You are on page 1of 7

1.

TEKNOLOGI RADIOISOTOP DI MALAYSIA

Di Malaysia, teknologi radioisotope sememangnya telah digunakan secara meluas


dalam pelbagai sektor pembangunan seperti bidang pertanian, perindustrian, pemprosesan
makanan dan perubatan.

2.1

RADIOISOTOP DALAM BIDANG PERUBATAN


Radioisotop digunakan sebagai alat diagnostik di hospital untuk mengesan dan

menentukan pelbagai jenis penyakit seperti ketumbuhan otak, kanser tulang, penyakit
buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya. Radioisotop Iodin-131 misalnya, dicipta
dan digunakan untuk membantu para doktor memastikan sama ada kelenjar tiroid
berfungsi dengan normal atau tidak. Selain itu, di hospital-hospital di Malaysia
bahkan di seluruh dunia menggunakan sinar gama daripada Cobalt-60 untuk mensteril
bahan-bahan perubatan. Jadi, teknologi radioisotop ini sememangnya membantu
mencegah pelbagai jenis penyakit moden dan menyelamatkan nyawa manusia.
2.2

RADIOISOTOP

DALAM

BIDANG

PERTANIAN

DAN

PENTERNAKAN
Radioisotop dan sinaran mengion banyak digunakan dalam bidang pertanian
terutamanya dengan memberikan penekanan utama untuk meningkatkan hasil
pelbagai tanaman; pengurusan tanah dan baja dengan bijak; pembangunan teknik
yang tepat dan jitu untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman; pembangunan
kaedah berkesan untuk kawalan penyakit dan hama serangga; kesihatan dalam
pengeluaran hasil ternakan serta pengurusan air yang efisien untuk tujuan aktiviti
pertanian. Dalam konteks ini, radioisotope banyak digunakan sebagai penyurih atau
lebih dikenali sebagai teknikradio pengesan terutamanya dalam kajian yang berkaitan
dengan metabolism haiwan, pengambilan nutrisi oleh tumbuhan melalui baja dan
menjejaki pergerakan air untuk meningkatkan kualiti system pengaliran. Teknikradio
pengesan banyak digunakan dalam kajian ke atas hubungan tanah dengan tanaman
untuk tujuan peningkatan pengeluaran makanan, keselamatan dan menjamin bekalan
makanan, Radioisotop yang biasa digunakan sebagai penyurih dalam bidang pertanian

dan penternakan ialah fosforus-32 (32P), nitrogen-15 (15N), kalium42 (42K), karbon14 (14C), sultur-3S (35S), ferum-59 (59Fe), iodin-131 (1311 ), tritium (3H) dan
klorin-35 (35C1).

2.3 RADIOISOTOP DALAM BIDANG INDUSTRI


Dalam bidang industri di Malaysia, teknik radiografi (pemotretan bahagian
dalam suatu benda atau bahan dan proses pengawalan mutu atau quality control)
seringkali digunakan. Teknik radiografi industri memanfaatkan radiasi jenis foton
berdaya tembus tinggi, baik berupa sinar gamma maupun sinar-X untuk melakukan
pemeriksaan bahan tanpa merosakkan bahan yang diperiksa (non destructive testing ).
Prinsip dasarnya adalah bahwa radiasi akan tembus kepada benda yang diperiksa,
namun kerana adanya cacat dalam bahan, maka banyaknya radiasi yang diserap oleh
bahagian-bahagian pada bahan tidak sama. Apabila radiasi yang diteruskan dan keluar
dari bahan ditangkap oleh film fotografi yang dipasang di belakang bahan tersebut,
maka perbezaan intensiti radiasi akan menimbulkan kehitaman yang berbeza pada
film. Dengan teknik ini dapat diketahui mutu sambungan las, kualiti logam cord an
juga keadaan dalam diri suatu system. Radioisotop yang sering digunakan untuk
tujuan ini adalah Co-60.

2.4

RADIOISOTOP DALAM BIDANG PENYELIDIKAN


Di Malaysia, lapangan mengenai radioisotope membuka lembaran baru dalam

inovasi sains. Radioisotop telah membuka lembaran kepada rakyat Malaysia untuk
bergelar saintis seterusnya membuat penyelidikan mengenai radioisotop untuk
kemudahan hidup manusia sejagat. Sejarah tenaga nuklear di Malaysia bermula
dengan penubuhan sebuah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 19 September 1972. Penubuhan
pusat ini diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail
Dato' Abdul Rahman, yang memikirkan Malaysia perlu memainkan peranan penting
dalam pembangunan sains dan teknologi untuk kegunaan secara aman. Pada 10 Ogos
1972, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) telah bersetuju agar
pusat nuklear negara yang dibangunkan ini dinamakan Pusat Penyelidikan Atom Tun
Ismail (PUSPATI) bersempena dengan nama Allahyarham Tun Dr. Ismail.

Era P&P nuklear di Malaysia mula berkembang apabila Reaktor TRIGA


PUSPATI (RTP) model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah
mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah singkatan kepada
Training, Research, Isotope Production dan General Atomic. Pembinaan RTP yang
dimulakan dalam bulan November 1981 ini bertujuan untuk membangunkan bidang
latihan, penyelidikan dan pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear
Malaysia. RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan
eksprimen dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan dalam
pelbagai bidang sains nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan
untuk penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis
pengaktifan neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran radiosotop
untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi neutron dan
penyerakan neutron sudut kecil (SANS).

