You are on page 1of 12

UMBANG DAN TUPANG

1. FUNGSI
Fungsi umbang (stay) dan tupang (strut) ialah bagi memastikan tiang sentiasa berada
dalam kedudukan tegak iaitu dengan menentang kekuatan tenaga yang terbit daripada
daya tegang atas pengalir-pengalir dan kekuatan tenaga yang disebabkan oleh tekanan
angin atau ribut keatas talian.
2. BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK UMBANG DAN TUPANG
2.1 Dawai Umbang
a. Bahan dawai keluli galvanized
b. Grade 700 N/mm persegi (kualiti 45 ton) atau Grade 1150 N/mm persegi (kualiti
70 ton)

1 N/mm persegi = 145 lb/in persegi

c. Ukuran-ukuran yang boleh didapati dan data teknikal adalah seperti berikut:
Bilangan lembar
dawai/Garispusat
dawai
7/2.0 mm
7/2.65 mm
7/3.25 mm

Beban Putus
(KiloNewton KN)

Beban Kerja
(KN)

Berat
Kg/m

15.4
27.0
40.65

6.16
10.8
16.26

0.17
0.30
0.46

d. Gunakan dawai umbang bersaiz 7/2.65 mm dan 7/3.25 mm grade 700 untuk
sesalur utama dan dawai umbang bersaiz 7/2.0 mm untuk sesalur bekal (service).
Dawai umbang grade 1150 N/mm persegi digunakan untuk talian aerial voltan
tinggi.

2
2.2 KOMPONEN UMBANG
Komponen-komponen umbang yang lain ialah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Pengapit / Sepit umbang (stay bracket)


Didal (thimble)
Penebat umbang (stay insulator)
Bebusar umbang (stay bow)
Rod umbang dan Didal (stay rod and thimble)
Pengancing putaran (turn buckle)
Blok umbang kayu (stay wood block)

3. UMBANG MENGGUNAKAN ROD DAN PLET UMBANG


Lihat rajah
4. UMBANG MENGGUNAKAN ROD DAN BLOK KAYU UMBANG
5. JENIS UMBANG DAN TUPANG
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Umbang tunggal (single stay)


Umbang berganda (double stays)
Umbang terbang (flying stay)
Umbang penolak luar (outrigger stay)
Tiang tupang / tiang sokong (strut)
Umbang sementara (temporary stay)
Umbang angin (wind stay)

6. SAIZ
Saiz pengapit / sepit umbang yang digunakan adalah mengikut bentuk dan saiz-saiz
tiang elektrik. Tiang kayu berbentuk empatsegi manakala tiang spun konkrit
berbentuk bulat, oleh itu bentuk pengapit umbang juga berlainan.

7. DIDAL
Didal digunakan untuk:
a. Senang membentuk dawai umbang semasa membuat sambat didal (thimble
binding)
b. Sebagai perlindungan bagi mengelakkan daripada dawai umbang patah apabila
ditegangkan
Saiz dawai
7/2.0
7/2.65
7/3.25
7/4.0

A
mm
64

B
mm
19

C
mm
13

D
mm
5

E
mm
5

89

32

19

8. PENEBAT UMBANG
a. Penebat umbang adalah komponen yang menghadkan tegangan dawai umbang.
Tegangan kerja yang selamat bagi penebat umbang ialah 8.9KN (KiloNewton).
Tegangan pecah penebat umbang ialah 22.25 KN.
b. Penebat umbang digunakan juga untuk memisahkan diantara dawai umbang
dibahagian atas dengan dawai umbang dibahagian bawah. Ia bertujuan untuk
mengelakkan daripada pengaliran arus yang mungkin terdapat dibahagian atas
dawai umbang daripada mengalir sehingga kebahagian bawah umbang.

9. BEBUSAR UMBANG DAN DIDAL


a. Digunakan sebagai penyelarasan tegangan dawai umbang, saiz yang perlu
digunakan hendaklah mengikut saiz rod umbang

10. ROD UMBANG


Rod umbang digunakan untuk mendapatkan permukaan bumi yang lebih luas sebagai
penahanan tegangan.
Saiz-saiz yang terdapat ialah:
a. 2.0 meter dengan garispusat rod 16mm
b. 2.5 meter dengan garispusat rod 19mm
Rod umbang 2 meter digunakan dimana keadaan tanah adalah kuat dan baik
Rod umbang 2.5 meter pula digunakan dikawasan tanah lembut seperti tanah gambut
atau paya, dan digunakan juga di umbang penolak luar.

11. PELIT UMBANG


Digunakan sebagai penahan daripada rod umbang tercabut keluar dan untuk
mendapatkan rintangan bumi.

