You are on page 1of 13

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi
Johan @ Eddy Luaran
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi MARA
Pengenalan Web versi 2.0 telah memberi impak yang signifikan dalam bidang pendidikan. Berbeza dengan Web versi
1.0 yang hanya membenarkan pengguna untuk melihat serta membaca paparan web, Web versi 2.0 yang mula
diaplikasikan pada awal tahun 20-an, telah mengubah lanskap web secara total iaitu pengguna kini boleh memberi
input, memuat naik fail serta membina rangkaian maklumat sendiri. Web versi 2.0 yang popular termasuklah
Facebook, Youtube, Twitter, blogspot serta banyak lagi. Namum begitu, jika diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran web versi 2.0 ini akan dapat membantu guru serta pelajar dalam interaksi secara blended
learning dan ubiquitous learning yang diaplikasikan di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kedua-dua mod
pembelajaran ini berteraskan konsep iaitu guru serta pelajar dapat berinteraksi walaupun di luar waktu persekolahan.
Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan beberapa Web 2.0 yang boleh di aplikasikan oleh guru sejarah dan
geografi dalam menyokong pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Laman web yang dibincangkan diharap
akan dapat memberi perspektif baru kepada kalangan pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejaran
dan geografi.
Kata Kunci : Web 2.0, ICT
1. Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam
bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu
anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan
teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara
pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Malah, pembelajaran tidak lagi terhad dalam bilik darjah atau
perpustakaan malah ia melangkaui masa dan tempat. Era pembelajaran siber sebegini membolehkan pembelajaran
formal berlaku walaupun di luar bilik darjah. Senario ini dimungkinkan oleh penggunaan laman web dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Laman web khusus adalah merujuk kepada web 2.0 yang membolehkan guru dan
pelajar berinterasi di alam maya. Pembelajaran berasaskan laman web ini

memberikan peluang kepada pelajar

untuk belajar walaupun berada dimana saja tidak kira masa (ubiquitous learning). Sebagai contoh, pelajar boleh
melayari Internet serta mengaksess laman web untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran
mereka.
Jika dipandang dari sudut semasa, sudah tiba masanya untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan
bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan titik tolak kepada aplikasi teknologi komputer
dalam sistem pendidikan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa
Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan
budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan
2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun
2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia
mesti mewujudkan

16

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 30 Ogos 2013)

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi
pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada
masa depan...
(Mahathir Mohamad, 1998)
2. Koridor Raya Multimedia
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan teknologi maklumat,
pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan
negara dengan mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996. Koridor Raya
Multimedia atau singkatannya MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan
2020 dan ia meliputi kawasan seluas 750 km persegi. Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi utama iaitu
Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan, Kelompok Penyelidikan dan
Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan Sedunia. Langkah mewujudkan sekolah bestari
dianggap sebagai respons spesifik Malaysia untuk perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat
berasaskan maklumat (Mahathir Mohamad, 1998). Oleh itu, sekolah bestari diharap akan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat
khususnya untuk mencapai taraf masyarakat Malaysia yang Pintar pada tahun 2020 kelak.
3. Penggunaan Komputer di Sekolah
Pembelajaran berbantukan komputer di Malaysia, ia telah mula diperkenalkan pada tahun 1992 melalui Program
Komputer dalam Pendidikan. Dalam program ini 60 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia telah
disediakan makmal komputer yang mempunyai 21 buah komputer yang telah dirangkaikan. Susulan daripada
langkah ini, pada tahun 1994 program Computer Aided Instruction telah diperkenalkan di 15 buah sekolah rendah di
Selangor dengan setiap sekolah dibekalkan 21 buah komputer yang menggunakan perisian Microsoft Windows 3.1,
beberapa perisian koswer untuk pengajaran juga telah diedarkan untuk digunakan oleh guru-guru. Langkah ini
diteruskan lagi dengan Program Komputer dalam Pendidikan yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa
iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Dalam fasa pertama, 50 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan
empat buah komputer yang mempunyai akses Internet. Dalam fasa kedua, 90 buah sekolah menengah dan 20 buah
sekolah rendah telah dibekalkan dengan komputer multimedia dengan local area network (LAN), manakala dalam
fasa ketiga, ia diperluaskan lagi kepada 222 buah sekolah rendah dan 111 buah sekolah menengah dan seorang guru
daripada setiap sekolah akan mengikuti kursus 14 minggu di maktab-maktab perguruan yang terpilih. Pelaksanaan
sekolah bestari telah menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang celik teknologi maklumat.

