You are on page 1of 33

PEMBUMIAN

Takrif pembumian
Cara-cara pembumian
Elektrod bumi
Jenis sistem pembumian
 Sistem TN-S
 Sistem TN-C-S
 Sistem TT dan IT
PERATURAN IEE

Peraturan-peraturan IEE yang berkaitan


pembumian
Peraturan IEE berkaitan sistem TT dan IT
Peraturan IEE pengalir-pengalir pembumian
PEMBUMIAN

Pembumian merupakan sambungan yang


dibuat antara logam dan bumi.

Pembumian dijadikan sebagai punca


rujukan yang keupayaannya dianggap
sifar.

Sebarang benda yang disambung ke bumi


akan mempunyai keupayaan sifar.
Pembumian bertujuan sebagai laluan balik arus
atau untuk keselamatan kepada pengguna.

Pembumian juga bertujuan untuk memberi


keselamatan kepada pengguna daripada bahaya
renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus
bocor ke bumi yang berlaku pada itu mengalir ke
bahagian-bahagian logam yang boleh membawa
arus dan menyebabkan percikan bunga api.
CARA-CARA PEMBUMIAN

Pembumian ke paip air atau ke paip


gas.

Pembumian ke salutan logam kabel


perkhidmatan dalam tanah.

Pembumian ke dawai aerial (bumi)


yang disediakan oleh pembekal elektrik.
Pembumian ke elektrod bumi dalam
tanah yang rintangan elektrod buminya
cukup rendah.

Pembumian ke sistem pembumian


berbilang pelindung.

Pembumian ke peranti perlindungan


daripada arus bocor ke bumi automatik.
BENDA-BENDA YANG PERLU DIBUMIKAN

Semua struktur logam dalam sistem pendawaian


(yang buka membawa arus) seperti salutan
logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dan
dawai katenari.

Struktur logam yang terdedah bagi semua radas


termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik
seperti paip air dan rangka rumah.

Satu punca belitan sekunder bagi pengubah.


BENDA-BENDA YANG TIDAK PERLU DIBUMIKAN

Logam pendek yang diasingkan sebagai


perlindungan mekanik bagi kabel yang
mempunyai sarung bukan logam selain
pembuluh yang dipasang sebagai tempat
laluan masuk antara bangunan dan
pembuluh untuk melindungi kabel lampu-
lampu nyahcas.

Klip logam untuk memasang kabel


Penutup lampu yang diperbuat daripada logam.

Logam kecil seperti skru dan plat nama yang


diasingkan dengan menggunakan penebat.

Rantai logam untuk menggantung lampu dan


peralatannya.

Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen


di atas lantai yang kalis air.
ISTILAH-ISTILAH PEMBUMIAN

 Bumi – sambungan yang berkesan ke bumi.

 Elektrod bumi – batang(rod) logam, plat logam


dan sistem paip logam dalam tanah atau
sebarang benda berpengalir bagi memperoleh
sambungan bumi yang berkesan.

 Pengalir pelindung litar – pengalir termasuk


sebarang pengapit yang disambung ke punca
bumi pengguna
 Dawai pembumi – pengalir akhir di antara punca
bumi pengguna dengan elektrod bumi atau yang
seumpama dengannya.

 Dawai pengikat sama upaya – sambungan sekali


secara elektrik untuk membawa arus yang
memberi keupayaan yang sama antara alat-alat
logam yang tidak terlibat dengan pemasangan
elektrik

 Rintangan bumi – rintangan bumi adalah tempat


elektrod bumi penguna ditanam.
 Galangan bagi litar rosak ke bumi – jumlah
rintangan litar yang dilalui oleh arus semasa
berlaku litar bocor ke bumi bermula dari punca
hidup bekalan hingga ke elektrod bumi.

 Kawasan rintangan bumi – jarak kawasan bagi


satu elektrod bumi yang berada di dalam
kawalannya.

