You are on page 1of 11

Tajuk : Pembinaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Ilmu

Pengenalan
Pada zaman pemerintahan British Bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa penghantar utama di
sekolah-sekolah vernakular Melayu. Sekolah - sekolah vernakular bangsa lain menggunakan
bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah
penjajah British pada masa itu. Namun apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pelbagai
usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu
pada masa itu. 1956 Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan
Pelajaran pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai bahasa
penghantar disemua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan kebangsaan dan alat
komunikasi pelbagai kumpulan etnik,i dialek serta bahasa. Menurut Penyata Razak (1956 )
juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah rakyat bersatu-padu melalui sistem persekolahan
yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang utama. Pernyataan ini
disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Taib, beliau merupakan
Menteri Pelajaran pada masa itu dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman Taib
( 1960 ).Bahasa Melayu adalah alat komunikasi yang digunakan sebagai Lingua Franca,
terutamanya untuk menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat. Bahasa Melayu boleh menjadi
sebahagian bahasa ilmu kerana ia boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang selesa dengan
laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal dalam aneka bidang ilmu moden. Lantaran
itu dapatlah dikatakan bahasa Melayu mempunyai kekuatan ilmu yang setanding dengan manamana bahasa moden yang lain dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden yang
kompleks dan abstrak.Untuk menjadi bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu harus mencapai taraf dan
mempunyai ciri-ciri penting seperti keintelektualan bahasa harus mempunyai keupayaan
menyampaikan buah fikiran atau hujah dengan tepat dan berkesan, khususnya dalam
mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan pemikiran. Hal ini dapat diasuh-asihkan dengan
keupayaan bahasa tersebut di dalam penggunaan laras-laras bahasa yang tepat dan
mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Kesemua ini mampu dilakukan oleh bahasa
Melayu kerana bahasa ini mempunyai perbendaharaan kata yang luas serta mempunyai sistem
dan struktur tatabahasa yang komprehensif.

Latar Belakang
Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan menggunakan
bahasa penghantar utama yang sama. Semua kaum di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah malah institusi-instusi pengajian tinggi
juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama mereka.pengajian tinggi.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,
bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman
perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Garvin dan Mathiot (1968 )
menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa stendart ialah fungsi penyatuan Bahasa
boleh menjadi alat yang mengbhubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama. Bahasa
penghantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga akan merialisasikan hasrat Negara yang
ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia. Kesefahaman di dalam politik
dan agama sahaja tidak memadai untuk sesebuah Negara menyatupadukan rakyatnya. Bahasa
adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat sesebuah Negara kerana bahasa
merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran. Kerana itulah, bahasa penghantar yang
sama di seluruh sekolah di sesebuah Negara mampu untuk menyatupadukan rakyatnya.

Kaedah tedahulu

Permasalahan Kajian
Halangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi & Bahasa Ilmu

1. Adakah anda setuju bahawa bahasa Melayu tidak mampu untuk mengolah
situasisehingga perlu untuk "memelayukan" bahasa asing?
2. Pada pendapat anda, Bahasa Melayu merupakan masa depan generasi muda ini.
3. Adakah anda bersetuju bahawa Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita?
4. Adakah anda bersetuju bahawa malu bertutur punca Bahasa Melayu terpinggir?
5. Adakah anda setuju media massa yang merupakan punca utama Bahasa
MelayuTerpinggir
6. Adakah anda bersetuju bahawa ketiadaan penguatkuasaan yang
tegas menyebabkanbahasa

Melayu terpinggir dalam kalangan masyarakat.

7. Adakah anda bersetuju bahawa keutamaaan kepada bahasa inggeris dalam sektor awan menjadipunca
Bahasa Melayu dipinggirkan?
8. Adakah anda bersetuju bahawa bahasa Melayu tidak sesuai untuk kebanyakan
urusanharian dan rendah tarafnya?
9. Peminggiran Bahasa Melayu tidak dapat memenuhi impian negara bagi
membentuksistem pendidikan kebangsaan yang tersendiri
10. Adakah anda bersetuju bahawa modal insan berkualiti hanya dapat disediakan
apabilapara graduan memiliki kebolehan berbahasa Inggeris, berbanding bahasa Melayu.