17

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 30 Ogos 2013)

4. Sejarah sebagai Subjek Wajib Lulus


Subjek sejarah telah dijadikan subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 (Berita Harian,
2011) telah mengundang banyak reaksi positif daripada golongan pendidik. Rata-rata bersetuju dengan langkah
kerajaan ini yang diharap akan dapat menyemai sikap patriotisme dikalangan pelajar. Pada masa yang sama bermula
tahun 2014 ia akan dijadikan sebagai subjek teras. Oleh itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran ini perlu dipelbagaikan seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Ini diharap akan dapat
mengubah persepsi masyarakat yang menganggap matapelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang
membosankan yang memerlukan guru memberi banyak maklumat tentang masa lalu dan perlu dingat oleh pelajar
sebelum menghadapi peperiksaan (Doreen, 2004). Dengan menggunakan pendekatan teknologi maklumat dalam
pengajaran sejarah maka sumber sumber yang ada perlu didigitalkan supaya dapat diaplikasikan.
5. Web 2.0
Istilah Web 2.0 mula diperkenalkan pada tahun 2003 bermula dengan pengenalan rangkaian social network seperti
facebook yang telah mengubah cara interaksi dalam kalangan pelajar. Teknologi Web 2.0 ini terus berkembang dan
merevolusikan bidang pendidikan. Menurut Webopedia (2013), istilah web 2.0 adalah merujuk kepada generasi
kedua World Wide Web yang membolehkan individu dalam talian berkolaborasi dan berkongsi maklumat. Ia secara
umumnya merupakan perubahan daripada laman web yang statik kepada laman web yang lebih dinamik dimana
pengguna boleh memberi input serta memuatnaik bahan kedalam laman web.

(Sumber: http://www.mintonlinemarketing.net/top-10-web-2-0-sites/)

Rajah 1: Illustrasi Web 2.0


Penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran didorong oleh konsep open educational resourses di
mana maklumat serta aplikasi adalah percuma untuk digunakan tanpa kekangan kecuali terdapat pakej khusus yang
perlu dibayar oleh pengguna. Konsep open educational resourses ini sememangnya direkabentuk supaya interaksi
antara individu dalam alam maya lebih tersusun dan mudah. Justeru itu, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
mendemokrasikan pendidikan golongan pendidik sewajarnya mengambi peluang aplikasi Web 2.0 ini untuk kekal
berhubung serta berinteraksi dengan pelajar walupun diluar waktu persekolahan.

18

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 30 Ogos 2013)

6. Cabaran Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan
yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan
sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran
dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat
dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.
Beberapa langkah susulan kerajaan seterusnya adalah memfokuskan latihan kemahiran ICT pada
Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) juga akan melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Agama dan
yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas. Langkah ini selaras dengan input yang diperoleh daripada Soon Yin dan
Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat
penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan
bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Berdasarkan beberapa kajian lepas yang merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat guru, Jeannette
(2001), mendapati 86% guru mempelajari teknologi berasaskan komputer daripada kawan, 80% belajar sendiri dan
24% belajar daripada kursus yang dianjurkan oleh agensi tertentu. Kajian beliau juga mendapati bahawa sebanyak
30% guru menyatakan bahawa mereka berminat untuk terus belajar sekiranya terdapat kursus yang sesuai
ditawarkan. Manakala dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Inman-Anderson dan Ditson (1999) mendapati
87% daripada guru belajar menggunakan teknologi berasaskan komputer dengan belajar sendiri dan mendapati 40%
guru belajar daripada kawan. Kajian yang dijalankan oleh Liu et al. (2002) juga mendapati bahawa 96% guru
memperoleh pengetahuan dengan belajar sendiri. Daripada kajian McMohan et al. (1999) mendapati 55% guru-guru
belajar daripada kawan. Daripada kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa majoriti guru memperoleh pengetahuan
tentang Internet melalui pembelajaran sendiri.
Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang, guru
seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini menuntut sikap positif guru terhadap
teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya akan memanfaatkan golongan pelajar.
7. Laman web 2.0 yang boleh diIntegrasikan dalam Pembelajaran Subjek Sejarah dan Geografi
Berikut merupakan laman web yang boleh digunakan oleh guru-guru sejarah dan geografi khususnya dalam
pengajaran dan pembelajaran.