 Rintangan gelung bumi – rintangan litar yang


dilalui oleh arus bocor ke bumi bermula dari
punca akhir pengalir pelindung litar arus bumi
hingga ke elektrod bumi
 Punca bumi penguna – punca-punca tempat
penyambungan semua pengalir pelindung litar
bumi sebelum disambungkan ke elektrod bumi.
Ia berada samada dalam kotak fius atau
berhampiran dengan kotak fius.

 Kawasan rintangan bumi bertindih – kawasan


penanaman elektrod kedua yang berada dalam
lengkaran 6 meter dari elektrod utama.

 Dawai pengikat sama upaya tambahan –


sambungan bersama secara elektrik diantara
logam yang terlibat dalam pemasangan elektrik.
PEMBUMIAN BERBILANG
PELINDUNG

Pembumian berbilang pelindung digunakan


apabila galangan bagi litar rosak ke bumi tidak
cukup rendah untukmengendalikan fius atau
pemutus litar bocor ke bumi.

Penggunaannya adalah pada voltan rendah dan


kebenaran daripada pihak pembekal hendaklah
diperoleh terlebih dahulu apabila hendak
menggunakannya.
SYARAT-SYARAT PEMASANGAN SISTEM PEMBUMIAN
BERBILANG PELINDUNG

Dawai pembumian mestilah mempunyai rintangan


yang tidak melebihi 10 ohm dan pengalir pelindung
litar bumi 0.5 ohm iaitu apabila arus sebanyak 10A ,
40V dialirkan selama seminit semasa ujian dengan
menggunakan bekalan arus ulang-alik.

 Fius, pemutus litar, penyambung dan suis satu hala


tidak dibenarkan dipasang bersebelahan dengan
pengalir neutral
Kesemua pengguna elektrik di kawasan itu
mestilah dipasang dengan sistem
pembumian berbilang pelindung.

Hanya digunakan pada litar voltan rendah


dan mendapat kebenaran daripada pihak
yang berkenaan.
TEMPAT PENGGUNAAN SISTEM
BERBILANG PELINDUNG
Kawasan bukit dan jauh dari pantai – disini
rintangan bumi yang rendah sukar diperolehi.

Kawasan berbatu, berpasir dan kering –


rintangan bumi di kawasan ini juga adalah
tinggi.

Kawasan pedalaman – kabel dalam tanah


yang bersarung logam tidak digunakan
sebagai sistem penghantaran di kawasan ini.
KELEBIHAN SISTEM PEMBUMIAN
BERBILANG PELINDUNG

Rintangan elektrod buminya rendah dan


mudah diperoleh kerana setiap pengguna
mencantumkan punca buminya kepada
dawai neutral.

Perbelanjaan dapat dijimatkan kerana


bilangan elektrod bumi tidak ditambah.
Galangan gelung bumi rendah dan
cukup untuk mengendalikan fius atau
pemutus litar apabila arus bocor ke
bumi berlaku.

Perbelanjaan pemasangan sistem


pembumian dapat dijimatkan.
KELEMAHAN SISTEM PEMBUMIAN
BERBILANG PELINDUNG

Renjatan akan dirasai jika kerja-kerja logam yang


berhampiran tidak diikat bersama ke dawai neutral
atau jika dawai neutral itu putus.

Arus bumi akan berputar antara elektrod bumi dan


ini menyebabkan sistem telefon terganggu.
ELEKTROD-ELEKTROD BUMI

 Rod-rod dan paip-paip bumi


 Pita-pita atau dawai bumi.

