You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

BENGKEL ASAS DAN LANJUTAN


JURUREKA AKSESORI WANITA

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN


PERINGKAT NEGERI JOHOR

ANJURAN
PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR
KERJASAMA
JABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI JOHOR

KERTAS CADANGAN

BENGKEL ASAS DAN LANJUTAN JURUREKA AKSESORI WANITA


1.0

TUJUAN
1.1

Kertas ini adalah bertujuan untuk mengemukakan cadangan Jabatan


Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Johor untuk menganjurkan
program kemahiran untuk wanita khususnya ibu tunggal dalam
senarai e-kasih FOCUS GROUP Pembasmian Kemiskinan Peringkat
Negeri Johor di dua (2) daerah iaitu Johor Bahru dan Muar .

2.0

OBJEKTIF
2.1

Program

Bengkel

Asas

dan

Lanjutan

Jurureka

Aksesori Wanita diadakan bagi mencapai objektif seperti


berikut:
i.

Membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran


dalam bidang kraftangan yang boleh dikomersilkan; dan

ii.

Menyediakan maklumat keusahawanan untuk menggalakkan


para

peserta

menceburi

bidang

perniagaan

dan

keusahawanan.
3.0

LATAR BELAKANG
3.1

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) telah dinyatakan


mengenai

keperluan

pelaksanaan

untuk

memperkasakan

wanita

peningkatan

kemahiran

program-program

melalui
yang

diintegrasikan bersama program keusahawanan.


3.2

Penganjuran program pembangunan kapasiti seperti ini akan dapat


mempertingkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti perniagaan dan
keusahawanan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi mereka dan
mengurangkan kadar kemiskinan.
2

4.0

KAEDAH PELAKSANAAN
4.1

Program dilaksanakan selama enam (6) hari iaitu meliputi latihan


kemahiran dalam bidang rekacipta aksesori empat (4) dan dua (2)
hari jati diri dan asas keusahawanan.

4.2

Program ini telah dilaksanakan oleh jabatan dan telah menunjukkan


impak dan hasilnya para peserta telah mula merekacipta dan
mendapatkan pelanggan bagi produk mereka dan berhasil memberi
pendapatan kepada mereka dan keluarga.

4.3

Jabatan mencadangkan agar program ini dilaksanakan di dua (2)


daerah seperti berikut:
Bil
i.
ii.

4.4

Cadangan Tarikh
1621 November 2009
38 Disember 2009

Program ditawarkan dalam dua (2) modul

Tempat
Johor Bahru
Muar
iaitu Modul Asas dan

Modul Lanjutan.
4.4

Untuk setiap kursus, peserta akan dibekalkan dengan perkara


berikut:
i.

Kit mengandungi bahan kursus untuk setiap peserta; dan

ii.

Perkakasan kursus seperti glue gam, playar dan

gunting

untuk kegunaan peserta


iii.

Starter kit / DIY kit (buku panduan berserta bahan-bahan


mentah) sebagai langkah untuk memulakan perniagaan
dalam pembuatan aksesori dan dilakukan dari rumah (homebased).

5.0

KUMPULAN SASARAN
3

5.1

Seramai 20 orang wanita pelbagai kaum akan dipilih untuk


menyertai setiap program ini. Keutamaan diberikan kepada wanita
berpendapatan rendah, suri rumah khususnya yang mempunyai
minat dan kesungguhan untuk memulakan usahaniaga selepas
mengikuti kursus. Peserta akan diambil dari senarai e-kasih.

6.0

IMPLIKASI KEWANGAN
6.1

Anggaran kos bagi penganjuran setiap program

adalah sebanyak

RM40,000.00 dan bagi pelaksanaan di dua (2) daerah berjumlah


RM80,000.00 dengan dibiayai oleh Pejabat Pembangunan Negeri
Johor.
6.2

Pengiraan kos adalah seperti di Lampiran II iaitu meliputi kos untuk


setiap program dan kos perkakasan yang dibayar sekali pada
permulaan program.

