You are on page 1of 24

1

PENGENALAN
Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas
pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu
tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D )
sesuatu produk itu bermuladari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia.
Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi
pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan
swastajuga ada disediakan kemudahan ini.
Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar
menjalankan pelbagai kaji selidik dalam pelbagai bidangakademik. Dengan segala
kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan
pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung
kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali
dalam proses P & P merupakan wadah utama bagi membolehkan pelajar menguasai
kemahiran.
Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan
danpentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan
pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata
Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am
Pejabat telah diwujudkan. Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal
akan lebih cekap danpenggunaan yang optimum serta berkesan dapat
direalisasikan.

MAKMAL DAN BILIK SAINS
(Makmal Sains untuk Sekolah Menengah , Bilik Sains untuk Sekolah Rendah )
Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan
pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal atau bilik
sains adalah seperti berikut:

2

1.1 Definisi
Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat
analisis,penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah
menengah. Laboratory.Design.com
Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu
yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain). Kamus Dewan edisi
keempat
Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan
untukmengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan
penghasilan
Satu lawatan ke Makmal Sains Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu telah
dibuat untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan Makmal Sains. Sekolah
tersebut atau lebih dikenali sebagai SESTER mempunyai Makmal Kimia, Makmal
Biologi dan juga Makmal Fizik yang cukup lengkap. Makmal tersebut mempunyai
pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh pelajar di sekolah tersebut untuk
menjalankan uji kaji dan juga eksperimen. Pengurusan makmal Sains merupakan
aspek yang sangat penting kerana makmal sains yang teratur dan baik dapat
menjadikan proses pengajaran Sains yang lebih bermakna kepada murid.









3

STRUKTUR ORGANISASI
Susun atur bagi organisasi Jabatan Sains di Sekolah Menengah Sains Kuala
Terengganu diketuai oleh Pengetua Sekolah sendiri iaitu Tuan Haji Zakaria bin
Awang dan dibantu oleh Penolong Kanan Akademik, Tuan Haji Jamil Sakmin,
Penolong Kanan HEM, Encik Rozazat bin Ramli dan seterusnya Ketua Bidang Sains
iaitu Tuan Haji Latif bin Mohd. Seterusnya ialah guru-guru bagi matapelajaran Fizik,
Kimia dan juga Biologi. Guru- guru ini dibantu oleh Pembantu Makmal iaitu Puan
Zainab bin Awang dan juga Encik Zakaria bin Nawang dan juga Pembantu Am
Rendah Makmal iaitu Puan Rosnani Md Noor.
Struktur organisasi jawatankuasa pengurusan makmal ini kemudiannya dipecahkan
kepada tiga organisasi kecil iaitu berdasarkan makmal. Sebagai contoh struktur
organisasi jawatankuasa pengurusan bagi Makmal Kimia diketuai oleh Ketua Bidang
iaitu Tuan Haji Abdul Latif bin Mohd dan dibantu oleh Guru Kimia iaitu Puan
Noraidah bt Abdul Rahman, Puan Hajah Noryati bt Sidi dan Puan Suzanawaty
Suraini bt Kamal. Ketiga-tiga guru kimia ini akan dibantu oleh Pembantu Makmal iaitu
Puan Zainah bin Awang. Bagi makmal Fizik dan Kimia juga mempunyai struktur
organisasi yang sama iaitu diketua oleh Ketua Bidang dan dibantu oleh guru
matapelajaran serta Pembantu Makmal.









4

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN
MAKMAL SAINS
Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung
dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua
sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains
dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua
merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan
kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan dan
Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dalam
keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program
kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan,
penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai
komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan
lancar.
Ketua Bidang Sains bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian
program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di
sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan
pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam
memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal
sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka,
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal
melalui program perkembangan staf.
Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dalam pengurusan makmal sains
pula adalah seperti menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti
sistem bekalan elektrik,gas,air, kerusi dan meja mempunyai kuantiti yang mencukupi,
berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. Selain itu, Ketua Bidang juga perlu
memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan selamat digunakan. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan, peraturan
keselamatan, latihan kecemasan kebakaran, kelengkapakan pencegahan kebakaran
dan jadual penyelenggaraan juga perlu dirancanga dan disediakan oleh Ketua
5

Bidang Sains. Selain daripada itu, Ketua Bidang Sains juga mengurus dan
memastikan penyemakan stok makmal Sains dibuat sekurang-kurangnya enam
bulan sekali.
Dalam proses hapus kira dan pelupusan peralatan pula, Ketua Bidang Sains perlu
memnastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan
mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi urusan perbelanjaan pula, Ketua Bidang
perlu merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran
dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains. Setelah segala pembelian
dilakukan, tugas ketua bidang ialah mengurus serta memeriksa peralatan dan bahan
Sains yang baru dibeli diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya. Beliau juga
perlu mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan Sains
mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
Guru Sains iaitu guru Kimia, Biologi dan Fizik secara automatik menjadi anggota
Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains. Selain melaksanakan PEKA
Sains guru juga perlu memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan
keselamatan makmal dan bilik sains. Selain itu guru juga perlu mengenal pasti
keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta
mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik
sains. Guru bukan sahaja bertindak sebagai tenaga pengajar tetapi turut membantu
Ketua Bidang Sains merekod, menyemak dan mengemas kini stok dan juga
mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
Antara tugas harian bagi pembantu makmal ialah membuka pintu makmal dan pintu
bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan
mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir. Menurut Puan
Zainab Awang, Pembantu Makmal Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu,
tugas pembantu makmal melakukan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar
sentiasa dalam keadaan bersih serta perlu memastikan makmal dalam keadaan
ceria dan selamat.
Selain itu, beliau turut perlu menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang
dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
SESTER merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang mana banyak uji kaji
6

