You are on page 1of 5

Garis Plimsoll

1. Sebuah kapal laut yang diperbuat daripada logam boleh terapung di atas
permukaan laut kerana tujah ke atas kapal adalah sama dengan berat kapal
itu.
2. Garis Plimsoll ditanda pada sisi kapal untuk menunjukkan kedalaman yang
selamat untuk berlayar.
3. Ia juga digunakan sebagai garis panduan tentang betapa banyak beban
boleh ditanggung oleh kapal dalam air yang mempunyai ketumpatan yang
berbeza.

Kapal Udara

1. Kapal udara diisi dengan gas helium yang mempunyai ketumpatan yang
lebih rendah daripada udara.
2. Oleh itu, berat kapal dapat diimbangi oleh daya tujahan yang dihasilkan,
membolehkan kapal udara terapung di dalam udara.

Belon Udara Panas

1. Udara panas mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding


dengan udara sejuk.
2. Rajah di atas menunjukkan belon udara panas yang boleh terapung di
udara kerana tujah ke atasnya yang lebih tinggi daripada beratnya..
3. Daya tujah ke atas yang bertindak pada belon melebihi berat belon dan
belon boleh bergerak ke atas.
4. Ketinggian belon dapat dikawal dengan mengubah suhu udara di dalam
belon.

Hydrometers

1. Hidrometer ialah alat untuk mengukur ketumpatan relatif suatu cecair.


2. Rajah di sebelah kanan menunjukkan suatu hidrometer yang terdiri
daripada suatu bebuli dan satu tiub kaca sempit,
3. Di dalam bebuli terdapat butir-butir plumbum yang boleh mengekalkan
hidrometer dalam keadaan tegak semasa terapung pegun dalam suatu
cecair.
4. Kedalaman tiub tenggelam dalam cecair bergantung kepada ketumpatan
cecair.
5. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk mengukur ketumpatan relatic cecair.

Kapal Selam

1. Rajah di atas menunjukkan sebuah kapal selam. Apabila tangki balastnya


diisi dengan udara, daya tujah ke atas kapal selam adalah melebihi
beratnya, maka kapal selam, boleh bergerak di atas permukaan lautan.
2. Apabila tangki balast diisi dengan air, kapal selam boleh menyelam dan
bergerak pada kedalaman yang dikehendaki.