You are on page 1of 30

KERTAS KERJA

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

JIHAD DAN
SALAH FAHAM BARAT TERHADAP JIHAD
SERTA KEPERLUAN JIHAD PADA MASA
KINI

NAMA
MOHAMAD FARHAN BIN MOHD ZAINODDIN
MUHAMMAD AL-FATEH BIN IBRAHIM
HAZEEQ FIKRI BIN ZAINUDDIN
HANIF BIN ABDUL AZIZ

NO. MATRIKS
EP093190
EP093621
EP093631
EP093691

KOD KURSUS: TITB113


TARIKH: 8 OGOS 2014
SEKSYEN: 04
NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD NORIZAN BIN HASHIM

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN..............................................................................................................3
2.0 PENGENALAN..................................................................................................................4
3.0 PENGERTIAN JIHAD......................................................................................................7
3.1 PENGERTIAN JIHAD DARI SEGI BAHASA ..........................................................................7
3.2 PENGERTIAN JIHAD DARI SEGI ISTILAH...........................................................................7
4.0 JENIS-JENIS JIHAD........................................................................................................8
4.1 JIHAD BESAR@ JIHAD NAFSU..........................................................................................8
4.1.1 Keagungan Jihad Nafsu.........................................................................................9
4.2 JIHAD LAHIR @ JIHAD KECIL.........................................................................................10
4.2.1 Bahagian-Bahagian Jihad Lahir..........................................................................10
5.0 ISU-ISU DAN SALAH FAHAM BERKAITAN JIHAD..............................................16
5.1 SALAH FAHAM ORIENTALIS TERHADAP JIHAD..............................................................16
5.2 JIHAD BUKAN PAKSAAN UNTUK MENGANUT AGAMA ISLAM..........17
5.3 JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU VS JIHAD BERPERANG (FI SABILILLAH)......................19
5.4 TERORISME DAN SERANGAN BERANI MATI...................................................................21
6.0 KEPERLUAN JIHAD PADA MASA KINI...................................................................24
6.1 CARA-CARA BERJIHAD...................................................................................................24
7.0 KESIMPULAN.................................................................................................................29

Jumlah mukasurat tidak termasuk Penghargaan, Kesimpulan dan Rujukan: 25

1.0 PENGHARGAAN
Assalamualaikum warah matullahhi wabarakatuh. Alhamdulillah hirrabbilalamin,
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kudrat dengan limpah kurnia yang diberikan olehNya kepada kami, kami berupaya untuk menyiapkan sebuah folio yang bertajuk Jihad Dan
Salah Faham Barat Terhadap Jihad Serta Keperluan Jihad Pada Masa Kini. Folio ini
teramatlah penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada
kerja kursus subjek TITB113: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara.
Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Mohd. Norizan, pensyarah
matapelajaran TITB113 kami ini di atas kesudian dan kesetujuan beliau memberi tugasan dan
tajuk ini kepada kami. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat
yang membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses penyiapan kertas
kerja ini.
Pelbagai ilmu dan kesedaran yang kami dapat sepanjang kami menyiapkan tugasan
ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam zaman globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya sebagai bakal pendidik dan bakal pemimpin di negara ini
untuk merangkai pelbagai ilmu Allah di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam
bidang pendidikan. Dalam proses penyiapan ini kami berjaya mempelajari sedikit sebanyak
tentang konsep jihad yang sebenarnya dan cara-cara berjihad yang boleh kita lakukan.
Sebelum saya mengundur, terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari ini memohon
1001 kemaafan sekiranya ada salah silap seperti tersilap format atau tersilap penggunaan
bahasa dan tergunakan maklumat dan fakat yang salah dalam penulisan kami ini.
Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Wallahualam

2.0

PENGENALAN
2.1 Pengenalan Kepada Jihad

Pada masa kini, jihad boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang agak kontroversi yang
sering disertakan dengan tanggapan dan isu-isu negatif terutamanya dalam kalangan
masyarakat barat. Ini kerana wujudnya salah faham dalam memahami pengertian dan konsep
jihad yang sebenarnya dalam konteks Islam. Bagi menjamin kedaulatan Islam dilaksanakan
sepenuhnya, Islam mensyariatkan amar makruf nahi mungkar, iaitu bersungguh-sungguh
menentang kejahatan sehingga ketahap mengorbankan jiwa demi menegakkan kebenaran
Islam

dan

menghapuskan

kebatilan,

inilah

jihad

yang

sebenarnya.

Ia ditegaskan di dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 38-39 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan
suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan
hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela
agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan
Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat
mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.

Di dalam Islam, jihad diizinkan apabila jalan dakwah disekat, kaum Muslim dimusuhi dan
diserang, dijajah dan dirampas hak-hak asasinya seperti apa yang sedang berlaku di
Semenanjung Gaza dan Syria terutamanya. Oleh kerana itu, tujuan jihad jelas, untuk
mempertahankan diri dan menangkis serangan lawan, menegakkan agama Allah, melepaskan
Umat Islam dari belenggu penindasan, menjamin dan melindungi hak-hak mereka,
mengakhiri kezaliman dan permusuhan, demi terciptanya kedamaian dan keadilan. Jihad
hanya dihentikan jika musuh berhenti menyerang dan setuju berdamai, jika mereka berjanji
tidak akan menekan dan memusuhi Umat Islam lagi. Tetapi makna dan konsep jihad tidak
terhad hanya di situ sahaja, jihad sebenarnya merangkumi skop yang lebih luas bukan
sekadar memerangi orang kafir yang bermusuhan dengan Islam dan memerangi Islam malah
juga melibatkan peperangan dengan mahkluk di sebalik hijab iaitu syaitan dan jin, dan yang
paling utama dan paling licik, dari dalam diri kita sendiri iaitu hawa nafsu.

