You are on page 1of 45

1.

PENGUNGSIAN

BANGUNAN

BAGI

LATIHAN

KEBAKARAN

FIREDRILL

1.1

PENGENALAN

Keselamatan

merupakan

aspek

penting

yang

perlu

dititikberatkan

dalamsemua aktiviti seharian tidak kira di mana seseorang itu berada


sama ada didarat, laut atau udara.Kesedaran tentang keselamatan diri
amat penting bagimengelakkan kecederaan atau kemalangan ketika
bekerja.Kita hendaklahsentiasa mengamalkan sikap beringat sebelum
kena.

Ini

bermaknakeselamatan

perlu

diutamakan.Sikap

sentiasa

berwaspada dan hati-hati perluada dalam diri setiap indivdu supaya


kemalangan dapat dielakkan

Menyedari betapa pentingnya isu berkaitan keselamatan ini, Pada 18


November 2015 yang lalu telah diadakan latihan kecemasan dan
kebakaran di studio pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV) di UTHM. Taklimat keselamatan tersebut disampaikan oleh En. Fadly
bin Abu Bakar dari Akademik Bomba dan Penyelamat Batu Pahat. Taklimat
ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai
tindakan yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan di
dalam fakulti. Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah
untuk memberikan pengetahuan kepada warga perpustakaan tentang
bahaya kebakaran dan tatacara dan tindakan yang tepat harus diambil
sekiranya terjadinya kebakaran.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 1

Di dalam latihan tersebut pelajar diajar mengenai cara melakukan


pengungsian

bangunan.

Dalam

bahasa

yang

mudah,

pengungsian

bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah bangunan keluar


daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan
laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen
terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 2

latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di


tempat yangditetapkan ialah tujuh minit sahaja.

1.2 TATACARA PENGUNGSIAN BANGUNAN

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 3

1.2.1 Tujuan latihan pengungsian bangunan.

Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.


Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas

Routine untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius.


Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan

yang telah dirancang.


Semasa berlakunya kebakaran, pergungsian bangunan akan berjalan

dengan cepat dan teratur.


Dapat memastikan jalan

diguna seperti mana yang dirancang.


Supaya tindakan pengungsian bangunan dapat dilaksanakan dengan

cepat dan teratur.


Supaya petugas yang dilantik dapat menjalankan tugas

sempurna dan mengikut prosedur.


Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alat-

keluar keselamatan

(means of escape)

dengan

alat kebombaan pada sesebuah bangunan.

1.2.2 Arahan / Latihan.

Jenis/keadaan

bangunan

bangunan. Arahan

akan

menentukan

tatacara

pengungsian

hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah

difahami.

Latihan hendaklah kerap diadakan

Tempat diubah-ubah

Mengetahui jalan keluar

Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan


atau kemalangan

yang tidak diingini.

Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang


yang mempunyai

kawasan luas.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 4

1.2.3 Butiran Tugas Routine Pengungsian Bangunan.

Tindakan/isyarat amaran.

Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

Tenaga elektrik.
Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang
tidak perlu.
Memanggil pihak bomba.
Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan
berhampiran

yang

diketahui

umum,bilangan

pemanggil, no. telefon pemanggil

mangsa,nama

dan no. kad pengenalan

pemanggil) agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.

Pengungsian bangunan.

Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik


orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di
tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.

Pengumpulan.
Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di
papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian
bangunan.

Berbaris (Roll Call)

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 5

Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai


Bomba

1.2.4 Kekerapan Latihan.


Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran,
kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar
penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang
bertanggungjawab.
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 6

1.2.5 Langkah Kecemasan Menghadapi Kebakaran


Sekiranya berlaku kebakaran, jangan panik sebaliknya amalkan langkahlangkah
pencegahan kebakaran dari terus merebak. Antara langkah yang perlu
diamalkan ialah :

Biasakan diri dengan bunyi loceng kecemasan bangunan


Kenal pasti kedudukan loceng kecemasan di bangunan serta cara

untuk menggunakannya
Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri
termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri dengan semua jalan

keluar
Pastikan setiap orang keluar dari kawasan
Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi
pasukan penyelamat seperti Jabatan Pertahanan Awam atau BOMBA

dan Penyelamat
Sekiranya terdapat alat pemadam api gunakannya untuk kebakaran

kecil.
Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran

sebaik baiknya menghadap jalan raya


Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai
seelok eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari
masuk.