19

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

Titanpad.co
com
Ini merupa
akan laman we
eb untuk interraksi antara gu
uru-guru dengaan pelajar. Intteraksi adalah dalam bentukk chat.
Laman web ini adalah percuma
p
dan boleh
b
digunaka
an tanpa perlu mendaftar. G
Guru dan pelajar boleh meng
gakses
laman web
b pada masa ya
ang sama atau berlainan, cum
ma URL perlu d
diberikan kepad
da pelajar. Apabila pelajar dan guru
berinterakssi dalam masa yang sama, se
etiap individu akan
a
mempunyyai kod warna interaksi yang
g berbeza. Pen
ngguna
juga boleh mengimport dokumen
d
lain da
alam laman intteraksi.

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah
R
2 : Anta
aramuka Tita npad.com

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 3: In
nteraksi Pelajjar menggun
nakan Titanpa
ad.com

20

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

Twiddla.c
com
Laman web
b ini merupaka
an laman web yang membole
ehkan guru-gu
uru dan pelajarr-pelajar berkaloborasi dalam
m masa
yang sama
a khususnya diluar
d
waktu persekolahan.
p
unakan secara percuma wallaupun
Laman web iini boleh digu
terdapat pa
akej berbayar yang ditawark
kan. Uniknya la
aman web ini aadalah, kolaborrasi boleh dijallankan serenta
ak iaitu
guru dan belajar
b
boleh be
erinteraksi mela
alui pad atau chat
c
seperti yan
ng ditunjukkan
n pada Rajah 5..

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah
R
4 : Anta
aramuka Twiiddla.com

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 5: Interaksi Pela


ajar menggun
nakan Twiddlla.com

Dropbox
Laman web
b ini menawark
kan storan fail secara dalam talian. Konsep
p ini juga diken
nali sebagai clo
loud computing
g yang
mana peng
gguna boleh menyimpan
m
fail secara dalam talian.
t
Fail terssebut boleh diaakses dimana-m
mana kompute
er atau
alatan elek
ktronik yang me
empunyai rang
gkaian Internet. Pengguna tid ak perlu lagi b
bimbang jika terlupa membaw
wa pen

drive . Gu
uru-guru sejara
ah dan geografi khususnya boleh
b
menggun
nakan aplikasi ini untuk men
nghantar fail kkepada
pelajar kerrana setiap web ini mempuny
yai aplikasi sh
hare yang mem
mbolehkan pen
ngguna menghantar link unttuk fail
berkenaan kepada pelajar.

21

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah
R
6 : Anta
aramuka Dro pbox.com

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 7: In
nteraksi Pelajar menggun
nakan Dropbo
ox.com
Murally

Murally adalah laman we


eb yang berko
onsepkan mura
al. Dalam konssep yang mudaah dfahami, m
mural adalah m
merujuk
kepada boa
oard yang mengandungi elem
men yang melam
mbangkan ideaa seseorang ind
dividu. Rajah 8 menunjukkan mural
konvension
nal iaitu mural pada board yang
y
nyata manakala Rajah 9 menunjukkan mural pada e-board yang dibina
menggunakan laman web
b Murally. Guru
u-guru sejarah dan geografi boleh menggunakan aplikasi ini khususnya untuk
ng memerlukan
n pelajar untu
uk menjana ide
ea tentang sessuatu peristiwa. Sebagai contoh, guru me
emberi
aktiviti yan
tugasan se
eperti berikut: Apakah faktorr yang menyumbang kepadaa kemenangan
n Jepun pada tahun 1942? P
Pelajar
kemudiann
nya dikehendak
ki membina e--mural berdasa
arkan soalan ttersebut. Muraally juga mem
mbenarkan pen
ngguna
menyelitkan gambar, tekss dan video yan
ng secara tidak
k langsung men
njadikannya m
menarik.