dan juga eksperimen dilakukan oleh pelajar sekolah di dalam makmal. Oleh itu tugas
pembantu makmal adalah memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi
sebelum kerja amali dijalankan.
PERANCANGAN BELANJAWAN, PESANAN DAN PROSEDUR PEMBELIAN
YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Menurut Puan Zainab Awang lagi, belanjawan bagi setiap makmal dilakukan
sebanyak dua kali geran setahun iaitu pada awal tahun dan juga pada lewat
pertengahan tahun. Sumber kewangan bagi setiap sekolah untuk perbelanjaan
makmal Sains adalah daripada Bantuan Perkapita Mata Pelajaran (PCG). Pemberian
bantuan ini adalah berdasarkan bilangan pelajar di sekolah terbabit. Bagi
pengurusan perolehan, terdapat 5 lima sumber dimana pihak sekolah boleh
dapatkan pembekal bagi membekalkan barang- barang yang diperlukan.
Sumber pertama ialah kontrak pusat. Kontrak ini adalah antara berbendaharaan
dengan syarikat. Pembelian juga perlu dibuat dengan syarikat yang telah ditetapkan
melainkan jika pesanan tidak mencapai had minima yang telah ditetapkan. Senarai
kontrak pusat ini boleh diperolehi dari unit kewangan Jabatan Pelajaran Negeri. Jila
pesanan tidak mencapai had minima, pembelian boleh dilakukan dengan bukan
kontrak pusat. Pihak sekolah hanya dibenarkan melalukan pembelian jika bekalan
adalah tidak lebih daripada RM 10,000 setahun dan pembekal boleh sama ada
berdaftar atau tidak berdaftar.
Bagi pembelian sebut harga pula, perolehan mestilah bernilai RM 50,000 DAN
KURANG RM 200,000 setahun. Perlantikan jawatankuasa sebut harga adalah
seramai tiga orang dan dipengerusikan oleh Pengetua Sekolah sendiri. Melalui
jawatankuasa ini, satu dokumen sebut harga disediakan. Pembelian Panjar Wang
Runcit ( PWR ) adalah pembelian runcit kurang RM 100 secara tunai. Pembelian ini
boleh dibelanjakan untuk semua jenis kumpulan wang yang diselenggara oleh
sekolah.
Proses pesanan dan juga pembelian akan melalui beberapa prosedur. Langkah
pertama ialah Ketua Bidang Sains akan membuat satu surat kepada semua
Pembantu Makmal. Surat tersebut mengkehendaki agar semua Pembantu Makmal di
setiap makmal untuk membuat satu senarai keperluan peralatan dan juga bahan
7

yang baru. Langkah seterusnya ialah mengetahui jumlah peruntukan tahunan dan
jumlah peruntukan tahunan tersebut boleh di perolehi daripada ketua bidang.
Sebelum borang Nota Minta diisi, pihak sekolah akan terlebih dahulu mendapatkan
sebut harga bagi barang-barang dinyatakan di dalam Nota Minta. Pihak sekolah
akan mendapatkan sebut harga daripada tiga syarikat pembekal yang berbeza.
Pihak pembekal akan dipilih berdasarkan jenama barang, servis dan juga harga.
Menurut Pembantu Makmal SESTER lagi, pemilihan pihak pembekal dibuat
berdasarkan servis dan juga harga kerana dua-dua aspek ini begitu penting.
Menurut beliau, pihak pembekal yang mempunyai kecekapan yang tinggia dalam
pengendalian pembelian barang secara pukal akan dipilih kerana barang-barang
yang akan dipesan perlu sampai dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, aspek
harga perlu dititik beratkan kerana terdapat barang yang diletakkan pada harga
rendah tetapi mempunyai kualiti bahan yang rendah. Terdapat juga peralatan yang
berkualiti tinggi namun harga terlampau tinggi. Hal ini penting kerana peralatan di
dalam makmal akan digunakan dalam tempoh masa yang lama dan juga barang
tersebut hendaklah selamat digunakan oleh pelajar.
Untuk membuat pesanan, satu nota minta perlu dibuat dan perlu disemak terlebih
dahulu oleh Ketua Bidang Sains iaitu Tuan Haji Abdul Latif bin Mohamad. Antara
perkara yang terdapat di dalam nota minta ini ialah rujukan, tarikh, kepada (
pengetua ) dan juga nama pemohon iaitu Ketua Bidang Sains. Barang yang dimohon
juga perlu diperihalkan secara terperinci seperti nama barang yang dimohon, kuantiti
yang diperlukan serta anggaran harga bagi setiap barang yang dipohon. Selain itu,
baki peruntukan semasa bagi mata pelajaran Sains Tulen juga perlu dinyatakan.
Baki peruntukan ini perlu dinyatakan agar situasi sebenar kewangan bagi mata
pelajaran Sains Tulen. Permohonan mendapatkan bekalatan peralatan ini perlu
mendapat kelulusan daripada Pengetua Sekolah terlebih dahulu sebelum Borang
Pesanan diisi. Apabila Nota Minta telah diluluskan barulah Borang Pesanan Sekolah
akan diisi. Namun, jika Nota Minta tersebut tidak mendapat kelulusan, satu
penjelasan perlu diperolehi daripada Pengetua Sekolah.
Borang peasanan ini akan diisi oleh Pembantu Makmal Sekolah dan ditandatangani
oleh Pengetua Sekolah. Menurut Pembantu Makmal, Borang Pesanan Sekolah ini
perlu diisi dalam tiga salinan. Nama sekolah yang membuat pesanan dinyatakan
8

