You are on page 1of 3

Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik,

flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk
membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang
berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan,
mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari
aspek inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam
organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi
menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses
pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang
merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.

4.0 KEPELBAGAIAN DALAM PENGAJARAN

Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah disiplin dan
mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru menggunakan kepelbagaian
dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana
menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa
bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah
laku murid.
Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin,
perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan,
prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu
menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan
proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa
perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran.
Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan
aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid.
Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada timbulnya masalah disiplin.
Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid
untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan
iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan
lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat
penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.
Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru perlu manggunakan
kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang
pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid
tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran,
boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan
tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains).
Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk
terus belajar.
Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami
kepentingan topiktersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna
akan menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang
tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-teori pembelajaran
seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner,
konstruktivisme,dan humanisme dalam membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.


Terdapat banyak kekuatan dan kelemahan bagi model-model ini. Oleh itu, guru harus mengambil
langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai dengan
persekitaran bilik darjah masing-masing. Teori-teori telah dibincangkan di atas dan telah menunjukkan
perbezaan diantara ketiga-tiga model ini dan boleh dijadikan panduan untuk guru untuk merangka satu
bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing-masing.
Guru-guru boleh menggabungkan teori-teori atau model-model ini dengan idea sendiri untuk
mendapat satu kesesuaian yang mencirikan kepimpinan sendiri. Oleh itu, Guru yang berkesan akan
berpandukan model yang selaras dengan ciri-ciri personaliti murid yang dipertanggungjawabkan.
Sesuatu pengurusan yang berkesan untuk suatu bilik darjah tidak semestinya sesuai untuk semua situasi.
Guru harus bijak menilai dan mebuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri.

Komunikasi terbuka
guru haruslah mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah agar dapat memperbaiki komunikasi
dan hubungan sosial dalam kelas. Dengan wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan
melahirkan suasana sosial yang kondusif dan harmoni. Mereka bebas menyuarakan pandangan
walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya
penyayang dalam satu bilik darjah. Komunikasi yang berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti
komputer. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, maka ia
dapat menghasilkan satu suasana pembelajaran yang mementingkan pembentukan akhlak. Komunikasi
berkesan juga berupaya menghasilkan motivasi yang berkesan kerana murid mudah menerima motivasi
yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah.
suasana sosial bilik darjah yang baik berupaya menjamin kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah yang dinyatakan atas mampu menjadikan bilik darjah
itu sebagai rumah kedua untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah berada dalam keadaan yang
selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik sekali. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita
seharusnya mengetahui dan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk mewujudkan suasana
sosial bilik darjah yang baik demi ke aikan murid.

You might also like