You are on page 1of 16

DAYA GRAVITI

DI AKHIR PEMBELAJARAN, ANDA AKAN DAPAT:


Menerangkan pecutan disebabkan oleh graviti Menyatakan maksud medan graviti Menyatakan maksud kekuatan medan graviti Menentukan nilai pecutan graviti Menyatakan berat, W, sebagai hasil darab jisim, m dan pecutan graviti, g iaitu W = mg Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecutan graviti

PECUTAN YANG DISEBABKAN OLEH GRAVITI


Kedua-dua bola jatuh dengan halaju yang meningkat memecut Kedua-dua bola mempunyai pecutan yang sama Objek yang ringan atau berat akan jatuh dengan pecutan graviti yang sama. Pecutan graviti tidak dipengaruhi oleh jisim objek.

Objek yang jatuh di bawah daya graviti mengalami jatuh bebas (free fall) Pecutan objek yang jatuh bebas dikenali sebagai pecutan yang disebabkan oleh graviti. Pecutan graviti, g Magnitud bagi pecutan yang disebabkan oleh graviti bergantung pada kekuatan medan graviti.
nilai g berkurang dengan latitud Semakin tinggi ketinggian dari paras laut, semakin kecil nilai g

EKSPERIMEN: UNTUK MENENTUKAN PECUTAN GRAVITI, g

Daripada eksperimen, didapati, nilai pecutan yang diperolehi untuk jisim yang berbeza-beza adalah kurang daripada 9.8 m s-1. ini kerana terdapat rintangan udara dan geseran antara pita detik dan pembilang detik. Nilai pecutan graviti, g= 9.8 m s-1 ~ 10 m s-1

Berat: daya graviti yang dikenakan oleh bumi F = ma W = mg Berat objek = jisim objek x pecutan graviti

Medan graviti: kawasan di mana objek mengalami daya disebabkan pecutan graviti Kekuatan medan graviti: daya graviti yang bertindak ke atas suatu jisim 1 kg yang diletakkan pada titik tersebut. Kekuatan medan graviti, g = F/m = 9.8 N kg-1

Di bumi, 100 kg Berat = 100 x 10 = 1000 N

Di bulan, 100 kg Berat = 100 x 1/6 x10 = 166.67 N

di ruang angkasa, 100 kg Berat = 100 X 0 =0N

CONTOH PENGIRAAN MELIBATKAN PECUTAN GRAVITI


Sebiji kelapa mengambil masa 1.5 s untuk jatuh ke atas tanah. Berapakah kelajuan buah kelapa tersebut apabila ia terhempas ke tanah?
v = u + at = 0 + 10(1.5) = 15 m s-1

Berapakah ketinggian pokok kelapa?


s = ut + at2 h = 0 + (10)(1.5)2 = 11.3 m

Seorang budak membaling sebiji bola ke atas secara menegak dengan halaju 30 m s-1. Apakah masa yang diambil oleh bola untuk sampai ke tinggi maksimum?
v = u + at 0 = 30 + (-10)t t=3s

Apakah kelajuan bola itu apabila ia kembali ke tangan budak itu?


V2 = u2 + 2as = 302 + 2(-10)(0) V = 30 ms-1

JIKA DI DALAM LIF


Lif pegun? Lif memecut ke atas? Lif memecut ke bawah? R (daya tindak balas)

W (berat)

MENGANGKAT BEBAN MENGGUNAKAN TAKAL


1. Suatu daya menarik suatu jisim menggunakan takal Tegangan tali, T = daya tarikan, F
Contoh: Seorang budak menarik suatu beban. Jisim beban tersebut ialah 3 kg. cari ketegangan tali jika beban itu, a. Pegun b. Bergerak ke atas dengan halaju 2 m s-1 Fnet = ma T mg = ma Objek pegun @ halaju seragam, Fnet=ma=0 T (3x10) = 0 T = 30 N

Budak itu menambahkan daya untuk menarik beban ke atas dengan pecutan 2 m s-2. Cari daya, F.

Beban bergerak ke atas, T>mg Fnet = ma T mg = ma T (3x10) = 3 x 2 T = 6 + 30 = 36 N = F

2. Takal yang mempunyai 2 jisim - Jisim yang lebih besar akan memecut ke bawah dan jisim yang kecil memecut ke atas. - Ketegangan tali, T tidak sama dengan sama ada berat atau jisim. Contoh:
2 beban berjisim 5 kg dan 3 kg di sambungkan dengan tali dan 5 melalui takal yang bebas geseran. Cari tegangan tali, T dan pecutan bagi beban berjisim 3 kg apabila beban 5 kg dilepaskan.

You might also like