You are on page 1of 7

PENGURUSAN

Tan Sri Lim Goh Tong bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang
kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri
sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian,
usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum
bergelar jutawan Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang
pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang yang bijak dalam
perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan
impian. Seperti memiliki banglo seperti istana, memandu kereta mewah, mempunyai kewangan
yang stabil, bercuti di serata pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada
topik asal, perniagaan dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan.
Boleh dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan. Disebabkan hal
itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina. Golongan ini
mampu hidup mewah hasil daripada peluang perniagaan yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi
jika kita katakan bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini.
Sejak awal penubuhan Tanah Melayu, golongan ini yang datang berhijrah dari China telah
memegang tampuk pentadbiran dalam urus niaga terutamanya perusahaan lombong.

Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya
sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat
untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia
itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu.
Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan
bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal
berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut
cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawankawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama
yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu

PENGURUSAN

tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi
orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya
dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World
Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia. Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai
hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Ini menunjukkan
beliau mempunyai ciri peranan maklumat.
Maklumat merupakan perkara yang amat penting untuk diuruskan dalam sesebuah organisasi.
Maklumat yang tidak jelas diterima oleh setiap subordinat dalam organisasi akan menjejaskan
prestasi organisasi tersebut. Oleh yang demikian peranan Tan Sri Lim Goh Tong adalah untuk
menguruskan setiap maklumat dalam organisasi amatlah mustahak. Beliau perlu berperanan
lebih proaktif untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada setiap subordinat dan
juga kepada pihak luar organisasi atau stakeholders. Secara umumnya

tugas penyampaian

maklumat yang perlu dilakukan oleh pengurus dalam setiap organisasi adalah seperti pemantauan
maklumat, penyebar maklumat dan jurucakap. Hal seperti ini dilakukan sendiri oleh Tan Sri Lim
Goh Tong.
Peranan Tan Sri Lim Goh Tong sebagai penyampaian maklumat kepada stakeholders Beliau amat
menitikberatkan kebajikan para pekerja. Kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka
boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan
membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita
dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Sebelum itu,
rasanya kita patut membaca biografi bertajuk Cerita Saya. Buku ini mengandungi kisah
disebalik kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar
bertaraf dunia.
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-lim-goh-tong.html

Datuk Jimmy Choo adalah seorang pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat
keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Jimmy Choo merupakan
pembuat keputusan di dalam butik atau syarikatnya. Beliau adalah usahawan iaitu beliau perlu

PENGURUSAN

memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang
ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai
penyelesai gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan
cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber iaitu
langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian pemasaran
atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain. Sebagai pembuat keputusan, beliau
turut mengambil peranan sebagai perunding. Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar
mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi
pendapat beliau kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut.
Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk mereka
membuat keputusan.
Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka
kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk
memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg
iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Dalam hubungan interpersonal atau perorangan iaitu
sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar. Sebagai ketua, Datuk
Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan
melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi
untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah
Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas
stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.
Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai peranan maklumat iaitu memantau dalam
syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan
memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun,
memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala
sebagai jurucakap pula, Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada
media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang keluarannya.

PENGURUSAN

Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu mengadakan media
konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sebagai contoh, Datuk Jimmy Choo mendapat
anugerah OBE iaitu Order of the British Empire daripada Permaisuri England, Queen
Elizabeth II. Dalam sebuah temu ramah, Datuk Jimmy menceritakan dia membaca perutusan
daripada Queen Elizabeth untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar.
Namun, hasil kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau
berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.
Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London
selama empat tahun. Beliau bersungguh-sungguh mengumpul maklumat daripada kenalan dan
rakan yang belajar bersamanya. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai
yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguhsungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk
membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan
sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya
dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau
mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan.
Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan
Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama
Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan
media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya
memakan mi segera.
Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di
Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut
tunas dan pereka fesyen.
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-kejayaan-datuk-jimmy-choo.html

