You are on page 1of 18

940114-07-5298

TEMA:SEJARAH TOKOH
TAJUK : KEHIDUPAN DATO ONN JAAFAR
.



NAMA PELAJAR : NOR SHAFIKA BINTI AHMAD.
NO.KAD PENGENALAN : 940114-07-5298
ANGKA GILIRAN : SP6071/1/1111
NAMA SEKOLAH : SMK BUKIT MERTAJAM
NO.PUSAT : SP6071











940114-07-5298





TAJUK : KEHIDUPAN DATO ONN JAAFAR

PENDAHULUAN
Dato Onn Jaafar merupakan seorang pejuang berjiwa kebangsaan yang mengorbankan lebih
separuh daripada usianya berkhidmat untuk bangsa, agama, dan Negara. Beliau dapat dianggap
sebagai bapa kebangsaan moden Negara dan pengasas sebuah Negara bangsa Malaysia. Hal ini
jelas ditunjukkan melalui detik-detik perjuangan beliau menentang pertubuhan Malayan Union,
menyatupadukan orang-orang melayu dan mengekalkan kedamaian dalam negeri serta berusaha
mendapatkan kemerdekaan Negara melalui pertubuhan yang ditubuhkannya seperti UMNO,
Parti Kemerdekaan Melayu dan Parti Negara. Dato Onn Jaafar merupakan seorang tokoh yang
mempunyai semangat yang kental, berhikmah dan berwawasan.
Sejarah adalah guru terbaik, mengajar sesuatu bangsa mengenali dirinya dan memperbaiki
kelemahan masa lampau untuk kecemerlangan masa hadapan. Bangsa yang tidak belajar sejarah
akan mengulangi kesilapan masa lalu. Sejarah menyaksikan Tanah Melayu yang terbahagi
kepada Sembilan buah negeri Melayu yang dikuasai sepenuhnya oleh penjajah British, Berjaya
disatukan dalam satu niat dan semangat.Tiupan semangat penyatuan bangsa menjadi nyata di
bawah kepimpinan Dato Onn Jaafar paa tahun 1946.
Dato Onn Jaafar adalah pejuang silam Malaysia yang sanggup meninggalkan kesenangan hidup,
mengenepikan kepentingan diri dan berjuang meredah segala kesukaran demi mengangkat
maruah bangsa, agama dan Negara. Oleh itu, perjuangan tokoh besar ini harus dijadikan teladan
dan rujukan para pemimpin akan dating bagi melanjutkan kebijaksanaan kepimpinan agama,
bangsa, dan Negara.

940114-07-5298


LATAR BELAKANG DATO ONN JAAFAR
Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor, semenjak lewat
abad ke 19 dan sehingga hari ini.Ayahanda beliau, Allahyarham Dato Jaafar Haji Mohamed
(1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan
Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini.Berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan
berasal dari Daik.Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat
pendidikan Melayu dan Inggeris.Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan
Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato Onn Jaafar ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan
Turki.Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa
dan juga seibu sahaja.Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Khadijah,
Abdullah dan Dara. Adik beradik seibu beliau ialah Ungku Abdul Aziz yang merupakan Menteri
Besar Johor sehingga Perang Dunia Kedua, Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer
Ungku Aziz dan Syed Ali iaitu ayah kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor
Syed Naquib Al-Attas manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah
Muhammad, Ahmad, Yahya, Aishah, Kamariah dan Azizah.
Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil.Beliau merupakan
anak angkat kepada sultan.Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebeum
melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad.Pada tahun 1903, Beliau telah
melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.
Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah untuk
aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia
ke III (Januari 1976- Julai 1981). Cucunda beliau, Dato Hishamuddin Tun Hussein juga kini
aktif dalam politik perdana dan kini menjawat Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept.
Hussein Onn pernah menjawat sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri
Pelajaran.Sebelum ini beliau Menteri Belia dan Sukan. Antara ahli ahli keluarga Dato Onn lain
yang mencapai kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau,
Lt. Jen. (B) Dato Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku
Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al
Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed
Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti
AkhtaAziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama diseluruh
Commonwealth).
940114-07-5298

