You are on page 1of 11

SEKSYEN A

1 ) Kekonomi bertujuan untuk


A ) meningkatkan inovasi sebagai pemacu utama.
B ) menjana sepenuhnya pengetahuan bagi mewujudkan nilai baru.
C ) melahirkan pekerja yang lebih inovatif dan kreatif dan agar lonjakan pengeluaran akan berlaku.
D ) meningkatkan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan
pendapatan.

2) Sumber kewangan Kerajaan Persekutuan ialah
I . duti eksais.
II . duti hiburan.
III . cukai perhutanan.
IV . cukai pendapatan.

A ) I dan III
B ) I dan IV
C ) II dan IV
D ) III dan IV

3 ) Siapakah yang mengisytiharkan Zon Bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990?
A ) Menteri Kewangan
B ) Menteri Dalam Negeri
C ) Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D ) Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

4 ) Dasar Penswastaan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai tujuan berikut iaitu
I . menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
II . mengecilkan saiz perkhidmatan awam.
III . mengurangkan beban kewangan kerajaan.
IV . meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.

A ) I dan II
B ) II dan III
C ) III dan IV
D ) I, III dan IV
5 ) Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi
meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif. Projek ini
pada masa sekarang dikendalikan oleh
A ) Kementerian Kewangan.
B ) Kementerian Dalam Negeri.
C ) Kementerian Penerangan, Kebudayaan Dan Warisan.
D ) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

6 ) Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian yang
khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan
luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri
A ) Intranet.
B ) Internet.
C ) Persidangan Video.
D ) Hubungan Wireless.

7 ) Antara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah menangani kos sara hidup rakyat. Berikut
adalah sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan untuk mencapai hasrat ini kecuali
A ) Kedai Kain 1Malaysia.
B ) Kedai Rakyat 1Malaysia.
C ) Kedai Elektrik 1Malaysia.
D ) Pengenalan Menu Rakyat 1Malaysia.

8 ) Apakah organisasi yang berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Melantik bagi jawatan Penguasa Kastam
Gred W41?
A ) Suruhanjaya Pasukan Polis
B ) Jabatan Kastam Diraja Malaysia
C ) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
D ) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

9 ) Terma Computer Buff yang selalu digunakan kepada orang perseorangan yang melakukan jenayah
komputer ialah
A ) Hacker.
B ) CRT bug.
C ) Debugger.
D ) Sci-fi techie.




10 ) Apakah dasar yang telah diluluskan oleh kabinet pada 28 September 2011 bagi menggantikan Dasar
Pertanian Negara?
A ) Dasar Agro Negara
B ) Dasar Industri Agro Negara
C ) Dasar Agro Makanan Negara
D ) Dasar Pertanian Makanan Negara

11 ) Siapakah yang diberi kebenaran secara sah untuk menguruskan pelepasan dagangan ke Kawasan
Utama Kastam di stesen import?
A ) Nakhoda Kapal
B ) Ejen Perkapalan
C ) Ejen Penghantaran
D ) Pegawai Pelabuhan

12 ) Manakah antara berikut merupakan agensi yang boleh membantu pelabur asing dalam urusan
mereka di Malaysia?
I . Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
II . Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
III . Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
IV . Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)

A ) I dan II
B ) I, II dan IV
C ) I, II dan III
D ) II, III dan IV

13 ) Berapakah kadar gaji minimum bulanan yang perlu dibayar kepada seorang pekerja di Sabah,
Sarawak dan W.P. Labuan?
A ) RM700.00
B ) RM800.00
C ) RM900.00
D ) RM1000.00
14 ) Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang membincangkan masalah yang
timbul antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipengerusikan oleh
A ) Perdana Menteri.
B ) Ketua Setiausaha Negara.
C ) Timbalan Perdana Menteri.
D ) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
15 ) Antara berikut yang manakah merupakan jenis cukai langsung?
I . Duti Kastam
II . Duti Setem
III . Cukai Pendapatan Individu
IV . Cukai Keuntungan Harta Tanah

