You are on page 1of 11

KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN

ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3:
TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN
PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : SHARINA BINTI SOBRI
MATRIK NO. : M 20102000969
DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR
TARIKH HANTAR : 20 NOVEMBER 2012

TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN PELAJAR


DALAM BIDANG PENDIDIKAN

PENGENALAN
Dalam menempuh dunia globalisasi masa kini Malaysia juga tidak terkecuali dalam
perkembangan persekitaran digital global dalam semua bidang termasuklah bidang

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

pendidikan. Seiring dengan zaman teknologi, penggunaan media dan elektronik sebagai satu
usaha membangunkan negara yang berdaya saing. Kemajuan dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) yang semakin meningkat memberi kesan yang besar dalam bidang
pendidikan.

ICT merupakan satu penunjuk utama dalam proses membangunkan sistem

pendidikan bagi meningkatkan amalan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan
semua guru dan pelajar.
diperluaskan

dan

Amalan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan perlu

dipertingkatkan

bagi

memastikan

semua

institusi

pendidikan

mengaplikasikan penggunaan elektronik dan web dalam pengajaran dan pembelajaran.


Menurut Osborne and Hennessy (2001), ICT telah berjaya meningkatkan keberkesanan di
dalam penyampaian maklumat dan merangsang minat pelajar untuk belajar.
Elemen penggunaan teknologi yang dimasukkan dalam kurikulum sekolah adalah satu
usaha untuk mengembangkan teknologi dan untuk memastikan teknologi diaplikasikan di
sekolah. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin membantu
dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Internet adalah singkatan bagi perkataan inter
network dan merupakan jalinan rangkaian dengan komputer lain di seluruh dunia. Melalui
penggunaan internet, seseorang boleh berinteraksi, berhubung, bertukar maklumat, berkongsi
ilmu dan pelbagai kemudahan diperoleh.

Begitu juga dengan weblog atau blog yang

merupakan laman jurnal peribadi atau laman yang mudah diguna dengan menggunakan
paparan antara muka grafik yang sudah disediakan dalam perisian blog. Blog ini boleh
digunakan tanpa dikenakan bayaran dan tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal
kerana pengguna boleh mempelajari sendiri dari semasa ke semasa.

Dalam bidang

pendidikan kini, kebanyakan guru dan pelajar telah menggunakan alternatif ini untuk
berhubung antara satu sama lain. Penggunaan blog ini telah dapat membantu pelajar untuk
berhubung secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan pada bila-bila masa. Mereka
menggunakan blog untuk mendapatkan nota dan menjawab soalan latihan yang disediakan
guru.

Selain itu, medium ini juga digunakan untuk mencari maklumat, mencari bahan

pembelajaran dan berkongsi pendapat atau idea dengan pengguna blog yang lain.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam mengamalkan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan institusi


pendidikan, terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan dari segi tahap pengetahuan, cara

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

penggunaan, kelebihan dan kelemahan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Pada
masa kini terdapat pelbagai perantara yang boleh digunakan seperti Facebook, twitter, Skype
blog, e-mel dan sebagainya. Istilah weblog telah dicipta oleh Jorn Barge pada 17 Disember
1997 dan singkatan blog telah dicipta oleh Peter Merholz yang memisahkan perkataan
weblog kepada blog.
Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh PEW Internet dan American Life
Project, pada tahun 2004 sebanyak 58% pembaca blog meningkat dari 29,500 pada tahun
2005 menjadi 5,340,00 pada tahun 2005. Ini menunjukkan satu peningkatan yang tinggi dan
merupakan salah satu teknologi yang paling mudah dan cepat. Menurut Kennedy (2003),
blog merupakan dimensi baru untuk pengajar dan pelajar bagi membentuk satu alat
penerbitan yang interaktif dan segera. Ia boleh menjadi medium di mana pelajar dapat
mengutip, menyunting, menaksir dan menerbitkan untuk dibaca oleh pembaca maya.
Kebanyakan pelajar menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat, berkongsi idea,
bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan pelbagai maklumat lain antara pengguna blog.
Oleh itu, pengkaji ingin melihat sejauh mana tahap pengetahuan am pelajar mengenai
blog, kelebihan dan kelemahan blog serta mengenal pasti adakah blog dapat membantu
pelajar dalam mendapatkan maklumat.

PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dikemukakan, iaitu :1. Apakah blog?
2. Mengapakah blog sangat digemari oleh pengguna elektronik masa kini?
3. Apakah faktor penggunaan blog secara meluas dalam bidang pendidikan?
4. Berikan kelebihan blog.
5. Berikan kelemahan blog.

REKA BENTUK KAJIAN

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah


tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

POPULASI DAN SAMPEL

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan empat di negeri
Selangor. Seramai 9 orang sampel dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang
digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik.

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan Am Mengenai Blog

Blog adalah satu jenis laman web yang sedikit berbeza dari laman web biasa di mana
penggunanya perlu mengemas kini maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa.
Kebiasaannya, pengguna akan mengemas kini blog setiap minggu ada juga yang rajin
mengemas kini setiap hari. Blog juga lebih popular berbanding media yang lain kerana
tujuan blog dibangunkan adalah untuk dijadikan diari dan catatan harian, tempat berkongsi
ilmu pengetahuan, berbicara mengenai isu-isu semasa dan ada juga yang menambah sumber
pendapatan dengan menjual secara atas talian.
Hasil tinjauan yang dibuat, para pelajar menyatakan blog adalah salah satu media
yang berasakan elektronik dan media di mana ia merujuk kepada satu halaman yang
membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik atau berperanan lebih sebagai
buku harian peribadi dalam talian. Blog juga adalah media perantaraan yang digunakan oleh
penggemar IT untuk menyampaikan maklumat, berkongsi cerita, menunjukkan kreativiti dan
sebagai tempat untuk menambah pendapatan.

Mereka juga berpendapat blog boleh

digunakan untuk mencari kenalan, memudahkan perhubungan, meluahkan perasaan, mengisi

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

masa lapang yang terluang dan mereka bersetuju bahawa blog merupakan trend zaman
sekarang.
Selain itu, kebanyakan pelajar membina blog berdasarkan inspirasi diri dan minat
pelajar masing-masing seperti pelajar yang meminati bidang fesyen, muzik, seni, fotografi
dan sebagainya. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan mencari maklumat
dan dimasukkan dalam blog mereka. Melalui blog juga, pelajar dapat membuat pautan pada
mana-mana laman web yang lain yang disukai mereka.

Pendapat Pelajar Mengenai Blog


Hasil kajian menunjukkan anpara pelajar ini menyatak blog adalah medium
perantaraan yang dapat membantu pelajar berhubung secara atas talian dengan guru dan
rakan-rakan. Mereka juga menggunakan blog sebagai tempat untuk mencari maklumat dan
bertukar-tukar pendapat serta berkongsi idea dengan pengguna yang lain. Kesemua pelajar
menyatakan blog lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan media lain yang
memerlukan banyak penggunaan wang untuk tujuan penyebaran maklumat.

Selain itu,

mereka berpendapat blog turut digunakan sebagai buku harian peribadi untuk menceritakan
perjalanan dan pengalaman harian masing-masing. Penggunaan blog sangat wajar kerana
melalui blog dapat melahirkan generasi yang celik IT, kreatif dan berinovasi dalam
menyenggara komputer.
Selain itu, mereka menyatakan penggunaan blog dapat membantu mencari data dan
maklumat yang diperlukan dengan segera, sebagai bahan rujukan pengajaran dan
pembelajaran serta dapat membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik dengan
lebih mudah melalui ruang komen yang disediakan. Oleh itu, adalah wajar sesuatu blog yang
dibangunkan dapat memberikan maklumat yang betul dan tepat bagi membantu pengguna
mendapatkan pelbagai maklumat dan menurut Ahmad Muhaimin (2004), faktor yang
menentukan baik dan buruknya sesuatu laman web itu adalah dari aspek reka bentuk isi
kandungan, reka bentuk interaktiviti dan reka bentuk antara muka dan perkara ini perlu
dititikberatkan kerana penggunaan internet dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian
khususnya dari segi ketepatan maklumat.

