KETUA SETIAUSAHA
SECRETARY GENERAL
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ministry of Education Malaysia
Aras 8, Blok E8
Kompleks & Tel: 03-8884 6072
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8888 5124
62604 PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my
Ruj. Kami: KP(BKEW)(DK)1587/6/A-4 Jid. 3 (&)
Tarikh 2) Disember 2014
Semua Setiausaha/Pengarah Bahagian
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengarah Kolej Vokasional
Semua Pengetua/Guru Besar
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 4 TAHUN 2014.
BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) PASUKAN BADAN
BERUNIFORM (PBB) KEPADA MURID DI SEKOLAH
TUJUAN
Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk menjelaskan
peraturan serta tatacara pelaksanaan Bantuan Pakaian Seragam (BPS)
Pasukan Badan Beruniform (PBB) kepada murid di sekolah
LATAR BELAKANG
2. Pemberian BPS kepada murid mula dilaksanakan pada tahun
2008 berdasarkan ucapan pembentangan Bajet 2008 oleh YAB Perdana
Menteri pada 7 September 20073. Penerima BPS adalah murid yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar
dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) dan telah
dikategorikan sebagai Miskin/Miskin Tegar.
4. Bagi tujuan tersebut, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling
Kewangan (SPK) Bil. 11 Tahun 2010 mengenai Pemberian Bantuan
Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform Di Sekolah bertarikh 24
Disember 2010
TAFSIRAN
5. Tafsiran bagi maksud SPK ini adalah seperti berikut :-
5.1 ‘Pasukan Badan Beruniform’ adalah terdiri daripada*;
i. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia — Darat (PKBMD);
i, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia — Laut (PKBML);
iii, | Pasukan Kadet Bersatu Malaysia —- Udara (PKBMU);
iv. Kor Kadet Polis;
v. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat;
vi. Pasukan Kadet Pertahanan Awam;
vii, Pasukan Kadet Koreksional;
viii. Persekutuan Pengakap Malaysia:
ix. Pergerakan Pandu Puteri Malaysia;
x. Bulan Sabit Merah Malaysia;
xi. St. John Ambulans Malaysia:
xii. Pergerakan Puteri Islam Malaysia;
xiii, Boys Brigade Malaysia;
iv. Girls Brigade Malaysia;
Pasukan Kadet Remaja Sekolah;
Pasukan Pancaragam Brass; dan
|. Pasukan Seni Bela Diri.
*Perubahan kepada senarai PBB tertakluk kepada bidang
kuasa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM
5.2 ‘Murid’ bermaksud murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 (Tahun 1 bagi Kolej Vokasional) termasuk murid
berkeperluan khas yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan;5.3 “eKasih” bermaksud Bank Data Kemiskinan Nasional yang
mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari
profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi
Rumah (KIR) dan Ahli isi Rumah (AIR) daripada agensi
pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan
dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang
diterima. Sistem ini dikendalikan oleh Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
5.4 ‘Lebihan Peruntukan’ bermaksud jumlah peruntukan
bantuan bagi murid yang layak tetapi didapati telah berhenti,
bertukar sekolah atau tidak wujud di sekolah berkenaan.
5.5. ‘Baki Peruntukan’ bermaksud jumlah peruntukan yang tidak
habis dibelanjakan berikutan penjimatan dalam perolehan
pakaian seragam pasukan badan beruniform pada akhir
tahun.
MAKSUD BELANJA
6.
Maksud Belanja BPS Pasukan Badan Beruniform adalah seperti
berikut :-
pembelian pakaian seragam Pasukan Badan Beruniform yang
dianggotai oleh murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4;
dan
upah jahit pakaian seragam sekiranya badan induk pasukan
beruniform menyediakan bekalan kain.
KADAR BANTUAN
7.
8.
Kadar BPS adalah sebanyak RM100 bagi seorang murid.
Pihak sekolah adalah dilarang memberi bantuan secara tunai
kepada murid.KRITERIA KELAYAKAN
9. Kriteria kelayakan murid dalam pemberian BPS adalah tertakluk
kepada syarat-syarat seperti berikut :~
i) Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Tahun 1 bagi Kolej Vokasional)
termasuk murid berkeperluan khas yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan;
ii) Murid (Ahli Isi Rumah) yang Ketua Isi Rumahnya (KIR) telah
berdaftar dengan sistem eKASIH dan dikategorikan sebagai
Miskin/Miskin Tegar; dan
iii) | Murid yang tidak dibekalkan pakaian seragam lengkap oleh
badan induk Pasukan Pakaian Beruniform yang dianggotai
TATACARA PERMOHONAN
10. Murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKasih dan disahkan
berada dalam kategori Miskin/Miskin Tegar akan diberikan BPS secara
automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan:
PENYALURAN PERUNTUKAN
11. Bahagian Kewangan akan menurunkan waran peruntukan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada awal bulan Januari setiap tahun.