A ) I, II, III
B ) I, II, IV
C ) I, III, IV
D ) II, III, IV

16 ) Selain daripada Kementerian Kewangan, agensi Kerajaan yang memainkan peranan utama dalam
pemeriksaan Belanjawan Pembangunan ialah
A ) Kementerian Pembangunan Usahawan.
B ) Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
C ) Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
D ) Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

17 ) Geran peruntukan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dibuat berasaskan
kepada
A ) bilangan penduduk sesebuah negeri.
B ) bilangan projek yang akan dilaksanakan.
C ) jumlah perbelanjaan pada tahun sebelumnya.
D ) jumlah peruntukan yang dipohon pada tahun berkenaan.

18 ) Kerajaan telah mewujudkan sebuah agensi yang berkhidmat kepada masyarakat dalam
menyelesaikan aduan mengenai ketidakcekapan dan penyelewengan dalam Perkhidmatan Awam secara
adil dan berkesan serta menyumbang ke arah mempertingkatkan kualiti Perkhidmatan Awam. Agensi ini
dikenali sebagai
A ) Biro Bantuan Guaman.
B ) Biro Pengaduan Awam.
C ) Jabatan Peguam Negara.
D ) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.







19 ) Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan satu falsafah yang penting ke arah pembangunan
negara. Falsafah yang dimaksudkan ialah
A ) Pendidikan kendiri.
B ) Pendidikan seumur hidup.
C ) Pendidikan vokasional dan teknologi.
D ) Pendidikan berteraskan sains dan teknologi.




20 ) Apakah nama dokumen yang dikeluarkan supaya Encik Sukri hadir ke mahkamah?


A ) Sapina
B ) Affidavit
C ) Mandamus
D ) Habeas Corpus

21 ) Terdapat perisian yang dibangunkan untuk membolehkan komputer beroperasi dan dengan itu
membolehkan pengguna mencapai dan menggunakan aplikasinya dalam urusan perniagaan masing-
masing. Pernyataan tersebut lebih menjurus kepada
A ) Perisian Utama.
B ) Sistem Perisian.
C ) Perisian Aplikasi.
D ) Sistem Operasi.

22 ) Objektif pelaksanaan Kerajaan Elektronik ialah
I . meningkatkan penglibatan rakyat bersama kerajaan.
II . memperkuatkan sekuriti data dan melindungi privacy.
III . menawarkan perkhidmatan pentadbiran yang cekap dan berkualiti kepada rakyat.
IV . menyelaraskan proses-proses dalaman kerajaan bagi memajukan perkhidmatan dan mengurangkan
kos.

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) II, III dan IV
D ) III dan IV

23 ) Agensi kerajaan yang memainkan peranan utama dalam penyediaan Rancangan Lima Tahun
negara ialah
A ) Kementerian Kewangan.
B ) Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
C ) Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
D ) Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

24 ) Bank yang tidak tertakluk kepada kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia ialah
A ) Maybank.
B ) Public Bank Berhad.
C ) Bank Simpanan Nasional.
D ) Bank Islam Malaysia Berhad.

25 ) Badan tertinggi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara
ialah
A ) Polis Diraja Malaysia.
B ) Majlis Tindakan Negara.
C ) Majlis Angkatan Tentera.
D ) Majlis Keselamatan Negara.


26 ) Belanjawan Negara Malaysia mempunyai dua komponen utama iaitu hasil negara dan perbelanjaan
negara. Kesemua di bawah adalah kategori bagi perbelanjaan negara kecuali
A ) perbelanjaan perbekalan.
B ) perbelanjaan tanggungan.
C ) perbelanjaan pembangunan.
D ) perbelanjaan jangka pendek.

27 ) Seorang pengembara yang memasuki dan keluar Malaysia dengan membawa wang tunai dan atau
instrumen pembawa boleh niaga (IPBN) seperti cek, promissory notes, cek kembara dikehendaki
membuat pengikraran kepada Kastam sekiranya nilai tersebut melebihi agregat bersamaan
A ) USD4,000.
B ) USD6,000.
C ) USD8,000.
D ) USD10,000.