Penggunaan Blog dalam Bidang Pendidikan

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web ini dilihat sebagai salah satu
kaedah yang dapat menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir dan meningkatkan daya
imaginasi pelajar untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai. Ia juga
untuk mengubah corak pembelajaran tradisional kepada moden maka disebabkan itulah
wujudnya blog-blog pendidikan. Namun begitu, laman web berasaskan pendidikan perlulah
meliputi beberapa aspek penting seperti mengandungi mesra pengguna bagi memudahkan
pelajar mengakses bahan, penggunaan bahan yang menarik dan sejajar dengan perkembangan
teknologi terkini. Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu
(maklumat, kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli
keluarga, komuniti atau sesebuah organisasi
Hasil kajian mendapati blog sangat diminati kerana blog-blog pendidikan yang
dihasilkan dihiasi dengan pelbagai grafik seperti reka bentuk yang menarik, elemen muzik
yang dimasukkan, visual yang menarik dan sebagainya yang mampu menarik minat pelajar
untuk melayarinya. Pelajar teruja jika bahan yang dimasukkan dapat diakses dengan mudah.
Selain itu, blog juga boleh dikunjungi pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang
membolehkan pelajar tidak terikat dengan masa yang terhad. Melalui blog juga pelajar tidak
akan dikenakan bayaran di samping data dan maklumat yang dimasukkan dalam blog dapat
disunting, dikutip dan ditaksir oleh pelajar. Pelajar juga menyatakan pendapat bahan-bahan
pembelajaran yang dimasukkan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman
pada sesuatu topik. Ini kerana pelajar dapat meneroka pautan-pautan lain yang terdapat pada
blog tersebut dan ia memudahkan pelajar untuk mendapatkan bahan tambahan lain. Oleh itu,
penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi
mentransformasikan pengajaran tradisional kepada moden yang menggunakan ICT seiring
dengan peredaran zaman.
Dapatan juga mendapati pelajar lebih gemar menggunakan blog kerana pelajar dapat
mengumpul banyak maklumat berkaitan sesuatu topik di samping dapat memberi komen dan
berkongsi idea pada ruangan yang disediakan. Bagi pelajar yang menjadi pengikut sesuatu
blog mereka akan menerima maklumat-maklumat terbaru yang akan dihantar melalui e-mel.
Ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa.
Menurut

NurAzza (2009), penggunaan blog sebagai medium penghubung yang

membolehkan maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempada
atau kekangan masa.

Untuk memastikan penggunaan blog dalam bidang pendidikan

dilaksanakan maka guru perlu mengoptimumkan penggunaan blog sebagai perantara

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

komunikasi antara guru dan pelajar. Menurut Kuroptawa (2005), penggunaan blog di dalam
kelas mempunyai potensi yang tinggi untuk mempengaruhi pelajar dalam banyak cara positif
antaranya medium permulaan memperkenalkan konsep baharu, forum untuk perbincangan da
menjawab kuiz di atas talian. Oleh itu, penggunaan blog pada masa kini sangat membantu
dalam sistem pendidikan di negara kita.

Kelebihan dan Kelemahan Blog


KELEBIHAN
1) Satu alternatif untuk menyimpan idea atau

KELEMAHAN
1) Bahan yang disimpan belum tentu

tugasan untuk dijadikan rujukan pada masa

kesahihannya kerana ada maklumat yang

akan datang.

dimasukkan belum di semak dan

2) Dapat melatih kemahiran kreativiti dalam

dipantau.
2) Menyebabkan berlaku penyamaran

mengubahsuai blog

identiti kerana menggunakan blog yang


sedia ada dan biasanya pengguna akan

tertipu kerana sebenar tidak didedahkan.


