You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas,
peranan dan tanggungjawab. Bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif
agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan
sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.Dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan
salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Choong
Lean Keow (2009), disiplin dalam bilik darjah merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan
usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid
untuk berkelakuan baik. Hal ini adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Charles (2008),
seorang tokoh pendidik yang berpendapat bahawa disiplin bilik darjah ini adalah sebahagian
daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik
darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling
dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Di peringkat sekolah, disipilin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas
murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.
Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas murid-
muridnya supaya berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana
sosioemosi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan
Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-
guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. Namun hanya dua model
yang dibincangkan iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model Pengurusan Kelompok
Kounin. Kedua-dua model ini akan dibincangkan dari segi tujuan, cara perlaksanaan, kekuatan
serta ciri-ciri utama model tersebut.
iii

You might also like