Antara halangan utama yang dilihat pada hari ini adalah persepsi masyarakat yang melihat
bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing. Mereka sentiasa
memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan
bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Memang
tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak
kebaikannya terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan
tetapi jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai
kepentingan yang lebih tinggi memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya
sentiasa diutamakan. Adapun bagi sesetengah institusi kerajaan yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti Universiti Islam Antarabangsa disebabkan kepentingan lain
yang boleh menyumbang kepada kemenjadian pelajar dan sumbangan terhadap negara. Manamana pihak yang fasih berbahasa asing tetapi tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya berasa
malu dengan keadaan diri mereka kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi
seorang warganegara sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa.
Tuntasnya, setiap usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu memandang aspek masyarakat ini
kerana segala usaha tersebut tidak akan mencapai kejayaan jika masyarakat masih memandang
bahasa Melayu menurut perspektif yang rendah.Selain itu, didapati sikap kerajaan turut menjadi
penghalang bagi usaha ini. Kerajaan dilihat lebih berminat untuk menggunakan bahasa Inggeris
dalam nama program-programnya dan dalam singkatannya. Sebagai contohnya adalah Program
Transformasi Kerajaan yang menggunakanGovernment Transformation Programme
(GTP) sebagai sigkatannya dan begitu juga dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Bagi pencinta bahasa Melayu, ini bukanlah perkara yang boleh dibanggakan walaupun intipati
program-program tersebut adalah baik dan hasilnya adalah cemerlang. Kita perlu sedar bahawa
hal ini berkaitan dengan jati diri dan identiti bangsa. Jika dahulu kita sibuk mendokong hasrat
menyatukan seluruh penduduk dengan bahasa Melayu, mengapa perlu bahasa ini diketepikan
dalam nama-nama program yang baik? Sepatutnya singkatan dalam bahasa Melayu perlu
diutamakan. Untuk sistem pendidikan,
Asalnya bahasa Melayu sejak zaman keagungannya telah menggunakan tulisan jawi, bukannya
rumi. Tulisan rumi hanya digunakan sejak bermulanya era penjajahan asing dan penggunaannya
semakin meluas selepas tulisan jawi dimansuhkan dan aplikasinya diperkecilkan dalam hal
berkaitan agama sahaja seperti dalam buku teks Pendidikan Islam dan teks khutbah Jumaat.
Tulisan jawi telah dieksklusifkan kepada golongan agama yang minoriti sahaja tanpa
memberikan pendedahan secara berterusan kepada umum yang menjadi majoriti. Akibatnya
amat besar, bahasa Melayu kehilangan tulisan asal yang merupakan identiti pentingnya dan
terpaksa mengambil tulisan bangsa lain sebagai ganti serta wujudnya golongan yang buta AlQuran dan buta jawi. Tanpa melibatkan tulisan jawi, usaha memartabatkan bahasa Melayu boleh
dikatakan sebagai usaha yang tidak holistik dan tersekat di tengah jalan. Oleh itu, segala macam
pelan memperkasakan bahasa Melayu perlulah disertakan dengan jalan bagi mengembalikan
semula tulisan jawi dalam bidang penulisannya, bukan dikecilkan skopnya kepada golongan
agama sahaja.

Tokoh Pejuang Bahasa Zaba


Nama Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) begitu sinonim dalam dunia intelektual Melayu. Selama
hayatnya, beliau berjaya membawa wacana baru dalam pemikiran masyarakat yang selama itu
dikongkong oleh kolonialisme.Masyarakat Melayu yang masih ketinggalan dalam semua aspek
akibat kolonialisme di gesa untuk bangkit memajukan dengan ilmu pengetahuan dan keteguhan
agama serta budaya supaya setanding dengan orang-orang asing.Beliau yang mendapat
pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab, sesuatu yang jarang dimiliki oleh masyarakat Melayu
pada era sebelum merdeka berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh pendidik, pemikir kreatif,
agama dan lain-lain.Dalam bidang pendidikan, Za'ba berusaha gigih mengubah persepsi dan
mental masyarakat melayu agar menerimapendidikan moden selaras dengan perkembangan
dunia ketika itu.Arba'iyah Mohd. Noor, salah seorang pembentang kertas kerja pada seminar
pemikiran Za'ba di DBP, Kuala Lumpur baru-baru ini melihat pendidikan merupakan elemen
penting gerak kerja Za'ba.''Za'ba menekankan konsep pendidikan dalam karya-karyanya. Beliau
merasakan perlunya pembaharuan yang menyeluruh bagi bangsa Melayu yang hidup dalam
keadaan tidak bersatu, taraf ekonomi rendah, masih menebal kepercayaan karut dan sistem
pendidikan Inggeris yang mendiskriminasi orang Melayu.''Menyedari hakikat ini, Za'ba merasa
yakin bahawa jalan utama bagi penyelesaian masalah ini ialah melalui pelajaran dan pendidikan
yang sempurna,'' katanya.Sebagai intelektual, Za'ba yakin bangsa Melayu juga mampu untuk
berdiri setanding dengan bangsa-bangsa asing, namun mereka jahil dan kurang pengetahuan
dalam pelbagai bidang.Mereka mundur disebabkan oleh sistem pendidikan penjajah yang
mahukan orang-orang Melayu sekadar boleh membaca dan menulis sahaja untuk menjamin
kelangsungan politik kolonialisme mereka.Untuk tujuan ini, beliau telah mengkritik dan
menggesa pihak berkuasa, khususnya Inggeris agar memandang serius masalah keciciran
pelajaran anak-anak Melayu tersebut.''Kritikan terhadap kelemahan sistem pendidikan kolonial
dan tuntutan-tuntutan tersebut telah disuarakan di dalam majalah Pengasuh, Majalah Guru,
Panduan Guru dan lain-lain.''Selain itu, beliau juga turut membentuk persatuan guru-guru agar
mereka bersatu demi membangunkan pendidikan anak-anak Melayu sehingga tertubuhnya

