You are on page 1of 21

Hari Malaysia

Penubuhan Malaysia 16 September 1963


Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di
Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura
pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk
kerjasama politik dan ekonomi.
Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang
semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah
berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh
golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk,
meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei,
Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23
Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan
dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak
dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.
Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti
pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga
dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-
perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961,
seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962.
Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu
Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat
tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.
Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk
dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya
perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang
dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam
hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan
kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk
meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan
Malaysia.
Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas
gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin
Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David
Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima
2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat
Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran,
pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.
Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara
menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan
Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu,
laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa
perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.
Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang
telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga
menerima laporan Suruhanjaya Cobbold.
Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh
beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri),
Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato Abdul Rahman (Menteri Keselamatan
Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).
Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan
Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut
telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di
Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.
Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk
menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang
pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya
dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September
1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu,
Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota
kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra
di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku
kemudiannya melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang
hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin
Mohammad Said.


Rentetan Peristiwa

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia
Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan
untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu
bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah
bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald
Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative
Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo
Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato Wong
Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris
bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu


Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan
Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House,
London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan
British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan
penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih
kurang 30 000 rakyat Malaysia
sumber : www.arkib.gov.my

Mengiktiraf Tanggal 16 September Sebagai Hari Malaysia
SETELAH 46 tahun Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan
Malaysia, semalam adalah hari penuh sejarah bagi seluruh rakyat negara ini. Pengumuman yang dinanti-
nantikan muncul jua. Berkat sabar, akhirnya tanggal 16 September diiktiraf sepenuhnya sebagai Hari
Malaysia. Sejajar dengan itu ia diumumkan hari cuti umum yang bermula tahun 2010.
Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah
dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri ketika mengumumkannya di Dewan
Rakyat semalam berkata, Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari
Merdeka pada 31 Ogos bagi mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan dan Hari
Malaysia yang akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan dan persefahaman
antara kaum sejajar dengan semangat 1Malaysia.
Kita percaya apabila Hari Malaysia diraikan pada tahun hadapan, banyak acara mengeratkan perpaduan,
persefahaman antara kaum menerusi aktiviti sukan, sosio-budaya dan kesenian diadakan bagi
menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Dengan perisytiharan cuti umum Hari Malaysia maka
diharapkan kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berada
dalam wilayah yang berasingan akan terhakis.
Jika tahun 1981 pemisahan itu dirapatkan melalui penyeragaman waktu dan kini dimantapkan dengan
sambutan Hari Malaysia. Pengertian Hari Malaysia perlu disebar luaskan kepada rakyat supaya
pemahaman mengenainya lebih mendalam. Kita perlu fahami, emosi menyambut Hari Malaysia adalah
berlainan dengan perasaan menyambut Hari Kemerdekaan.
Pengumuman Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah dialu-alukan, pun begitu sambutan hari tersebut
perlu ada pengisian yang bermakna dan berkesan. Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati
hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan
etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

LAGU KEBANGSAAN
Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Sejarah Lagu Negaraku
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama Negaraku
dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu
Terang Bulan yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika
baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. Negaraku menekankan taat setia dan perpaduan rakyat
untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan
tanah air.
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari
kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang
ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun
empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu
Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu
Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.
Skor lagu Negaraku telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P
Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar
Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan
Negaraku telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan Negaraku diperdengarkan buat julung kalinya pada 31Ogos 1957, di Padang Kelab
Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan Negaraku. Bermula dari detik inilah,
lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.




BENDERA MALAYSIA

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi
sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga
terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda
dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu
biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas
dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri
dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri
Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci
murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan
Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan
Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara
Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis
Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka
bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik
Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah
diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950,
Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei
1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di
perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-
pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan
Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan
ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau
mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.
Susunan Keutamaan Bendera
Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan
DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70,
Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang diguna pakai bagi tahun
2009 adalah seperti berikut:-
1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Johor
6. Perak
7. Perlis
8. Selangor
9. Negeri Sembilan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan












RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400
Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan
Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya
yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka
kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu
berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan
akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan
British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah
Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat
perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang
bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela,
Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari
Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir
sendiri negaranya muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda
(KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk
kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan
pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di
Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah
ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah
Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan
sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya
British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah
mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946,
penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit
perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.



Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya


Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah
Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk
membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang
ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada
31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang
menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada
Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah
negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.








BUNGA KEBANGSAAN



Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur,
bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang
diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk
mendapatkan reaksi orang ramai.
Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di
Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga
mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan
kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang
sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan menjadi
Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga
Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan
prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.







RUKUN NEGARA
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang
Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan
antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan













GEOGRAFI
Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Ia meliputi 13 buah Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) dan 1 Kerajaan Persekutuan yang
terdiri daripada 3 buah Wilayah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Lokasi
Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa iaitu Garisan Lintang 2

dan 7

Utara dan
Garisan Bujur 100

dan 119

Timur. Keluasan Malaysia meliputi 329, 961.22 kilometer persegi.


Semenanjung Malaysia sahaja meliputi seluas 131,598 kilometer persegi, manakala, Sabah dan Sarawak
adalah 198, 069.61 kilometer persegi.
Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand (utara), Singapura (selatan), Sarawak
bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam dan Sabah bersempadan dengan Filipina. Laut China
Selatan seluas 531.1 kilometer persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak,
Selat Melaka memisahkan Semenanjung dengan Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan
Malaysia dengan Singapura.
Jumlah Penduduk Malaysia
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lengkap
Negeri-Negeri di Malaysia
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Pusat Pentadbiran Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kuala Lumpur mempunyai keluasan 243.65
kilometer persegi dan mempunyai 11 kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Bukit Bintang,
Cheras, Kepong, Lembah Pantai, Segambut, Seputeh, Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.
Kuala Lumpur dikenali sebagai Bandaraya Bercahaya, Pusat Kesenian Antarabangsa, Pusat Perundangan
Kehakiman dan Kebudayaan Islam di Malaysia. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai
1,655,100 orang. Kuala Lumpur turut menawarkan destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman
Burung, Taman Rama-rama, Pasar Seni, Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana Negara, Kompleks
Budaya Kraf, Taman Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara,
Muzium Negara, Pusat Sains Negara, Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya, Zoo Negara, Taman
Orkid, Planetarium Negara, Rumah Penghulu Abu Seman, Bangunan Sultan Abdul Samad, Balai Seni
Lukis Negara dan Pusat Kraf.

Labuan


Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua di Malaysia. Keluasannya ialah
91.64 km persegi dan mempunyai hanya satu kawasan Parlimen. Ia terletak sekitar 10 km dari Pantai
Sabah dan mengambil masa dua setengah jam penerbangan dari Kuala Lumpur dan lima minit perjalanan
bot dari Batu Papan. Pulau Labuan telah diisyiharkan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir (Offshore
Financial Centre) dan Pelabuhan Bebas Cukai. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah 89,000
orang.
Labuan turut terkenal dengan pelabuhan yang besar dan dalam dan pesisiran pantai yang berpasir putih
dengan air yang jernih sehingga membolehkan pengunjungnya melihat kehidupan karang laut. Menyelam
`skuba' merupakan aktiviti pelancongan yang penting di sini.
Putrajaya

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,932 hektar telah diisytiharkan secara
rasminya sebagai Wilayah Persekutuan ke-3, selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipindahkan ke Putrajaya dari Kuala
Lumpur bagi mengurangkan tumpuan kepadatan penduduk, kesesakan lalu-lintas dan jurang sosiopolitik
dan sosioekonomi.
Ini adalah kerana kedudukan Putrajaya yang strategik iaitu terletak diantara 24 km ke selatan Kuala
Lumpur dan 20 kilo meter di utara Lapanagan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang.
Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai satu kawasan Parlimen.
Putrajaya menawarkan tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Bangunan Seri Perdana, Perdana
Putra, Masjid Putra, istana Melawati, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Dataran Putra,
Tugu Milennium, Boulevard Putrajaya, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian, Taman Wetland,
Cruise Tasik Putrajaya dan Alamanda.
Taman Botani merupakan yang terbesar di Putrajaya iaitu meliputi 92 hektar. Taman ini menawarkan
ketenangan semula jadi dengan 700 spesis tumbuhan tempatan dan dari 90 buah negara termasuk Afrika
dan Asia Pasifik. Taman Wetland pula merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang menempatkan Pusat
Panghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, kawasan perkelahan, tapak semaian dan pelbagai spesis fauna
dan flora.
Negeri-Negeri
Negeri-Negeri
Perlis

