vendor asing berbanding vendor Melayu dengan nilai min masing-masingnya ialah 0.106, 0.014, 12.246 dan 0.216 (Jadual 6). Perbezaan yang begitu ketara antara vendor Melayu dan asing dari sudut petunjuk kewangan (pulangan atas aset, untung per pekerja dan jualan) dan produktiviti memang telah dijangka. Bagaimanapun, kajian perbandingan prestasi vendor Melayu dan asing dalam industri kenderaan PROTON ini adalah bersifat perintis. Ketiadaan kajian lepas dalam aspek ini menyukarkan usaha untuk membuat perbandingan penemuan kajian ini dengan kajian lepas. Namun begitu, prestasi vendor Melayu yang kurang memberangsangkan tersebut masih boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Pertama, keupayaan sesebuah firma menggunakan kemahiran dan sumber dalaman ke arah faedah bersaing (lihat Powers dan Hahn, 2002) akan meningkatkan prestasinya. Malangnya, terdapat dakwaan bahawa vendor tempatan (yang kebanyakannya vendor Melayu) masih terlalu kurang dari sudut keupayaan reka bentuk, kejuruteraan pembuatan dan tenaga mahir serta mengabaikan daya hidup dan daya saing sendiri kerana kurang berbelanja untuk kawalan kualiti, automasi dan ujian produk (Business Times, 8 Mac 2005). Kedua, vendor Melayu tidak berpengalaman (Abbot, 2003) bukan sahaja dalam industri kenderaan tetapi juga dalam sektor industri 285

Jurnal Pengajian Me!ayu, Ji/id 16, 2005

pembuatan yang bersifat moden (industri bukan berasaskan sumber). Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pasaran bagi komponen keluaran mereka adalah dijamin oleh penaja walaupun harga keluaran tidak berdaya saing (Rasiah, 199 5). Ketiga, usahawan Melayu diberi perlindungan tarif dan bukan tarif yang terlalu lama. Malah perlindungan tarif pernah dinaikkan apabila berlaku Krisis Ekonomi pada tahun 1997 (Mohd. Rosli, 2005). Penurunan tarif hanya berlaku pada tahun 2004, tetapi industri kenderaan tempatan diberi pula keistimewaan perlindungan dalam bentuk cukai dalam negeri. Faktor ini menyebabkan vendor tempatan leka dengan pencapaian yang sedia ada dan akhirnya membantutkan kecekapan ekonomi mereka. Sebaliknya, syarikat milik asing mempunyai sumber teknikal, organisasi, kewangan dan pengurusan yang baik hasil daripada kerjasama teknikal, kewujudan pengarah asing dalam lembaga pengarah, kemudahan perundingan dan pemasaran, tanda niaga, paten dan perkongsian sumber pengurusan; sena dikaitkan dengan tahap pemindahan teknologi dan rangkaian perniagaan yang lebih baik (Douma et al. 2003) tentunya dapat meningkatkan kecekapan firma dan sekali gus membawa pulangan kewangan dan bukan kewangan yang lebih baik. Willmore (1986) dalam mengulas prestasi firma asing yang mengatasi firma tempatan di Brazil turut bersetuju bahawa firma asing mempunyai kelebihan dari sudut jenama, teknologi dan rantaian pasaran antarabangsa. Lebih menarik lagi, firma induk asing lebih bersedia untuk memindahkan teknologi kepada cawangan mereka yang beroperasi di seberang laut (Anzawa, 1997). Ini menambahkan kecekapan firma dan dengan sendirinya akan meningkatkan prestasi dalam bentuk pulangan kewangan.

6. Kesimpulan
Kertas ini telah membuktikan secara empirikal bahawa vendor Melayu masih jauh ketinggalan di belakang pesaing asing dalam hampir semua petunjuk prestasi yang dikaji. Dapatan ini tentunya memberi implikasi yang serius kepada usaha negara untuk melahirkan usahawan Melayu yang berwibawa dan berorientasi sejagat. Dengan desakan liberalisasi