1.2.6 Cara Merancang Plan Menyelamatkan Diri :

Lukiskan pelan lantai bangunan yang disertai dengan kedudukan

semua tingkap, pintu, tangga, koridor dan sebagainya


Tunjukkan jalan keluar utama dan laluan alternatif dari setiap bilik.
Pamerkan pelan kecemasan dan nombor talian kecemasan bomba
994 atau balai terdekat berhampiran telefon anda supaya mudah
dilihat dan difahami.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 7

Sentiasa kemaskini pelan kecemasan mengikut perubahan yang

berlaku.
Tetapkan tempat berkumpul yang selamat di luar bangunan.

1.2.7 Perkara Yang Perlu Diketahui Dalam Pengungsian Bangunan


Persekitaran
Persekitaran tempat berada pada masa tersebut - contoh : tingkat ke
berada, bahan-bahan yang ada dalam bangunan, jumlah staff yang

ada, laluan-laluan keluar.


Laluan / jalan keluar.
Sesuatu jalan yang melaluinya orang-orang dalam mana-mana
tingkat sesuatu bangunan boleh sampai ke tempat selamat di luar /
dalam bangunan.

Sentiasa sedia

Biasakan diri dengan bunyi loceng kecemasan di bangunan anda.


Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan serta cara untuk
menggunakannya.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 8

Ketahui sekurang-kurangnya 2 jalan keluar untuk menyelamatkan


diri termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri dengan semua

jalan keluar.
Ketahui jalan keluar terdekat menuju ke laluan selamat supaya
mudah mencari walaupun di dalam gelap / asap.

1.2.8 Tindakan Perlu Dilakukan Semasa Kebakaran

Jangan panik
Bertindak segera, aktifkan loceng kecemasan dan Jerit Api, Api, Api
Cuba menyelamatkan mangsa yang cedera dan elakkan diri

daripada terdedah kepada asap atau wap


Utamakan keselamatan diri anda
Padam kebakaran jika keadaan mengizinkan dengan menggunakan

apa-apa bahan yang sesuai


Jangan cuba memadam kebakaran bersendirian
Jika anda tidak terlatih dalam menentang kebakaran, keluar segera

dan tutup pintu


Hubungi jbpm dengan segera serta beritahu penyelia / pegawai

keselamatan bangunan tentang kebakaran tersebut


Jika terperangkap dalam asap, jangan berlari, cuba merangkak di

paras 1 2 kaki aras lantai dan keluar.


Jangan cuba masuk ke bangunan semula setelah meninggalkannya
Pergi ke tempat berkumpul dan tunggu di situ hingga selanjutnya

1.2.9 Merangkak di Bawah Asap


BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU

Page 9

Dilakukan sekiranya tiada jalan keluar yang lain


semasa kebakaran udara panas dan asap memenuhi ruang atas dan

gas beracun turun ke lantai


udara bersih berada di zon selamat ( 1 2 kaki paras lantai )
Merangkak dan pastikan kepala berada di zon selamat. Perkara ini
diingatkan untuk dilakukan sekiranya mangsa mampu mencari jalan
keluar.

1.2.10

Tindakan Sekiranya Terperangkap

Sekiranya asap ataupun api menghalang laluan kecemasan. Tutup


semua pintu dan ruang yang terbuka bagi menghalang kemasukkan

asap
Jika berada di tingkat 2 atau lebih, jangan sekali-kali terjun ke bawah
melalui tingkap. Hubungi pihak bomba dengan segera maklum
kedudukan anda kepada petugas di bilik kawalan bomba, jangan
letak telefon sehingga mendapat kebenaran daripada petugas

berkenaan
Cuba dapatkan perhatian orang ramai atau bomba dengan mengibar

kain putih / terang atau menggunakan cahaya lampu picit


Jika tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawah,
asap akan keluar di bahagian atas dan udara akan masuk melalui
bahagian bawah.

Jalan keluar keselamatan

Merupakan sistem kebakaran pasif. Ini adalah kemudahan struktur


dalam

bangunan

yang

memudahkan

penghuni

melarikan

menyelamatkan diri daripada bahaya kebakaran dengan sendiri ke

tempat selamat tanpa bantuan.


Ianya terbahagi kepada 3 peringkat iaitu jalan keluar mendatar,
jalan keluar menegak dan jalan keluar terakhir.

Jalan keluar mendatar.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 10

Merupakan jalan keluar daripada sesuatu petak bangunan ke petak


bangunan bersebelahan pada aras yang sama. Contohnya , koridor.