3) Melatih kemahiran menulis dalam pelbagai 3) Penulisan yang dimasukkan mungkin
bahasa dan dapat meningkatkan

menggunakan ayat-ayat atau perkataan

pembelajaran kendiri.

yang memburuk-burukkan bangsa,

4) Dapat berkongsi maklumat dan idea

agama, masyarakat atau negara.


4) Blogger yang berniat jahat akan berlaku

dengan rakan-rakan dan guru-guru

penyebaran maklumat yang negatif,

mengenai bahan-bahan pengajaran dan

gambar lucah, video lucah atau bahan-

pembelajaran seperti nota, gambar, video

bahan terlarang lain yang sangat mudah

dan sebagainya.
5) Proses pembelajaran lebih mudah dan

didapati melalui internet.


5) Proses pembelajaran agak sukar kerana

fleksibel kerana pelajar boleh belajar di

ada segelintir pelajar lebih meminati

mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

pembelajaran di dalam bilik darjah


berbanding tempat lain kerana pelajar

6) Komen yang terdapat pada ruang blog

mahu dipantau dan dibantu oleh guru.


6) Penggunaannya terhad kerana tidak

membolehkan pengunjung memberi

semua pelajar mempunyai talian internet

komen sama ada dari segi pujian atau pun

di rumah dan peluang untuk mengakses

kritikan untuk penambahbaikan.

hanya di rumah. Oleh itu, terdapat


pelajar yang tidak dapat memberi komen

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

atau kritikan.
7) Dapat mentransformasikan pengajaran dan 7) Pembelajaran berorientasikan guru di
pembelajaran berpusatkan guru kepada

mana guru mengedarkan nota dan bahan

berorientasikan pengalaman pelajar di

daripada blog kepada pelajar kerana

mana pelajar mendapatkan sendiri semua

pelajar tiada inisiatif untuk mendapatkan

bahan di blog guru mereka.


8) Pelajar juga akan menjadi aktif kerana

bahan dari blog guru.


8) Pelajar yang aktif akan sentiasa ke

pembelajaran lebih menarik dan ia tidak

hadapan untuk mengambil bahagian

terhad kepada penggunaan buku teks

manakala yang pasif akan mendengar

sahaja. Pelajar akan meneroka bahan

sahaja jawapan atau pendapat yang

dengan lebih banyak menerusi carian di

diberikan rakan.

internet.
9) Membantu pelajar untuk memperbaiki

9) Kadangkala guru gagal memantau

penulisan dan memudahkan pelajar melihat

jawapan yang diberikan pelajar

hasil daripada guru dan rakan-rakan.

menyebabkan jawapan yang diberikan


kurang tepat dan tidak sesuai dikongsi

10) Mencetuskan pemikiran secara kreatif dan

oleh pelajar lain.


10) Boleh berlaku copy right di mana akan

kritis.

berlaku peniruan maklumat, idea dan


pendapat kerana pelajar yang malas
berfikir akan menggunakan jawapan dan

11) Menggalakkan guru dan pelajar

maklumat yang ada sebagai jawapannya.


11) Semua idea, pendapat dan maklumat

berkolaborasi melalui bertukar-tukar

menjadi kurang formal kerana ia dapat di

pendapat, berkongsi idea dan komen-

akses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila

komen yang positif.

masa dan menyebabkan ada komenkomen atau kritikan yang menggunakan

12) Perkongsian pendapat antara guru dan

ayat-ayat yang tidak baik.


12) Kekangan guru yang tidak mengambil

pelajar akan dapat meningkatkan profesion

tahu tentang teknologi, tidak mahu

dan prestasi akademik pelajar.

mempelajari perkara baharu dan


kesibukan dengan kelas dan aktiviti lain
menyebabkan pengajaran masih berada di
takuk lama dan profesion guru tidak
dapat ditingkatkan.

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

KESIMPULAN

Zaman masa kini, bidang pendidikan adalah satu bidang yang sangat dititikberatkan
memandangkan pendidikan adalah aras penentu masa depan generasi akan datang. Semakin
jauh melangkah maka makin meningkat bilangan golongan cerdik pandai dalam pelbagai
bidang.