pada bahagian atas borang diikuti dengan nama pembekal yang bakal membekalkan
barang tersebut kepada sekolah. Dalam borang pesanan ini, setiap barang yang
bakal dipesan ditulis dengan lengkap berserta dengan kuantiti serta harga dan
diskaun serta harga bersih bagi setiap barang yang dipesan. Selain itu, turut
dinyatakan di dalam borang pesanan tersebut bahawa pembayaran tidak akan dibuat
jika perakuan mengenai mutu tidak dipenuhkan. Ini bermakna bahawa pihak sekolah
benar-benar mementingkan mutu barang yang dipesan bagi menjamin mutu dan
juga keselamata pelajar ketika menggunakan peralatan di dalam makmal. Apabila
barang-barang dipesan telah diterima Pembantu Makmal akan menandatangani
borang pesanan ini sebagai pengesahan bahawa barang yang dipesan telah
diterima.
PENYIMPANAN STOK BAGI PERALATAN DAN ALAT RADAS
Penyimpanan stok bagi peralatan dan alat radas adalah berbeza-beza mengikut
jenis makmal. Hal ini kerana setiap makmal mempunyai peralatan dan alat radas
yang berbeza. Sebagai contoh tiada bahan kimia di dalam Makmal Fizik. Bahan
kimia hanya boleh didapati di dalam makmal Kimia serta terdapat juga dalam jumlah
yang sedikit di dalam makmal Biologi.
Makmal Kimia
Semua bahan kimia adalah merbahaya jika tidak disusun secara teratur dan
sistematik dan juga tidak boleh berselerakan di dalam makmal. Hal ini kerana bahan
kimia mudah terbakar, mengkakis, beracun serta bertindak balas dengan bahan lain
lalu menghasilkan bahan yang lebih merbahaya. Bahan kimia di makmal haruslah
disimpan dalam stor yang sesuai mengikut kategori keaktifan dimana bahan kimia
yang terlalu aktif mestilah diasingkan daripada bahan kimia yang lain. Contoh
tempat penyimpanan bahan kimia yang terlalu aktif di SESTER adalah di kebuk
wasap. Contoh bahan kimia yang disimpan di dalam kebuk wasap ialah bahan kimia
organik seperti fenol dan asid metanoik. Kebanyakaan bahan kimia organik adalah
bahan yang mudah meruap serta beracun. Pengaliran udara yang sempurna adalah
penting dalam penyimpanan bahan kimia organik.
Asid dan alkali pula mempunyai sifat mengkakis yang begitu kuat. Asid dan alkali
tidak boleh diletakkan pada rak yang terlalu tinggi kerana jika sekiranya bahan
9

tersebut jatuh daripada rak ianya akan terpercik ke muka dan badan orang yang
berhampiran. Manakala bagi cecair mudah terbakar pula disimpan pada aras
terbawah di dalam almari simpanan bagi mengelakkan berlaku sebarang kebakaran.
Penyimpanan bahan kimia di dalam bekas plastik adalah tidak digalakkan sama
sekali terutama larutan yang mempunyai sifat mengkakis. Selain itu, asid juga perlu
diasing dariapda bes
MAKMAL BIOLOGI
Mikroskop merupakan antara peralatan yang boleh dijumpai di dalam makmal
Biologi. Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari
yang dibuat khas untuk penyimpanan mikroskop. Peti khas ini penting untuk
memastikan kanta-kanta dan juga cermin tidak di selaputi debu dan juga kotoran.
Almari tersebut hendaklah mempunyai pemanas bertujuan untuk memanaskan ruang
penyimpanan mikroskop. Pemanasan ini bertujuan untuk mengelak berlakunya
pembiakan kulat pada kanta-kanta mikroskop.almari yang bertutup juga boleh
digunakan untuk penyimpanan mikroskop,namun kadar kelembapan yang tinggi di
dalam almari menyebabkan silica gel digunakan untuk menyerap kelembapan yang
terdapat di dalam almari yang bertutup. Silica jel mestilah dikeringkan apabila ia
berubah warna kepada biru.
BAGAIMANA REKOD STOK DIURUSKAN
Apabila barang atau peralatan yang dipesan daripada pembekal telah selamat
diterima, ia akan didaftarkan dalam Buku Rekod Penerimaan Peralatan dan Bahan
Makmal Sains. Pekeliling yang digunakan untuk mengurukan stok sekolah ialah
Pekeliling Perbendaharaan BIL 5 Tahun 2007 serta Pekeliling Perbendaharaan BIL 5
Tahun 2009.Untuk memudahkan pengurusan rekod stok, stok tersebut direkodkan
berdasarkan jenis-jenis stok. Terdapat tiga jenis kategori stok yang iaitu harta modal,
inventori dan juga bekalan pejabat. Setiap kategori rekod stok akan direkodkan
dengan menggunakan borang rekod yang berbeza.
Bagi kategori pertama iaitu harta modal,ianya akan direkodkan ke dalam stok
berdasarkan pada harga. Aset alih yang berharga melebihi RM1000 dan juga aset
alih yang memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira kos merupakan
antara contoh harta modal. Terdapat 3 kategori harta modal iaitu:
10