Jalan keluar menegak


Struktur dalam bangunan yang digunakan untuk menyelamatkan diri
keluar daripada tingkat atas ke tingkat bawah terus ke tempat
selamat. ( cth : tangga bangunan )
Jalan keluar terakhir
Iaitu tempat keluar bagi jalan terus keluar daripada sesuatu
bangunan yang mengadakan akses terus ke jalan laluan atau tangga
terbuka dan boleh memindahkan orang dari kawasan berdekatan
sesuatu bangunan supaya mereka terselamat daripada kebakaran
atau asap.

Syarat syarat bagi jalan keluar keselamatan :


Bebas daripada sebarang halangan
Pintu yang digunakan hendaklah daripada pintu rintangan api ( tka

minima jam )
Tanda tempat keluar perlu dipasang di laluan kecemasan
Mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup
Semua pembukaan di dalam laluan / kurungan tangga tidak
dibenarkan kecuali pembukaan pintu rintangan api.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 11

1.3

Diadakan lampu kecemasan


Setiap tangga keselamatan hendaklah terus dibuka keluar bangunan

CARA MEMADAM KEBAKARAN

Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu.
Oleh sebab itu untuk memadamnya mangsa perlu untuk memisahkan
gabungan tersebut. Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh
membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan
terpadam kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Mangsa juga boleh
menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup
kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan
adalah kecil. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam
kebakaran iaitu:
Melaparkan

Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.

Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya


mudah dipadamkan.

Melemaskan.

Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara


menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat
membantu kebakaran.

Menyejukkan

Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan


haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran
sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka
nyalaan akan terpadam.

Memutuskan Rantai Tindak Balas


BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 12

Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat pemadam
api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 13

1.4

CARA API MEREBAK

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba,
pengaliran, bahangan dan terus menerus.

i.

Olakan haba

Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-gas yang panas akan
mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas
bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana
kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat
ini akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila
telah sampai ke suhu pembakaran.
ii.

Pengaliran.

Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan
bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 14

merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan
menyebabkan bahan-bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.

iii.

Bahangan.

Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar kawasan terbakar turut
meningkat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada
berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan.
iv.

Terus menerus

Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar
kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

1.5

KELAS-KELAS API

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan
kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat
pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
KELAS
API
A

CONTOH
JENIS PEPEJAL- kertas, kayu
habuk,
kain
JENIS CECAIR - minyak, gasolin,
alkohol

JENIS GAS
ammonia,

- acetylene,

butane
JENIS LOGAM - aluminium,

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 15

ALAT PEMADAM API


PERMULAAN
ABC(Serbuk Kering)
Air
Buih
ABC
Buih
CO2
Air Semburan
Halon
ABC
Air Semburan
Halon (BCF)
ABC

kalsium,
magnesium

Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan

1.6

ALAT PEMADAM API PERMULAAN

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua yang biasa
melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direka bentuk untuk mengatasi
atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat
permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas
api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan banyak digunakan
sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda.

Alat pemadam api permulaan


(Fire Extinguishers)
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 16

1.7

LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMASTIKAN BANGUNAN SELAMAT

Kenalpasti siapa yang bertanggungjawab menyelenggara sistem


keselamatan di bangunan anda seperti pintu api, loceng kecemasan,

lampu kecemasan tanda tempat keluar dan sebagainya


Pastikan alat keselamatan di dalam dan di luar tidak di halang
Laluan-laluan keluar tidak dikunci atau dihalang
Pastikan semua pintu rintangan api tidak terhalang dan sentiasa
tertutup bagi melambatkan kemerebakan api dan asap jika berlaku

kebakaran.
Sentiasa membuat pemeriksaan terhadap peralatan keselamatan

dan pastikan boleh berfungsi dengan baik


Menubuh pasukan unit pemadam kebakaran (tindakan peringkat

awal)
Hubungan kerjasama dengan jbpm dalam aspek khidmat nasihat,
latihan dan lain-lain.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 17

2.0

HAZARD

2.1

PENGENALAN
Dasar Keselamatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah

menjadi polisi KKM untuk memastikan semua pekerja dan orang-orang lain yang mungkin
terlibat dalam aktiviti-aktivitinya berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat. Pihak
pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini
melalui rundingan dan kerjasama berterusan. Menyediakan dan menyenggarakan suatu tempat
kerja yang sihat, selesa dan selamat dengan mengambilkira kehendak undang-undang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti termaktub dalam Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan dan tata amalan yang diluluskan. Ianya juga,
mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam perancangan dan penilaian
semua projek, operasi dan pembelian. Selain itu, untuk memastikan semua pekerja diberi
maklumat, arahan dan latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka
dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
Memastikan semua kontraktor yang menjalankan kerja, setiap masa sentiasa mematuhi
peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditetapkan dan melaporkan setiap
kejadian berbahaya dan kemalangan yang boleh dan telah menyebabkan kecederaan dan
penyakit-penyakit pekerjaan. Tambahan pula, untuk menyediakan kemudahan-kemudahan
kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan. Juga,
mengkaji dasar ini dari masa ke semasa. Kememterian Kesihatan yakin kecemerlangan dan
kejayaan program dan aktiviti-aktivitinya dapat dicapai sepenuhnya melalui amalan budaya
kerja selamat dan sihat di kalangan pekerjanya.
Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada
pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah
pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya
kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia
boleh diminimumkan dan diterima. Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 18