Tajuk Jihad dan Keperluannya Masa Kini ini dipilih oleh kami kerana kami
bependapat bahawa tajuk ini sesuai dan bertepatan dengan jurusan atau kursus yang sedang
kami ikuti sekarang iaitu Kejuruteraan Elektrik. Subjek Kejuruteraan ini amnya, tersangatlah
penting kepada umat Islam kerana umat umat Islam untuk mempertahankan diri dan
maruah Negara apabila berlaku suatu pencerobohan dan pencabulan hak asasi seperti apa
yang jelas berlaku kepada saudara kita di Palestin. Dalam kesempatan ini, hasil daripada
kecanggihan teknologi ciptaan orang Yahudi sendiri iaitu Facebook, sempat saya membaca
satu luahan hati dan teguran mendalam seorang insan yang bernama Ikhwan Naim di profil
beliau:

Umat Islam di Gaza dibedil dan dibunuh dengan kejam... apa yang kita buat? Oh saya
lupa, mungkin yang perempuannya sedang sibuk mencari imam solatku dan yang lelaki

sedang sibuk melihat ceramah Ustaz Azhar Idrus(UAI) tentang cara mencari isteri solehah...
hmm... teringat saya ada pelajar tanya kenapa kita belajar Fizik sedangkan dia ingin
menjadi seorang pelajar jurusan Perubatan. Tahukan kamu bahawa umat Islam di Gaza
sekarang sedang dibunuh dengan ilmu Fizik? Umat Islam wajib belajar ilmu Fizik, Kimia,
Biologi, Matematik dan lain-lain selain daripada ilmu agama, kerana itu juga adalah ilmu
Allah. Yang sedihnya Zionis Laknatullah menyedari hakikat ini dan ilmu Allah ini dan
menggunakannya ke jalan yang salah lagi kejam dengan membunuh umat ISLAM...sungguh
mendukacitakan umat Islam hari ini mengabaikan dan lari daripada mempelajari ilmu Allah
ini demi membela nasib umat Islam...ALBERT EINSTEIN diperakui sebagai manusia paling
bijak didunia (neuron dalam otak beliau melebihi neuron manusia biasa). Beliau adalah Ahli
Fizik dan beliau adalah berbangsa Yahudi...kebanyakan saintis didunia adalah berbangsa
Yahudi...mereka tekun mempelajari ilmu-ilmu Allah...untuk menghapuskan umat
Islam...sedarlah wahai saudara-saudaraku...hmm...kenapa kita perlu belajar Fizik ya?...
Itulah sedikit petikan kata-kata saudara Ikhwan yang diubah suai sedikit oleh kami
supaya bersesuaian bahasanya dengan kertas kerja ini. Berjihad merupakan suatu ketetapan
fardhu yang diwajibkan ke atas semua Muslim seperti puasa dan solat. Wajib beramal
dengannya berterusan sehingga Hari Qiamat.. Kewajiban ini jatuh kepada semua Umat
Islam.. Namun, ianya bergantung pada kondisi seseorang Muslim itu.

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 216;


" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui."

3.0 PENGERTIAN JIHAD


3.1 Pengertian Jihad Dari Segi Bahasa
Dari segi bahasa, jihad berasal dari perkataan al-juhd yang bererti keberatan dan
kesusahan. Maka Jihad bererti usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga kekuatan
demi untuk mencapai suatu matlamat dan cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan citacita Islam, keampunan Allah, keredhaan-Nya dan Rahmat-Nya.

3.2 Pengertian Jihad Dari Segi Istilah


Berdasarkan pengertian istilah ini, Jihad mengandungi 3 cirinya yang tabii :
1. Ada unsur daya dan tenaga yang terpaksa dicurahkan
2. Ada unsur matlamat dan cita-cita yang ideal kudus dan tinggi yang hendak dicapai
3. Ada unsur musuh yang menghalang dan menentang usaha dan perjuangan tersebut
-Menurut Madzhab as Syaafii Madzhab as-Syaafii, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-Iqnaa, mendefinisikan
jihad dengan berperang di jalan Allah.(Al-Khathiib, Haasyiyah al-Bujayrimi alaa Syarh alKhathiib, juz IV, hal. 225.) Al-Siraazi juga menegaskan dalam kitab al-Muhadzdzab;
sesungguhnya jihad itu adalah perang.

4.0 JENIS-JENIS JIHAD


Jihad terbahagi kepada 2 bahagian besar :
1. Jihad Akbar / Nafsu (Jihad besar)
2. Jihad Asghar / Lahir (Jihad kecil)

4.1 Jihad Besar@ Jihad Nafsu


Manusia dicipta dari 2 unsur, jasmani (bersifat lahir), dan rohani (bersifat ghaib) Oleh itu
dengan sendirinya kehidupan manusia mempunyai 2 bidangnya, termasuklah juga musuh
manusia yang mempunyai 2 bentuk: bentuk lahir (syaitan al-Ins) dan bentuk ghaib (syaitan
al-Jin). Jin, Iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi manusia yang tidak dapat dilihat:

Sesungguhnya ia dan kaum kabilahnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka

( Al-Araf : 27 )

Iblis dan syaitan memerangi manusia bukanlah pada unsur jasmaninya tetapi adalah unsur
kerohaniannya yang menjadi asas kepada kewujudan insan yang hakiki, iaitu untuk
membinasakan :
1. ketulenan aqidah tauhid
2. keihklasan ibadah dan ubudiyyah
3. kejernihan dan kesucian akhlak serta ketinggian budi
Selain daripada Iblis dan Syaitan musuh yang bersifat ghaib itu, ada juga musuh yang bersifat
ghaib iaitu yang ada dalam diri manusia sendiri. Iaitu musuh Hawa Nafsu.
Sesungguhnya musuh yang paling ketat ialah yang ada antara dua lambungmu - Nafsu
inilah sebagai kubu untuk iblis dan syaitan melancarkan serangan kepada manusia. Kedua-

dua jenis musuh ini sangat diberikan perhatian oleh al-Quran dan Sunnah dengan terperinci,
kemudian dijelaskan pula oleh ulama warisan anbiya, ulama rabbani yang ahli dalam
bidang ini.
4.1.1 KEAGUNGAN JIHAD NAFSU
Jihad nafsu merupakan jihad agung (Jihad al-Akbar). Apa yang dimaksudkan
dengan agungnya jihad nafsu ialah kerana :
1. Luasnya medan perjuangan yang tidak terbatas
2. Luasnya medan perjuangan yang tidak terhad
3. Sulitnya perjuangan ini kerana pada hakikatnya perjuangan antara manusia dengan
dirinya sendiri
4. Kedudukan musuhnya yang tidak dilihat dan dirasa oleh pancaindera
5. Jihad nafsu adalah menjadi pengawas kepada segala jihad yang lain dan seterusnya
menjadi bahan penilaiannya.
6. Jihad ini menjadi asas kepada segala jihad yang lain terutama jihad di medan perang
dengan kekuatan senjata atau tentera.
Ringkasnya jihad nafsu adalah :
-

Jihad untuk membersihkan jiwa, menyucikan hati dari sifat-sifat yang keji untuk diisi
dengan sifat-sifat yang terpuji.

