You are on page 1of 9

Hukum

N i k a h Gantung

a) Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .

b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah
dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak .
Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan
.

c) Nikah Gantung juga mengadakan Majlis Akad Nikah yang harus mereka
ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .

d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi

, dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .

e) Nik ah Gant ung m enangguhkan M ajlis Kenduri Kahwin (W alim atulUrus) dan penangguhan
maj lis k enduri k ahwin t ersebut k adang k adang menjangkau bert ahun tahun lam anya .

Sebab Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan

l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEW A RUMAH ,
PAKAIAN dan sebagainya .
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjaw ab berumah
tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua dua pasangan harus tinggal berasingan
s ehingga benar benar bersedia untuk mem ik ul tanggungj awab s ebagai Suami Ist eri . Pada
kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing masing .

Tujuan utama Nikah Gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan
Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka
boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan
anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah SAH hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami i steri yang SAH di sisi Agama
Islam dan undang undang Kerajaan Malaysia .

Wallahualam

NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK


BER'COUPLE'
November 15, 2010 at 1:00pm

by Ustaz Hashim Al-Maranji


Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan
dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya
bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan
"coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan
untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan
perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam
Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan
hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!. Ada yang berkata,"Bertunang
boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang
halaliaituBERNIKAH!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. Saya belum
bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?, Ni bukan main-main, nak bagi
anak orang makan apa?, Mak Ayah tak bagi!, Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah
dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi
tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi
segala persoalan tersebut, mudah sahaja Kamu wajib berkhitbah!.

Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud bertunang. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang
Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi
itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini
jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan
masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap
sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih
dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud separuh
berkahwin. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu
asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat
restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling'
berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan
pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan
akad nikah dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya
merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua
pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada
dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk
mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama nikah gantung
(bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama nikah gantung tersebut kepada nikah khitbah tentu konotasi terhadap kontrak
tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak islamik. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan
pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan
cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, keduadua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah,
namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan
paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini
bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila.
Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru
ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anakanak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancanganrancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima
realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima
arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan
kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak
mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau
bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah
peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi
menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah
khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk
mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu
dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap
akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan,
hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri.
Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple')
kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah
secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami
meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya
mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah
khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA.
Baca Artikel asal dan komen disini
http://www.facebook.com/note.php?note_id=461606628393&id=642346545&ref=mf

Perbandingan Bertunang, Nikah Gantung dan Pasangan Suami Isteri


Biasa
Perkara

Pasangan Bertunang

Pasangan Nikah
Gantung

Suami-Isteri Biasa

Berdua-duaan

Tak boleh

Boleh

Boleh

Berpeluk, bercium

Tak boleh

Boleh

Boleh

Tak boleh

Boleh. Nikah khitbah


bertukar kepada nikah
biasa

Boleh

Tinggal serumah

Tak boleh

Boleh. Nikah khitbah


bertukar kepada nikah
biasa

Boleh

Kenduri kahwin

Belum diadakan

Belum diadakan

Sudah diadakan

Nafkah pengantin
perempuan

Dari ayah

Dari ayah atau suami

Dari suami

Bersetubuh

Maksud Nikah Khitbah atau Nikah Gantung


Khitbah bermaksud pertunangan. Nikah khitbah atau nikah gantung menyerupai pertunangan kerana pasangan
tidak duduk serumah. Tapi nikah khitbah adalah pernikahan seperti pernikahan yang biasa, cuma tak ada kenduri dan
pasangan masih duduk berasingan (sebab itu sering dipanggil nikah gantung). Bezanya, pasangan yang bertunang cara
biasa masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi pasangan yang telah nikah
gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.