digunakan di dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan


tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya.

2.2

HAZARD, RISIKO DAN BAHAYA

2.2.1 Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain
mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada
yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. Occupational Safety
and Health Assessment Series 18002 (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999
mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan
kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda,
kerosakan sekitar tempat kerja atau gabunganya. Contoh-contoh hazard Bahan kimia, sinaran,
elektrik,biohazard, sistem kerja tidak selamat

2.2.2 Risiko
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat
sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungangabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak
kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 19

2.2.3 Bahaya
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih
bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya,
seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya
berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.
Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik
korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan
kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi
mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya.
Bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.

2.3

SISTEM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN

Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus
risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat
terlalu ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka
pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan
dan saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem
pengurusan risiko bermula dengan peringkat:
a) Mengenalpasti hazard.
b) Menilai risiko.
c) Mengawal risiko.
d) Mengukur pencapaian
Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja
atau di dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau
kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 20

atau sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko


berada di tahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas
yang diterima dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat system pengurusan
agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian.

2.4

JENIS-JENIS HAZARD

Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh
ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazardhazard ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan
mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di
sini kita akan menyentuh hanya yang berikut:
i.

hazard fizikal

ii.

hazard kimia

iii.

hazard biological

iv.

hazard ergonomic

2.4.1 Hazard Fizikal.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 21

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan.
Dikaitkan dengan tenaga, ini termasuklah hazard objek terjatuh, perlanggaran, tekanan dan
bunyi. Contoh-contoh seperti elektrik, peralatan/mesin, pengalihudaraan, pencahayaan,
sinaran, suhu, radiasi dan kebakaran. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:
a) Direka tidak selamat dan tidak sempurna.
b) Tidak diselenggara dengan baik.
c) Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih.
d) Digunakan bukan untuk kerja sebenar.
e) Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza.
f) Ditukar/dipinda secara haram.
g) Pekerja

tidak

bersedia

atau

tidak

menumpukan

perhatian

semasa

menggunakannya.

2.4.1.1

Hazard Radiasi

Kesan kepada kesihatan hazard fizikal bagi radiasai bergantung kepada dos sinaran.
Penyakit yang menyebabkan akibat radiasi antaranya adalah seperti kerosakan pada kulit dan
mata. Selain itu merisakan sum-sum tulang (bone marrow) serta kanser paru-paru dan kulit.
Iaya juga menyebabkan kecacatan kepada kandungan. Tiga prinsip perlindungan dari sinaran
ialah tempoh dedahan, jarak dedahan dan pedinding
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 22

Kesan daripada radiasi

2.4.1.2

Hazard Kerja Panas


Kerja panas adalah dibawah hazard fizikal. Contoh hazard berkaitan dengan kerja
panas :

Kerja Kimpalan/Pemotongan Besi

Gas dan wasap (fume) berbahaya boleh menyebabkan kecederaan atau penyakit
seperti oksida dari N2, Ozon.

Suhu tinggi boleh membakar kulit dan menyebabkan kebakaran dan letupan.

Kejutan elektrik boleh membawa maut

Sinaran panas/api boleh menyebabkan kebakaran dan arka pada mata bersambung.

Tangan yang berpeluh , cermin mata keselamatan yang kabur dan pening kepala boleh
menyebabkan kemalangan.

Terbakar disebabkan sentuhan yang tidak sengaja.

Keadaan yang kurang selesa menyebabkan mudah marah dan terganggu dan ia
menganggu daya fikir (mental alertness) yang akan menyebabkan kurang perhatian
terhadap kerja dan menyebabkab kemalangan.