Jihad untuk membersihkan jiwa dari kekotoran syirik untuk diisi dengan cahaya tauhid

Jihad untuk mencapai kemuliaan tauhid, keikhlasan ibadah, kebersihan akhlak dan
ketinggian budi

Untuk mendapat keampunan-Nya, keredaan-Nya dan rahmat-Nya yang tidak ternilai

Ibadah-ibadah yang khusus (seperti Haji, solat dan setiap ibadah kepada Allah) juga termasuk
dalam daerah jihad Nafsu kerana ia mengandungi 3 unsur :
1. memerlukan daya dan tenaga
2. menghadapi musuh iblis dan syaitan
3. mempunyai matlamat dan cita-cita yang hendak dicapai iaitu keredaan Allah.

4.2 Jihad Lahir @ Jihad Kecil


Kecilnya jihad ini ialah kerana perbandingannya dengan jihad nafsu dari sudut-sudut
yang telah dijelaskan.
4.2.1 BAHAGIAN-BAHAGIAN JIHAD LAHIR
Jika dilihat dari sudut musuh ia terbahagi kepada :
1. Jihad untuk menghadapi musuh-musuh bukan Islam di luar masyarakat atau Negara
Islam seperti Yahudi Zionis Israel
2. Jihad yang diistilahkan dengan Dakwah @ al-Amr bil-Makruf dan al-Nahy AnilMunkar, iaitu jihad orang-orang Islam terhadap musuh-musuh Islam dari dalam
masyarakat atau dalam Negara Islam sendiri.
Kedua-dua jenis jihad lahir tadi memerlukan tenaga kekuatan dan alat kelengkapan seperti
dijelaskan oleh Quran dan Hadis. Dilihat dari sudut ini maka jihad terbahagi pula kepada
LIMA bahagian:

Pertama: Jihad dengan Hati

Inilah jihad yang paling rendah dan paling lemah yang membuktikan iman yang paling
lemah. Seorang Muslim pada hakikatnya adalah musuh kepada kesesatan, kebatilan dan

10

kemungkaran yang wajib ditentang jika terdaya dengan tangannya. Jika tidak, dengan lisan
dan kalamnya. Jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati, iaitu tidak mengakui dan
merelai apa jua kesesatan. Perkara amar dan makruf tidak sekali-kali boleh dikompromikan
dalam jiwa seorang Muslim.

Yang dimaksudkan dengan jihad dengan hati ialah kerana tidak berdaya untuk menegah
kesesatan, kebatilan dan kemungkaran itu dengan tangan dan lidahnya disebabkan kerana
merasa yakin akan menerima mudarat kerananya. Oleh itu dalam keadaan ini dia tetap
berjihad untuk menegah dan mengubahnya walaupun hanya dengan hati yang tetap marah
dan tidak rela dengan perbuatan tersebut.

Kedua: Jihad dengan lisan dan kalam

Jihad lisan dan kalam mempunyai daerah dan bidang yang amat luas. Dan inilah jihad yang
sentiasa terbuka pintunya kepada setiap Muslim. Bahkan inilah juga jihad yang sentiasa
mencabar.
Peringkat pertama dalam jihad ini ialah : menyampaikan (tabligh) dan menjelaskan
ajaran Islam, mengemukakan bukti dan hujah atas kebenaran Islam yang merangkumi hakikat
aqidah Islam, hakikat akhlak Islam dan hakikat system perundangannya; memperlihatkan
kedudukan hakikat-hakikat tersebut di tengah-tengah gelora pemikiran, ideology, teori-teori
dan falsafah dengan berbagai corak dan alirannya yang bertentangan, berlawanan dan
bercanggahan; seterusnya menjelaskan segala penyelewengan, pendustaan dan penegeliruan
yang dikemukan oleh pihak yang bukan Islam samada secara langsung atau tidak.
Peringkat kedua: Memberikan nasihat yang baik (al-Mawizah al-Hasanah),
memberikan peringatan (al-Tadhkir), mengadakan perbincangan dengan cara yang baik (al-

11

jidal), dan seterusnya dengan berwasiat dalam perkara yang hak (al-tawasi bi-Hak), dalam
perkara kesabaran (al-Tawasibil-sabr) dan dalam kasih saying, belas kasihan (al-Tawasil bilmarhamah).
Peringkat ketiga: menakutkan mereka terhadap Allah dengan penuh hikmat dan
bijaksana. Seterusnya dengan meyampaikan berita gembira dan memberikan harapan baik.

Jihad lisan dan kalam dalam ketiga-tiga peringkat ini memerlukan cara dan jalan yang
sesuai dengan keadaan dan suasana, kedudukan dan makamnya. Sementara jalan dan
medannya adalah luas. Terpulanglah kepada pakar-pakar dakwah untuk mengatur organisasi
yang tersusun dan kemas, yang lebih berkesan dan lebih cepat menuju matlamatnya.
Firman Allah yang bermaksud:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik
( An-Nahl : 125)

Ketiga: Jihad Dengan Ilmu Pelajaran

Yang dimaksudkan dengan jihad ilmu dan pelajaran ialah jihad untuk memberikan
pengetahuan dan kebudayaan Islam kepada setiap anggota masyarakat muslim dan setiap
generasi muslim, di samping memberikan pendidikan Islam yang benar, sihat dan sempurna.
Untuk mencapai tujuan tersebut sudah tentu memerlukan bilangan ahli-ahli yang pakar dan
professional dalam setiap bidang dan jurusan. Masyarakat

dan Negara adalah

12

berkewajipan untuk melatih kader-kader tersebut, selain dari usaha sukarela dari anggota
masyarakat yang ikhlas dan mencari keredaan Allah
Banyak cara dan jalan untuk menyampai dan menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kebudayaan Islam, samada melalui pendidkan secara formal atau dengan cara informal.
Dalam setengah keadaan cara informal itu lebih berkesan. Walau bagaimana pun yang
pentingnya dalam kedua-dua hal ini hendaklah menepati dengan konsep pendidikan Islam
serta mengikut system dan kaedah yang diperlukan oleh kehendak dan tuntutan masa.