28 ) Perbendaharaan merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah
A ) Kementerian Kewangan.
B ) Jabatan Perdana Menteri.
C ) Kementerian Dalam Negeri.
D ) Lembaga Hasil Dalam Negeri.

29 ) Jenis lesen yang dipamerkan di premis restoran makanan segera ialah
A ) Lesen Cukai Perkhidmatan.
B ) Lesen Cukai Pendapatan.
C ) Lesen Cukai Syarikat.
D ) Lesen Cukai Jualan.

30 ) Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa ke atas sesebuah negeri dalam hal seperti berikut kecuali
I . hal ehwal agama.
II . kewarganegaraan.
III . hal ehwal tanah dan hutan.
IV . undang-undang dan keadilan.

A ) I dan III
B ) II dan IV
C ) III dan IV
D ) I, II dan III

31 ) Objektif Kedai Harga Patut adalah seperti berikut kecuali
I . menggalakkan pemodenan dan kecekapan pengurusan sektor perdagangan dan pengedaran.
II . meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli belah yang istimewa.
III . mewujudkan suasana perdagangan yang seimbang bagi menjaga kepentingan peniaga dan
pengguna.
IV . menarik pelancong dalam dan luar negara untuk mengunjungi destinasi negara dan berbelanja di
pusat membeli belah negara.

A ) I dan II
B ) I dan III
C ) II dan IV
D ) IV




32 ) Mengikut Akta Kastam 1967, pegawai berikut mempunyai kuasa sebagai seorang Pegawai Kastam
kecuali
A ) Penguasa Polis.
B ) Pegawai Daerah.
C ) Pegawai Imigresen.
D ) Pegawai Kanan Kastam.

33 ) Apakah manfaat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP/GST) kepada semua?
I . Menurunkan kos perniagaan melalui cukai input atas bahan mentah boleh dipohon kembali
II . Adil dan saksama kerana pengilang, pemborong, peruncit dan perkhidmatan terlibat sama rata
III . Menurunkan harga makanan asas seperti minyak masak, tepung, gula, sayur-sayuran, daging, ikan,
ayam dan beras
IV . Harga lebih berpatutan berbanding pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales Sevice
Tax (SST) kerana cukai bertindih dihapuskan.

A ) I, II
B ) III, IV
C ) I, II, IV
D ) II, III, IV

34 ) Kenyataan yang tepat tentang kerajaan Malaysia ialah
I . amalan pilihan raya bebas.
II . Perdana Menteri menjalankan kuasa politik.
III . ketua negara dipilih secara langsung oleh rakyat.
IV . pentadbiran negara dibahagikan kepada tiga iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan
tempatan.

A ) I dan II
B ) III dan IV
C ) I, II dan IV
D ) II, III dan IV

35 ) Imbangan perdagangan sesebuah negara dikira dengan kaedah berikut
A ) jumlah pendapatan negara ditolak perbelanjaan negara.
B ) jumlah pendapatan eksport melebihi pendapatan import.
C ) jumlah pendapatan eksport negara ditolak jumlah perbelanjaan import.
D ) pendapatan eksport perkhidmatan ditolak pendapatan import perkhidmatan.

36 ) Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian tiga kuasa
kepada
A ) Kehakiman, Politik dan Pentadbiran.
B ) Perundangan, Kehakiman dan Politik.
C ) Politik, Pentadbiran dan Perundangan.
D ) Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif.