Tegasan haba, keletihan, strk, kekejangan dan melecur.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 23

2.4.1.3

Kebakaran

Kebakaran akan berlaku jika terdapat keempat-empat unsur ini oksigen, bahan bakar, haba
dan tindakbalas berantai (chain reaction). Dalam usaha mencegah kebakaran, kesemua unsur
ini perlu dipisahkan. Oleh kerana oksigen berada di mana-mana, pencegahan kebakaran
adalah lebih kepada mengawal bahan bakar dan haba atau memisahkan kedua-duanya. Tiga
kategori bahan yang boleh mengakibatkan kebakaran adalah:
i.

Flammable Mudah terbakar

ii.

Combustible Terbakar bila terkena sumber haba

iii.

Explosive Mudah meletup.

Akta yang berkaitan adalah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan
Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

a)

Kesan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja Kepada Keselamatan dan


Kesihatan

Kebakaran

boleh

mengakibatkan

kecederaan,

kematian

dan

kemusnahan harta benda.


b)

Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja

Mematuhi segala arahan pencegahan kebakaran yang disediakan oleh

majikan.
Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api (Cth: mancis,

pemetik api) atau haba.


Bersihkan tumpahan bahan mudah terbakar dengan segera.
Pastikan bekas bahan-bahan mudah terbakar dilabel dengan jelas.
Simpan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan yang mempunyai

pengalihan udara yang baik.


Tidak merokok apabila berada di kawasan yang mempunyai bahanbahan mudah terbakar.

2.4.1.4

Hazard Bunyi Bising

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 24

Bunyi bising adalah hazard fizikal yang boleh mengakibatkan kemalangan akibat gangguan
pendengaran. Pendedahan kepada bunyi yang melebihi aras 85dB(A) untuk tempoh 8 jam
memerlukan tindakan kawalan pendengaran. Akta berkaitan adalah Peraturan Kilang dan
Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989.
a) Kesan Risiko Hazard Bunyi Bising Kepada Keselamatan dan Kesihatan

Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi di antara pekerja hingga mengakibatkan


kesilapan pemahaman dan seterusnya kesilapan mematuhi arahan yang diberikan.
Akibatnya kemalangan boleh terjadi. Bunyi bising juga boleh mengakibatkan
kehilangan pendengaran yang kekal jika dos bunyi bising melebihi had yang
dibenarkan. Rujuk Peraturan Kilang Dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising ) 1989.

b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Bunyi Bising

Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat yang melibatkan hazard
pendedahan bunyi bising di dalam Program Pemuliharaan Pendengaran (Hearing

Conservation Programme).
Memakai dan menyelenggara kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang
dibekalkan oleh majikan dengan betul.

Pelabelan dan Symbol Hazard Fizikal


2.4.2 Hazard Kimia
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 25

Bahan kimia bermaksud bahan-bahan yang bersifat racun, merengsa, memeka (sensitizer),
menghakis, karsinogenik, mudah terbakar atau mudah meletup. Apabila bahan kimia ini
tertumpah, terpercik, terhidu atau termakan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada
pekerja dan persekitarannya. Berikut adalah takrif bahan kimia dan bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan mengikut peraturan-peraturan:

Bahan Kimia Sebatian atau campuran daripadanya sama ada asli atau tiruan
tetapi tidak termasuk mikroorganisma.

Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Mana-mana bahan kimia yang:

Disenaraikan dalam Jadual I atau II. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada
Kesihatan) 2000. Mempunyai mana-mana sifat yang dikategorikan dalam Bahagian B Jadual I
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan
Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997. Terdapat dalam takrif racun makhluk perosak di
bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturanperaturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989.
a) Kesan-kesan Bahan Kimia Kepada Keselamatan dan Kesihatan

Kesan akut Kesan akut adalah kesan jangka pendek yang lazim berlaku pada dos
yang tinggi dan jangka masa pendek. (Cth: Menghakis kulit (corrosive),
menyebabkan kerengsaan (irritant) atau memeka kulit (sensitize) selepas atau
sebaik sahaja berlakunya pendedahan).

Kesan kronik Toksik kepada sistem pernafasan, hati, ginjal, reproduktif atau saraf
cth: kegagalan hati, kegagalan paru-paru.

Karsinogenik Boleh menyebabkan barah.

b) Kaedah Pengurusan Risiko Kimia:

Mengenal pasti bahan kimia berbahaya di tempat kerja dengan melakukan


pemeriksaan di tempat kerja.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 26

Mewujudkan daftar bahan kimia yang ada di tempat kerja secara


komprehensif.

Mendapatkan maklumat keselamatan dan kesihatan bahan kimia daripada:

c) Maklumat bahan kimia boleh didapati dari:

Daftar Bahan Kimia

Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS Chemical Safety Data Sheet):

CSDS adalah dokumen yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat


keselamatan dan kesihatan tentang satu-satu bahan kimia.