4.0

IMPAK RADIOISOTOP TERHADAP KUAITI KEHIDUPAN

Hakikatnya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa teknologi radioisotop telah
membawa banyak kebaikan kepada manusia. Namun begitu, perlu diingat bahawa sebenarnya
teknologi radioisotop juga adalah antara pemangkin kepada bencana yang berlaku di muka
bumi ini. Impak positif radioisotope adalah seperti berikut:

(i)

Meningkatkan kecekapan bidang perubatan


Suatu masa dahulu, ketika radioisotope belum ditemui manusia, proses

rawatan perubatan dan pencegahan penyakit adalah terhad di mana ketiadaan


radioisotope menyukarkan pengamal perubatan untuk mengenalpasti penyakitpenyakit berbahaya yang tidak dapat dilihat mata kasar. Terdapat pelbagai jenis
radioisotop yang digunakan dalam bidang perubatan seperti CAT scan, laser, sinar -x
yang digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman. Selain itu, Kobalt
60 pula digunakan untuk rawatan kanser yang mana membunuh sel-sel kanser dalam
badan manusia. Tanpa teknologi radioisotope ini, bidang perubatan akan kekal
menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan nuklear meningkatkan
taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.

(ii)

Memajukan bidang pertanian.

Selain daripada bidang perubatan, teknologi radioisotop juga telah membawa banyak
kebaikan dalam bidang pertanian. Hal ini dibuktikan lagi dengan Penemuan GMF
(Geneticaly Modified Food) yang ditemui dengan kaedah nuklear. Ia mampu
menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca.
Selain itu, sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak. berguna dalam R&D
pertanian, contohnya ia dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.

(iii)

Membantu kelangsungan dan kemajuan industri

Saban hari, manusia semakin mengecap kemajuan. Ini dibuktikan dengan


wujudnya zaman perindustrian yang berkembang pesat. Untuk mengecap kemajuan
juga, pemain industry perlu lebih cekap dan efisyen dalam operasi seharian mereka.
Maka, sebab itulah ekmnologi radioisotop dapat

membantu dalam mengesan

kebocoran paip bawah tanah. mengesan kehausan enjin. pelancaran satelit dan
kemajuan telekomunikasi. Radioisotop ini secara tidak langsung memudahkan
kehidupan kita seharian dan memudahkan sesuatu teknologi dilaksanakan dengan
lancar.

(iv)

Tenaga alternatif
Kebanyakan tenaga dijana menggunakan bahan semulajadi yang boleh

dikategorikan sebagai tenaga tidak boleh dibaharui iaitu tenaga yang boleh habis.
Misalnya ialah petroleum, gas, arang batu dan sebagainya. Oleh itu, teknologi
radioisotop sebenarnya merupakan alternatif kepada petroleum dan arang batu yang
mana jauh lebih murah. Selain itu, dengan adanya radioisotop untuk menjana tenaga
elektrik, loji tidak lagi memerlukan kawasan yang luas. Tambahan lagi, enaga yang
dihasilkan lebih efisen dan amat berguna untuk industri berat.

(v)

Memodenkan pertahanan
Setiap negara pada abad ini mempunyai angkatan tentera di samping teknologi

canggih dalam bidang ketenteraan. Hal ini bagi membantu sesuatu negara dalam
mempertahankan negara daripada ancaman asing. Salah satu aplikasi teknologi
radioisotop ialah pada kapal selam yang mana kapal selam tenaga nuklear lebih lama
dapat menyelam dan lebih laju. Tidak dapat dinafikan juga, senjata nuklear telah
digunakan untuk pertahanan negara daripada ancaman asing oleh beberapa negara
maju.

Kesan buruk radioisotop atau tenaga nuklear juga dapat dilihat hasil daripada
penyalahgunaan mahupun sifat kereaktifan radioisotop itu sendiri sekiranya gagal
dikendalikan dengan baik. Antara keburukan yang dihadapi ialah:

(i)

Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia.

Terdapat risiko kemalangan/ bencana alam atau bencana nuklear yang mana bolah
menyebabkan kebocoran radioaktif. Kebocoran ini boleh menyebabkan manusia,
haiwan, dan tumbuh-tumbuhan

terdedah kepada radiasi. Radiasi ini pula boleh

mengancam dan menjejaskan kesihatan semua benda hidup. Manusia boleh mati
akibat penyakit kronik yang berpunca daripada radiasi. seperti kanser dan mutasi
genetik yang akan menyebabkan kecacatan termasuklah kepada bayi dalam
kandungan. Tanah-tanih yang tercemar dengan radiasi pula tidak subur dan tidak
berguna lagi.

(ii)

Perlumbaan senjata nuklear.

Dewasa ini, dunia diancam peperangan senjata kimia dan bom atom. Sejarah telah
membuktikan betapa senjata nuklear telah memusnahkan dunia dalam skala besar
yang dikenali sebagi WMD (Weapon of Mass Destruction). Pengeboman Hiroshima
merupakan salah satu bukti penggunaan radioisotope atau nuklear sebagai senjata
ketenteraan. Ini merupakan ancaman kepada tamadun dan kelangsungan hidup
manusia sejagat.

RUJUKAN
http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/perkembangan-tenaga-nuklear-malaysia
http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html

http://khirjohariamajid.blogspot.com/2012/04/nuklear-manfaat-dan-kesan-buruk.html

You might also like