Zina Semakin Berleluasa


Tidak dapat dinafikan bahawa ramai dikalangan remaja dan dewasa yang terlibat dengan zina. Ini dapat dilihat dari
bilangan anak yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa nama bapa. Setiap anak yang didaftarkan tanpa
nama bapa adalah anak yang dilahirkan diluar perkahwinan. JPN melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran
didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008 - tempoh 91 bulan. Ini
bermakna bahawa purata lebih kurang 33,900 orang anak tak sah taraf dilahirkan setiap tahun, atau seorang anak tak
sah taraf dilahirkan setiap 15 minit!
Kita tahu bahawa tak semua kes zina menghasilkan anak tak sah taraf. Mungkin dalam berpuluh kes zina, hanya satu
yang berkesudahan lahirnya anak tak sah taraf. Dan kita tak tahu berapa ramai pula wanita yang hamil hasil zina,
kemudian menggugurkan kandungan mereka. Ada juga yang berzina tapi bernasib baik - belum hamil. Yang lainnya
pula mungkin mengamalkan salah satu cara perancang keluarga untuk mengelak dari hamil.
Jika ada 33,900 bayi tak sah taraf yang lahir dalam setahun, tentulah bilangan pasangan yang terlibat pun 33,900
pasangan juga. Dan jika satu anak lahir bagi hanya 15 pasangan yang berzina, ini bermakna bahawa 508,500 pasangan
- atau lebih sejuta orang - hidup dalam zina! Amat jelas bahawa masalah yang dihadapi adalah besar! Nikah gantung
adalah SALAH SATU cara yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan berkesan, terutamanya di kalangan remaja.

Nikah Gantung di Malaysia atau Songkhla


Bagi mereka yang terlibat dengan zina, eloklah bertaubat dan kahwin dengan cara yang baik di Malaysia. Kalau
terhalang untuk kahwin di Malaysia, kami boleh bantu untuk nikah gantung di Thailand.
Bagi mereka yang belum berzina tapi merasakan desakan nafsu yang semakin susah untuk dikawal, kahwinlah segera.
Tak kiralah kalau nikah khitbah, yang penting halalkan hubungan untuk mengelakkan zina.
Bagi pasangan pelajar IPT yang berjumpa hampir setiap hari, eloklah kahwin. Selagi berkapel tanpa hubungan yang
sah, syaitan senantiasa memujuk untuk melakukan zina. Tapi kalau dah kahwin, tak timbul lagi soal zina, jadi syaitan
kurang mengganggu. Cuma perlu kawal nafsu supaya tak termengandung masa masih belajar.

Dokumen untuk Nikah Khitbah di Songkhla


Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk kahwin di Malaysia dan memilih untuk kahwin di Songkhla, dokumen
yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kad pengenalan
Pasport atau Border Pass
Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
Selain dokumen di atas, bawa juga videocam (kamera atau fon) untuk merakamkan akad nikah. Video yang
terhasil akan menjadi bukti penting dalam mahkamah syariah nanti

Prosedur
Dua hari bekerja (Isnin - Jumaat) diperlukan untuk nikah khitbah di Siam. Selepas dua hari ini, pasangan akan pulang
ke Malaysia membawa

surat nikah (dapat pada hari pertama)


surat pengesahan dari Majlis Agama Islam Songkhla (dapat pada hari pertama)
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla (dapat pada hari kedua)

Konsulat Malaysia di Songkhla tutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari-hari cuti am Malaysia. Mereka juga tutup
pada sebahagian hari-hari cuti am Thailand.
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran di Malaysia nanti. Surat ini adalah pengesahan wakil Kerajaan
Malaysia di Selatan Thailand bahawa perkahwinan di Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada
kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam
mahkamah.

Pemilihan Tarikh
Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai untuk nikah gantung di Thailand. Sekiranya menghadapi masalah untuk
pergi ke Songkhla pada hari bekerja, atau sukar untuk bermalam di sana, sila hubungi kami melalui telefon 0103658513 atau 017-328 5129. Insya Allah, ada penyelesaiannya.
Lihat dulu Tarikh Cuti Thailand 2013 sebelum menetapkan tarikh.

Tempat Berjumpa
Kami sediakan pengangkutan dari Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, Padang Besar atau lapangan terbang Hat
Yai.
Kalau nmemilih lapangan terbang Hat Yai, sila maklum bahawa ada kalanya penerbangan tiba lewat (biasanya sampai
ke Hat Yai selepas pukul 12 tengah hari waktu Siam). Kalau penerbangan sampai lewat, ada kemungkinan tak sempat
pergi ke Konsulat pada petang hari pertama tu, dan perlu tambah sehari lagi masa berada di Thailand.
Kalau Padang Besar, tunggu selepas Imigresen Thailand.

Kalau Bukit Kayu Hitam, kami sediakan pengangkutan di Kompleks Bebas Cukai, selepas Imigresen Malaysia dan
sebelum Imigresen Thailand. Selamat untuk park kereta di kawaswan ini sebak kedua-dua pejabat imigresen Malaysia
dan Siam ditutup pada pukul 10 malam sampai awal pagi. Tak ada siapa yang boleh keluar-masuk waktu itu.

You might also like