You are on page 1of 9

1

1.0 KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH ( KBSR)


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk
menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan
serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.
Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini
adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan
keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah
untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya
menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke
arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan
didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini.
Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif,
inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar,
memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan
seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di
samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin
mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga
tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan
dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan
aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna
yang bijak.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin
tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling
mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai,
mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek
mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.
Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam
sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti
mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab
2

dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan
imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah
keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga
alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan
perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.1 Reka Bentuk Kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka
Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri
daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan
pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di
berikut:
1.1.1 Reka Bentuk dan Teknologi
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan
menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang
kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi
serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan
binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk
minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara dan membaiki
kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri.
Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta
pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel
jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa
melakukan aktiviti ini.
Keselamatan dan Organisasi Bengkel seperti peraturan keselamatan dan organisasi
bengkel. Kreativiti dan Reka Cipta seperti pengenalan kreativiti, kajian reka bentuk dan
kefungsian produk, penyelesaian masalah, penghasilan projek reka cipta dan
pendokumentasian. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek pula mereka bentuk dan
menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta mereka
bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula. Elektrik dan
Elektronik pula meraka akan menghasilkan projek elektrik dan penghasilan projek elektronik.
3

Baik Pulih dan Penyenggaraan seperti penyenggaraan alatan tangan, penyenggaraan bahagian
bangunan, penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah dan penyenggaraan
dan membaiki kerosakan pada perabot
Jahitan pula mereka akan belajar membaiki pakaian dan penghasilan artikel. Sementara
dalam Tanaman Hiasan meraka akan belajar pengenalan, pemilihan biji benih, penanaman dan
penjagaan. Dalam Ikan Hiasan pula mereka belajar pengenalan, penyediaan bekas dan
pengurusan. Tanaman Sayuran mereka akan belajar penyediaan tapak, penanaman dan
penjagaan serta pemungutan hasil.
1.1.2 Perniagaan dan Keusahawanan
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid dalam
perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi
unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga
didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap
pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga. Barang jualan seperti kumpulan
sasaran, jenis barang yang sesuai dijual dan sumber bekalan. Merancang dan menyediakan
jualan seperti membuat rancangan jualan dan menyediakan barang jualan. Mempromosi Jualan
seperti promosi melalui pembungkusan, promosi melalui poster dan promosi melalui katalog.
Mengurus jualan seperti melayan pelanggan, mendapatkan pesanan dan menyusun atur
barang. Merekod jualan seperti merekod barang, merekod pendapatan dan perbelanjaan serta
mengira untung atau rugi. Mengurus perbelanjaan diri seperti merekod pendapatan dan
perbelanjaan serta merancang perbelanjaan. Risiko dalam perniagaan ialah risiko dan cara
mengurangkannya. Sikap Pengguna yang bijak contohnya mendapatkan maklumat barang dan
etika perniagaan dan hak pengguna.






4

1.2 KURIKULUM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Kurikulum Standard Reka Bentuk dan Teknologi bertujuan supaya murid memperoleh
pengetahuan dan menguasai kemahiran asas praktis, mereka bentuk, keusahawanan serta
berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan
inovatif. Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi merupakan pembelajaran yang berasaskan
aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada
murid. Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid melakukan sendiri secara aktif
pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian.
Kurikulum Standard Reka Bentuk dan Teknologi Tahap II, diorganisasikan kepada
enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk,
Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumahtangga. Keenam-enam tajuk ini
merangkumi 3 domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk tersebut
disusun mengikut aras kognitif murid iaitu dari mudah ke sukar. Bagi domain psikomotor, murid
melaksanakan aktiviti amali seperti kerja-buat-sendiri, penyelenggaraan, penghasilan projek
dengan mengikut prosedur kerja yang betul dan beretika. Manakala bagi domain afektif, murid
didedahkan kepada aspek nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap pembelajaran secara amali.
Penggabungjalinan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kesepaduan
pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan. Kandungan kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi
merangkumi bidang teknikal, sains pertanian dan sains rumah tangga yang digabungjalinkan
dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
1.2.1 Reka Bentuk Kandungan Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah
Proses kerja dalam Reka Bentuk dan Teknologi adalah lebih menekankan pengetahuan,
kemahiran, langkah kerja bagi penghasilan sesuatu projek. Ini bermakna murid yang mengikuti
kurikulum standard Reka Bentuk dan Teknologi akan lebih terdedah kepada aspek mereka
bentuk, menggunakan bahan dan teknologi semasa menghasilan projek. Proses penerangan
setiap tajuk adalah seperti berikut:

5

1. Organisasi dan Keselamatan BengkeL

Tajuk ini memberi pendedahan kepada murid dengan suasana bengkel RBT di
sekolah rendah. Murid dapat mengenal pasti struktur organisasi bengkel, peraturan dan
keselamatan bengkel semasa mereka berada di dalam bengkel.
2. Asas Teknologi

Di dalam tajuk ini murid diberi kemahiran memasang dan membuka kit model berfungsi
secara elektromekanikal serta mereka dan membina model berfungsi. Standard kandungan ini
membolehkan murid membaca dan memahami manual, mengenal pasti fungsi komponen,
kemahiran memasang menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul, mereka dan
membina model berfungsi. Aspek penyimpanan komponen dan keselamatan juga ditekankan
dalam tajuk Asas Teknologi.
3. Reka Bentuk
Reka bentuk eksperimental merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran yang akan
menguji murid dari pelbagai aspek seperti menyatakan masalah, berdasarkan situasi.
pengumpulan maklumat, menjana idea kreatif, membuat lakaran projek, mengenal pasti jenis
alatan, proses pembinaan, pengujian dan penambahbaikan, serta membuat persembahan dan
pendokumentasian.
4. Penghasilan Projek

Bagi standard kandungan ini, murid dapat menghasilkan projek menggunakan
bahan bukan logam dengan litar elektrik, bahan logam dan bukan logam dengan litar
elektronik dan bahan bukan logam dengan litar elektrik dan elektronik. Murid dapat
mempelajari kemahiran seperti mengukur, menanda dan memotong, menggunakan alatan
dan membuat kemasan projek. Disamping itu juga, murid didedahkan membuat anggaran dan
pengiraan kos bahan setiap projek.

5. Teknologi Pertanian
Standard kandungan Teknologi Pertanian menyentuh kaedahmenanam biji benih halus atau
kasar meliputi aktiviti penyediaan biji benih, bahan, alatan dan penjagaannya. Murid juga
didedahkan dengan teknik mengubah anak benih ke dalam bekas serta penanaman dengan
menggunakan kaedah Hidroponik Takung meliputi persediaan alatan, kerja mencampur nutrien,
menanam dan penjagaan yang sistematik.
6

6.Sains Rumah tangga
Dua tajuk utama yang ditekankan dalam standard kandungan sains rumahtangga ialah
penghasilan artikel dan penyediaan sajian. Topik penghasilan artikel merangkumi proses
mengenalpasti alatan dan bahan jahitan, menyusun atur pola, mengunting, menjahit dan
menghias artikel. Manakala melalui penyediaan sajian; murid didedahkan dengan pengetahuan
serta kemahiran dalam mengenal pasti alatan dan bahan sajian, langkah-langkah menyedia,
memasak, menghidang dan membungkus sajian.






Organisasi dan
Keselamatan
Bengkel
Asas Teknologi
Reka Bentuk
Penghasilan Projek
Teknologi Pertanian
Sains Rumah
Tangga
7

1.3 Banding Beza Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KBSR)
dan Reka Bentuk dan Teknologi (KSSR)
Kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah (KBSR
Kandungan Reka Bentuk dan Teknologi
(KSSR)

Bertujuan membolehkan murid
memperoleh kemahiran praktis
asas dan pengetahuan
berasaskan teknologi
keusahawanan, dan aspek
pengurusan diri supaya mereka
dapat menjalankan kerja-buat-
sendiri serta cenderung
berusahaniaga dan mereka
cipta