CSDS terkini bagi setiap bahan kimia wajib ada di tempat kerja.

CSDS ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan dalam bahasa-bahasa
lain yang diperlukan.

Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat dalam menjalankan


aktiviti penggunaan bahan kimia.

Mengikuti program pendidikan dan latihan.

d) Kandungan Program Latihan Bagi Keselamatan Kimia

Kuantiti, lokasi, kaedah penggunaan, penyimpanan dan pelupusan bahan


kimia.

Kaedah operasi yang melibatkan pendedahan bahan kimia.

Kaedah mengenal pasti dan mengukur bahan kimia yang terbebas ke


persekitaran.

Kesan bahan kimia kepada kesihatan.

Program pemantauan tujuan dan penerangan.

Pengawasan perubatan tujuan dan penerangan.

Tindakan susulan sekiranya pekerja mempunyai tanda dan gejala pendedahan


kepada bahan kimia.

Penggunaan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) fungsi,


penggunaan yang betul, had penggunaan PPE.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 27

Maklumat berkenaan bahaya kebakaran semasa mengendalikan bahan kimia


tertentu, kesan akut dan langkah kecemasan.

Maksud tanda amaran dan label pada bahan kimia.

Hak pekerja kemudahan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan


kimia yang dikendalikan, pengawasan perubatan.

Latihan kaedah kecemasan sekiranya terjadi kemalangan kimia serta rawatan


kecemasan.

Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan
terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan
boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti
asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang
merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.
Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh
menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh,
terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan
kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan
kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas
sesuatu bahan kimia.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 28

Pelabelan dan Symbol Hazard Kimia


2.4.3 Hazard Biologikal
Hazard biologikal berpunca daripada organisma termasuk mikroorganisma (Cth: Hepatitis B
dan C, HIV), haiwan (Cth: ular, tikus, nyamuk) dan tumbuhan (Cth: pokok rengas) yang boleh
menyebabkan kemudaratan
kesihatan manusia.
Pekerja yang mengendalikan hazard biologi seperti spesimen darah atau bendalir
tubuh berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan merbahaya seperti Hepatitis B, C atau HIV).
Pekerja yang mengendalikan haiwan dan sisa haiwan turut terdedah kepada risiko hazard
biologi.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 29

a) Cara Pendedahan Hazard Biologi Mikroorganisma:

Terserap: Agen hazard biologi masuk melalui kulit ke dalam tubuh. (Cth:
melalui luka di kulit atau melalui selaput mukus).

Tertusuk: Agen hazard biologi masuk melalui media tajam ke dalam tubuh.
(Cth: tercucuk jarum yang tercemar dengan darah mengandungi Hepatitis B, C
atau HIV).

Termakan: Agen hazard biologi masuk ke dalam tubuh melalui mulut. (Cth:
kemasukan melalui merokok, makan atau minum tanpa membersihkan tangan).

Terhidu dan tersedut Aerosol: Agen hazard biologi yang terampai di udara
memasuki tubuh melalui sistem pernafasan.
(Cth: virus selsema dan batuk kering (tuberkulosis)).

b) Kesan Risiko Hazard Biologi Kepada Keselamatan Dan Kesihatan

Bergantung kepada jenis biohazard, mangsa boleh mengalami jangkitan


penyakit, kecederaan dan maut.

c) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Biologi

Mendapatkan maklumat mengenai bahaya hazard biologi yang ditangani atau


yang bakal dihadapi.

Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan


hazard biologi.

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada
jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut
sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit. Kedua, laluan masuk agen penyakit ke dalam
badan dan ketahanan pekerja yang terdedah. Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:

Penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui

kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
Inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana

agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.


Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit

kuku dan makan tanpa mencuci tangan


Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 30

Pelabelan dan Symbol Hazard Biologikal


2.4.4 Hazard Ergonomik
Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini kerana, tempat
kerja disusunatur berdasarkan pada pergerakan produk yang efisien atau tempat yang sesuai
untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira keadaan pekerja. Lazimnya, pekerja
terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk penyusunan ditempat kerja tanpa menyedari
risiko kesihatan yang bakal dialami :

Tubuh manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan.

Ketidakserasian antara keupayaan pekerja dan kapisiti yang dituntut di tempat kerja akan
membawa kepada ketidakcekapan dalam produksi, penurunan kualiti kerja, peningkatan
kadar kesilapan, kemalangan dan peralihan kerja.