Loji/ jentera berat
Kenderaan
Peralatan, kelengkapan ICT, telekomunikasi, penyiaran, makmal, pejabat,
perubatan, bengkel, dapur, sukan
Bagi pendaftaran harta modal, ianya akan direkodkan kedalam borang Daftar Harta
Modal KEWPa 2 dan juga Senarai Harta Modal KEW PA 4. Contoh-contoh peralatan
makmal yang dikategorikan sebagai harta modal ialah mikroskop binokular.
Jenis stok yang kedua ialah inventori. Stok inventori ialah barang besar yang
berharga kurang daripada RM1000 dan tidak memerlukan penyelenggaraan
berjadual akan didaftarkan dan direkodkan dengan menggunakan borang Daftar
Inventori KEWPa 3 dan juga Borang Senarai Inventori KEW PA 5. Akan terdapat
satu daftar atau kad untuk satu jenis inventori dalam satu pesanan kerajaan (L/O)
Contoh aset alih inventori ialah papan periodic table yang berharga RM300 akan
direkodkan dengan menggunakan borang KEWPa 3. Sebarang pergerakan bagi
harta modal dan juga inventori akan dicatatkan ke dalam borang Daftar Pergerakan
Harta Modal dan Inventori KEW PA 6. Melalui borang ini, penempatan bagi harta
modal dan inventori boleh diperolehi dan nama pegawai peminjam dan pegawai
pengeluar turut dicatatkan
Bagi jenis bekalan pejabat, borang yang akan digunakan ialah kad petak KEW PS 4
dan juga Borang Pesanan Pengeluaran Stok KEW PS 11. Peralatan bekalan pejabat
ialah barang-barang yang kerap digunakan, mudah rosak dan sebagainya. Contoh
bagi barang tersebut ialah jarum, tabung uji, penunu bunsen dan lain-lain lagi.
Pembantu Makmal juga memberitahu bahawa setiap makmal mempunyai kod
dalaman bagi setiap stok tersebut. Sekolah yang lain turut mempunyai kod dalaman
tetapi berlainan daripada sekolah yang lain. Sebagai contoh makmal SESTER
menggunakan kod AR bagi alat radas, AK bagi alat kaca, BK bagi bahan kimia dan
sebagainya. Barang yang telah direkodkan akan ditulis sama ada dengan
menggunakan pen merah ataupun pen hitam sahaja. Apabila barang tersebut ditulis
dengan menggunakan pen merah, ianya bermakna bahawa barang tersebut telah
direkodkan dan juga di simpan di dalam stok utama. Pen hitam atau biru bermakna
barang tersebut telah diagihkan kepada makmal sama ada makmal Kimia, makmal
Fizik atau pun makmal Biologi. Barang-barang tersebut diagihkan berdasarkan
11

borang permohonan stok KEW PS 11. Borang ini diisi oleh pembantu makmal di
setiap makmal sekolah seperti makmal Kimia. Pembantu Makmal Kimia akan
mengisi borang ini untuk mendapatkan barang-barang daripada stor utama. Borang
KEW PS 11 ini perlu diisi di dalam 2 salinan dan terikat dengan tatacara pengurusan
stor 143. Borang permohonan stok ini kemudiannya akan diserahkan kepada Ketua
Bidang Sains sama ada diluluskan atau tidak.
Kerani kewangan akan menyimpan borang 3 serangkai yang merangkumi invois,
nota minta dan juga borang pesanan

PROSEDUR BAGI PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA PERALATAN ATAU BAHAN
MAKMAL
Pelupusan merupakan satu proses dimana aset dari milikan, kawalan, simpanan
serta rekod dikeluarkan mengikut kaedah yang ditetapkan. Aset yang boleh
dilupuskan adalah berdasarkan justifikasi berikut
o Tidak ekonomik untuk diperbaiki
o Usang
o Rosak dan tidak boleh digunakan
o Luput tempoh penggunaan
o Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum
o Tiada alat ganti
o Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan
o Disyor selepas pemeriksaan aset
o Tidak lagi diperlukan jabatan
o Perubahan teknologi
o Melebihi keperluan
Terdapat dua kuasa yang boleh meluluskan proses pelupusan ini iaitu
perbendaharaan dan juga kementerian atau jabatan. Untuk melakukan pelupusan,
terdapat beberapa borang yang digunakan. Antaranya ialah borang Perlantikan
Lembaga Pemeriksa KEW PA 15, borang Perakuan Pelupusan KEW PA 16, borang
laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA 17, borang sijil Penyaksian Pemusnahan Aset
12

