You are on page 1of 2

Thursday, February 14, 2013

KEPEMIMPINAN GURU BESAR DALAM ORGANISASI


SEKOLAH



Guru besar merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan
memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti
kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi
melahirkan generasi berkualiti. Guru besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani
melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan dan
kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan
pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Dalam kajian yang dijalankan
oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan
di antara dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkahlaku
pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan
diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan, dan
kedudukan kuasa.

Selain itu, guru besar perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi
memperolehi kerjasama yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila
hubungan guru besar dan guru berada dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah
untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar murid-murid. Guru
juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas.
Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk belajar di dalam kelas yang kondusif
bersama guru yang bersemangat dan inovatif. Mengikut kajian Arfah (1994) ke atas 85 orang
guru dan 5 orang guru besar sekolah rendah di Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi
dikalangan guru ialah kesefahaman dengan guru besar, sokongan dari guru besar, persekitaran
kerja yang sihat dan hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal
dengan guru besar dan rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para
guru. Guru besar dan pengetua perlu sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya
persekitaran dan kecemerlangan sekolah. Jika seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin
akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap lebih berkesan.

Dalam penentuan keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan guru
besarlah yang selalu dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak dapat melarikan diri
daripada hakikat bahawa ibubapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah
sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain
itu, guru besar juga perlu merancang dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di sekolah.
Selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik, guru besar juga perlu
menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan serta
pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan
mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan
budaya kerja cemerlang. Ini bersesuaian dengan Hussien (1997) yang berpandangan untuk
menjadi guru besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan perlulah menyatakan
matlamat sekolah dengan jelas kepada semua guru, staf sokongan, ibu bapa, masyarakat serta
pelajar yang mempunyai kepentingan bersama. Sebagai pemimpin, guru besar perlu
memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa
ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Guru besar perlu memahami masalah yang dihadapi
oleh guru-guru mereka dan perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan
berhemah.

Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang ada pada seorang guru besar atau pengetua.
Seorang guru besar mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar,
dan menentukan naik pangkat seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi menyokong proses
kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada pada seseorang guru besar telah membantunya untuk
meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah. Guru besar perlu bijak menggunakan
kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik dan seterusnya
mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di sekolah.
http://pengajian-ipg.blogspot.com/2013/02/kepemimpinan-guru-besar-dalam.html

You might also like