You are on page 1of 1

Kesimpulan

Pengurusan disipilin bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan
disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus megambil langkah untuk merancang satu bentuk
pengurusan disiplin bilik darjah masing-masing. Kedua-dua teori ini boleh dijadikan sebagai
panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di
dalam bilik darjah masing-masing. Sesuatu pengurusan yang berkesan untuk suatu bilik darjah
tidak semestinya sesuai untuk semua situasi. Guru harus bijak menilai dan membuat
pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri. Tindakan disipilin yang berkesan
ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar dan
mengekalkan tingkah laku yang wajar. Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan disiplin
bilik darjah ditambah dengan pengalaman yang ada akan membantu guru mensintesis satu
pengurusan yang kondusif untuk kegunaan sendiri di dalam bilik darjah masing-masing.
Sehubungan itu, setiap murid juga perlu faham bahawa tingkah laku mereka mempunyai
konsekuen negatif dan positif.

You might also like