KEW PA 18, borang Sijil Pelupusan Aset KEW PA 19, serta borang Laporan
Tahunan Pelupusan Aset.
Terdapat pelbagai kaedah pelupusan boleh diguna pakai. Kuasa melulus boleh
menetapkan sendiri kaedah pelupusan dan kaedah yang dipilih hendaklah
bersesuain dan paling menguntungkan kerajaan. Antara kaedah pelupusan ialah
jualan secara tender, jualan sisa, tukar barang, tukar beli, tukar ganti, pindahan,
hadiah serta musnah secara ditanam, dibakar , dibuang mahupun ditenggelamkan.
Ketika proses pelupusan dilaksanakan, label HAK KERAJAAN MALAYSIA dan juga
nama jabatan atau kementerian pada aset perlulah dibuang terlebih dahulu.
Menurut Puan Zainab Awang, Pembantu Makmal SESTER , untuk tujuan
penghapusan borang KEW PA 16 perlu diisi terlebih dahulu. Borang tersebut juga
dikenali sebagai Perakuan Pelupusan Aset Alih Kerajaan. Untuk melengkapkan
borang tersebut, nombor Siri Pendaftaran Aset diperlukan. Nombor siri tersebut
boleh diperolehi di dalam borang KEWPa 2 dan borang KEWPa 3. Lembaga
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan akan datang untuk memeriksa serta membuat
laporan berdasarkan borang KEW PA 16 yang telah diisi dan telah disahkan.
Laporan Lembaga Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan ini juga dikenali sebagai KEW
PA 17.
Di dalam laporan tersebut harga perolehan asal barang akan ditulis serta nilai
semasa aset tersebut. Lembaga Pemeriksa akan melakukan pemeriksaan dan akan
mensyorkan kaedah pelupusan dan justifikasi bagi aset tersebut. Apabila borang
KEW PA 17 telah ditandatangani oleh Lembaga Pemeriksa borang tersebut akan
dikemukakan kepada urus setia pelupusan. Tugas urus setia pelupusan ialah
menyemak borang KEW PA 17 serta segala segala dokumen sokongan turut
disertakan. Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan ialah PEP bagi aset
mekanikal atau komputer, Justifikasi Jabatan, Laporan kemalangan, gambar aset
serta surat permohonan daripada Kementerian atau Jabatan bagi kaedah hadiah
atau pindahan.
Jika borang tersebut adalah lengkap urus setia akan menentukan Kuasa melulus
serta menyemak bidang Kuasa Melulus. Tetapi, jika permohonan tersebut tidak
lengkap, ianya akan dikembalikan kepada Lembaga Pemeriksa. Kuasa Melulus
sama ada Perbendaharaan atau Kementerian akan membuat keputusan sama ada
13

akan meluluskan permohonan pelupusan atau tidak. Permohonan yang telah
diluluskan akan diberitahu kepada pemohon manakala permohonan yang tidak
diluluskan akan dikembalikan kepada Urus Setia Pelupusan. Proses pelupusan
kemudiannya akan dilaksanakan mengikut keputusan yang telah dibuat.



















14

PERANCANGAN DAN REKA BENTUK MAKMAL SAINS DILAKSANAKAN DI
SEKOLAH DAN PELAN REKA BENTUK MAKMAL

15


Meja Murid
Tempat duduk guru
Meja Panjang
Sudut bacaan
Papan Hitam
Tempat membaca
Tempat letak alat kebersihan
Papan kenyataan
16

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik
dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Begitu juga dengan makmal sains
sekolah. Iklim makmal sains yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran
yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif,
dan menjamin keseronokan untuk belajar. Beliau juga menekankan aspek
pengurusan bilik darjah ataupun makmal sekolah yang kondusif melibatkan tugas
seorang guru dan juga pembantu makmal untuk menyusun organisasi kelas,
menyusun tempat duduk murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh
itu aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus
ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan pelajar, dan
kemudahan-kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar,
papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan.
Meja guru diletakkan di hadapan kelas dan guru akan sentiasa berada di hadapan
kelas kerana murid-murid pada tahap KBSR dan KBSM memerlukan tunjuk ajar
daripada seorang guru dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Justeru, tidak wajarlah
untuk guru berada di belakang kelas kerana murid tidak dapat untuk melihat dan
meneladani tindak tanduk guru tersebut. Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri seorang
guru yang ditekankan oleh Falsafah Pendidikan iaitu menjaga keterampilan.
Pengajaran yang bercorak amali juga amat memerlukan tumpuan terhadap guru
sebagai pemudah cara. Meja guru juga diletakkan di penjuru hadapan supaya tidak
mengganggu pergerakan aktiviti kelas. Di samping itu, guru dapat menggunakan
papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadap semua murid di dalam
kelas
Susunan kedudukan murid yang begitu kondusif kerana meja makmal yang besar
membolehkan terbentuknya kumpulan. Hal ini bersesuaian dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penyusunan meja murid
secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin dalam
bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman Malaysia. Mengikut Gibb (1969)
pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat, kepakaran, dan
keperluan dalam kalangan ahli kumpulan.
Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam
pembelajaran berkumpulan sejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya
Teaching Practise Conversations. Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah
17

