You are on page 1of 4

Minda: Kawal gejala murung di peringkat awal

Oleh Dr Aminudin Mansor



Apatah lagi jika ia membabitkan pelajar di peringkat sekolah khususnya sekolah
menengah.
Guru perlu dapat mengesan gejala kemurungan dan tekanan di kalangan pelajar dalam
kelas dan di sekolah sebagai langkah awal mengatasinya.
Fenomena gejala kemurungan ini akhirnya membawa kepada tekanan perasaan dan
emosi yang menyebabkan pelbagai kejadian tidak diingini seperti kes cucu menikam
datuk hingga mati, wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar serta marah isteri
belasah mentua.
Kes seperti ini disebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan ketika marah.
Oleh sebab itu, melalui pendidikan di sekolah, setiap pelajar dididik supaya dapat
menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam menjalani kehidupan
seharian.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kementeriannya mendapati
secara keseluruhan, 400,227 pesakit mental mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan
mental di hospital kerajaan tahun lalu ia menunjukkan peningkatan 15.6 peratus
berbanding 2009 iaitu 337,791 kes.
Menurut beliau, gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunjukkan pola
meningkat dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin dari semasa ke semasa.
Bagi mengatasinya, empat sekolah dipilih sebagai sekolah perintis bagi melaksanakan
satu modul khas mengesan gejala penyakit mental dalam kalangan remaja pada
peringkat awal.
Modul itu berbentuk Modul Kemahiran Kesihatan Mental Di Kalangan Remaja di
sekolah itu akan dijalankan dalam tempoh enam bulan dan hasilnya akan dibincangkan
dengan Kementerian Pelajaran.
Menurutnya, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk
mengenal pasti gejala penyakit mental di kalangan remaja pada peringkat awal yang
dijalankan selama enam bulan bagi mendapatkan hasil sebelum dibincangkan dengan
Kementerian Pelajaran untuk diperluaskan di sekolah menengah di seluruh negara.
Pada peringkat awal, empat sekolah terbabit dalam projek itu ialah Sekolah Menengah
(SM) Sains Teluk Intan, Perak; SM Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SM
Simpang Bekok Melaka dan SM St Michael, Penampang, Sabah.
Beliau berkata, usaha yang dilakukan bukan bermakna kementerian menyasarkan
pelajar sebagai kumpulan berisiko, tetapi lebih kepada memberi kemahiran kepada
guru dan kaunselor mengesan gejala kemurungan serta tekanan di kalangan pelajar di
peringkat awal.
Justeru, gejala kemurungan dan tekanan pelajar mestilah dapat diurus dengan baik dan
seimbang.
Mengawal emosi dan perasaan sangat penting dalam menahan kemarahan yang boleh
menyebabkan pelbagai perkara buruk berlaku seperti mengamuk, perasaan tidak
terkawal serta marah berlebihan.
Melalui pendidikan, akan dapat membangunkan diri manusia sama ada personalitinya,
emosi, perasaan, pemikiran dan intelek ke arah yang seimbang.
Nilai murni dan nilai moral perlulah sentiasa diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Kajian ahli psikologi mendapati pengaruh pembentukan personaliti meliputi tiga faktor
iaitu pewarisan, pengalaman (pembelajaran) dan budaya.
Faktor ini mempengaruhi ke arah gejala kemurungan dan tekanan yang akhirnya
menyebabkan sakit mental.
Faktor sosial dan persekitaran dengan jelas menyumbang kepada tingkah laku.
Pengawalan emosi sangat penting terutama di saat kemarahan dan menerima tekanan.
Hubungan antara ibu bapa dan anak dengan perasaan kasih sayang serta kemesraan
dapat membentuk personaliti yang seimbang.
Islam menegaskan, akhlak yang mulia dapat mendidik dan mengawal tingkah laku
meliputi emosi dan perasaan, iaitu seseorang itu sentiasa bersopan santun, sabar,
mengingati Allah, sentiasa beradab, merendah diri, pemaaf, tidak mudah marah, syukur,
takwa serta tawakal menghadapi ujian dan dugaan.
Sifat sabar dan pemaaf dapat mengatasi gejolak emosi kemarahan tanpa kawalan.
Sabar adalah satu-satunya sifat akhlak yang paling indah sekali.
Sebagai umat Islam, kita disuruh bersabar menahan kemarahan ketika ditimpa
kesusahan atau cubaan. Sementara sifat pemaaf dapat memadamkan kemarahan
dalam hati dan jiwa yang disulami dengan adab sopan yang baik.
Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala
kemurungan dan tekanan perasaan dalam kalangan remaja.
Pendidikan adab dan akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat membentuk
tingkah laku yang seimbang di kalangan remaja yang dapat membentuk personaliti
seimbang dan unggul pada masa depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal
//Article/article_print
ARKIB : 22/09/2011
Gangguan emosi perlu ditangani

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.
KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam
kalangan murid sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi
atau gangguan terhadap kesihatan mental individu terbabit.
Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan
untuk meningkatkan usaha mempromosi kesihatan mental yang baik kepada rakyat
termasuk murid-murid dan warga sekolah.
Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang
prihatin bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang
menunjukkan kecenderungan membunuh diri atau pun yang mengalami kemurungan.
Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat
ditangani adalah serius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti
kemurungan atau depression dan cubaan bunuh diri dapat dielakkan.
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah
kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini
menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996.
Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari 2011,
Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang
dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis
Program Minda Sihat Menangani Stres dilaksanakan di enam buah sekolah menengah
di seluruh Malaysia.
Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status
kesihatan mental murid-murid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan
kemurungan. Mereka yang dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi
sewajarnya termasuk kaunseling dan kemahiran daya tindak kesihatan mental (mental
health coping skills).
Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk
mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui
ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan
PIBG dan kelab sekolah.
Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untuk
membimbing dan membantu pelajar untuk menguruskan stres.

Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan
telah menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak
menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.
Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut,
namun anak-anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal
memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka.
Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau
kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada
menjadikannya suatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan
mudah untuk keluar dari masalah tersebut.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3Ae4ATpx1
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_06.htm

You might also like