PENDIDIKAN DATO ONN JAAFAR

Dato Onn Jaafarmendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru. Beliau belajar
bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika beliau menjadi anak angkat
Sultan Ibrahim.Setelah itu, Sultan Ibrahim telah membiayai pengajian beliau dan menghantar
beliau untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah iaitu Aldebury Lodge, di Soffolk,
England.Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911)
di Maktab Melayu Kuala Kangsar.Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan
berkhidmat dengan kerajaan Johor




KEPERIBADIAN DATO ONN JAAFAR
Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas.Beliau telah membangkitkan
kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang
Melayu.Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah
mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda
peperangan.Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah
mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat
menubuhkan Malayan Union.Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang
berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa
mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.
Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah
digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan
mengangkat senjata.Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang
rajin.Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju
matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan
yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri.Beliau tidak makan pujian
940114-07-5298

dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Beliau melakukan segala tugas dengan penuh
tanggungjawab dan amanah.Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas,
bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.
i

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam
mengharungi saat-saat yang getir.Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup
yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap.Peristiwa ini jelas memperlihatkan
keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir
Johor.Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan.Sikapnya tidak pernah takut dan tidak
gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa
manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia.Dalam hal ini, keselamatan
dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.

KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA DATO ONN JAAFAR
Anwar Abdullah. 2004. Dato Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti
Hussein pada 3 Mei 1921.Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato Onn dan kali kedua
bagi Datin Halimah.Mereka hidup teman meneman selama 41 tahun sebelum Dato Onn
berpindah dari alam yang fana ke alam yang kekal.
Dato Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafiah, salah seorang anak angkat kepada
Dato Jaafar.Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak, kesemuanya
perempuan.Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah.Rafiah meninggal dunia semasa anak
bongsu mereka, Salehah berumur 10 hari.Daripada isteri yang kedua, Dato Onn mendapat
seorang anak perempuan lagi, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi.Beliau
bercerai hidup dengan isteri kedua ini.
Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato Onn mengahwininya pada
1921.Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato
Onn.Setelah isteri pertamanya, Rafiah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak
yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato Onn yang telah
kehilangan ibu itu.Beliau menolong Dato Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa
940114-07-5298

beza membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato Onn
bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein ( kemudian menjadi Perdana Menteri ), Jaafar,
Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.
Datin Halimah tidak menafikan tentang adanya perselisihan faham antaranya dengan Dato
Onn.Tentulah tidak dapat diterimaoleh akal adanya suami isteri yang tidak pernah berselisih
faham dalam masa hidup bersama berpuluh-puluh tahun. Tetapi menurut Datin Halimah ,
perselisihan faham itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai satu hal yang timbul daripada
usaha atau ikhtiar bersama untuk mencari kebaikan dalam pengurusan rumah tangga dan cara-
cara yang lebih baik untuk menarik anak-anak supaya meminati pelajaran atau membiasakan diri
untuk membuat sesuatu pekerjaan yang perlu bagi kesempurnaan rumah tangga.
Dato Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan
rumah tangga.Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dari awal
perkahwinannya lagi , beliau tidak pernah campur tangan dalam hal pengurusan rumah tangga,
khasnya tentang perbelanjaan sehari-hari. Misalnya, menurut Datin Halimh, semasa Dato Onn
menjadi Menteri Besar, setiap bulan beliau menyerahkan kepada isterinya 1000 ringgit daripada
gajinya yang berjumlah lebih kurang 1200 ringgit untuk perbelanjaan rumah tangga. Yang
selebihnya diambil untuk perbelanjaan sendiri.Daripada wang 1000 ringgit itulah Datin Halimah
berbelanja bukan sahaja keperluan keluarga tetapi untuk perbelanjaan jamuan yang diadakan
oleh Dato Onn sekali sekal di rumahnya untuk pelawat, termasuk mereka yang datang dari luar
negeri.
Dato Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan
teman yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau mengetahui apa yang patut
diketahiu oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan oleh suami kepada isteri untuk
pengetahuannya.
Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato Onn suka sekali bernual-bual dengan
isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa
isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan hati.
Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih mengasihi sudah tentu dapat
melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia.Tetapi segala-gala ini tidak bererti
940114-07-5298