PENGURUSAN
5

Mungkin ramai yang tidak mengenali Dato Wan Mohamad Sani Salleh. Jejaka berusia 34 tahun
berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Kolej Sunway ini merupakan antara
usahawan merangkap artis yang paling berjaya dalam bidang perniagaan. Dianugerahkan Darjah
Dato Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato
pada 2009, beliau kini adalah pengarah urusan SANI United Sdn Bhd (SUSB). Sebelum ini Dato
Sani Memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003
Dato Salleh menubuhkan SUSB dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama
kemudian yang menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan
hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya dengan 6 buah bas.
Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3
tingkat sendiri Wisma Dato Sani yang terletak di Klang Sentral. Ketika ada dua rakan kongsi
itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat
keputusan sendiri. Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum
membuat keputusan, saya fikir 10 kali, katanya.
Ini menunjukkan bahawa tokoh ini mempunyai peranan membuat keputusan sehingga
menjadikannya seorang tokoh usahawan yang berjaya. Dalam kepimpinan, kesilapan membuat
keputusan tetap berlaku sehingga menyebabkan keputusan itu kurang berkesan.Ini dapat
dielakkan oleh beliau sama sekali. Bercerita tentang khidmat yang disediakan, 25 buah bas 2
tingkat telah beroperasi yang di lengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta
yang dapat mengesan ketidakfungsian teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga diliputi CCTV
yang disambungkan dengan ibupejabat bagi melancarkan operasi. Ibu pajabat di Klang sentral
juga memiliki pusat latihannya sendiri. Bagaimanapun SUSB tak lari dari krisis apabila
kemalangan maut melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh LPKP.
Figura ini sebenarnya merupakan seorang yang sangat bercita-cita sendiri dan ketika beliau
mencapai satu tahap dimana beliau mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus berada di
bidang seni dan hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh yang
demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan perniagaan
perkhidmatan bas ekspres.

PENGURUSAN

Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar
di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang
tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra
dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah
diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya
ke tahap lebih baik.
SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini
dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut beliau, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan
itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan. Selain itu,
beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.
http://ite-biznetspaceutm.blogspot.com/p/10-usahawan-pengangkutan-yang-berjaya.html

Ketika pengasasnya, Dato Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan
perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang
sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu. Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa
tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan
perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang
menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang
menubuhkan Jetstar Airways.Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato Seri Tony
Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah semata-mata hanya
kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana daya penarik pramugari-pramugarinya yang
beruniform merah?Jawapannnya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat yang
digunakan oleh AirAsia. Strategi bisnes AirAsia bukan sahaja terbatas pada strategi pemasaran
dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan bisnes.
Para pekerja adalah aset syarikat.Sebagai seorang pengurus, perlulah berani, bersedia untuk
membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Pada masa
yang sama, Dato Seri Tony Fernandes bersedia menghadapi risiko dan ketidakpastian akibat

PENGURUSAN

daripada keputusan yang dilakukannya. Sungguhpun begitu, setiap keputusan yang beliau
lakukan perlu dibuat secara kalkulatif kerana setiap keputusan yang diambil akan melibatkan kos
kewangan dan juga kos sosial yang tinggi. Secara Umumnya, di antara peranan yang beliau
lakukan adalah berkaitan dengan membuat keputusan seperti berpeeranan sebagai

seorang

Penyelesai masalah dan sebagai seorang usahawan. Beliau sentiasa mencari peluang-peluang
baru yang wujud dalam persekitaran untuk memberi nilai tambah dalam sebuah organisasi.Selain
itu, beliau berperanan sebagai pengagih sumber dan seorang perunding

AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang
menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya.
Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh
AirAsia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya.Ini
menunjukkan bahawa pekerja merupakan asset terpenting dalam sesebuah organisasi.Bagi
melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang
sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit
Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat
kepada semua pekerja.
http://www.majalahniaga.com/strategi-bisnes-tony-fernandes-membangunkan-airasia.html

You might also like