37 ) Manakah antara berikut bukan keperluan komputer untuk berada dalam rangkaian?
A ) Perisian Aplikasi (Application Software)
B ) Sistem Pengoperasian (Operating System)
C ) Perkakasan komputer (Computing Hardware)
D ) Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card)

38 ) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melibatkan kementerian-kementerian berikut kecuali
A ) Kementerian Dalam Negeri.
B ) Kementerian Pengangkutan.
C ) Kementerian Belia dan Sukan.
D ) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

39 ) Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport ke Malaysia atau dikilangkan di
Malaysia ialah
A ) Duti Eksais.
B ) Cukai Jualan.
C ) Cukai Pendapatan.
D ) Cukai Perkhidmatan.

40 ) Berikut adalah penyataan paling tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP/GST)
I . CBP adalah kos kepada perantara dan rantaian pengeluaran.
II . CBP dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau cukai nilai ditambah.
III . CBP adalah cukai di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran.
IV . CBP dicaj pada barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam
rantaian pembekalan.

A ) I, II
B ) III, IV
C ) I, II, III
D ) II, III, IV
41 ) Pernyataan di bawah merujuk kepada


A ) writ.
B ) injuksi.
C ) afidavit.
D ) prima facie.

42 ) Virus memainkan peranannya untuk memusnahkan fail-fail, sistem komputer dan menyebabkan
ketidakstabilan sistem. Manakah berikut bukan langkah-langkah pencegahan virus komputer?
A ) Sentiasa memeriksa cakera keras
B ) Sentiasa membuat salinan (backup) fail-fail penting
C ) Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian dengan yang terkini
D ) Sentiasa mendapat maklumat terkini bagi media mengenai serangan virus terbaru

43 ) Perancangan pembinaan Putrajaya yang meliputi kawasan seluas 4.932 hektar adalah berasaskan
kepada dua konsep utama iaitu
A ) Bandar Raya Bestari dan Bandar Raya Gemilang.
B ) Bandar Raya Bestari dan Bandar Raya Teknologi Hijau.
C ) Bandar Raya Dalam Taman dan Bandar Raya Bestari.
D ) Bandar Raya Dalam Taman dan Bandar Raya Teknologi Hijau.



44 ) Agensi berikut adalah berkaitan dengan urus niaga pasaran hadapan.
I . Bursa Saham Kuala Lumpur
II . Bursa Komoditi Kuala Lumpur
III . Bursa Kewangan Kuala Lumpur
IV . Bursa Hadapan Kewangan dan Opsyen Kuala Lumpur

A ) I dan II B ) II dan III
C ) III dan IV
D ) I, II dan III





45 ) Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan
pilihan raya?
A ) Mahkamah Tinggi
B ) Mahkamah Sesyen
C ) Mahkamah Rayuan
D ) Mahkamah Persekutuan

46 ) Berapakah kadar Cukai Jualan yang dikenakan oleh kerajaan?
A ) 6% C ) 15%
B ) 10% D ) 20%


47 ) Apabila perdagangan antara Malaysia dengan negara Y itu menguntungkan Malaysia, ini bermakna
A ) eksport Malaysia ke negara Y melebihi import.
B ) import Malaysia daripada negara Y melebihi eksport.
C ) pendapatan import Malaysia lebih daripada kos pengeluaran.
D ) Malaysia mengeksport ke negara Y tanpa sebarang cukai tambahan.

48 ) Berikut ialah senarai darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan yang dianugerahkan kepada
mereka yang berjasa kepada negara. Anugerah yang tertinggi daripada senarai ini ialah
A ) Ahli Mangku Negara.
B ) Pingat Pangkuan Negara.
C ) Panglima Mangku Negara.
D ) Seri Maharaja Mangku Negara.

49 ) Apakah rancangan yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak untuk pembangunan negara?
A ) Dasar Ekonomi Baru
B ) Dasar Kemajuan Masyarakat
C ) Dasar Pembangunan Negara
D ) Dasar Pembangunan Ekonomi Kebangsaan

50 ) Komunikasi tanpa wayar bergerak dalam garis lurus dapat dilakukan dengan menggunakan
A ) kabel sepaksi.
B ) gelombang mikro.
C ) wayar pasang jauh.
D ) kabel gentian optik.

You might also like