22

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 8: Antaramuka
A
M
Murally

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 9:
9 Interaksi Pelajar
P
mengg
gunakan Mura
ally

23

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

Bubbls.us
s

Bubbls ada
alah laman web yang boleh digunakan unttuk membina p
peta minda yang interaktif. P
Peta minda intteraktif
yang dibina
a seterusnya boleh
b
dicetak, disimpan dan dikongsi dengaan pengguna lain. Ianya amat mudah digu
unakan
mempunya
ai pelbagai aplikasi lain yang menarik. Rajah 10 merupakaan contoh petaa minda intera
akif yang telah dibina
oleh pelaja
ar.

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 10
0: Interaksi Pelajar
P
mengg
gunakan bubbl.us
StoryJumper

er adalah lama
an web yang membolehkan
m
guru dan pelajjar untuk mem
mbina buku follio secara elekktronik.
Storyjumpe
Buku folio ini boleh direka
abentuk sendirri oleh pelajar ini termasuklah
h karakter, scen
nario dan sebagainya. Pelajarr boleh
menggunakan imej sen
ndiri ataupun menggunakan
n templat yaang disediakan
n dalam lama
an web. Raja
ah 12
menunjukk
kan senario serrta karakter piilihan pelajar. Selain itu, lam
man web ini jug
ga membolehkkan pelajar me
embina
peta seperrti peta kawasa
an dan sebagaiinya. Aplikasi in
ni secara amnyya boleh diinteegrasikan oleh guru geografi dalam
pengajaran
n dan pembelajjaran mereka.

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah
R
11: Anttaramuka Sto
oryJumper

24

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 1)

Rajah 12: Interaksi


I
Pela
ajar menggun
nakan StoryJJumper
Sixty

Sixty adala
ah laman web yang membole
ehkan penggun
na untuk melettakkan nota daalam bentuk te
eks, imej, video atau
audio pada
a papan bulletin maya. Pap
pan buletin ma
aya ini berfun
ngsi sebagai aantarmuka untuk sebarang rrespon
daripada pengguna.
p
Aplikasi ini dapatt menyokong hampir semuaa format doku
umen termasu
uklah windowss word
dokumen, JPEG, PNG, GIF dan sebaga
ainya. Sixty me
erupakan penyyelesaian kepad
da guru-guru ssejarah dan ge
eografi
khususnya yang ingin me
endapatkan resspon daripada pelajar sebelu
um mengajar ssesuatu topik. S
Soalan tentang
g topik
d
pada pap
pan bulletin ma
aya untuk men dapatkan serb
ba sedikit kefah
haman topik te
ersebut
yang akan diajar boleh dipos
sebelum mengajarnya
m
di dalam bilik darrjah.

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 2)

Rajah 13 : Antaramuka
a Sixty

25

Semiinar Pendidikann Sejarah dan G


Geografi (UMS,
S, 29 30 Ogoss 2013)

(Sum ber: Effective Weeb 2.0 Tools for the Classroom : Part 2)

Rajah 14
1 : Interaksii Pelajar men
nggunakan Sixty
Laman we
eb lain yang boleh digunak
kan oleh guru-guru sejarah dan geografii yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran
n dan pembelajjaran di senara
aikan dalam Jad
dual 1.
Jadual 1: Lam
man Web unttuk Pengajara
an dan Pemb
belajaran
Kategori
Kolaborasi dan perbincangan

Persembahan multimedia

Sumberr
Google Docs (d
doc.google.com))
Zoho Writer (w
writer.zoho.com))
TypeWith.me ((typewith.me)
Mendeley (ww
ww.mendeley.com
m)
Spicynodes (w
www.spicynodes.o
org)
Popplet (popp let.com)
Spiderscribe (sspiderscribe.net))
Wiggo (wiggo..com)
Emaze (www.eemaze.com)
Prezi (prezi.co m)
Storify (storifyy.com)
Livebinder (ww
ww.livebinder.com)

Pe
engurusan bilik darjah
d

GoClass (www
w.goclass.com)
Edcanvas (ww
ww.edcanvas.com
m)
Kubbu (www.kkubbu.com)

Rancangan
R
penga
ajaran

Plainboard (ww
ww.plainboardap
pp.com)