untuk mengekalkan tumpuan murid adalah dengan membahagikan murid kepada
kumpulan.
Pengajaran secara berkumpulan dapat menjadikan murid lebih aktif dan mempunyai
semangat belajar. Murid juga memperoleh kemahiran bersosialisasi hasil daripada
perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan. Selain itu, kedudukan susun atur
secara kumpulan ini dapat menjimatkan ruang kelas.
Justeru, guru boleh membahagikan murid dalam kumpulan mengikut pelbagai
kriteria. Mengikut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya KBSM dan Model-model
Pengajaran Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSM adalah
berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga berdasarkan minat
dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan murid-
murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan
dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan
dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi
kumpulan yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian rendah, bahan
pengajaran mereka akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap kognitif mereka.
Jadi, mereka dapat membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan
pertandingan bersama murid-murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu,
meja dan kerusi murid hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil
mengikut kesesuaian guru setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan
kebolehan mereka.
Kedudukan tingkap juga tidak dihalangi oleh rak buku menjadi satu masalah bagi
kelas ini. Seorang guru perlulah mengambil kira faktor iklim makmal sains untuk
mewujudkan suasana makmal sains yang berkesan. Aspek pencahayaan mestilah
diambil kira dalam menentukan kedudukan fizikal makmal sains. Keadaan makmal
sains perlulah berada dalam keadaan stabil iaitu tidak terlalu terang ataupun tidak
terlalu gelap. Langsir juga dipasangkan di tingkap bagi memastikan faktor
pencahayaan ini seimbang. Makmal sains yang gelap akan memberi kesan terhadap
pandangan murid. Murid juga berkemungkinan untuk tidur dalam makmal sains yang
gelap, sementara makmal sains yang terang pula akan menyilaukan penglihatan
murid.
Namun begitu, terdapat masalah berkenaan dengan kedudukan stesen komputer
yang berada di belakang kelas. Kedudukan tersebut menjadikan pengurusan
18

teknologi ini tidak cekap kerana jarak fokus LCD projektor yang jauh. Kedudukannya
yang berdekatan dengan bilik air juga memberi risiko ke atas alat-alat komputer. Alat-
alat bantu mengajar seperti komputer, pengunjur overhead (OHP), dan LCD projektor
yang terdapat di stesen ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh guru bagi
menjamin keberkesanan pengajaran. Jadi, wajarlah stesen komputer tersebut
diletakkan di bahagian hadapan kanan kelas. Guru perlu menggunakannya dengan
cekap bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Masalah lain dalam pelan fizikal bilik darjah ini adalah ketiadaan bakul sampah yang
sepatutnya terdapat di dalam sesebuah makmal. Ketiadaan bakul sampah di dalam
makmal sains boleh menyebabkan keadaan makmal akan menjadi bersepah lebih-
lebih lagi selepas uji kaji di jalankan. Menurut buku Asas Pendidikan 1 Dinamika
Sekolah dan Bilik Darjah menyatakan bahawa aspek psikososial iaitu persekitaran
bilik darjah memainkan peranan penting dalam memupuk minat murid supaya terus
belajar. Jika ketiadaan bakul sampah, besar kemungkinan akan terdapat
sekumpulan murid yang tidak selesa dengan keadaan kelas yang berselerakan
dengan sampah. Oleh itu, sudah pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan
tekun. Justeru, bakul sampah perlu diwujudkan dan kedudukan bakul sampah perlu
diletakkan ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy pula, aspek
kebersihan seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran
yang selesa kepada murid-murid di samping membudayakan mereka dengan amalan
kebersihan.
Dalam kecanggihan zaman teknologi siber, alat bantu mengajar (ABM) tradisional
masih lagi digunakan sebagai asas pengajaran kerana bahan yang digunakan
adalah lebih murah. Mengikut Noraziah Abdul Hamid dalam bukunya yang bertajuk
Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ABM merupakan satu medium bagi
menyampaikan wadah kepada murid memalui proses P&P dengan lancar. Bahan ini
dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan menarik minat
murid untuk terus belajar. Guru juga dapat menerangkan dengan lebih mendalam di
samping membuat demonstrasi secara amali. Oleh itu, ABM perlu disusun dengan
baik oleh guru dalam perabot dan rak buku supaya ia mudah digunakan apabila
diperlukan.
Sesebuah kelas atau makmal sains perlu mengadakan ruangan kawasan lapang di
dalam supaya pengajaran yang bercorak amali dan aktiviti dapat dijalankan. Hal ini
19