12. BONGKAH KAYU UMBANG


Digunakan sebagai pengganti pelit umbang. Bingkah kayu mestilah daripada jenis
kayu keras tahan reput dan tanalised berukuran 100mm x 200mm x 1.2 meter
panjang.

13. PENYELARAS BERPUSING (TURN BUCKLE)


Digunakan pada umbang terbang sahaja untuk menyelaraskan tegangan dawai
umbang terbang.

14. BINGKAI PENOLAK LUAR


Digunakan hanya pada umbang penolak luar sahaja

BELITAN UMBANG
1. DIDAL
Cara-cara belitan umbang diatas didal (thimble) digambarkan dalam fig. 1
2. PENEBAT
Cara-cara belitan umbang diatas penebat umbang digambarkan dalam fig. 2
3. PEMBUMIAN BAHAGIAN ATAS TIANG
Pada tiang kayu dan konkrit bahagian atas umbang mesti dibumikan

10

PEMASANGAN UMBANG
1.

PEMILIHAN UMBANG
Bilangan umbang dan saiz umbang yang perlu digunakan untuk tiang sudut dan
tiang punca boleh didapati daripada jadual pemilihan umbang.

2.

MEMILIH KEDUDUKAN UNTUK ROD DARI PLET UMBANG


Apabila memilih kedudukan untuk umbang seboleh-bolehnya, sekiranya ruang
mencukupi, jangkauan (spread) umbang hendaklah seberapa luas yang boleh. Pada
kebiasaannya jangkauan umbang tidak melebihi 7.2 meter. Tanah yang dipilih
hendaklah kukuh.

3.

JANGKAUAN UMBANG UNTUK UMBANG BERGANDA


Apabila umbang berganda ditentukan, jarak diantara dua umbang tersebut ialah 2
meter. Jangkauan umbang didefinasikan sebagai purata jarak bagi dua umbang
daripada tiang.

11

4. PENGGALIAN LUBANG UMBANG


4.1 Ukuran Lubang Umbang
Lubang yang digali untuk umbang merupakan lubang empat persegi berukuran 0.6m
lebar x 1 meter panjang x 150mm lebar lurah untuk rod umbang.
4.2 Tinggi Lubang dan Panjang Lurah
Bagi jangkauan umbang yang diberikan tinggi lubang dan panjang lurah boleh
didapati daripada carta umbang.
Tinggi lubang dan panjang lurah telah dikira sedemikian rupa supaya apabila rod dan
plet umbang dipasang, plet umbang akan terletak pada tinggi yang betul dan rod
umbang tidak akan bengkok.
5. PEMASANGAN ROD DAN PLET UMBANG
Setelah lubang digali, rod dan plet umbang diturunkan ke dalam tanah dan plet
umbang ditukulkan ke dalam tanah dengan menggunakan pemukul tanah.
6. MENIMBUS SEMULA
Setelah plet umbang dipasang, lubang ditimbus semula dan permukaan tanah
diratakan dengan sempurna.
7. BELITAN UMBANG
Setelah penimbusan, bebusar umbang (stay bow) dipasang. Dawai umbang kemudian
dibelit diatas didal yang melekat kepada bow umbang.
Ketegangan umbang boleh diselaraskan dengan memusing nat diatas rod umbang.

12
PENANGKAP KILAT
1. AM
Penangkap kilat ialah alat kawalan untuk menghadkan voltan pusuan (surge voltage)
atas perkakas dengan mengalirkan arus pusuan ke bumi.
2. KOMPONEN
Ia mempunyai dua elemen yang berlainan yang bersiri diantara satu sama lain.
a. Satu atau lebih spark gap direka bagi membolehkan sparking berlaku hanya pada
voltan yang melebihi voltan maksima talian ke bumi bagi sistem itu.
b. Satu blok valve diperbuat daripada silicon carbide. Rintangan blok valve ini
menurun apabila voltan menaik. Dengan cara ini ia bersedia mengalirkan voltan
pusuan yang tinggi tetapi memberikan rintangan yang tinggi pada voltan normal.
3. JENIS YANG DIGUNAKAN
Dua jenis penangkap kilat yang biasa digunakan iaitu:
a.
b.

EMP LTX 30B


ASEA XHL

Plastic bantu bagi jenis ASEA XHL putus secara otomatik apabila terjadi litar pintas
kekal dalam alat penangkap kilat tersebut.
4. CARA PEMASANGAN
Lihat rajah
5. TEMPAT DIPASANG
Penangkap kilat dikehendaki dipasang dekat permulaan talian dan dibahagian akhir
talian. Untuk talian yang panjang dalam kawasan dimana kilat sering berlaku, ianya
dipasang pada tiang tampang (section pole) dan tiang tee off.

You might also like