Prestasi Usahawan Melayu Dalam lndustri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

yang semakin hebat, pastinya vendor Melayu terpaksa berdepan dengan persaingan yang lebih sengit pada masa depan. Walaupun masih terdapat gambaran dan desakan bahawa industri kenderaan PROTON akan terus dilindungi (lihat New Straits Times, 8 Mac 2005 dan 6 Julai 2005) supaya pengeluar kenderaan dan vendor tempatan terselamat daripada persaingan sejagat, komitmen Malaysia kepada perjanjian antarabangsa memberi kesangsian sama ada kita boleh terus berbuat begitu. Sejak kebelakangan ini keadaan menjadi bertambah getir kerana bukan sahaja kereta Korea, tetapi juga kereta Cina yang lebih berdaya saing harganya telah berjaya masuk ke pasaran tempatan. Jika komponen tempatan digunakan oleh kenderaan Korea dan Cina, maka perkembangan terbaru ini patut dialu-alukan. Namun kos keseluruhan pengeluaran kenderaan tempatan adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding Thailand (New Straits Times, 8 Mac 2005) dan mungkin lebih tinggi lagi berbanding Cina. Ini mencerminkan bahawa kos pengeluaran komponen tempatan masih tinggi akibat daripada pergantungan kepada bahan import dan pertukaran asing yang keterlaluan. Ia lebih diburukkan oleh pengeluaran kenderaan dan komponen yang terhad untuk pasaran tempatan dan pergantungan kepada teknologi asing. Demi kelangsungan hidup usahawan tempatan, khususnya vendor Melayu, semua jalan keluar perlu dicari sendiri oleh usahawan yang terlibat sebelum mereka dikeluarkan dari pasaran kenderaan. PROTON, tanpa mengira apa statusnya nanti, mungkin dapat terus kekal apabila segala bentuk perlindungan pasaran ditarik balik kerana ia masih boleh mendapatkan komponen yang diimport. Sebaliknya, vendor tempatan yang mungkin terpaksa gulung tikar jika perhatian khusus tidak diberi kepada aspek kualiti, kos, teknologi, kejuruteraan dan reka bentuk, pemasaran, dan jalinan antarabangsa. Kajian lanjutan terhadap prestasi vendor Melayu dalam industri kenderaan perlu terus dilakukan untuk menjadi penggenap kepada kajian perintis ini. Disebabkan ketiadaan kajian lepas, wujud kesukaran untuk membandingkan penemuan kajian ini dari aspek kewangan dan bukan kewangan dengan kajian terdahulu. Selain itu, batasan data sekunder menambahkan kesukaran kepada kajian ini untuk membuat generalisasi dalam perbandingan prestasi antara dua kumpulan pesaing tersebut. Data 287

jurnal Pmgajian Melayu, Ji/id 16, 2005

primer boleh digunakan pengkaji terkemudian untuk menampung jurang data yang dihadapi oleh kajian ini.

Rujukan
Abbot, J. P. 2003. Developmentalism and Dependency in Southeast Asia: The Case of the Automotive Industry. London: Routledge Curzon. Abdul Aziz, A. R., 1994. Nurturing of Bumiputera SMis through PROTON's Vendor Scheme: A Case ofTracoma, dalam Hara Fujio, ed., The Development of Bumiputera Enterprizes and Sino-Malay Economic Cooperation in Malaysia, hlm. 19-39. Tokyo: Institute of Developing Economies. Abu Kasim, N. A., Minai, B., dan Loo, S. C., 1989. Performance Measures in Malaysia - the state-of-the-Art, Malaysian Management Review, Vol. 24, No. 3, hlm. 3-9. Anazawa, M. 1997. Technology Transfer in the Automobile Industry in Malaysia: PROTON and Vendors, Economic Review, Vol. 47, No. 4, hlm. 119-154. Coplin, L. C. H., 2002. Competitive Advantages and the SMEs: The Role of Distinctive Competences as Determinants of Success, Are There Differences Across Gender, Sector, and Size?, PhD Thesis, Universitat Autonoma De Barcelona, Spain. Douma, S., George, R. dan Kabir, R., 2003. Foreign and Domestic Ownership, Business Groups and Firm Performance: Evidence from a Large Emerging Market (www.yahoo.com - search engine). Galbraith, C., dan Schendel, D., 1983. An Empirical Analysis of Strategy Types, Strategic Management journal, Vol. 4, hlm. 153-173. Garrigos-Simon, F. ]., Marques, D. dan Narangajavana, Y., 2005. Competitive Strategies and Performance in Spanish Hospitality Firms, International journal of Contemporary Hospitality Management, Vol. 17, No.I, hlm. 22-38.

