You are on page 1of 1

TART TELUR

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan. cucuk2
dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.
Bahan2 Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula (manis sangat.. ku bubuh dlm 130gm aje)
3 biji telur + biji putih telur lebihan buat doh tadi
1 sudu teh esen vanila
Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan
menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja.
Kemudian tapiskan.
Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20
minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

Bahan-bahan :
300 g tepung beras
8 - 10 sudu besar gula pasir (mama rasa lebih elok kalau ditambah lagi 2 atau 3 sudu)
1 sudu besar yis kering
280 - 300 ml air (MaDiHa memandai tambah air sikit lagi menjadi 350 ml... tu pasal apam MaDiHa nampak kurang
berisi.. tp tersangatlah gebusss..)
3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
pewarna merah
pewarna hijau
Kaedah penyediaan :
1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati.
2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi).
3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.
4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan
adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak. (MaDiHa tak panaskan acuan.. tapi terus jer
isi bancuhan... sorry cikgu.. anak murid derhaka
)
6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut
tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi.

You might also like