Ergonomik juga boleh didefinisikan sebagai satu kajian saintifik mengenai perhubungan
diantara manusia dengan mesin dan manusia denganpersekitaran kerja.Kajian terperinci
ergonomic.

a) Masalah Kesihatan Pekerja Pejabat

Masalah Sakit Belakang

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 31

lanya disebabkan oleh ketegangan otot di bahagian bawah belakang dan menyebabkan
kerosakan pada cakera tulang belakang

Masalah Sindrom Carpal Tunnel


Berlaku disebabkan oleh saraf median di pergelangan tangan telah terhimpit oleh
tendon yang mengalami keradangan dan menyebabkan pekerja merasa sakit dan kebas.

Masalah Sindrom Carpal Tunnel


Sindrom Servikal
Masalah ini disebabkan oleh cakera di saraf servikal yang ditunjukkan melalui symptomsimptom seperti kebas, sakit dan pembengkakan otot akibat pertindihan saraf servikal.
Tendinitis
Berlaku disebabkan oleh pembengkakan tendon di bahagian sendi. Pergerakan berulangan
dalam keadaan yang statik boleh menyebabkan urat saraf menjadi terhimpit, tendon akan
membengkak dan menghalang pengaliran darah. Ini adalah disebabkan oleh pergabungan
masalah berikut:

Melakukan aktiviti secara berulangan dengan cepat serta melebihi keupayaan sendiri.
Kedudukan postur yang tidak betul disebabkan oleh tabiat dan cara kerja yang salah
Masa rehat yang diberikan tidak mencukupi

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 32

b) Pengurusan Risiko
Pekerja dan Majikan
Majikan sepatutnya mengenal pasti masalah yang berlaku di tempat kerja dan
menanganinya dengan segera. pekerja juga penting di mana pekerja seharusnya belajar
untuk melakukan perubahan dari segi susun atur dan sebagainya di tempat kerja
Perubahan Cara Kerja

Bagi aktiviti yang berulang yang boleh dielakkan sepatutnya dihapuskan terus
Memudahkan cara kerja yang sedia ada
Sekiranya aktiviti berulang harus dilakukan juga, ia sepatutnya diperluaskan supaya
pekerja dapat melakukan pelbagai kerja.

Pusingan Kerja dan Postur yang Baik


Duduk tegak menghadap komputer dengan bahagian belakang dalam keadaan yang lurus

untuk mengelakkan otot-otot dari menegang.


Kepala dalam keadaan yang selesa iaitu tidak terlalu mendongak ataupun terlalu

tunduk
Kekalkan pergelangan tangan dalam keadaan yang lurus supaya ianya tidak menekan

pada permukaan yang keras atau pada bucu yang tajam.


Pastikan paha dalam keadaan yang selari dengan lantai supaya ia tidak menekan

bahagian bawah paha


Pastikan kaki berada dalam paras yang rata, sekiranya kaki tergantung lapiklah sesuatu

supaya kaki dapat berada dalam keadaan yang lebih selesa


Pastikan siku rapat dengan badan, ini untuk mengelakkan rasa tegang pad a otot bahu
dan leher.

Pengubahsuaian Tempat Kerja

Kerusi yang boleh dilaraskan


Kedudukan papan kekunci dalam keadaan yang betul dan selari dengan kedudukan

badan
Bahagian atas monitor komputer mestilah berada pada paras mata

Reka Bentuk Ruang Tempat Kerja

Meja seharusnya cukup luas untuk meletakkan komputer dan papan kekunci serta
mempunyai ruang untuk menulis.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 33

Menggunakan meja berbentuk L supaya memudahkan penggunaan komputer dan

juga

untuk tujuan menulis dapat diasingkan.

c) Contoh ruang kerja yang sesuai di pejabat pilih kerusi yang berciri seperti berikut:

Kerusi mesti stabil dan boleh-ubah sepenuhnya dan mudah diubahsuai dari keadaan
duduk.

Jika penggerakan diperlukan (untuk pekerja pejabat) roda mesti dipasang kepada
kerusi.

Jika roda digunakan, kerusi ini harus mempunyai lima penyokong untuk
mengelakkannya tumbang.

Kerusi mesti mempunyai penyokong belakang yang berlapik dan ianya boleh
dilaraskan turun dan naik dan depan-belakang

dan tepi hadapan untuk menyokong

lumbar sepenuhnya.

Ketinggian kerusi mesti boleh di laras.

Panjang alas duduk mesti berpadanan.

Mesti terdapat ruang yang cukup antara bahagian depan kerusi dan bahagian belakang
lutut.

Bahagian depan kerusi mesti dalam bentuk lengkungan dan ianya memberi ruang yang
cukup untuk paha dan dapat mengelakkan pengurangan perkitaran darah.

