You are on page 1of 4

Pendahuluan

Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau
penapisan tentang apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan
bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat dan sebagainya.Kebebasan bersuara merupakan satu
hak yang seseorang itu menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai
sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun
ekspresi.
Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinanmasyarakat,
organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan
dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.Seseorang itu
perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikapoptimis kerana
sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap(speaker). Pengucapan
awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan,ucapan ekstemporanas, ucapan
manuskrip dan ucapan hafalan. Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran
bahasa dengan penuhmakna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan
(anggota tubuh perucap).Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukanverbal
(Abdul Muati Ahmad,2000).
Etika atau moral dalam pengucapan awam perlu mempunyai asas atau dasar.Asas kepada etika
merangkumi agama,nilai-nilai sejagat dan garis panduan yang diterima pakai dalam sesuatu
profesion.

Kandungan
Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa
dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).ICCPR
mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan dan
kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat". Di Malaysia, perkara
10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa tiap-tiap warganegara berhak
kepada kebebasan bercakap dan bersuara.Malangnya, ramai di antara pendukung kebebasan
bersuara ini gagal memahami impak yang berlaku dalam meraikan kelonggaran yang
diberikan.Lihat sahaja akhir-akhir ini, apabila kebebasan bersuara telah disalahgunakan di
Malaysia, maka telah berlakulah keretakan perkauman apabila terdapat beberapa individu peraih
populariti yang khilaf.Mereka ini amat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti
masyarakat menyebabkan berlakunya keretakan perpaduan. Lembaran sejarah telah
membuktikan, kebebasan bersuara yang tidak rasional serta bersifat melulu juga menimbulkan
pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu peristiwa ketidakpuasan kaum
terhadap kaum lain di Malaysia.
Sebagai perucap mestilah mematuhi ciri etika seperti ;(Supyan,Azhar,2003)
1)Bercakap tentang perkara yang difikirkan penting dan dapat dimanfaatkan oleh hadirin
2)Mempromosi sesuatu yang positif dan baik
3)Bersikap jujur serta ikhlas dengan pengetahuan dan maklumat yang disampaikan
4)Mengelakkan plagiat
5)Tidak menyembunyikan fakta
6)Bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan atau disampaikan
Melalui ciri yang terdapat diatas perucap mestilah mengelakkan berucap tentang sesuatu perkara
tanpa sebarang fakta dan menjaga sensitiviti perkauman negara.Hal demikian kerana boleh
menyebabkan sejarah mungkin berulang seperti peristiwa 13 Mei yang menjadi igauan ngeri buat
rakyat Malaysia ketika itu.

Kesimpulan
Kebebasan bersuara merupakan satu hak yang penting buat rakyat untuk menyuarakan pendapat
namun begitu kita haruslah kebebasan yang diberi tanpa menyalahi undang-undang yang sedia
ada.Selain itu juga,kita harus menitikkan berat nilai sesuatu perucapan awam bagi mengelakkan
percanggahan pendapat atau permasalahan dalam masyarakat kita

Rujukan
1) Abdul Muati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2) Dr
Ahmad
Zaharuddin
Sani
(2013).
Retrieved
from
http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/08/07/perlu-dan-wajarkah-kebebasan-bersuaratanpa-sempadan/
3) Pengucapan Awam. Retrieved from http://www.slideshare.net/Zabedahalang/pengucapanawam-16128239
4) Supyan Hussin,Azhar Ibrahim, 2003. Kecemerlanga dalam Perucapan Awam. Kuala
Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

You might also like