You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT TAWARAN

1.

Tawaran program yang diberikan ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat
UiTM.

2.

Tawaran akan terbatal sekiranya UiTM mendapati anda memberi maklumat


tidak benar/manipulasi maklumat.

3.

Lulus pemeriksaan kesihatan dan X-Ray (perbelanjaan ditanggung oleh calon).


Bagi mod Pengajian Luar Kampus (PLK) TIDAK PERLU menjalani pemeriksaan ini.

4.

Program yang ditawarkan


pertukaran tidak dibenarkan.

5.

Kampus yang ditentukan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran


tidak dibenarkan.

6.

Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak


dengan mana-mana pihak.

7.

Melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dan tawaran terbatal
sekiranya gagal melapor diri.

8.

Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang
penangguhan pengajian adalah tidak dibenarkan dan perlu memohon semula
pada sesi berikutnya.

9.

Pelajar-pelajar bukan Islam diwajibkan mengambil kursus Tamadun Islam dan


Tamadun Asia.

adalah muktamad.

Sebarang

permohonan

10. Tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan diadakan
selama tempoh pengajian dan tawaran terbatal dengan sendirinya sekiranya
anda didapati mempunyai kesan penggunaan dadah.

11. Tawaran ke program Diploma/ Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar-pelajar


tahun akhir Sijil/Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dari IPT adalah terbatal
sekiranya tidak menamatkan pengajian pada tarikh pendaftaran serta tidak
memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh UiTM.
12. Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya
didapati calon tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Calon dinasihatkan
meneliti kelayakan masuk sebelum datang mendaftar.
13. Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini
TIDAK akan ditanggung oleh UiTM.
14. Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syaratsyarat yang ditetapkan oleh UiTM.
15. Tawaran ini terbatal sekiranya calon adalah BUKAN BUMIPUTERA.
16. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam
proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
17. Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua
maklumat yang dibekalkan oleh UiTM.
18. Maklumat terperinci boleh didapati di dalam Panduan Pendaftaran Pelajar
Baru.

You might also like