 Plat-plat bumi.
 Elektrod-elektrod bumi yang
terbenam di dalam tanah.
 Konkrit yang bertetulang logam.
Sarung plumbum dan sarung daripada
logam lain yang digunakan untuk sistem-
sistem paip logam yang tidak dilarang.
Menyarung kabel dalam tanah dan tidak
terlarang.
Struktur-struktur bawah tanah lain yang
bersesuaian.
CARA MENGURANGKAN RINTANGAN ELEKTROD BUM

 Mengisi garam disekeliling elektrod


(lapan bulan sekali).
 Mengisi arang batu ke dalam elektrod.
 Menabur serbuk besi di sekeliling elektrod.
 Memasang elektrod di tempat yang lembap.
 Elektrod dilubang-lubangkan.
 Memasang beberapa batang elektrod bumi
secara selari di luar kawasan elektrod bumi
tersebut.

 Memasang sambungan selari antara elektrod


dengan menggunakan jalur kepingan tembaga.

 Menanam bahan kimia seperti magnesium,


kuprum atau garam batu.

 Menambahkan panjang atau luas keratan rentas


elektrod.
PERATURAN-PERATURAN IEE BAGI PEMBUMIAN

Setiap kaedah pembumian dan pengalir pelindung


litar hendaklah dipilih dan dipasang agar
memenuhi keperluan peraturan-peraturan dalam
pembumian untuk menjamin keselamatan dan
peralatan yang berhubung dengan pemasangan
cukup memuaskan.

Sistem pembumian pada pemasangan boleh


dibahagikan kepada sub bahagian dan setiap
bahagian yang dibahagikan itu harus mematuhi
keperluan-keperluan pembumian.
JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN

 Sistem TN-S
 Sistem TN-C-S
 Sistem TT dan IT
 Sisten TN-C
SISTEM TN-S

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama


seseorang pengguna haruslah disambung pada titik
bumi sumber tenaga.
SISTEM TN-C-S

Suatu sistem dimana pembumian pelbagai


pelindung disediakan oleh pembekal dimana
kaedah-kaedah yang sewajarnya hendaklah
disediakan untuk menyambungkan pangkalan
pembumian utama pengguna pada dawai neutral
sumber tenaga.
SISTEM TT DAN IT

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama


pengguna hendaklah disambungkan melalui satu
pengalir pembumian ke elektrod bumi dengan
mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.
PERATURAN-PERATURAN IEE BAGI SISTEM TT DAN IT

 Elektrod bumi yang digunakan mestilah diperakui


bagi tujuan memenuhi kehendak IEE.

 Jenis dan kedalaman elektrod bumi yang


terbenam hendaklah tidak mengakibatkan
penambahan dalam nilai rintangan elektrod bumi
melebihi nilai yang diperlukan apabila tanah itu
menjadi kering atau sejuk.
 Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan
elektrod bumi hendaklah mempunyai keupayaan
untuk menahan kerosakan akibat kakisan.

 Kerja logam perkhidmatan gas awam dan air


tidak boleh digunakan sebagai pelindung
elektrod bumi.
 Sarung-sarung kuprum dan sarung logam lain
bagi kabel-kabel yang tidak mungkin mengalami
kerosakan akibat kakisan yang berlebihan boleh
digunakan sebagai elektrod bumi dengan syarat
persetujuan pemilik kabel diperolehi dan
langkah-langkah yang bersesuaian diambil
untuk memberi amaran kepada pemilik
pemasangan elektrik itu tentang perubahan-
perubahan yang akan dilakukan pada kabel yang
mungkin akan mempengaruhi kesesuaian kabel
itu untuk bertindak sebagai elektrod bumi.
PERATURAN IEE PENGALIR-PENGALIR PEMBUMIAN

 Setiap pengalir pembumian jika ditanam, pengalir


itu hendaklah mempunyai luas keratan rentas
yang tidak kurang daripada nilai yang ditetapkan.

 Pengalir aluminium dan pengalir aluminium yang


berlapiskan tembaga tidak boleh digunakan untuk
penyambungan terakhir dalam elektrod bumi.

 Penyambungan pengalir pembumian kepada


elektrod bumi atau pada kaedah pembumian yang
lain hendaklah dibuat dengan sempurna dan
memuaskan dari segi mekanik dan elektrik.

You might also like