Keempat : Jihad wang & harta kekayaan

Dalam kesemua jenis jihad, yang selalu diulangi leh al-Quran ialah jihad amwal atau harta
kekayaan dan jihad diri dan nyawa. Pengulangan kedua-dua jenis jihad ini membuktikan
betapa pentingnya jihad tersebut. Antara kedua-dua jenis jihad itu pula telah didahulukan
jihad harta dari jihad diri dan nyawa. Ini memberikan fahaman bahawa jihad harta adalah
jihad yang terpenting sebelum jihad dengan diri dan nyawa.
Sebagaimana jihad nafsu itu sebagai senjata ghaib untuk perjuangan jihad lahir, maka
demikian lah juga jihad dengan harta adalah sebagai senjata lahir kepada semua jenis jihad.
Tanpa jihad nafsu yang menghasilkan kebersihan hati dan kesucian jiwa maka jihadnya akan
sia-sia di sisi Allah. Demikian lah tanpa wang dan harta maka jihadnya akan gagal dan tidak
sempurna kerana ketiadaan syarat dan alat yang sangat diperlukannya. Samada dalam jihad
lisan dan kalam atau jihad pelajaran, atau pun jihad dengan diri dan nyawa di medan perang
sangat memerlukan jihad harta dan wang.
Jihad dengan wang dan harta kekayaan adalah bukti bahawa dia bukanlah orang yang
mementingkan diri (musuh besar kepada kerohanian Islam) juga adalah bukti bahawa dia
bukanlah manusia kebendaan dan keduniaan yang dikuasai oleh kebendaan dan keduniaan.

13

Manakala ini menjadi sifatnya maka tidak akan merasa payah dan sulit untuk menghadapi
jihad di medan perang dengan nyawa dan badan pada bila-bila masa yang diperlukan.
Jihad wang dan harta kekayaan diistilahkan oleh al-Quran sebagai al-Infaq fi
sabilillah. Selain dari istilah al-Infaq yang digunakan oleh al-Quran ialah istilah al-Qard.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya
kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,
serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah
orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujurat: 15)

Kelima : Jihad dengan badan atau diri dan nyawa


Inilah jihad yang paling berkesan yang diistilahkan oleh al-Quran dengan al-qital. Jihad di
medan perang termasuk dalam maksud peperangan, tetapi bukanlah semestinya peperangan
yang dilancarkan oleh umat Islam itu adalah perang Jihad. Peperangan yang diistilahkan
dengan perang jihad itu ialah peperangan kerana jalan Allah atau fi sabilillah. Perang jihad
kerana jalan Allah merangkumi kedua-dua sebabnya:

1. Sebab yang berpunca dari dalam masyarakat Islam sendiri; terbahagi kepada dua:
i) Perang jihad kerana memerangi pemberontak atau penderhaka kepada sebuah pemerintahan
Islam yang sah, hak dan adil. (inilah yang diistilahkan sebagai Qital al-bughah iaitu
golongan yang menderhaka kepada pemerintahan Islam bukan kerana hak dan kebenaran.
ii) Perang jihad kerana memerangi puak-puak pengacau dan pelaku huru-hara atau untuk
menghapuskan perompak-perompak dan lanun-lanun yang melakukan keganasan, kerosakan
dan kehuru-haraan di muka bumi. Inilah yang diistilahkan sebagai Qital Qitta al-Tariq.

14

2. Berpunca dari luar masyarakat Islam:


i.

Perang jihad kerana mempertahankan pencerobohan dan kezaliman diri pihak musush
ataupun kerana pembelaan ke atas saudara-saudara Islam yang dihalau dari bumi

ii.

tanahairnya sendiri.
Perang jihad kerana membalas dan mempertahankan pencerobohan musuh sekadar
yang sama dengan pencerobohan yang dilakukan oleh pihak musuh, tanpa melampaui

iii.

batas tersebut.
Perang jihad kerana membela kaum muslimin yang lemah dan tidak terdaya dan

iv.

yang telah dizalimi.


Perang jihad kerana melemahkan kekuatan musuh atau orang kafir yang
mengisytiharkan

permusushan

terhadap

Islam

dengan

apa

jua

caranya.

Kesemua jenis jihad di atas adalah termasuk dalam istilah jihad fi sabilillah. Walau
bagaimana pun jihad ini mempunyai dua wajah: wajah lahir dan wajah batin. Sekalipun pada
wajah lahirnya itu menepati dengan syarat-syarat jihad Fi sabilillah namun tidak semestinya
dipandang dari wajah batinnya menepati dengan perang jihad Fi sabilillah disebabkan niatnya
bukan kerana Allah dan bukan kerana mencari keredaan Allah atau mendapatkan keampunanNya, tetapi kerana nama, kerana pangkat, kerana kemasyhuran, kegagahan dan keberanian,
atau kerana kekayaan dari harta-harta rampasan perang.

15

5.0 ISU-ISU DAN SALAH FAHAM BERKAITAN JIHAD


Tuduhan bahawa jihad menggalakkan keganasan mula hangat dan semakin mendapat
tempat selepas berlakunya peristiwa mengejutkan pada 11 September 2001 apabila
sekumpulan pemuda yang disyaki Muslim merampas dan mengambil-alih kapal terbang
penumpang di Amerika Syarikat dan merempuhkannya ke bangunan Pusat Dagangan
Dunia di New York yang menyebabkan lebih 6,000 orang mati. Selepas peristiwa
tersebut, berlaku pula beberapa siri letupan bom di seluruh dunia terhadap kepentingan
Amerika yang juga disyaki dilakukan oleh beberapa kumpulan pemuda Islam. Di sinilah
titik permulaan untuk paranoia dan kebencian masyarakat barat terhadap apa yang
kononnya mereka labelkan sebagai terrorist dan jihad.