7.0

JANGKAAN IMPAK DARIPADA PELAKSANAAN PROGRAM


7.1

Selepas

program

memulakan

ini

pembuatan

dilaksanakan,
aksesori

dijangka
dan

peserta

perniagaan

boleh
kerana

dicadangkan agar semua peserta dibekalkan dengan Starter kit/ DIY


kit yang mengandungi panduan dan bahan-bahan mentah.
7.2

Tujuan program ini adalah membentuk usahawan, di mana selain


melaksanakan pembuatan aksesori hasil kreativiti sendiri, peserta
juga boleh menjual bahan-bahan mentah serta aksesori siap kepada
pelanggan.

7.3

Jika peserta berani dan yakin, mereka boleh menjadi tenaga


pengajar separa mahir dan seterusnya tenaga pengajar mahir.

7.4

Utamanya peserta boleh menjadikan usaha ini sebagai home-based


perniagaan

8.0

KESIMPULAN DAN PENUTUP


4

7.1

Bengkel

Program

Aksesori Wanita

Asas

dan

Lanjutan

Jurureka

merupakan salah satu inisiatif dalam usaha

meningkatkan penglibatan wanita dalam projek ekonomi sejajar


dengan

matlamat

RMK-9

iaitu

untuk

mengurangkan

kadar

kemiskinan di kalangan wanita melalui penyertaan dalam aktiviti


perniagaan keusahawanan.
7.2

Diangkat kertas cadangan pelaksanaan program


Asas dan

Bengkel

Lanjutan Jurureka Aksesori Wanita

kos keseluruhan sebanyak

RM80,000.00

dengan

untuk pertimbangan dan

kelulusan jua.

ANGGARAN KOS

BIL.

PERKARA

1.

Sewa Dewan - 6 hari termasuk peralatan (kerusi, meja,


kipas/pendingin hawa, sistem audio dan sebagainya)

3,000.00

2.

Makan/minum 6 hari (minum pagi, makan tengah hari dan


minum petang)
RM20.00 x 25 peserta & (urusetia & tenaga pengajar) x 6 hari

3,000.00

3.

Percetakan (backdrop, bunting dan sijil penyertaan)

3,000.00

4.

Kit kursus (semasa bengkel) untuk peserta (selama 5 hari)


RM200.00 x 20 orang

4,000.00

5.

Starter Kit/ DIY Kit kursus untuk peserta (memulakan


perniagaan)
RM400.00 x 20 orang

JUMLAH (RM)

8,000.00

6.

Bayaran kepada tenaga pengajar merangkumi imbuhan tenaga


pengajar dan pembantu, kos pengangkutan dan penginapan
tenaga pengajar kemahiran (RM3,000.00 x 4 hari)

12,000.00

7.

Bayaran kepada tenaga pengajar merangkumi imbuhan tenaga


pengajar dan pembantu, kos pengangkutan dan penginapan
tenaga pengajar Pembangunan insan & keusahawaan
(RM3,500.00 x 2 hari)

7,000.00

Kos untuk penganjuran 1 program

40,000.00

Kos Keseluruhan untuk program di 2 daerah:

80,000.00

ANGGARAN KOS

BIL.
1.

PERKARA
Pakej (penginapan, jamuan dan dewan & peralatan)
RM120 X 20 peserta X 5 hari

2.

JUMLAH (RM)

12,000.00

Pakej (penginapan, jamuan dan dewan & peralatan)


RM120 X 5 (2 orang tenaga pengajar + 3 orang urusetia) X 5
hari

3,000.00

2.

Fi penceramah (RM1,400 X 20 orang)


(termasuk Kit kursus (semasa bengkel) dan Starter Kit/ DIY Kit
kursus untuk peserta (memulakan perniagaan)

3.

Elaun hilang pendapatan (RM100.00 seorang) dan kos


pengangkutan (RM40.00 seorang) (RM140.00 X 20 orang)

2,800.00

Percetakan (backdrop, bunting dan sijil penyertaan)

3,000.00

4.

28,000.00

Kos untuk penganjuran 1 program (RM2,440 seorang)

48,800.00

Kos Keseluruhan untuk program di 2 daerah:

97,600.00

You might also like