288

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional- Kes Vendor Proton

Hashim, M. K., 2002. Business Strategy and Performance in Malaysian SMEs: A Recent Survey, dalam M. K. Hashim, Small and MediumSized Enterprises in Malaysia: Role and Issues, ed., hlm. 131-144. Kiggundu, M. N., 2002. Entrepreneurs and Entrepreneurship in Africa: What is Known and What Needs to be Done, journal of Development Entrepreneurship, Vol. 7, No. 3, hlm. 239-258. MACPMA (Malaysian Automotive Component Parts Manufacturers), 1996. MACPMA Directory 1996197 Automotive and Component Parts Industry, Kuala Lumpur. Malaysia, 1998. Information Malaysia 1998 Yearbook. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. McGahan, A.M, dan Porter, M.E., 1997. How much does industry matter, really? Strategic Management journal, Vol.18, him. 15-30. McNamee, P., Greenan, K. dan Mcferran, B., 1999. The Competitive Analysis Model: A New Approach to Strategic Development for Small Businesses, Benchmarking: An International journal, Vol. 6, No. 2, hlm. 125-146. Meyanathan, S. D. dan Munter, R., 1994. Industrial Structures and the Development of Small and Medium Enterprise Linkages: An Overview, dalam S. D. Meyanathan, ed., Industrial Structures and the Development ofSmall and Medium Enterprise Linkages: Examples from East Asia, him. 1-22. Washington, D.C.: Bank Dunia. MIDA, tidak bertarikh. Report on the Automotive Industry in Malaysia, Kuala Lumpur (tidak diterbitkan). MIT!, 1994. The Ministry of International Trade and Industry Report 1994. Kuala Lumpur: Ministry oflnternational Trade and Industry. Mohd. Rosli, 2004. Entrepreneurship, Economic Organisation and the Automobile Industry: A Study of the Asian Model and Malaysian Experience, Tesis PhD, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, 2004. Mohd. Rosli, 2005. Permit Import Pengancam Industri Kenderaan Nasional?, MASA (Ogos), hlm. 15-17.

289

]urnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

Mohd Shah, A. B., 1995. Peranan Sistem Vendor dalam Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera, kertas dibentangkan di Bengkel Kebangsaan Penglibatan Bumiputera dalam lndustri Kecil dan Sederhana, Kuala Lumpur (September). Neely, A., 1998. Measuring Business Performance. London, Profile Books Ltd. Porter, M. E., 1985. Competitive Advantage. New York: Free Press. Ramachandran, V, dan Shah, M.J., 1999. Minority Entrepreneurs and Private Sector Growth in Sub-Saharan Africa, Kertas Perbincangan, No. 86, Bank Dunia. Rasiah, R. 1995. Foreign Capital and Industrialization in Malaysia. London: St. Martins Press. Rantaken, H., Ukko J., dan Rehn, M., tidak bertarikh. Dimensions of Performance Measurement in SMEs in Finland, Department of Industrial Engineering and Management, Lappeenranta University of Technology, Lahti, Finland. Robinson, R. B. Jr., 1982. The Importance of "outsiders" in Small Firms Strategic Planning, Academy ofManagement journal, Vol. 25, No. l, hlm. 80-93. Rogoff, Edward G., Lee, Myung-Soo, dan Suh, Dong-Churl, 2004. "Who Done It?" Attributions by Entrepreneurs and Expem of the Factors that Cause and Impede Small Business Success, journal of Small Business Management, Vol. 42, No. 4, hlm. 364-376. Sarder, J.H., Ghosh, D. dan Rosa, P., 1997. The Importance of Support Services ro small enterprise in Bangladesh, journal ofSmall Business Management, Vol. 35, No. 2, hlm. 26-36. Schmitz, J. dan Platts, K.W., 2003. Roles of Supplier Performance Measurement: Indication from a Study in the Automotive Industry, Management Decision, Vol. 41, No. 8, hlm. 711-721. Shapiro, Daniel M., 1983. The Comparative Profitability of Canadianand Foreign-Controlled Firms, Managerial and Decision Economics, Vol. 4, No. 2, hlm. 97-106.

') () (l

Prestasi Usahawan Melayu Dalam Industri Kenderaan Nasional: Kes Vendor Proton

Simons, R. 2000. Performance Measurement & Control Systems far Implementing Strategy. Prentice Hall. Tvorik, S.J., dan McGivern, M.H., 1997. Determinants of Organizational Performance, Management Decision, Vol. 35, No. 6, hlm. 417-435. UNIDO. 1991. Malaysia: Sustaining the Industrial Investment Momentum. United Kingdom: Basil Blackwell Ltd. Yusuf, A., 1995. Critical Success Factors for Small Business: Perceptions of South Pacific Entrepreneurs, Journal of Small Business Management, Vol. 33, No. 2, hlm. 68-73. Wijewardena, H. dan Tibbits, G.E., 1999. Factors Contributing to the Growth of Small Manufacturing Firms: Data from Australia, Journal ofSmall Business Management, Vol. 37, No. 2, hlm. 88-95. Willmore, L. N., 1986. The Comparative Performance of Foreign and Domestic Firms in Brazil, World Development, Vol. 14, No. 4, hlm. 489-502.

291

You might also like