5.1 Salah Faham Orientalis Terhadap Jihad


Kebanyakan para orientalis seperti T.W. Arnold dan sebagainya melihat jihad dari
perspektif negatif dan salah. Ini disebabkan mereka mengkaji Islam dari perspektif yang
berbeza, iaitu dari kacamata seorang yang berlatarbelakangkan pemikiran sekular, atheis,
Kristian atau Yahudi. Ataupun mereka melihat serta mendekati Islam dengan membawa
sekali kebencian dan agenda yang tersembunyi disebalik kajian yang dibuat. Hasilnya kajian
mereka selalunya tidak objektif, bias, destruktif, meragukan dan mengelirukan.
Dalam masalah jihad, orientalis cenderung menggambarkan bahawa jihad dalam
Islam merupakan satu bentuk keganasan pada zaman silam yang tidak relevan pada zaman
sekarang. Ada juga yang menyamakan jihad dengan holy war. Dengan memutarbelitkan serta
memalsukan beberapa fakta dalam sejarah Islam, mereka cuba melihat jihad dari aspek yang
negatif. Imej jihad yang kejam, ganas dan keras seperti digambarkan oleh sarjana Orientalis
di atas menyebabkan sebahagian orang Islam bersikap apologetik. Justeru, segolongan
16

modenis Islam yang berpegang kepada nilai-nilai tamadun Barat yang moden melihat konsep
jihad perlu diterjemahkan dan ditafsirkan semula dengan konsep yang tidak ganas dan keras.
Ini seterusnya membawa kepada pentafsiran semula konsep jihad agar kelihatan lebih sesuai
dan boleh diterima oleh semua golongan.
Perkara dan hakikat utama yang tidak diambilkira oleh para Orientalis dalam
memahami konsep jihad dalam Islam adalah bahawa jihad bukan tujuan akan tetapi alat
untuk berdakwah yang digunakan dengan melihat keperluan semasa. Terdapat tujuan yang
mulia yang diinginkan daripada jihad. Dan tujuan mulia ini diperkuatkan lagi dengan
peraturan- peraturan yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan jihad. Dalam Islam tujuan dan
matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang baik sangat penting agar satu amalan diterima
disisi Allah s.w.t.

5.2 Jihad Bukan Paksaan Untuk Menganut Agama Islam

Di dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerangi kaum musyrikin
dan golongan yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dengan niat atau misi untuk memaksa
mereka menganut agama Islam. Jihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan kaum
Muslimin adalah bertujuan untuk menyampaikan syiar Allah, memperluaskan dakwah Islam
dan menegakkan hukum Allah, tetapi bukan bertujuan untuk memaksa mereka memeluk
Islam. Tujuan jihad hanyalah supaya mereka patuh dan tunduk kepada kerajaan dan pimpinan
Islam, serta dapat menerima kaum Muslimin dan memberi laluan kepada dakwah Islam untuk
berkembang. Mereka yang tidak memerangi orang-orang Islam, serta tidak menghalang
dakwah Islam dijalankan di negeri atau kawasan mereka tidak akan diperangi, selagi mana
mereka mengiktiraf kerajaan Islam, patuh kepadanya dan membenarkan dakwah Islam
dijalankan secara bebas dan aman.
17

Buktinya, Rasulullah s.a.w. memerangi musyrikin Makkah kerana penganiyaan,


penghinaan dan kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap kaum Muslimin, samada
semasa di Makkah mahupun selepas Hijrah ke Madinah. Bagi kes masyarakat Yahudi dan
Nasrani pula, Rasulullah s.a.w. telah menggunakan pendekatan yang aman dan tidak agresif
ketika berinteraksi dengan mereka sejak awal lagi. Baginda telah memeterai perjanjian damai
dengan mereka, supaya masyarakat Islam dan kedua-dua kaum tersebut dapat hidup bersama
dengan aman dan damai. Menerusi Piagam Madinah (perlembagaan bertulis yang dibuat oleh
Rasulullah s.a.w.) pula, hak dan kebebasan untuk beragama bagi kaum Yahudi dan Nasrani
tidak dikongkong atau disekat. Namun, Allah memerintahkan ummat Islam memerangi
mereka disebabkan ketidaksetiaan mereka terhadap perjanjian damai yang telah dimeterai,
serta sikap mereka yang berpaling tadah dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam.
Sebaliknya, negeri-negeri yang tidak memusuhi Islam serta tidak menyekat dakwah Islam
tidak diperangi oleh Rasulullah s.a.w. Manakala bagi negeri dan masyarakat yang terlibat
dengan peperangan, mereka juga tidak dipaksa untuk menganut agama Islam. Mereka diberi
alternatif untuk membayar jizyah.
Kesimpulannya, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk menyebarkan agama
Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam. Hakikat ini juga menafikan tuduhan
dan salah faham masyarakat dunia hari ini bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang
atau peperangan. Seorang pakar sejarah Barat bernama De Lacy O Leary di dalam bukunya
bertajuk Islam at the Cross Road ada menyebut (Zakir Abdul Karim, 2002: 13):

History makes it clear, however, that the legend of the fanatical Muslims sweeping through
the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most
fantastically

absurd

myths

that

historians

have

ever

repeated.