dapat menjadikan murid cergas dan aktif berbanding dengan hanya duduk di tempat
masing-masing. Murid-murid juga menjadi lebih tertarik dengan kaedah pengajaran
guru ini. Secara fitrahnya seorang murid memang suka bermain. Justeru, guru
perlulah memahami mereka dengan melaksanakan pelbagai teknik pengajaran
seperti main peranan, dan sosiodrama. Jadi, konsep belajar sambil bermain perlu
diaplikasikan oleh guru dengan menyediakan ruangan kosong di dalam kelas untuk
melaksanakan aktivit tersebut. Dalam buku yang berjudul Open Education and The
American School, R.S Barth menyatakan bahawa, Konsep pendidikan terbuka
merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid
bebas untuk memilih bahan pembelajarannya sendiri dan guru hanya berperanan
sebagai penasihat dan pemantau aktiviti pembelajaran yang dilakukan murid itu.
Jadi, ruang-ruang pembelajaran seperti ruang bacaan perlu diwujudkan bagi
menjayakan proses pembelajaran.
Aspek fizikal lain yang perlu ditambah dalam kelas ini adalah papan kenyataan.
Papan kenyataan penting dalam makmal sains untuk memaparkan informasi,
peraturan, serta jadual bertugas. Peraturan penting supaya murid-murid mematuhi
undang-undang dan larangan semasa berada di dalam makmal kerana makmal
mempunyai bahan-bahan yang sensitif dan merbahaya. Jadual bertugas pula dapat
mempamerkan tanggungjawab murid untuk membersihkan kelas. Peraturan dan
undang-undang ini jelasnya dapat menjimatkan masa guru. Makmal sains yang
berada dalam keadaan bersih mempermudah proses pengajaran yang hendak
dilakukan. Selain itu, kewujudan papan kenyataan ini akan memberikan impak positif
ke dalam diri murid. Murid-murid akan dilatih supaya sentiasa peka dengan informasi
yang diberikan oleh guru. Oleh itu, guru hendaklah meletakkan papan kenyataan di
depan kelas supaya dapat menjadi rujukan oleh semua murid.





20

2) Huraian cara pengunaan bahan bantu mengajar (teater lutsinar, lutcahaya
dan legap)
Tajuk bahan yang unik merupakan topik Sains tahun 4. Melalui tajuk ini, murid-murid
akan mengenali bahan lutsinar, bahan lutcahaya dan juga bahan legap. Bahan
lutsinar merupakan bahan yang membenarkan cahaya melaluinya menyebabkan
tiada bayang-bayang yang terhasil manakala bahan lutcahaya hanya membenarkan
sedikit cahaya menembusinya maka bayang-bayang yang tidak jelas akan terhasil.
Bahan legap tidak akan membenarkan cahaya menembusinya. Oleh sebab itu,
bayang-bayang yang jelas akan terhasil. Untuk membolehkan murid-murid tahun
empat lebih memahami tajuk ini, kami telah menghasilkan satu bahan bantu
mengajar yang membolehkan murid-murid lebih mengetahui apakah itu bahan
lutsinar, lutcahaya dan juga bahan legap.Berikut merupakan butiran berkaitan BBM
yang dihasilkan:
Nama: teater lutsinar, lutcahaya dan legap
Bahan yang digunakan:
1. Kotak
2. Kertas turas
3. Kertas pembalut
4. Lampu suluh
5. Kertas lutsinar
6. Kertas lutcahaya
7. Kertas A4 80gsm
8. Batang kayu ais krim
9. Pembalut buku
Bahan bantu mengajar ini diinspirasikan dari aktiviti buku teks sains tahun 4 dan dari
aktiviti tersebut kami telah merancang satu bahan bantu mengajar dengan
mengunakan bayang bayang terhasil. Dengan bahan bantu mengajar ini murid-murid
dapat membezakan sama ada bahan tersebut adalah lutsinar, lutcahaya ataupun
legap berdasarkan baying-bayang terhasil.
3.1) Panduan pengunaan bahan bantu mengajar teater lutsinar, lutcahaya dan
legap
21

1. Alat ini digunakan secara berkumpulan.
2. Nyalakan lampu dibahagian dalam kotak teater lutsinar, lutcahaya dan legap
dengan menekan tombol suiz pada lampu di dalam kotak teater lutsinar,
lutcahaya dan legap.
3. Ambil puppet dari sebelah kotak yang diletakkan didalam sampul bewarna
kuning yang ditampal pada sisi kotak.
4. Terdapat tiga puppet yang diperbuat daripada tiga bahan berbeza iaitu
daripada bahan lutsinar, bahan lutcahaya dan juga bahan legap
5. Puppet dimasukkan kedalam kotak teater lutsinar, lutcahaya dan legap dan
dipegang dengan jarak 3cm dari skrin.
6. Bayang bayang akan terbentuk pada skrin dan diperhatikan oleh wakil
kumpulan.
7. Setiap kumpulan perlu memerhatikan ciri-ciri bayang-bayang yang terbentuk.
Hal ini kerana setiap puppet akan menghasilkan ciri-ciri bayang- bayang yang
berbeza.
Penyediaan dan pemilihan sumber yang dihasilkan sesuai serta dapat
meningkatkan pembelajaran Sains sekolah rendah kerana ketiga-tiga pupper
tersebut diperbuat daripada tiga bahan yang berbeza iaitu kertas lutsinar, kertas
lutcahaya serta kertas A4 80gsm yang bersifat legap. Melalui pemerhatian, murid-
murid akan dapat membezakan ketiga-ketiga bahan tersebut berdasarkan bayang-
bayang yang terbentuk.
Bahan bantu mengajar yang dicipta ini juga mengambil kira faktor ruang
penyimpanan bagi bahan bantu mengajar ini. Bahan ini amat mudah disimpan
dibawa kerana ianya sememangnya sebuat kotak yang diubah suai menjadi pentas
bagi teater lutsinar, lutcahaya dan legap ini. Ini membolehkan bahan bantu mengajar
ini boleh disimpan dengan mudah seperti di dalam almari ataupun di atas almari.
Oleh kerana puppet-puppet tersebut disimpan didalam sampul surat khas, kotak
pentas teater ini akan sentiasa kelihatan kemas dan tidak bersepah. Selain itu,
bahan yang digunakan ialah juga merupakan bahan yang boleh diguna semula
seperti kotak. Selain itu penggunaan kotak, lidi dan juga kertas menyebabkan bahan
bantu mengajar ini begitu ringan dan mudah dibawa ke dalam kelas. Bahkan murid-
murid sendiri boleh membuat sendiri bahan bantu mengajar ini dirumah dengan
bantuan ibu bapa. Hal ini kerana bahan bantu mengajar ini mampu menjadi panduan
22