semestinya ada rumah yang besar, perabot yang lengkap, ada beberapa orang gaji dan tukang
kebun, tukang masak yang pandai dan beberapa orang hamba sahaya. Unsur-unsu yang penting
sebagai ramuan hidup berkeluarga yang ria dan bahagia adalah persefahaman antara suami isteri
dan harmoni di kalangan anggota keluarga.
Dato Onn sebagai seorang bapa telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan
dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa
kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat
lain lagi di bawah langiit ini yang dapat menghiburkan hatinya seperti di rumah tangganya
sendiri. Manusia yang belum mempunyai anak kandung sendiri belum lagi mengetahui dan
mengalami bagaimana rasanya kasih sayang yang tumbuh daripada kehidupan berumah tangga
atau berkeluarga.
Dato Onn yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara ibubapa itu
sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang
praktis, bukan hanya dengan berteoti atau main mulut sahaja.











940114-07-5298


MENINGGALNYA DATO ONN JAAFAR

Anwar Abdullah. 2004. Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik kebangsaan yang
ulung itu diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat jelata seluruh negara. Antara
berjuta-juta penduduk Mlaya yang terharu dengan kehilangan anggota Parlimen yang berkaliber
besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.Pada saat keharuannya itu, beliau, dengan serta merta mengumumkan bahawa Kerajaan
Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato Onn dengan mengadakan
istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai kepada bangsa
dan nusa.
Dato Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah
pemerintahan asing, iaitu penjajahan British.Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan
nusa yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil
daripada perjuangan keringat dan semangat serta pengorbanan rakyat jelata di seluruh negara.
Dato Onn dalam masa hidupnya menempuh dua zaman ; zaman penjajahan dan zaman
kemerdekaan, zaman kehambaan dan zaman ketuanan- dengan dirinya terlibat secara lansung
dengan aktifnya. Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan
memperlihatkan sikap keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan
tokoh politik atau pemimpin kebangsaan yang segenerasi atau semasa dengannya.
Dato Onn dalam arena politik, membumbung tinggi mengatasi, dan jauh ke hadapan
mendahului, rakan-rakan seperjuangan dan lawan-lawannya.Tetapi yang lebih penting daripada
itu ialah Dato Onn mengambil bahgian yang lebih besar, dan meninggalkan banyak kesan dalam
bidang pentadbiran, sosial dan kebudayaan; dan dalam arena politik semasa dalm penjajahan dan
selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Jasa Dato Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai zaman, ialah
kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh
malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan
940114-07-5298

untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah
semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada Hidup Melayu kepada Merdeka.
Dato Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan
perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasi oleh
penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau
yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan
ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang
Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn
rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa Melayu.
Dato Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar
negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan.Ini adalah satu
sumbangan yang paling besar Dato Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul
Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta
kebudayaan.

GARIS MASA
1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.
Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.
1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat
bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun
kemudian.
940114-07-5298

1915 Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail
bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.
1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919 Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak
termasuk Hussein Onn.
1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31
Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana
pujukan Tengku Ismail.
1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun
RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan
sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
1927-1936Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita
Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.
Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara
dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
940114-07-5298

1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
UMNO.
1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak.
Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.
Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang
pertama pada tahun 1955.
1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor
Bahru.


KESIMPULANNYA
Dato Onn Jaafar,sememangnya seorang insan istimewa dan pertama yang telah
menyinarkarkan kegemilangannya bagi melahirkan dan mencetuskan semangat,kesedaran
dan kebangsaan dalam arus siasah dan sejarah kebangkitan negara bangsa.selain
menterjermah erti perjuangan,riwayat kehidupannya sendiri turut menggambarkan
falsafah lilin yang terus membakar diri demi menerangi orang lain.hakikat itu jelas
dengan menilai kesediaannya merentas liku-liku penuh berduri untuk menentukan
pegangannya sentiasa tetap dan tetap walaupun terpaksa menentang arus serta
melepaskan dahan yang rendang untuk berpaut.