12. JPN perlu mengagihkan waran peruntukan BPS ke Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh
penerimaan waran
13. Pengagihan peruntukan ke sekolah perlu dibuat setelah
penyelarasan maklumat keperluan dibuat dengan pihak sekolah. Satu
salinan surat agihan peruntukan hendaklah dihantar kepada
PPD/sekolah berkenaan untuk tujuan rekod dan pemantauan
14. Sekolah yang menerima peruntukan BPS _hendaklah
mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan
Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan
(KWK) dan menyelenggara Akaun Subsidiari BPS.
415. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK), PPD hendaklah mengakaunkan jumlah yang diterima
di bawah lajur BPS dalam Buku Tunai Akaun Khas PPD. PPD
hendaklah membuat agihan dalam bentuk baucer atau cek kepada
sekolah selewat-lewatnya 14 hari dari tempoh peruntukan diterima. Ini
kerana agihan perlu disegerakan bagi memastikan perolehan segera
dibuat dan diberikan kepada murid yang layak bagi memastikan
matlamat/objektif bantuan tersebut tercapai.
TATACARA PEROLEHAN
16. Pihak JPN/PPD/sekolah dibenarkan mengurus perolehan BPS dan
bertanggungjawab dalam memastikan perolehan BPS diagihkan kepada
murid tertakluk kepada peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
PELARASAN PERUNTUKAN
17. Pihak JPN WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan tahun
semasa berdasarkan bilangan murid yang layak untuk mengenalpasti
peruntukan sebenar yang sepatutnya diterima oleh PPD/sekolah bagi
tahun tersebut.
18. Maklumat pelarasan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian
Kewangan dengan mengisi Borang Tuntutan Pelarasan BPS seperti di
Lampiran A. Jika terdapat lebihan peruntukan, pihak PPD/sekolah
hendaklah memulangkan peruntukan tersebut kepada JPN.
19. JPN hendaklah mengembalikan lebihan peruntukan tersebut
kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “KETUA
AKAUNTAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA”. Maklumat
pelarasan dan cek pemulangan lebihan peruntukan perlu dihantar
kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun
semasa.
20. Sekiranya terdapat baki peruntukan, pihak PPD/sekolah tidak perlu
memulangkan baki tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM. Baki
peruntukan tersebut hendaklah dibawa ke tahun berikutnya untuk
digunakan bagi maksud belanja yang sama.PEMANTAUAN
21. Pihak JPN/PPDisekolah hendaklah membuat pemantauan secara
berkala bagi memastikan pelaksanaan BPS mengikut tatacara dan
peraturan yang telah ditetapkan.
LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN
22. Pihak PPD/sekolah hendaklah menyediakan laporan_ prestasi
perbelanjaan BPS secara berkala kepada JPN. JPN hendaklah
menyelaras dan mengemukakan laporan tersebut ke Bahagian
Kewangan, KPM sebanyak 4 kali setahun pada bulan April, Julai,
Oktober dan Januari tahun berikutnya. Format Laporan Prestasi
Perbelanjaan seperti di Lampiran B.
TARIKH KUAT KUASA
23. SPK Bil. 4 tahun 2014 ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.
PEMBATALAN
24, Dengan berkuatkuasanya SPK ini, maka SPK Bilangan 11 Tahun
2010 - Pemberian Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan
Beruniform di Sekolah adalah dibatalkan.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SI ~ MADINAH BINT! MOHAMAD.
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan MalaysiaS.k:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran), KPM
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, KPM
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Operasi Pendidikan, KPM
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan,KPMLampiran A
BORANG TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) PASUKAN BADAN BERUNIFORM
(PBB)
BAGI TAHUN
BAHAGIAN |: MAKLUMAT JPN.
Nama JPN :
No. Telefon : No. Fax :
Tarikh Asas Tuntutan :
BAHAGIAN II: TUNTUTAN BPS
BAHAGIAN Il : PERAKUAN BAGI PENGESAHAN TUNTUTAN
Disodiakan oleh: ‘Saya dengan ini mengesahkan bahawa tuntutan ini adalah senarai
nama yang layak berdasarkan data eKasih seperti pada tanith
tuntutan yang dinyatakan,
(Tandatangan) (Tandatangan Pengarah/Timbalan Pengarah)
‘Nema: Nema
Cop Rasmi Cop Rasmi
Jawatan: Tarikh:Lampiran B
LAPORAN PRESTAS! PERBELANJAAN/ BELANJA MENGURUS BANTUAN PAKAIAN SERAGAM
(BPS) PASUKAN BADAN BERUNIFORM.
BULAN . TAHUN ..
JPN:
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
(Ketua Sektor/Akauntan) ‘endidikan Negeri)
Pentadbiran dan Pembangunan
JPN
(Pr Kew)