Ope
en Education Ressourses

Currikki (www
w.curriki.org)
Vancity (www..udacity.com)
Khan Academyy (www.khanacaademy.org)
MIT Open Cou
urseware (http:///ocw.mit.edu)

26

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 30 Ogos 2013)

8. Kesimpulan
Kesimpulannya, guru adalah agen transformasi pendidikan negara, adalah penting untuk guru-guru menggunakan
aplikasi Web 2.0 ini kerana ini merupakan tren terkini pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kita perlu berubah
walaupun ia mungkin baru bagi sebilangan golongan pendidik tetapi penggunaan aplikasi ini membolehkan kita

engage dengan pelajar kita. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahirankemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan
teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun
begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia
tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk
kecemerlangan masa hadapan.

RUJUKAN
Berita Harian (2011). Subjek Sejarah wajib Lulus http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WajibsLulus/Article/index_html,
Retrieved on 1 June 2011
Deacon, A., Jaftha, J. and Horwitz, D. 2004. Customizing Microsoft Office to Develop a Tutorial Learning Environment. British Jurnal

of Educational Technology, 32(2): 65-72


Doreen Tan (2004) 11th International Assembly of Social Educators Meeting, Nov. 19, 2004. Baltimore.
Gan, S. L. (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, Issues and Challenges. Kuala Lumpur: Longman.
How Stuff Works. (2005). Expert Review: Microsoft PowerPoint 2003, http://products.howstuffworks.com/microsoft-powerpoint2003-review.htm. Retrieved 12 December 2008.
Inman-Anderson, L. and Ditson, L. (1999). Computer-Based Concept Mapping: A Tool for Negotiating Meaning. Learning and

Leading With Technology 26: 6-13.


Jeannette, S. (2001). Integrating Information and Communication Technology in Professional Practice: Based on Survey of Primary
and Secondary School in Scottish School. Journal for Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182.
Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach. New York: Routledge.
Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT)

dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia.
Johan Eddy Luaran. (2013a). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.
Johan Eddy Luaran. (2013b). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 2. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.
Joshua, E. S. (2004). PowerPoint's Power in the Classroom: Enhancing Students' Self Efficacy. Computer Education 45: 203-215.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.
Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for Learning. Stafford: Continum International
Publishing Group Ltd.
Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2002). Teacher, Education, Students and Computers: Gender, Major, Prior Computer Experience,
Occurrence and Anxiety. Journal of Research and Computing Education, 24(4): 17-24
Mackey, M. (2002). Literacy Across Media: Playing the Text. New York: Routledge.

27

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd.
McKenzie, J. K. (2003). Past, Present, and Future of Computer-Tailored Nutrition Education. American Journal of Clinical Nutrition
77(4): 102-121.
McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (1999). Barrier to Computer Usage: Staff and Student Perceptions. Journal of

Computer Assisted Learning 15: 56-68.


Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih
UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala
Lumpur. 28 Ogos.
Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal

Pendidikan 7: 15-24.
Mortimer, E. and Scott, P. (2003). Meaning Making in Secondary Science Classroom. London: Continuum.
Mukama, E. and Andersson, S. B. (2007). Coping with change in ICT-Based Learning Environments: Newly qualified Rwandan
Teachers' Reflection. Journal of Computer Assisted Learning 24: 156-166.
Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos.
Rozinah Jamaludin. (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal

2002 Pendidikan guru 2: 62-72.


Ting, K. C. (1998). Attitudes of Teachers towards Information Technology in Education in Miri. Master Thesis. Universiti Malaysia
Sarawak.
Weiss, T. (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom Computers and Composition 5(2): 57-70.
WeboPedia (2012). Web 2.0. http://www.webopedia.com/TERM/W/Web_2_point_0.html. Retrieved 12 Jun 2013.

Penerangan (step by step guide) penggunaan beberapa web 2.0 boleh diperoleh e-book percuma yang boleh dimuat
turun daripada laman web berikut:
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1
Link :http://www.scribd.com/doc/157389874/Effective-Web-2-0-Tools-for-the-Classroom-Part-1
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 2
Link : http://www.scribd.com/doc/157394974/Effective-Web-2-0-Tools-for-the-Classroom-Part-2

28

You might also like