18

5.3 Jihad Melawan Hawa Nafsu Vs Jihad Berperang (Fi Sabilillah)


Salah satu kekeliruan tentang konsep jihad yang sering diperbincangkan dan semakin
diperkatakan oleh masyarakat Islam dewasa ini ialah salah faham bahawa jihad yang
dimaksudkan dalam Islam tidak membawa maksud peperangan. Malah, ada segelintir sarjana
dan pemikir yang cuba menafikan peperangan sebagai salah satu bentuk jihad. Malahan, jihad
melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan
peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat
dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak
dapat dipisahkan dari maksud peperangan.
Kekeliruan ini sebenarnya berpunca daripada para Orientalis yang ingin
menghapuskan semangat jihad di kalangan ummat Islam, kerana mereka sedar akan kekuatan
semangat jihad dan signifikannya dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam. Ini
terbukti melalui kajian yang mereka lakukan sebagai postmoterm Perang Salib dan juga
kajian tentang sejarah zaman kegemilangan Islam, di mana mereka dapati bahawa faktor
pendorong kejayaan umat Islam adalah semangat jihad. Puak ini dengan aktifnya cuba
mengelirukan umat Islam sendiri dan juga cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam
tentang konsep jihad.
Golongan yang berpendapat sedemikian berpegang pada sebuah hadith Rasulullah
s.a.w. yang menyifatkan jihad berperang sebagai jihad kecil dan jihad melawan hawa nafsu
sebagai jihad yang lebih besar atau utama. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar. Lalu para sahabat
bertanya: Apakah dia jihad yang besar? Rasulullah menjawab: Jihad melawan hawa nafsu.
Hadith di atas membawa konotasi secara umum bahawa istilah jihad bukan sahaja bermaksud
19

berperang dengan musuh di medan perang, akan tetapi ia juga membawa maksud peperangan
seseorang individu dengan hawa nafsunya sendiri. Ia juga menggambarkan bahawa berjihad
melawan hawa nafsu merupakan suatu amalan yang lebih besar dan utama dari berperang
pada jalan Allah. Jika hadith ini ternyata sahih, ini bermakna jihad dalam erti kata perang
adalah tidak begitu penting berbanding dengan jihad melawan hawa nafsu. Oleh itu, ummat
Islam tidak perlu ke medan perang, kerana memadai bagi mereka melawan hawa nafsu untuk
mendapatkan pahala dan ganjaran yang lebih besar.
Pada dasarnya, kekeliruan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
1)

Pertama, kedangkalan ilmu tentang keaslian, kebenaran dan had


sejauhmana

2)

kekuatannya untuk dijadikan dalil dan hujah.


Kedua, kurang penguasaan Bahasa Arab serta tidak dapat memahami

3)

makna
hadith.
Ketiga, kesan dari perubahan makna sebenar hadith serta propaganda
Barat dan musuh-musuh Islam di dalam penulisan mereka. Para ulama yang
mengkaji kebenaran serta keaslian hadith ini merumuskan bahawa hadith ini
sebenarny dapat dipastikan kebenarannya. Imam al-Iraqi mengatakan isnad
(susur galur perawi yang meriwayatkan hadith) hadith ini lemah.
Maksudnya, dari segi keasliannya dan kebenarannya, hadith ini tidak cukup
kuat untuk dijadikan hujah. Ibn Hajar pula mengatakan hadith ini
diriwayatkan oleh Ibrahim bin Ablah, salah seorang yang tidak boleh
dipercayai periwayatannya. (Muhammad Khayr Haikal,1996, jil. 1: 46).

Walaubagaimanapun, seandainya hadith ini sahih dan penilaian ulama hadith ternyata
silap, hadith ini perlu diberi penjelasan dan dilihat dari sudut bahasa dan makna. Jihad
melawan nafsu dikatakan lebih dari jihad peperangan kerana secara logik, sebelum seseorang
20

membuat keputusan untuk berjihad dan berperang di jalan Allah, dia perlu berperang dengan
dirinya sendiri terlebih dahulu serta berperang dengan hawa nafsunya, agar dia memperoleh
kekuatan untuk berjuang serta semangat untuk berkorban di jalan Allah. Dengan kata lain,
individu tersebut perlu berjihad menentang sifat penakut, sifat malas dan tidak rela
menghadapi kesusahan dan maut serta perasaan cintakan kehidupan dan kesenangan.
Tambahan lagi, jihad melawan hawa nafsu merupakan prasayarat untuk seseorang keluar
berjihad dan berperang di jalan Allah.
Oleh itu, demi menggambarkan kepentingan jihad tersebut, Rasulullah s.a.w. secara
kiasan (metafora) telah menyebutnya sebagai jihad yang lebih besar. Kesimpulannya, frasa
lebih besar sepertimana yang terdapat dalam hal tersebut hanyalah kiasan dan bukanlah
memberi makna secara zahir atau literal. Sebagai perbandingan, solat dan wuduk sebagai
contoh. Tidak dinafikan, solat ternyata lebih utama dari wudhuk. Tetapi sebelum mengerjakan
solat, seseorang wajib mengerjakan prasayarat solat terlebih dahulu, iaitu mengambil
wudhuk. Ini tidak bermakna wudhuk lebih utama atau lebih besar signifikannya daripada
solat.

5.4 Terorisme Dan Serangan Berani Mati


Terrorisme, dalam apa jua bentuk dan jenis adalah satu jenayah terhadap
kemanusiaan. Justeru, terorisme dan agama adalah dua istilah yang tidak sesekali boleh
digabungkan atau diselaraskan, kerana intipati dan konsepsi kedua- duanya adalah jauh
berbeza. Malah, kesemua agama menentang keganasan. Terorisme adalah suatu jenayah yang
melibatkan pelbagai pihak. Seorang teroris bukan hanya bersalah terhadap individu yang
menjadi mangsa tindakan dan keganasannya, bahkan juga bersalah terhadap Tuhan,
masyarakat dan spesies manusia secara keseluruhan. Oleh yang demikian, terorisme bukanlah