940114-07-5298

LAMPIRAN


Logo UMNO












940114-07-5298

IBU DATO ONN JAAFAR

BAPA DATO ONN JAAFAR

940114-07-5298


BUKU YANG MENJADI RUJUKAN



DATO ONN JAAFAR (65 TAHUN



940114-07-5298


Soalan temubual

1. Selamat petang,encik.Apa khabar?Boleh saya bertanya beberapa soalan kepada encik?
Ya, selamat petang.Khabar baik. Boleh apa salahnya.
2. Pertama sekali,apa nama encik dan berapakah usia encik?
Nama Pakcik Hamid bin Abd Razak. Orang kampung panggil Pak Mid. Umur pakcik 65 tahun.
3. Saya ingin membuat kajian mengenai Dato Onn Jaafar. Sudikah encik meluangkan masa
bersama saya, untuk berkongsi maklumat.?
Boleh, Apa salahnya. Apa yang nak pak cik ceritakan tentang Dato Onn Jaafar.?
4. Adakah Encik mengkagumi Dato Onn Jaafar.?
Ya, pak cik sangat mengkagumi beliau kerana beliau banyak memberi sumbangan terhadap
pembangunan Negara.
5. Bolehkah pak cik menerangkan sedikit sebanyak tentang rumah tangga Dato Onn Jaafar?
Setahu pak cik, Dato Onn Jaafarpernah berkahwin sebanyak 5 kali dan mempunyai 13 orang
cahaya mata.
6. Dari manakah pak cik mengetahui maklumat tentang Dato Onn Jaafar.?
940114-07-5298

Pak cik berasal dari Bukit Gambir, Johor.Secara tak langsung, pak cik tahu sedikit sebanyak
tentang beliau.
7. Begitu rupanya, terima kasih encik kerana sudi meluangkan masa bersama saya dan berkongsi
maklumat tentang Dato Onn Ja;afar.
Ya, sama-sama.

















940114-07-5298

KESIMPULAN

Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme
kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat
Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama
UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh
pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.
Dalam era dunia tanpa sempadan, berapa ramaikah generasi muda yang tahu akan peristiwa-
peristiwa ini? Berapa ramai yang cuba belajar daripada apa yang berlaku? Generasi muda kini
tidak peka dengan sejarah, bagi mereka yang di depan mata dan masa depan lebih penting
daripada nostalgia silam. Mungkin generasi yang celik sejarah beranggapan Dato` Onn Jaafar
gagal dalam perjuangan politik ekoran daripada tindakan beliau tidak terus memimpin UMNO
sehinggakan beliau tidak berpeluang memimpin negara sebagai Perdana Menteri.
Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik wajar dinilai apabila berjaya memegang
tampuk kekuasaan negara?Mungkin beliau tidak meninggalkan harta pusaka yang merupakan
kebendaan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Idea kepimpinan dan inti perjuangan yang terus
relevan dan menjadi ikutan dan petunjuk generasi akan datang merupakan warisan yang amat
berharga dan tidak ternilai harganya.







940114-07-5298

BIBLIOGRAFI

http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com/2008/10/dato-onn-jaafar.html
http://harapan-esok.blogspot.com/2012/01/dato-onn-jaafar.html
Http://wanmohdaffendy.blogspot.com/
Ahmad Fawzi Basri.Johor 1855-1917:Pentadbiran dan Perkembangannya,Petaling
Jaya:Penerbit Fajar Bakti 1988
Onn Jaafar.Selamat Johor,Penerbit:15 September 1935
Ramlah Adam.Dato Onn Jaafar:Pengasas Kemerdekaan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka 1992





i
Wikipedia/dato onn jaafar

You might also like