Persatuan Guru-guru Melayu yang pertama di Pulau Pinang pada 1921.Sementara itu dalam
aspek Islam, Za'aba juga berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang pe-mikir Islam

yang banyak memberikan sumbangan tersebut dalam hubungannya dengan masyarakat


Melayu.Pendeta Za'ba dalam hal ini dapat dianggap sebagai tokoh Islam dari aliran Kaum Muda
yang cuba membawa membuka agama ini dari fahaman konservatif Kaum Tua di tanah Melayu
sekitar awal abad ini.Menurut pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya,
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, Za'ba begitu terpengaruh dengan ajaran-ajaran golongan
reformis seperti Muhamad Abduh dan Jamaluddin al-Afghan di Timur Tengah.''Za'ba
berkecimpung dalam pemikiran Islam bukanlah sebagai seorang ulama tetapi hanya untuk
memberi perhatian dan berfikir tentang selok-belok agama orang-orang Melayu.''Justeru itu,
tidak menghairankan sekiranya Za'ba cuba mengembalikan Islam kepada bentuk asalnya
sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan hadis serta menyelaraskan dengan zaman
kemajuan,'' katanya.Dalam konteks ini, Za'ba mengutarakan beberapa pandangan. Antaranya
pandangan mengenai al-Quran dan hadis, akal dan taqlid, falsafah takdir, persoalan Allah dan
perbuatanNya, akhlak, agama serta kedudukan ulama Melayu.Selain itu, beliau juga turut
melahirkan pandangan-pandangan mengenai perselisihan dalam mazhab Islam serta metodologi
pengamalan Islam dalam masyarakat Melayu.Aspek yang juga merupakan elemen terpenting
dalam kerangka pemikiran Za'ba ialah dalam bidang bahasa (bahasa Melayu). Pemerhatian yang
serius ditumpukan kepada sistem, ejaan dan tata bahasa.Beliau dianggap mengasaskan babak
perkembangan ilmu bahasa dan linguistik Melayu sejak tahun 1920-an, sezaman dengan tokoh
lingustik Amerika yang cukup berpengaruh, Leonard Bloomfield.Tokoh bahasa, Prof. Madya Dr.
Awang Sariyan pada seminar tersebut melihat, Za'ba berjaya mengasaskan ilmu fonologi di
negara ini sejak 1930-an.''Tokoh ini telah mengemukakan lewat analisisnya tentang sistem ejaan
bahasa Melayu. Orang yang tidak memiliki intuition tentang fonologi tidak mungkin dapat
mengetengahkan analisis sistem ejaan sesuatu bahasa.''Dalam mengemukakan sistem ejaan
bahasa Melayu, Za'ba turut memperlihatkan ketajaman institusinya tentang konsep-konsep
fonetik, walaupun dengan cara yang cukup sederhana,'' katanya.Dr. Awang menjelaskan,
pemikiran-pemikiran yang turut diketengahkan ialah penggulungan kata iaitu nama, perbuatan,
sifat, sendi dan seruan. Setiap golongan utama itu dipecah-pecahkan kepada subgolongan.

Misalnya di bawah nama terdapat nama betul dan ganti nama.Analisis lain yang turut
dikemukakan dalam bidang bahasa dan lingustik ialah tentang ayat selapis, ayat berlapis, ayat

berkait dan ayat bercampur sehingga penggulungan ini tidak jauh berbeza dengan bahasa-bahasa
lain di dunia.Selain itu, menurutnya, Za'ba juga mempunyai jasa yang begitu besar dalam
mengetengahkan ilmu retorik. Karyanya, 'Ilmu Mengarang Melayu' menjadi pedoman kepada
kerja-kerja mengarang untuk prosa dan puisi.Berdasarkan pemikiran-pemikiran ini, wajarlah
Za'ba dianggap tokoh intelektual Melayu yang memberi sumbangan besar kepada kemajuan
bangsa dan negaranya

Langkah Menangani Permasalahan


Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9
November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan
bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara
dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju
untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran
tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang
dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan
perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa
Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas
dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan
diberi pengiktirafan serta mendapat markah bonus dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan
mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak
kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi
undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang
rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan
mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan
tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh
terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan
bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan
bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

i) Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan
pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang
diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996 dan

ii) Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan
kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang intenet dan bahasa
khidmat pesanan ringkas (sms) tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.

You might also like