21

suatu yang dibenarkan oleh Islam. Bahkan, ia bertentangan dengan misi kerasulan Nabi
Muhammad serta agama Islam sendiri, iaitu membawa rahmat dan keamanan untuk seluruh
alam. Tindakan-tindakan yang mempunyai elemen keganasan yang dikaitkan dengan ummat
Islam sebenarnya adalah hasil salahfaham dan salahtafsir terhadap ajaran Islam. Walau apa
pun alasan yang didakwa oleh pengganas untuk menjustifikasi tindakan mereka seperti
menentang modenisasi, mencari peluang untuk berekspresi atau didengari serta menzahirkan
ketidakpuasan hati, Islam melarang sebarang wadah keganasan. Ini termasuklah melakukan
serangan bom berani mati (suicide bombing), merampas kapal terbang, penculikan orang
awam,

menyerang

kepentingan

awam

dan

masyarakat

umum. Al-Quran melarang

pembunuhan dan mengambil nyawa manusia lain sewenang- wenangnya. Islam juga
melarang membunuh rakyat awam bagi membalas dendam terhadap pihak lain, kerana setiap
manusia hanya bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukannya.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Anam:151 :
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan
dengan sesuatu sebab yang benar.
Kekeliruan tentang jihad dan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadapnya bertambah
apabila para pengganas menjadikan jihad sebagai alasan dan justifikasi terhadap tindakan
mereka. Hakikatnya, jihad tidak boleh dijadikan alat untuk mengambil kesempatan terhadap
orang yang lemah atau untuk mencapai hajat dan kehendak. Jihad adalah satu konsep yang
murni dan unik, bagi mempertahankan diri ummat Islam, bukannya untuk permusuhan atau
menyerang. Ayat 11-12 surah al-Baqarah menjelaskan:

Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,
mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan. Ingatlah,
22

sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak
sedar.

Terdapat etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam ketika berjihad yang perlu dipatuhi
oleh mujahid sebenar. Antaranya ialah menghormati mayat musuh, tidak melakukan
penyeksaan atau penderaan terhadap musuh, tidak menyerang rakyat umum (bukan askar)
dan orang yang tidak bersalah, memberi bantuan kemanusiaan kepada musuh, melayani
musuh dengan belas kasihan dan sebagainya. Oleh itu, seorang mujahid yang sebenar dan
ikhlas tidak akan melakukan keganasan dalam apa bentuk sekalipun. Seorang mujahid yang
berjuang demi kebenaran akan sentiasa menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman
dalam membuat tindakan dan mengambil keputusan dalam menghadapi konflik dan krisis.
Majoriti ulama Islam kontemporari juga tidak bersetuju dengan perbuatan serangan berani
mati serta pelakunya. Mereka termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Hamzah Yusuf Hanson,
Shaykh Balawi, Imam Zaid Syakir, Mufti Taqiuddin Uthmani dan ramai lagi.

23

6.0 KEPERLUAN JIHAD PADA MASA KINI


Jihad sebagai salah satu dari sekian banyak kewajiban yang difardukan Allah terhadap
hamba-hamba-Nya yang beriman, sudah menjadi keyakinan kita bahawa seluru syariat itu
terus berlangsung dan terus relevan, tidak kira bila dan di mana pun seorang Muslim itu
berada. Tiada satupun syariat dimansuhkan setelah Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam
wafat, berdasarkan dalil-dalil di bawah ini:
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, yang diriwayatkan dari Imran bin Husahain
radhiallahuanhu:
Sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang di atas kebenaran selalu menang
hingga ke hari kiamat. H.R. Muslim

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a:
Dan jihad terus berlangsung semenjak Allah mengutusku hingga akhir umatku memerangi
Dajal.

6.1 Cara-Cara Berjihad


Seperti yang telah diungkit dalam bab Pengenalan tadi, di akhir zaman kini banyak
boleh kita saksikan negara-negara Islam ditindas oleh orang bukan Islam seperti Rejim
Yahudi Zionis dan tidak kurang juga oleh golongan yang kononnya orang beragama Islam
sendiri tetapi sesat seperti penindasan oleh rejim Basyar Arsyad di Syria. Masyarakat Islam
juga harus sedar dan serba tahu bahawa sekarang telah ramai saudara kita yang menjadi
mangsa korban dibunuh oleh Yahudi Zionis dan sekutunya. Di Palestine sahaja dalam tempoh
sebulan ini (sehingga 8/8/2014) sekurang-kurangnya 1,875 rakyat Palestin telah terkorban
yang kebanyakannya orang awam akibat serangan ganas bertubi-tubi tentera Israel, sementara
lebih daripada 9,500 yang lainnya mengalami kecederaan. Tidak boleh tidak kita mesti turut
24

serta berjihad dengan apa sahaja cara yang termampu untuk memberikan pertolongan
kepada saudara se-Islam kita.
Kewujudan laman web sosial seperti Facebook yang walaupun diasaskan oleh
seorang yang berbangsa Yahudi iaitu Mark Zuckerberg, patut kita manipulasikan dan gunakan
sebaik yang mungkin untuk menyampaikan dakwah secara atas talian kepada orang ramai
dan mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan tidak menyalah-gunakannya sebagai satu
platform menambah saham dosa seperti memuatnaik gambar-gambar yang tidak menutup
aurat, mengumpat, atau membuka aib seseorang di Facebook.
Antara cara berjihad yang lain yang boleh dilakukan (tanpa perlu ikut berperang) adalah:

Kaji

Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan
berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang
menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama
malah dari sudut kemanusiaan

Didik (Jihad dengan ilmu, lisan)

Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang
berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan.
Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk
kezaliman yang berlaku.

Infaq (Jihad harta)

Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang
membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak
yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi
sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.
25

Boikot

Ramai di kalangan kita sibuk melaungkan boikot produk Yahudi tanpa melihat pro
dan kontra, tanpa kajian yang terperinci mengenai Yahudi dan Israel, dan mana
syarikat yang menyokong zionis Israel dan tidak.
Semua pengetahuan ini sangat penting bagi mengelakkan kita memboikot membabi
buta semua produk Yahudi, kerana kebergantungan Malaysia terhadap produk Yahudi
sangat besar peratusannya.
Manakan tidak, ratusan syarikat Yahudi mempunyai pasaran yang kukuh di Malaysia
dan struktur ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada negara luar seperti
Amerika Syarikat.
Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat,
Eropah dan Jepun sekian lama ini. Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang
dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer,
OEM), bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir.
Oleh itu, ketika kemelesetan ekonomi Amerika-Eropah pada 2008/2009, jumlah
eksport Malaysia jatuh 16.6% dan pada masa sama, import negara kita pada tahun
sama juga menurun 16.6%.
Satu kajian Asia Development Bank (ADB) yang dikemukakan pada awal 2010,
berjudul The Ties that bind Asia, Europe and United States melaporkan walaupun
perdagangan antara negara rantau Asia (melainkan Jepun) berkembang pesat, namun
kebanyakannya ditunjangi intermediate good, yang mana tujuan utamanya adalah

