You are on page 1of 5

9 ILMU PENGASIH

ILMU SUPAYA DIKASEHI OLEH MASYARAKAT

Orang yang bijak itu sentiasa mendamping dirinya kepada masyarakat untuk berkongsi sama
dengan masyarakatnya terhadap kerja-kerja kebajikan dan sesuatu yang memberi faedah
bersama kadang-kadang terdapat orang berjasa dan berusaha serta berniat baik kepada
masyarakat , masyarakatnya pula tidak menghargai daya usaha dan penat lelahnya.

Dengan sebab demikian datanglah perasaan tawar hati untuk meneruskan usaha-usaha
kebajikan kepada masyarakatnya. Sekiranya terjadi demikian bacalah zikir ini sebagai wirid
sekurang-kurangnya 3 kali setiap selesai solat fardhu. Insyaallah dia akan dihormati oleh
masyarakat.

ILMU PENGASIH CAHAYA MUKA

Muka yang bercahaya menunjukkan iman yang mendalam terhadap diri seseorang. Sebaliknya
muka yang muram dan kelabu itu menunjukkan perkara-perkara yang kurang senang yang
sedang ditanggung oleh seseorang. Untuk membuatkan muka bercahaya dan dikasehi oleh
semua orang bacalah zikir ini sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut kalau boleh
diwaktu zohor. Insyaallah muka akan bercahaya , jernih, bersih, dan mata hatinya terbuka serta
terang benderang dan akan menjadi orang bijaksana serta berpengaruh.

Halaman 1 / 5
9 ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH SUPAYA JADI PEMIMPIN

Semua makhluk dijadikan allah, termasuk dari jenis manusia. Kemudian dijadikan manusia itu
berperingkat-peringkat . ada yang jadi pemimpin dan ada yang jadi pengikut.

Kalau sekiranya ingin jadi terkemuka atau pemimpin maka amalkan zikir ini selama satu jam
kira-kira pukul 4 pagi. Insyaallah akan jadi terkemuka dalam masyarakat . inilah zikirnya yang
diamalkan :

ILMU PENGASIH SUPAYA DILEMBUTKAN HATI

Semasa kita berhadapan dengan masyarakat kita terpaksa menghadapi banyak perkara dan
karenah manusia yang bermacam ragam kerana rambut sama hitam sedangkan hati lain-lain.
Ada yang menaruh rasa benci sedangkan kita tidak membuat sesuatu pun yang menyebabkan
kebencian.

Ada yang rasa sayang dan ada yang macam-macam. Maka dari yang demikian , sayang dan
benci itu permainan masyarakat yang mesti diterima dengan tabah dan tenang.

Amalkan zikir yang diatas tiap-tiap hari seberapa yang boleh untuk melembutkan hati dan
menarik perasaan orang supaya kasih dan disayang oleh orang besar-besar. Inilah zikirnya
yang diamalkan:

durinboyd@gmail.com

Halaman 2 / 5
9 ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH SUPAYA DISEGANI ORANG

Semua orang ingin supaya sipandang secara terhormat . Kerana pandangan terhormat itu
adalah lebih baik dari orang memandang kita dengan cara rendah. Amalkan zikir ini supaya
dipandang dangan rasa hormat dan berpengaruh.

ILMU PENGASIH KHASIAT HATI SURAH AL AN’AM

Jika ingin dikasehi oleh musuh ataupun sesiapa sahaja yang mungkin terdiri dari rakan
sepejabat, isteri, suami dan sebagainya maka berpuasalah pada hari isnin (puasa sunat) dan
bacalah ayat dibawah ini sebanyak 70 kali ditengah-tengah malam. Insyaallah, sesiapa yang
kita berhajat supaya mengasehi kita akan berhasil. Inilah ayat yang dibaca:

ILMU PENGASIH KHASIAT HATI SURAH AL AN’AM UNTUK MEMILIKI ISTERI

Sekiranya ada seseorang yang dicintai dan bercadang untuk dijadikan isteri bukan untuk tujuan
jahat, maka baca ayat diatas sebanyak 70 kali selama 7 hari sambil membayangkan wajah

Halaman 3 / 5
9 ILMU PENGASIH

orang yang kita kehendaki . Tetapi ilmu atau amalan ini akan memakan diri sekiranya disalah
gunakan dan akan menjadi sewel selama-lamanya.

durinboyd@gmail.com

ILMU PENGASIH IMAM SYA’RANI

Imam sya’rani berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Barangsiapa yang membaca
selawat:

Setiap hari dan setiap malam sebanyak 100 kali , maka Allah akan membukakan 7 pintu
rahmat dan setiap orang yang akan memandangnya, baik lelaki mahupun perempuan akan
merasa kasih sayang kepadanya.

ILMU PENGASIH LELAKI PEREMPUAN

Untuk menjadikan seseorang kasih kepada kita samaada lelaki atau perempuan apabila bertemu
dengan orang itu maka bacalah zikir ini sebanyak-banyaknya sebelum mula melihat
kematanya. Renung matanya dan tahankanlah nafas, ilmu ini bleh memakan diri jika disalah
guna. Inilah zikirnya

Halaman 4 / 5
9 ILMU PENGASIH

durinboyd@gmail.com

Halaman 5 / 5

You might also like