Tempat duduk mestilah sedikit menurun ke belakang (1-5).

Sudut antara penyandar dan tempat duduk sepatutnya 100.

Tempat duduk dan penyandar mesti dari fabrik yang boleh mengawal pengedaran

udara

dan boleh tahan tekanan.

Pemilihan fabrik juga hendaklah dari jenis yang tidak licin, menyerap haba dan
ketebalan kerusi yang tidak melebihi 2 inci.

Pusingan bahagian abdomen semasa bekerja mesti dielakkan, jika perlu pastikan
kerusi tersebut boleh dipusingkan.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 34

Posisi badan yang tidak sesuai

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 35

Hazard Ergonomik

2.5

MENGENAL PASTI HAZARD

Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal hazard
dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard boleh
dikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh
timbul kepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan.

2.5.1 Proses dan Kaedah Mengenalpasti Hazard Di Tempat Kerja


Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan
menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard. Di
dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem
yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard. Amnya kaedah
mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada
dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada
laporan, maklumbalas daripada pekerja dan sebagainya.
2.5.2 Pemerhatian dan Rujukan
Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan
prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk kepada akta,
peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan sebagainya boleh mengenalpasti
hazard yang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa
rujukan sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.

2.5.3 Penggunaan Kelengkapan Khas


BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 36

Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh. Oleh itu
pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini memerlukan
kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang
mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.

2.5.4 Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas dan
kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka mengenalpasti semua
hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh
timbul akibat perubahan struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat
seorang pengurus memerlukan bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.

2.6

PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARD

Terdapat dua punca utama hazard iaitu:


i.

ii.

Keadaan di tempat kerja:

Ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak

Tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.

Lantai yang tidak rata dan licin

Tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna

Pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna

Pelakuan pekerja:

Tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan


mejejaskan kesihatan.

Tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan
dengan selamat.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 37

Tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan


merbahaya dengan selamat dan menjejaskan kesihatan.

Tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul

Tidak berbincang dengan majikan.

Tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja.

2.7

JENIS-JENIS SIMBOL HAZARD

2.8

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan


perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh
kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan
kasut keselamatan dan lain-lain. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir
bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan
digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 38

Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih


secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang
optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan
tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini bagi memastikan
kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan apabila digunakan.

2.8.1 Cermin Perlindungan dan goggle


Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang
beterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaan
penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin biasa tetapi melindungi mata dari
partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa.
Boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan
tambahan. Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna
dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.

2.8.2 Pelindung Muka dan Topi Kaledar


Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi kerapkali digunakan
bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan. Pelindung penuh muka
digunakan apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas atau haba dan cahaya terik. Topi
kaledar pula digunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan bahan cairan.
Kecederaan di kepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek
yang tetap. Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 39

hentakan dan gelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada
tengkorak dan juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

2.8.3 Pemilihan Kasut dan Boot Keselamatan


Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda mengetahui ada
perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan penguatan keluli
merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek,
terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli.
Juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan
memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan
perlindungan yang lebih seperti percikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but
jensi neoprene atau nitril digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter
menampilkan penetap atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau
menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik,
but istimewa penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.

2.8.4 Pemilihan Sarung Tangan Pelindung


Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya
mengamalkan cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu memastikan
pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari
tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat
dengan tangan, selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung
tangan seperti:
BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 40

Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan
dari kesan gatal.

Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam
dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi
tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.

Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau
pengeseran pada permukaan kasar.

Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar.
Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 41

2.9

KESIMPULAN

Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan


tidak kira di mana juga kita berada. Kesedaran terhadap keselamatan
perlu ditanamkan kepada setiap pelajar mahupun pensyarah agar tidak
berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti
kemalangan, kecederaan terhadap fizikal. Kemalangan dapat dielakkan
atau

dikurangkan

jika

pelajar

sentiasa

mematuhi

langkah-langkah

keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada


diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama
bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran
pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi
agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri.
Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan
dengan

selamat.

Pengabaian

aspek

keselamatan

mungkin

akan

mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta


benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta
memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu
juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos
perubatan.

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 42

2.10 LAMPIRAN

Sesi bergambar setelah taklimat selesai

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 43

Demostrasi cara memadam kebakaran oleh wakil pelajar

Demostrasi cara mengeluarkan mangsa dari kebakaran

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 44

Latihan firedrill apabila siren kebakaran berbunyi

BBB 40403 : AMALAN BINAAN KAYU Page 45

You might also like