Matlamat

Bertujuan membolehkan
murid memperoleh
pengetahuan, menguasai
asas kemahiran praktis,
berkemahiran mereka bentuk
dan mengamalkan asas
keusahawanan serta
berkebolehan
mengaplikasikan asas
teknologi ke arah melahirkan
murid yang kritis, kreatif dan
inovatif

1. Menggunakan bentuk asas untuk
menjana idea kreatif dalam
penghasilan projek
2. Menerangkan hubung kait
bentuk dengan fungsi produk
3. Membuka dan memasang
produk untuk mengenal pasti
fungsi komponen
4. Menghasilkan sesuatu projek
gabungan kayu dengan bahan
kitar semula bukan logam
5. Memilih alatan, perkakas, dan
bahan serta menggunakannya
dengan teknik yang betul
6. Mengenal pasti dan







Objektif

1. Mengamalkan peraturan
keselamatan bengkel dan
amalan kerja yang selamat
2. Menguasai proses mereka
bentuk untuk menghasilkan
produk
3. Mengetahui teknologi dalam
bidang teknikal, teknologi
pertanian dan sains
rumahtangga
4. Berkemahiran memilih bahan,
alatan, mesin dan perisian
serta menggunakannya
dengan teknik yang betul dan
beretika
8

membezakan di antara litar siri
dan selari
7. Menghasilkan projek elektrik
8. Menyenggaraan alatan tangan
dan perkakas selepas
menggunakannya
9. Menghasilkan tanaman hiasan
10. Mengenal pasti ciri dan jenis
barang yang boleh dijual
11. Merancang jualan dan
menyediakan barang untuk
jualan
12. Menyenaraikan ciri bungkusan
yang menarik
13. Mengira harga jualan dan
untung
14. Mengamalkan peraturan dan
budaya kerja yang baik dan
selamat.
5. Melakukan kerja-buat-sendiri
dan penyelenggaraan mudah
bagi peralatan dan
perkakasan
6. Menjana pemikiran kritis,
kreatif, inovatif dan berdaya
usaha dalam mereka bentuk
dan menghasilkan produk
berkualiti
7. Menggunakan TMK dan
mengaplikasi asas
keusahawanan.
8. Berkemahiran menjana idea
untuk menyelesaikan
masalah.

Membuat lakaran bentuk
bentuk asas
Mereka bentuk dan
penghasilan projek
Mengenalpasti dan
membezakan litar elektrik
Menyenggara dan membaik
pulih alatan
Menghasilkan tumbuhan
hiasan
Mengusaha perniagaan
barang
Murid perlu didedahkan
kepada pengetahuan yang
berkualiti dengan kemahiran
yang hendak dikuasai



Penekanan
Pengajaran dan
Pembelajaran

Membuat lakaran projek
Mereka bentuk dan
menghasilkan projek
Membuat
penyambungan litar
elektrik dan elektronik
Mengaplikasi kaedah
penanaman
Menghasilkan artikel
Menyediakan sajian
Menyelenggara
peralatan
Mempraktikkan budaya
keusahawanan
9

Murid perlu didedahkan
kepada pengetahuan
dan kemahiran terkini
yang hendak dikuasai


Kaedah-kaedah digunakan
ikut kesesuaian keadaan
Guru hendaklah
mewujudkan suasana
pembelajaran yang terbuka
supaya kaedah ini dapat
digunakan dengan
berkesan untuk
menggalakan pembelajaran
yang lebih mencabar.





Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran

Kaedah-kaedah
digunakan mengikut
kesesuaian aktiviti
pembelajaran
Guru hendaklah
mewujudkan suasana
pembelajaran yang
terbuka supaya kaedah
ini dapat digunakan
dengan berkesan untuk
menggalakan
pembelajaran yang lebih
interaktif


Reka bentuk dan teknologi
Perniagaan dan
Keusahawanan



Bidang

Organisasi dan
Keselamatan Bengkel
Asas Teknologi
Reka Bentuk
Penghasilan Projek
Teknologi Pertanian
Sains Rumah Tangga

You might also like