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan kira-kira 795
kilometer persegi. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Ibu
Negeri Perlis ialah Kangar dan Arau merupakan Bandar Diraja.
Perlis mempunyai 3 Kawasan Parlimen dan 15 Kawasan Dewan Undangan Negeri. Bandar-bandar lain
ialah Chuping, Jejawi, dan Simpang Empat. Perlis merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan tetapi
beraja. Ketua pentadbiran Negeri Perlis dipanggil Menteri Besar. Populasi penduduknya adalah kira-kira
seramai 198,335 orang.
Negeri kecil ini mempunyai "Tujuh Pesona" tersendiri yang menggamit kunjungan. Pesona tersebut ialah
: panorama (Ladang Tebu Chuping), Empangan Timah Tasoh); Taman Ular dan Reptilia Perlis;
Harumanis; makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis, makanan laut); tarikan sempadan) Padang Besar, pasar
Ahad Wang Kelian); seni suara burung (tekukur dan merbok); dan pengembaraan hutan (Taman Negeri,
Gua Wang Burma).
Kedah

Kedah Darul Aman terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Thailand
dan mempunyai keluasan kira-kira 9,425 km persegi. Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar dan Anak Bukit
merupakan Bandar Diraja. kedah mempunyai 15 kawasan Parlimen, 36 kawasan Dewan Undangan
Negeri dan 12 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi, Padang Terap, Sik,
Baling, Yan, Pendang, Bandar Baharu dan Pokok Sena.

Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 2,000,000 orang. Kedah menawarkan destinasi
pelancongan yang menarik. Salah satu destinasi pelancongan yang patut dikunjungi di negeri ini ialah
Pulau Langkawi. Pulau ini terkenal dengan destinasi percutian bebas cukai dan turut memiliki rangkaian
pantai yang bersih dan indah. Gunung Jerai pula merupakan gunung yang tertinggi iaitu mencapai 1,217
meter.
Selain itu, Kedah turut menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Payar, Air Terjun
Puncak Janing, Air Terjun Sedim, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni Negeri, Batu Hampar, Lata
Mengkuang, Lembah Bujang, Masjid Zahir, Muzium Negeri, Muzium Padi, Pantai Merdeka, Tasik Pedu,
Pekan Rabu, Perangin Sik, Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Seri Perigi dan Makam Diraja.
Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai keluasan negeri kira-kira
1,056 kilometer persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah George Town. Pulau Pinang mempunyai 13
Kawasan Parlimen, 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 5 Daerah iaitu Barat Daya (Balik Pulau),
Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibung Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit
Mertajam) dan Seberang Perai Utara (Butterworth). Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang
ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan
sebagainya.
Antara destinasi pelancongan yang menarik ialah Pulau Aman, Pulau Jerjak, Batu Feringhi, Taman
Burung, Taman Botani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya, Taman Rama-rama, Cheong Fatt Tze
Mansion, Padang Kota Pulau Pinang, Menara Jam, Kuil Burma Dharmikarama, Kota Cornwallis, Gurney
Drive, Masjid Kapitan Kling, Kuil Kek Lok Si, Khoo Kongsi, Komtar, Kuil Kuan Yin, Jambatan Pulau
Pinang, Muzium Pulau Pinang, Rumah P.Ramlee, Kuil Ular, Gereja St George's, Dusun Buah-buahan
Tropika, Wat Chayamangkalaram, Hutan Rekreasi Teluk Bahang dan Bukit Bendera.