26

untuk kegunaan dieksport semula dan ini merupakan situasi ekonomi Malaysia pada
saat ini.
Bayangkan sekiranya kita menutup pintu perdagangan dengan semua syarikat Yahudi
yang wujud di Malaysia, pastinya ramai rakyat Malaysia yang menganggur,
kemiskinan meningkat, inflasi tinggi, nilai eksport kita rendah, krisis ekonomi,
pelaburan dari luar merudum, dan yang paling teruk ramai orang Melayu Islam yang
akan paling merasa tempiasnya.
Google, Facebook, Yahoo, Intel, IBM, dan sebagainya adalah merupakan syarikat
yang dimiliki AS dan dimiliki oleh individu yang berbangsa Yahudi. Oleh itu perlu
kita jelas, yang mana produk Yahudi dan mana produk Israel, dan juga dalam banyakbanyak produk Yahudi yang mana menyokong kekejaman Israel di Gaza.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan
berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain
menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil
direalisasikan.
"Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang
tidak menyumbang terhadap dana perang Israel,"
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyenaraikan hanya empat produk
yang diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's. Ia dikenal pasti
hasil jualan produk ini menyumbang kepada tabung Israel Yahudi. Dan usaha ini tidak
akan memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dan rakyat juga tidak
mati jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama
produk ini jika ia diboikot.
27

Langkah untuk memboikot barangan keluaran pro-Israel hanya memberikan kesan


jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. Usaha memboikot
bukan usaha yang sia-sia, sejak usaha boikot pada 2002 lagi, ekonomi Israel menuju
keruntuhan tanpa tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari AS.
(Mohammad Ammar Atan, 2014)

28

7.0 KESIMPULAN
Jihad bagi umat Islam ibarat atap bagi sebuah bangunan. Dengannya umat ini akan
dilindungi dari tindasan dan aniaya oleh musuh-musuhnya, sekaligus menjadikan umat ini
mulia di dunia dan di akhirat. Adapun para mujahid merupakan seutama-utama bagi manusia
dari umat ini. Bagi mereka ada dua kebaikan iaitu hidup mulia atau mati syahid.
Semangat jihad sepatutnya dipupuk dalam diri setiap individu yang bergelar Muslim
kerana sifat sabar dan tabah untuk berkorban itu sendiri memerlukan semangat jihad, malah
orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling tinggi jihadnya. Ibni Masud pernah
bertanya

kepada

Rasulullah

sallallahu

alaihi

wa

sallam:

Apakah amal yang paling dikasihi Allah? Jawab baginda : Solat dalam waktunya.
Kemudian? Kemudiannya, jihad dijalan Allah..
Umat Islam juga perlu melihat ajaran Islam daripada dalam dan bukan daripada
perspektif luar, terutamanya dari pandangan dan kacamata Barat. Keengganan sesetengah
orientalis

Barat

untuk

melihat

sisi

positif

Islam

adalah

kerana

adanya unsur-

unsur permusuhan dan kebencian dalam diri mereka. Oleh itu, umat Islam perlu menghayati
dan memahami segala ajaran Islam dengan baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan cara
berfikir Barat yang sudah membudaya, hasil daripada proses globalisasi. Tanpa penghayatan
dan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam, umat Islam akan berada dalam
keadaan keliru dan kehilangan identiti keIslaman mereka. Kesimpulannya, jihad bukanlah
merupakan satu konsep yang kabur dan mengelirukan. Ia juga bukan manifestasi unsur
keganasan di dalam Islam atau kaum Muslimin. Ia juga bukanlah satu taboo bagi masyarakat
Barat mahupun masyarakat Islam sendiri, jika difahami dengan betul dan dihayati dari
perspektif yang positif.

29

RUJUKAN
1.

Memahami Konsep Jihad, Dr. Syamsuddin Arif, Dipetik 07/08/2014 dari

2.

http://www.tarbiyah.net/artikel-islam/109-memahami-konsep-jihad
Konsep Jihad dan Salah Tafsir Barat Mengenainya. Nor Azam Mohamad Tamjis.
Dipetik pada 07/08/2014 dari http://tuanpemikirkerdil.blogspot.com/2010/03/konsep-

3.

jihad-dan-salah-tafsir-barat.html
Konsep Jihad dan Salah Tafsir Barat Mengenainya. Nor Azam Mohamad Tamjis.
Dipetik pada 07/08/2014 dari http://tuanpemikirkerdil.blogspot.com/2010/03/konsep-

4.

jihad-dan-salah-tafsir-barat.html
Konsep Jihad, Ustaz Abd Aziz bin Harjin. Dipetik pada 07/08/2014 dari

5.
6.

http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-jihad.html
Jihad, Shaziela, Dipetik pada 08/08/2014 dari http://shaziela.tripod.com/jihad.htm
Contoh Kertas Kerja, Wan Mohd Sallam, Dipetik pada 08/08/2014 dari http://ilearn.uitm.edu.my/CourseModule/download.php?
case=normal&funcfor=course&funcmod=information&courseid=CTU551&lv=1&re

7.

fid=836628&ccshowid=836629&fcid=566115
Kenapa Perlu Belajar Fizik? Ikhwan Naim, Dipetik pada 16/11/2012 dari

8.

https://www.facebook.com/ikhwan.naim.9/posts/547268268621476.
Jihad, Dipetik pada 08/08/2014 dari http://www.cheme.utm.my/cheme/images/

9.

Undergraduate/SUBJECT/ULT2132/9%20jihaad.pdf
Boikot Produk Pro-Israel, Bukan Produk Yahudi Mohamad Ammar Atan,Dipetik
pada 13/08/2014 dari http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/boikotproduk-pro-israel-bukan-produk-yahudi-mohamad-ammaratan#sthash.fmlJq6Jk.dpuf

30

You might also like