You are on page 1of 4

Tahun 1

Tajuk : Panjang
Standard Kandungan : Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang
Standard Pembelajaran : (i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan
piawai.
(ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek
menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan
kata ukuran panjang dalam konteks.
Aktiviti : Aktiviti Mengukur Dalam Kelas
BBB : Alat pengukur seperti pensel, pemadam, batang ais krim

Langkah Aktiviti :
1. Tanya murid apakah bahan yang boleh digunakan untuk mengukur sekiranya kita tidak
ada pembaris.
2. Murid keluarkan bahan yang mereka ada masing-masing.
3. Periksa dan meminta alasan kenapa mereka memilih alat pengukur tersebut.
4. Minta mana-mana murid membuat tunjuk cara cara mengukur di hadapan kelas.
5. Minta murid yang lain buat penilaian terhadap cara mengukur murid tersebut.
6. Tunjukkan cara mengukur yang betul di hadapan kelas sekiranya tiada seorang murid
yang dapat menunjukkan cara mengukur yang betul.
7. Bentukkan kumpulan untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
8. Agihkan kertas arahan kepada ketua kumpulan untuk dibincang bersama dalam
kumpulan masing-masing.
9. Murid menjalankan aktiviti kumpulan masing-masing.
10. Bincangkan hasil dapatan murid bersama dalam kelas.



Contoh Kertas Arahan Aktiviti:

Dalam kumpulan, ukurkan panjang bagi benda-benda berikut dengan menggunakan standard
unit bukan piawai.
Ketua Kumpulan : Memeriksa cara mengukur dan mengisi hasil dapatan (jawapan) dalam
kertas ini.
Murid A : Mengukur objek pertama (panjang meja guru)
Murid B : Mengukur objek kedua (lebar kelas)
Murid C : Mengukur objek ketiga (ketinggian kerusi murid)


Unit

Batang penyepit
(Bilangan)

Pensel
(Bilangan)

Panjang meja
guru


10

15

Lebar kelas



Ketinggian
kerusi murid







TAHUN 1


TAHUN 3

You might also like