Maka, pada zaman teknologi maklumat ini adalah perlu untuk semua guru

meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang teknologi.

Ini untuk memastikan

pendidikan berasaskan teknologi ini diaplikasikan secara optimum dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Justeru, adalah perlu sistem pendidikan di transformasikan kepada

pendidikan moden di mana pengajaran berasaskan teknologi dirancang dengan baik.


Pembangunan penggunaan teknologi boleh dicapai menerusi penggunaan internet secara
menyeluruh dalam bidang pengajaran. Blog yang merupakan salah satu media sosial yang
berkembang secara meluas pada masa kini dan merupakan satu transformasi yang mampu
menarik perhatian untuk menyampaikan maklumat secara rasmi atau pun tidak rasmi.
Penggunaan blog sebagai medium perantara antara guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang baik dalam perkembangan ICT.
Melalui blog pelajar lebih mudah berinteraksi, memberi komen dan bertanya soalan berkaitan
pembelajaran.

Penggunaan blog dalam pengajaran telah dapat menimbulkan minat di

kalangan pelajar kerana selain ia memudahkan dan ia juga merupakan satu trend yang
diminati oleh para pelajar zaman sekarang yang lebih mahukan teknologi berbanding
tradisional yang lebih berpusatkan guru. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pembelajaran
kendiri kerana pelajar akan meneroka dan mencari maklumat, menyunting, menaksir dan
menerbitkan sendiri maklumat yang diperoleh.
Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di
aplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan bahan dan sumber yang
betul untuk memastikan pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik. Guru perlu
mempunyai panduan atau menggunakan model pengajaran yang dapat membantu guru
membuat perancangan pengajaran dengan betul.

Terdapat beberapa model yang telah

diperkenalkan namun model ASSURE yang telah direkabentuk oleh R.

Heinrich, M.

Molenda, J Rusell dan S. Smaldino telah diambil untuk dijadikan panduan oleh guru dalam

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

merancang pengajaran dan pembelajaran.

Model ini mambantu guru mengenalpasti

menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memastikan objektif
pengajaran tercapai dan murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran. Terdapat enem
elemen utama model ini iaitu A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar), S = State objective
(Nyatakan objektif), S = Select, modify or make media (pilih kaedah, media dan bahan), U =
Utilise media and material (guna media dan bahan), R = Require Leaner Participation
(dorong penglibatan pelajar) dan E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula).

S
A

Analisis
pelajar

Nyataka
n objektif

Pilih
kaedah,
media
dan
bahan

Guna
media
dan
bahan

R
Pengliba
tan
pelajar
dalam
pembela
jaran

E
Nilai
bahan

RAJAH 1 : MODEL ASSURE


Model ini membantu guru untuk merancang pengajaran dan memilih media, bahan dan
sumber yang betul dalam melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Keberkesanan
penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri.
Oleh itu, adalah perlu guru mendalami ilmu teknologi bagi memastikan penggunaan
teknologi dapat dipelbagaikan sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Blog
salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu atau berkongsi maklumat dengan orang lain.
Penggunaan blog juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu mengajar yang dapat
membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Aplikasi blog
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan ruang interaksi sosial antara guru dan
pelajar untuk membuat refleksi dan mendapatkan maklum balas berkaitan sesuatu topik.
Oleh itu, adalah wajar guru-guru mengaplikasikan blog untuk tujuan pengajaran bagi
memastikan pelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran.

10

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

RUJUKAN
Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2012). Pembelajaran Berasaskan Web : Isu dan Trend,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noorfazlinda Binti Othman (2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Universiti Teknologi Malaysia.
http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure.pdf
http://cikguwanupsi.blogspot.com/2010/08/1.html
http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Blog
http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html
http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/Noor%20Fazlinda%20Othman
%20MPP091028ttp.pdf

11

You might also like