You are on page 1of 1

Terdapat beberapa kegunaan radioisotop yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara

yang mempunyai sumber asli yang terhad. Diantaranya ialah pengunaannya di dalam bidang pertanian,
pemprosesan makanan dan penjanaan tenaga.
Salah satu penggunaan radioisotope dalam pertanian adalah mengenal pasti jumlah phosphorus
dan nitrogen yang terdapat di dalam tanah. Jumlah yang dikenal pasti dapat membantu saintis untuk
menentukan phosphorus dan nitrogen yang di perlukan di dalam baja. Jumlah yang mencukupi dapat
meningkatkan produktiviti tumbuhan. Walau bagaimanapun, penggunaan lebih baja dapat merosakkan
persekitaran dan biodiversiti. Selain dari itu, radioisotope juga dapat mengesan penyerapan nutrisi oleh
sesuatu tumbuhan daripada tanah. Oleh yang demikian, kita dapat mnegesan nutrisi dan air yang di
perlukan oleh tumbuhan berikut. Radioisotope juga dapat mendorong mutasi untuk membangunkan
mutan yang diinginkan seperti tumbuhan yang tahan penyakit, kualiti yang lebih tinggi, tumbuh lebih
cepat dan mengeluarkan hasil yang tinggi.
Selain itu,

You might also like