Perak

Perak Darul Ridzuan mempunyai keluasan kira-kira 21,005 kilometer persegi (6.4% daripada jumlah
keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri
Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 Kawasan Parlimen,
59 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Kerian, Gerik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang
Padang, Larut dan Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan sungai
yang terpanjang di Negeri Perak. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai,
Lumut dan Taiping. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 2,393,300 orang.
Perak menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Lumut, Pulai Pangkor, Teluk Batik, Bukit
Larut (Maxwell Hill), Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Stesen Keretapi Ipoh, Istana Kellies,
Kuala Gula, Air Terjun Lata Iskandar, Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak,
Perak Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas
Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan Gula
Tempurung.

Selangor

Selangor Darul Ehsan mempunyai keluasan kira-kira 7,930.20 kilometer persegi. Ia terletak di tengah-
tengah Semenanjung Malaysia di Pantai Barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya. Ibu Negeri Selangor ialah Shah Alam dan Klang sebagai Bandar Diraja.
Negeri Selangor mempunyai 22 Kawasan Parlimen, 56 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah
iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan
Hulu Selangor. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 5, 179,600 orang iaitu yang paling
ramai di Malaysia.
Selangor menawarkan destinasi pelancongan seperti Taman Pertanian, Kelip-kelip Kampung Kuantan,
Batu Caves, Pulau Carey, Galeri Shah Alam, Bangunan Bersejarah Jugra, Tugu Keris Kampung Kuantan,
Kota Darul Ehsan, Mines Wonderland, Pantai Morib, Bagan Lalang, Zoo Negara, Pusat Orang Asli
Gombak, Pulau Ketam, Tasik Shah Alam, Stadium Shah Alam, Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Sungai
Gabai, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Sunway Laggoon, Hutan Templer, Muzium Alam Shah,
Muzium Orang Asli dan sebagainya.
Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan gabungan 9 buah negeri yang kecil. Keluasan Negeri
Sembilan kira-kira 6,657.09 kilometer persegi dan ia terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ibu
negerinya ialah Seremban dan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja. Negeri Sembilan mempunyai 8
Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin,
Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Bandar-bandar yang lain ialah Kuala Kelawang,
Lukut, Titi, Tampin dan Gemas. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 1,013,900 orang.
Antara temapat pelancong yang menarik ialah Blue Lagoon, Cape Ra chado, Kompleks Kraf Negeri
Sembilan, Lukut, Kempas, Kolam Air Panas Pedas, Port Dickson, Muzium Negeri, Bangunan Sekretariat
Negeri, Istana Menanti, Taman Tasik Seremban dan Taman Rekreasi Ulu Bendul.
Melaka


Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1,652 kilometer persegi. Melaka
mempunyai 6 Kawasan Parlimen, 28 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 3 Daerah iaitu Alor Gajah,
Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Unjuran
penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 769,300 orang.

Melaka menawaran destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Besar, Pulau Upeh, Kota A Famosa,
Taman Tema Air A Famosa, Air keroh, Bukit China, Kuil Cheng Hoon Teng, Gereja Christ, Gadek Hot
Spring, Makam Hang Jebat, Perigi Hang Li Poh, makam Hang Tuah, Jonker Street, Masjid Kampong
Kling, Muzium Maritim, Istana Kesultanan Melaka, Tugu Portugis, Dataran Merdeka Air Keroh, Gereja
St. Francis Xavier's, Gereja St Paul's, Kebudayaan Baba dan Nyonya, The Stadhuys, Seri Tanjong
Homestay dan Masjid Tanah.
J ohor

Negeri Johor mempunyai keluasan 18,986.88 kilometer persegi. Ia terletak paling selatan di Semenanjung
Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan dipisahkan dengan
Singapura di selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan bandar Diraja.
Negeri Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah
iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang,
Mersing, Batu Pahat dan Muar. Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah
bermakna hulu balang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri.
Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 3,385,200 orang.
Johor menawarkan destinasi pelancongan menarik termasuklah pesisiran pantai yang luas dan sekurang-
kurangnya 50 buah pulau yang terkenal ialah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar dan Pulau
Pemanggil. Tidak ketinggalan Taman Endau-Rompin juga Pulau Kukup.
Pahang


Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 35,965
kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Malaysia. Sebahagian besar daripada Negeri Pahang
diseliputi hutan dan sebahagian besar taman negara terletak dalam Negeri Pahang. Sungai yang
terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang. Gunung Tahan, gunung yang kedua tertinggi
di Malaysia iaitu 2,190 meter. Ibu negeri dan pusat pentadbirannya terletak di Kuantan sementara Pekan
adalah Bandar Diraja. Unjuran penduduknya adalah seramai 1,543,300 orang. Ibu negeri dan pusat
pentadbirannya terletak di Kuantan dan Pekan adalah Bandar Diraja. Pahang mempunyai 14 kawasan
Parlimen, 42 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 daerah iaitu Jerantut, Tanah Tinggi Cameron,
Temerloh, Raub, Bentong, Rompin, Kuala Lipis, Maran, Pekan, Bera dan Kuantan.
Antara destinasi pelancongan yang terdapat di Pahang ialah Pantai Cherating, Teluk Chempedak,Pantyai
Beserah, Cameron Highlads, Genting Highlands, Bukit Fraser Rimba Kenong dan Endau-Rompin.
Terengganu

Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan meliputi 12,955 kilometer persegi dan terletak di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan
manakala, di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Ibu negeri dan Bandar
Diraja ialah Kuala Terengganu. Terengganu terbahagi kepada 8 Kawasan Parlimen, 32 Kawasan Dewan
Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu,
Dungun dan Kemaman. Warna putih melambangkan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan
Agama Islam. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1.5 juta orang.
Kelantan

Kelantan Darul Naim mempunyai keluasan meliputi 14,922 kilometer persegi yang terletak di timur laut
Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Ibu
negeri dan Bandar Diraja ialah Kota Baharu. Kelantan mempunyai 14 Kawasan Parlimen, 45 Kawasan
Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli,
Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain ialah
Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
Sabah

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di
dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer
dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di
sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu . Gelaran ini diberi disebabkan
kedudukan Negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.
Sarawak

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di
Malaysia yang mempunyai keluasan kira-kira 131,598 kilometer persegi dan terletak di Malaysia Timur
di pulau Borneo. Ibu negerinya ialah Kuching. Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di
Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan
Undangan Negeri dan 11 Bahagian meliputi 28 Daerah iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei,
Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.
Iklim

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Lazimnya, iklim
tersebut dipengaruhi oleh dua Angin Monsun (Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu
harian di seluruh Malaysia ialah antara 21 C hingga 32 C.

Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan
Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun
Timur Laut - November hingga Mac). Hujan tahunannya adalah di antara 80 peratus setahun iaitu
2000mm hingga 2500mm.
Flora

Hutan Hujan Khatulistiwa (Tropika) di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih
diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan
kira-kira 77.2 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36 juta hektar.
Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang (37.6 peratus), Kelantan (15
peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu (37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah
meliputi 62.5 peratus dan Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.
Di samping itu, terdapat hutan bakau serta hutan dipterokrapa yang boleh dikelaskan berdasarkan
ketinggian kawasan di atas aras laut seperti Hutan Pamah Dipterrokarpa (Hutan di kawasan tanah rendah
dan di kaki bukit sehingga ketinggian 300 meter), Hutan Dipterokarpa Bukit (Hutan bukit antara
ketinggian 300 meter 762 meter), Hutan Dipterokarpa Atas (Hutan di antara ketinggian 762 meter
1200 meter), Hutan Oak-Gunung (Hutan di antara paras ketinggian 1200 meter 1500 meter) dan Hutan
Ericaceous Gunung (Hutan melebihi 1500 meter).

Fauna

Hutan hujan di Malaysia menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies binatang yang kebanyakannya bukan
sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di dunia. Terdapat lebih 185,000 spesies binatang (16 peratus
daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406
spesies amfibia dan reptilia, 200 spesies binatang liar dan lebih daripada 100,000 spesies serangga telah
dapat direkodkan. Antara spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia termasuk orang utan, harimau,
gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar
dan kijang.
Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu terutamanya penyu belimbing. Rantau
Abang di Terengganu adalah kawasan yang penting pendaratan penyu. Turtle Islands Marine Park di
Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini.
Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh
didapati di sungaisungai besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan
sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di sungai-sungai di Negeri Perak, Kedah,
Terengganu dan Pahang.

You might also like