untuk murid-murid memahami sifat-sifat bagi bahan lutsinar, lutcahaya dan juga
bahan legap
2.2 )Gambar bahan bantu mengajar teater lutsinar, lutcahaya dan legap













23

REFLEKSI
ABDUL MUIZZ BIN MOHD RASANI
890907-03-6093
Kekuatan yang dapat saya lihat semasa saya menyelesaikan Kerja Kursus
Projek bagi subjek SCE 3112 ini adalah kerjsama dan juga sumbangan yang telah
diberikan oleh Pembantu Makmal Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu,
Puan Zainab bt Awang. Banyak input yang berguna serta pelbagai bahan lampiran
berjaya saya perolehi daripada beliau.Selain itu, saya dan pasangan saya telah
bekerjasama sepenuhnya semasa menyelesaikan tugasan ini. Walaupun pada
mulanya kami berasa agak keliru mengenai tugasan yang perlu dibuat terutamanya
yang melibatkan esei mengenai pengurusan makmal, namun setelah mendapatkan
bimbingan daripada pensyarah penasihat iaitu Encik Rosli Bin Omar dan melakukan
perbincangan bersama-sama, kami akhirnya dapat memahami skop tugasan yang
perlu kami laksanakan dan kami mula mencari maklumat untuk digunakan dalam
tugasan ini.
Semasa menyelesaikan tugasan ini pelbagai input berguna yang berjaya saya
perolehi terutamanya mengenai hal ehwal pengurusan makmal Sains sekolah. Jika
sebelum ini saya hanya bertindak sebagai pengguna makmal dan hanya melihat
makmal sains sekolah dari sudut perspektif seorang pengguna sahaja. Namun,
melalui pengalaman membuat lawatan ke makmal sains SESTER, barulah saya
dapat melihat makmal sains dari sudut yang berbeza iaitu sebagai pengurus untuk
menguruskan segala hal mengenai makmal sains sekolah bermula daripada peranan
jawatankuasa makmal sekolah sehinggalah mengenai pelupusan peralatan.
Melalui lawatan ini, barulah saya mengetahui bahawa aset kerajaan
mempunyai 3 jenis aset yang berbeza iaitu harta modal, inventori dan juga bekalan
pejabat. Jika sebelum ini apabila terpandang peralatan yang mempunyai cop HAK
MILIK KERAJAAN yang bermain dalam minda saya ialah barang tersebut daripada
kerajaan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tugas-tugas seorang guru selain
daripada tugas mengajar. Antara tugas-tugas lain guru terutama guru Sains ialah
memastikan murid mematuhi peraturan makmal, merekodkan peralatan di makmal
dan banyak lagi.
24

Setiap kekuatan pasti akan ada kelemahannya. Begitu juga dengan diri saya.
Antara kelemahan yang dapat saya kesan adalah sikap saya yang suka
menangguhkan kerja dan melaksanakan kerja pada saat akhir. Ini menyebabkan
saya menjadi agakl tertekan dengan bebanan tugasan yang lain juga. Di samping itu,
saya terlampau lebih kepada persiapan untuk membuat microteaching sahaja.
Walaubagaimanapun saya telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk
menyelesaikan kesemua tugasan dengan baik. Selain itu, bebanan tugasan yang
lain juga menyebabkan saya kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan. Namun,
saya tidak akan pernah untuk menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk saya
tidak berusaha dengan sebaik mungkin bagi menyiapkan tugasan ini. Saya sedar
akan tanggungjawab saya sebagai seorang guru pelatih dan seorang bakal guru dan
pengorbanan yang saya perlu lakukan untuk melatih saya supaya menjadi seorang
guru yang berkaliber satu masa nanti.
Banyak peluang dan ilmu yang dapat saya kutip semasa saya menyelesaikan
tugasan ini. Antaranya adalah, saya lebih memahami pengurusan makmal sains
sekolah. Selain itu, saya dapat belajar bagaimana hendak menguruskan stok dan
juga peralatan di makmal
Cabaran yang saya perlu hadapi semasa menyelesaikan tugasan ini adalah
faktor kekangan masa. Bebanan tugasan yang banyak membuatkan pada mulanya
saya menjadi agak tertekan namun saya perlu sentiasa berfikiran positif di mana
sebagai seorang guru pelatih dan seorang bakal guru, saya perlu sentiasa tabah
dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.
Konklusinya, banyak pengalaman yang dapat saya kutip semasa menjalankan
tugasan ini. Semoga apa yang telah saya pelajari akan dapat membantu saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti pada satu hari nanti.

You might also like